♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Monday, December 31, 2012

Happy New Year! :)

Salam and good day everyone.

Selamat Menyambut Tahun Baru, 2013! Semoga tahun 2013 ini lebih baik dari tahun yang sebelum2nya. Orang lain sibuk sambut new year dengan makan2 dengan family dekat luar, tengok tv same2 la apa bagai. Tapi iols? stuck buat proposal research. bukan 1, tapi 2 proposal. ngeh3. Org lain study time study week. Tapi iols masih ngadap kerje2 dan presentation. Tak sempat nak study lagi. Org lain paper jarak2. Iols nye paper less than 24 hours, ade 3 paper. ibarat exam pagi, ptg dan mlm. Mampukah? Tak sabar menunggu. Haha. Dah, abaikan post ini. *Stress to the max* Ok bai. Hahaha

p/s: tajuk konon2 happy new year. ucapan year new adalah 2-3 baris. yang lain cerita mende lain. Haha.

Tuesday, December 18, 2012

Life as a student...

Salam everyone. and good morning. ya lah, now its 1.18am kire wish good morning la kan. aha. Okay, lemme just straight to the point. Sem ni serious hectic dan penat. Yela yela i know bukan i sorg je student master kat sini. org lain kalau bukan budak master pun penat jugak.

Tak, i bukan nak cakap i sorg je belajar yang penat, org lain tak! Kahkah. what I'm trying to say I nak habis cepat sem ni. this is the final week. next week dah start study week. tp i ade 1 replacement kelas on 29th. 4th morning anta asignment. 4th ptg tu start 1st paper. Then 5th submit final report subjek lain. lepas tu 11th malam pukul 8-10 i ade second paper. 12th pagi pukul 8-10 ade 3rd paper.

walaupun sem ni 3 subjek, tapi semua subjek research. 3-3 buat proposal. buat research. sem ni jugak byk kerja, assignment, presentation individual. dr week 1st dah struggle. now dah week 14. through out this 14weeks, i do feel my brain mcm dah exhausted. mcm dah penat.

haritu dah defend proposal, not the real one. utk subjek. alhamdulillah semua okay. now ada 2 final presentations are coming. preparation, insyaallah dah setel. tapi, utk subjek lain, transkrip interview tak siap lagi, tak analyze, tak buat coding lagi. due ptt hantar jumaat ni tapi lecturer postponed anta la bila2 as long before paper on 11th tu. alhamdulillah.

see, life as a student ni kdg2 tons of work are coming. nak elak, nak tepis tak mungkin. kena hadapi tanpa henti2. i yang full time student pun kdg2 miserable. apatah lagi yang part time dan working kan. But, mcm lecturer i always pesan, "belajar ni invesment. Nak senang masa tua, kena susah masa muda, masa sekarang ni." Mak pulak pesan, "Mereka yang berjaya adalah org biasa yang bekerja luar biasa."

At times kadang2 i rasa i tak nak smbg PHD. cukup la sampai sini. I dah tak larat. Masa zaman degree seriously it works kerja last minit walaupun kerja banyak. Tapi zaman ni, Ya Allah last minute work mmg tak jalan. Assignment tak banyak ade 1,2 and 3 utk setiap subjek. tapi bigger one. not the small2 one mcm mase degree. kalau buat keje awal pun, u still need a lot of reading. serious, no lie. Betul la org ckp, mmg kena kuat mental dan fizikal nak perabiskan belajar ni.

True, takde bende yang sng dlm dunia ni. Bila i rasa mcm nak gv up, i look back and think. I dah habiskan 4 years utk dptkan sarjana muda i. now i habiskan 1 tahun setengah utk dptkan sarjana. 4 years dah lepas. setahun master pun dah nak habis. I ade lagi setengah tahun je. sikit je lagi. Be strong! After this, i dah habiskan semua subjek which means I fokus buat dissertation i je. anta dissertation, insyaallah boleh la grad. One step further. Itu la yg i selalu fikir utk habiskan semua ni.

I'm telling you this sebab there are ppl said I'm having fun dekat UM. Ada yang kata belajar dekat UM ni senang. Nahhh, same je cabaran dia belajar kat mane2 pun. Ni mesti sebab u saw me in Mid, OU, jalan sana sini often. yes I do. I admit that. skrg ni i suka bg reward dekat diri sendiri. cth, yeay, i dah siapkan chapter 1. lets go and eat burger bakar. 2-3 hari later plak, yeay! i dah siapkan slides presentation. Jom pergi big bad wolf books sale. kalau kita tak hargai dengan achievement diri sendiri, siapa lagi? walaupun kecil but i do appreciate myself on every effort I'm putting into.  So, bila i tak post dekat fb I tension buat kerja, kerja banyak bla bla bla. tp u guys lebih nmpk i check in dekat mall lebih byk dari I chekc in dekat library doesn't mean I tak stress. doesn't mean i takde kerja nak buat.

I'm sorry for the long post. I cume tak sabar nak habiskan sem ni. Dan, paling penting tak sabar untuk "........." Insyallah, 1 bulan je lagi tinggal. Cop2 bukan tunang atau kahwin tau. Wheeee~ Wish me luck utk final exam. Insyallah.



Sunday, December 9, 2012

Meh Jawab Meh!

Assalamualaikum w.b.t

Haish ada 2 more weeks lagi before final exam start. Anyway, the individual proposal presentation dah habis. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Lantas terus bersuka ria pergi Mid la, OU la, Sogo la. Seakan-akan terlupa exam dah dekat pulak kan. Seriously, sem ni rasa gerun sangat2. Eh apa ni tak best la citer pasal ini semua. nak backspace malas sebab dah tertaip. Haha.

Korang2, I bet korang mesti penah terbaca teka teki ni. either in BM ke BI atau dalam bahasa apa sekali pun kan. i copy dr fesbuk but on google pun ade byk soalan pasal ini. I pernah terbaca dulu tapi tak pernah try nak solve pun. pasal malas. haha. and as for today I sangat rajin. Maka ini la soalannya. Apa kata u guys baca dan cuba dulu. jgn cari jwpn dekat gugel tau.

"Teka-teki ini tidak mengandung trick, hanya logik dan memiliki jawapan yang pasti. Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza. Setiap rumah dihuni satu orang lelaki dengan kewarganegaraan yang berbeza. Setiap penghuni menyukai sejenis minuman tertentu, merokok satu jenis rokok tertentu, dan memelihara satu jenis haiwan tertentu. Tak satu pun dari kelima orang itu yang minum minuman
yang sama, merokok satu jenis rokok yang sama, dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.

Pertanyaan: orang manakah yang memelihara IKAN?
Petunjuk :

Orang Inggris tinggal di dalam rumah bewarna merah.

Orang Swedia memelihara Anjing.

Orang Denmark senang minum teh.

Rumah bewarna putih terletak tepat di sebelah kiri rumah bewarna coklat.

Penghuni rumah bewarna putih senang minum kopi.

Orang yang merokok Pall Mall memelihara Burung.

Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah senang minum susu.

Penghuni rumah bewarna kuning merokok Dunhill.

Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama.

Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara Kucing.

Orang yang memelihara Kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill.

Orang yang merokok Wintfield senang minum Bir.

Disebelah rumah bewarna biru tinggal orang Norwegia.

Orang Jerman merokok Rothmans.

Orang yang merokok Marlboro bertetangga dengan orang yg minum air.

Albert Einstein menyusun teka-teki pada abad lalu. Dia menyatakan 98% penduduk dunia tidak mampu memecahkan teka-teki ini.

Apakah anda termasuk yang 2%???"
Okay, cube try test dulu. Bahahaha. I pun ambil masa 30 minutes to figure out this thing. 

 1st draft. very comot.

 2nd one. still messy. all over the place.
 the 3rd. i tak pandai lukis cantek2. the final one.

Alhamdulillah, I managed to find the answer! Bukan nak poyo alaaaa budak tadika pun can asnwer this one la. u guys pun boleh answer correctly. tapi, apa yang i cuba tekankan disini adalah bila kita berusaha dan fokus utk dapatkan jawapan, sebenarnya kita memang boleh. same goes dengan buat assignment. I feel like very hard nak siapkan. Tapi kalau tak cuba, xde usaha dan tak fokus memang apa pun tak siap. Wahhh kata2 semangat utk diri sendiri ni :)

jadi, jawapan utk teka-teki ini adalah....








Hahaha.Are you ready?









Make sure korang cuba ye before scroll ke bawah.







Salah takpe, janji cuba!











Jengjengjeng













Okay...jawapan dia orang Jerman. Rumah putih. whee~






same tak same tak?




okay bai




Saturday, November 17, 2012

random talk

Assalamualaikum w.b.t 

Jam 3.17 am. I baru sibuk nak update blog. Sekarang cuti mid term. I memang bercuti sangat2. Bercuti daripada membuat assignment. Duduk rumah memang heaven. Taip 2 baris ayat je mesti nak makan nasi dengan sambal petai. Lepas tu taip lagi 2 baris rase nak tengok cerita kum kum dekat astro. Last2 padam jela 2 baris ayat td. sebab rase ayat mcm tak best. Tunggu bila boleh taip ayat yang best baru nak buat.

Tapi, bila mood nak start je buat kerja ni betul2 sampai...tetibe "Kak Long, pergi kfc beli burger." "Kak Long, tolong pergi bank, keluarkan duit mak." "Kak Long, tlg anta pergi kedai." "Kak Long, tolong taip surat abah."

Lepas tu kengkawan msg dan call."Zaty, ada mana? jom kuar minum." "Zaty jemput datang rumah. ade makan2 sikit." "Zaty, jom dating. Gi karok jom." Ehh tu pun 2-3 harini wassap i dah jahanam. xtau kenapa sume msg xdpt. selama harini baik je budi pekertinya. sekali masa kenduri tahlil dekat rumah asze td jatuh terburai. habis bateri tercabut. saje je buat drama khenn. hahaha. sekali bila on semula, sume sms, wassap terus masuk tak henti2. apakah? nak kena baling dulu baru okay kot. tau la i pakai henpon chokia je. yg dah 2 tahun pakai. hohoho.

Then si Rasdan balik. Lagi best. "Meh la dtg rumah." "Jom pergi isi minyak." "Jom teman pergi kuar duit." "Sy nak makan spaghetti carbonara, masak la." Nasib dia tak cakap "Jom kahwin." Muehahaha.

Nampak  tak i busy dekat rumah? Busy bercuti dari buat kerja. Bila nak insaf ni.Eh jap2. rase2 tadi kan, I tengah taip soklan interview. acaneh I boleh TERtaip entry blog plak ni. Hahahaha. Eishhh long way to go lagi ni. Okai bai.

Friday, October 19, 2012

'He' and 'She'

Assalamualaikum w.b.t

Those days, when I had my birthday, she prepared some goodies bags for me to bring to school so that I can give to my classmates.
 
Those days, when I was in my primary school, he sent me to school everyday. After school, he brought me to a sundry shop nearby our house. I can have anything I want. Ice-cream, cake, chocolates, junk food, paper doll, Ding Dang. Just name it, he never said no.

Those days, when I'm not feeling well, she really took care of me. She really make sure I eat my medicine and have a good rest.

Those days, when I'm about to sleep, he read me a book or told me a bed time story. I don't mind keep on listening to the same story over and over again.

Those days, when I was in kindergarten, she combed my hair. Sometimes she tied up and sometimes she plaited my hair. Nobody can touch my hair easily except her.

Those days, when I was in kindergarten, he was in the class together with me from 8-11am on most of the days. I cry a lot when I don't see him around.

Those days, when it was a school holiday, she cooked for me. Sometimes I kacau her in the kitchen. She didn't complaint rather, she gave me another fake knife and sayur to chop on.

Those days, when it was a school holiday, he brought me to his dusun buah. Together, we had planted pokok jambu, pokok rambutan and pokok durian. Sometimes, I went to sit beside him whenever he went for fishing at the kolam ikan near our dusun buah.

Those days, I love to play in the rain. I just don't know why. But I love it. So, whenever it was raining, she looked for me everywhere and came with an umbrella.

Those days, I love to merajuk when my parents scolded me. When I merajuk, I hide. I had a small playhouse when I was a kid. I refuse to go inside our house but I love to sleep in the playhouse until late night. He came around and pujuk me.

You might puzzle who is 'he' and who is 'she' that I'm talking about. Yes, they're not my parents. But, they are the parents of my parents. I mean, my GRANDPARENTS. How I miss them so much. Time flies so fast. When I'm busy growing up, they became older and older from day to day. How I wish they are here with me. I'm kinda close to them. Both of my grandparents, they already went to meet our Creator, Allah s.w.t many years ago. Al-fatihah.

p/s: I'm being emotional tonight. Act,there are so many things I wanna share on my blog. Next time, perhaps. :)

Saturday, September 29, 2012

Assalamualaikum w.b.t and hi everyone~

Hah, mcm ne dah dgr dah bajet 2013 semalam? ade yang berpuas hati sbb dpt bonus ke? ke ade yg xpuas hati langsung? nyeh nyeh nyeh. okay I bukan nak cakap pasal itu dekat sini hokeh

Tabah tak update blog pukul 7 pagi pada hari sabtu? sambil2 bersiap nak tunggu kelas pukul 8-11am ni kan. dr stalk fb orang. eh?? haha. ni multi-tasking ni. kire tgn kanan taip entry ni. tgn kiri pgg air kotak dutch lady. haha over uols.

Well, class sem ni agak tough. I have class on Friday evening from 3-6pm. continue 6-9pm. oh, of course we have gap and break to perform Asar and Mahgrib prayers. and then sabtu pagi 8-11am. phewww, otak mesti penat towards the end of the class. at times, rasa mcm tak produktif bila hujung2 tu.

Tapi, what one of my lecturer said that,"Untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti gila mendapatkannya". He said when he was doing his PHD, he sold his car. even masa dia buat research dia collect data dekat Sabah. balik supervisor kata tak cukup data. masa tu jugak ambik flight pergi Sabah semula. even his friend, pergi London semata2 nak jumpa author/writer of a book. sebab dalam buku tu ade theoretical framework yang dia nak guna untuk buat research tapi tak paham. I was so impressed bila effort sanggup cari, contact and jumpa the real writer of the book.

he also said belajar ini ibarat satu investment. biar kita labur la duit, tenaga, masa yang ada untuk senang di kemudian hari, insyaallah. biar susah sekarang. kalau susah pun tak lama 2-3 tahun je. dia juga cakap bila belajar especially peringkat i ni, mmg belajar la nombor 1. bukan yang lain. bukan sibuk nak pergi kenduri kahwin. sibuk nak anta orang pergi haji. sibuk nak buat itu dan ini. memang tak ke mana. he always remind us to be an independent learner. when he was studying dulu, everyday he was at the library except on Sunday. anak bini dia bagi duit lepas tu jangan tanya mana dia pergi. dia balik ke tak balik. dia kat library ke mana. kitorang gelak2 dengar. :)

Ya its true what he said. mesti gila untuk mendapatkannya. insyaallah. figthing! Jom gi kelas and adios :)

p/s: terima kasih Mara sbb dari 22k pinjaman belajar degree dulu, I need to pay back dlm 2k je. and from 2k yang tinggal tu, half of that dad has paid. yang half lagi dlm seribu lebih tu tunggu bila iols dah kerja nanti. alhamdulillah.ni yang semangat nak belajar ni. :)

Monday, September 17, 2012

Resepi Spaghetti Sardin

Woot woot! Sejak kes Rasdan tacing dengan iols sebab tak nak masak untuk dia. Plus mak pun cakap balik rumah tak buat apa2 dan tak produktif maka hari ni I turun ke dapur. setelah bersilat sejam lebih dekat dapur akhirnya, spaghetti sardin telah siapppp. Nyeh3

I ade ambek gmbr kat henpon. pastu bila cari2 semula haaaa sudah dah xde. misteri x? haha. takpe, resepi korang boleh refer sini. I tak bubuh capsicum pun mahupun mushroom. Tak sempat nak shopping grocery. Ni resepi simple dan ala kadar jelah. Dah nama pun pemalas khenn :P

Oh yes, nak pedas boleh la bubuh cili boh sikit. kalau tak nak, tak payah. Tapi memang sedap. nak buat makan petang2 pun best jugak. bg yang rajin tu boleh la add on macam2 lagi. should try this recipe tau!

Gambar yang takde kena mengena dengan tajuk. Dah la ade mutasi gen sikit. I've got a panda from a friend. His name is Jing. He's from Mainland China. My classmate. Dia baru balik dari China sebab haritu kan cuti sem lama. before dia balik haritu I cakap I nak panda. i mmg suka hati je mintak kat org. tgk2 betul2 ada. terima kasih. Rasdan said I should give him something in return. Kain pelikat? kah3. tak kan tempoyak pulak. Haha. Yang tu tak tahu lagi. any suggestion? :P

p/s: Walaweyy besok budak demok Rasdan ajak pergi Cameron. Tau la dekat tapi nak ke tak nak pergi. Tahun lepas baru je pergi. Mum said kalau pergi belikan teh. Rum8 said she wants dried strawberry. I said I nak kahwin. eh? haha off topic. Okay bai! :D

Random Talk(s)

Assalamualaikum w.b.t and Hello everyone! Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Woohooo semester dah bermula seminggu yang lepas. Of course, excited dan nervous pergi kelas. So far, everything is going smoothly. Love all the 3 classes that I attended last week. Duduk sane baru 4 hari tapi lepas kelas hari sabtu terus cabut balik rumah. nak kata home sick tak jugak. tapi gedik sick je lebih. Ngeh3

Anyway, I rasa macam tak motif pulak nak update blog. Ni kire acara bebas dan santai2 jela ni update ni. Kang rasa dah tak tahu nak merapu apa terus jela kata okay bai! Hahaha

Last Wednesday, since Rasdan demok dah habis payyyperrr kitorg plan nak celebrate belated nye anniversary. Dah lepas dah early of september haritu tapi that time he was busy preparing for his exam. So, malas nak kacau. Tapi sebenarnya, takde la apa sgt pun. We just went for makan-makan and jalan2 je.

At 1st nak pergi makan dekat Flora Cafe dekat Ampwalk. Alah, cafe yang awal and scha announce dorang nak kahwin tu. Very nice ambiance there plus the owner is Malay as well. I asked Rasdan to call and reserve tempat. Tapi dia sangat yakin bahawa pergi jela. kire walk-in. no need call2 and reserve2 ni.

Tapi, akibatnya nye pergi2 cenggitu sekali closed for private function. Hambek! Kan dah kuciwa dekat situ. geget kuku kaki yang panjang ni jela sampai patah khenn. So last2 decided pergi KLCC. I kurang gemar siket KLCC sebab I jarang pergi sana. So, we had our lunch dekat Ben's.

Anyway, spaghetti I sedap tapi you can get the same taste dekat Pizza Hut I guess. and of course, semuanya overpriced. Except for the pavlova. I memang akan jerit kuat2 bila makan pavlova dekat sini. Sebab sangat sedap. lagi sedap dari makan pavlova dekat Delicious. dan pavlova dia 2 tingkat. Kire double la. Auwwwww mana ahkak tak meroyan. Hahaha. Meh layan gambar meh.

nampak berseri tak? terima kasih lampu di belakang.

I pesan kat Dan tolong tangkap gambar I nampak kurus. Tapi yang ni tak nampak kurus. nampak comel je. eh? okay bai. hahaha.

Kalau I kata I lagi berselera tengok spaghetti kat depan tu dari tengok yang lagi satu tu takpe ke eh? I tak kena terajang kan? Hahaha

Hai! Saya Romeo Kacak Rambut Gulung Tepi yang tinggal dekat Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Okay lepas isi perut, Dan ajak I jalan2 around KLCC ni. Since aritu dia ade bg beg pack untuk travel sbg hadiah so in return I said to him,'You can buy anything you want today.' Zuppp sepantas kilat terus masuk Uniqlo. I nak belikan boxer Superman dekat Isetan tak nak. Ngade. Puiii 20 kali! Hahaha.

Okay2, last picture of the day. Jeng jeng jeng...


Ehhh? Ini siapa? Ya, merekalah power rangers yang kepenatan setelah bukan berlawan dengan raksasa mata satu tetapi penat sebab berkaroke hampir 3 jam dkt Microphone Family Karaoke, Ampang pada hari Khamis yang lalu. Yeke dekat Ampang. Hah, tak kisahlah. Janji I dapat nyanyi lagu dangdut dgn lagu M.Daud Kilau walapun suara ketar2. Fedulik2. Nyeh3. Giler over.

P/s: Rasdan dah balik Raub since semua paper dah habis. So I buat surprise balik Raub tanpa bagitau dia. Dah nama pun surprise kan. Tak kan nak kata,"Saya nak buat surprise balik Raub harini. Nanti sampai saya mesej. lepas tu tolong terkejut tau? terima kasih."

So, I told him to come over to my house sebab my dad suruh tengok2 kan laptop my brother, Asyraf. So he did. He went with kain pelikat nak lucut lalalalala . My brother konon2 tunggu dekat luar. Mum pun terlibat sama dlm kes ni. Tapi tak sempat masuk rumah pun lagi, in front of the door. I was screaming like surpriseeeeeeeeeeeeeeee!!! Jom pergi makan! Saya tak nak bawak duit. Awak belanja.

So, we did. We went out for dinner nasi lemak hokeh. and he complaint to me. "Awak balik bukan nak masak untuk saya. Dah tu, ajak saya pergi makan kat luar pulak." Amboiii, tak tahu ke haritu saya masak nasi tomato tapi kan kurang sedap. Trauma la konon ni. Boleh macam tu? Hahaha :P Okay bai :)

Sunday, September 9, 2012

Kerana 10 sen...


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni lepas antar adik I, Asyraf pergi bus station I singgah dekat kedai dengan Mak. Mak singgah dekat kedai majalah. I sibuk cari baby wipes (yang tisu lap punggung bayi) tu. Ehhh bukan nak lap punggung orang. Tapi nak lap meja. Kan selasa ni I nak balik UM nak kemas2 bilik yang I datang jenguk sebulan sekali je. Pasti berhabuk.

Lepas I dah capai baby wipes tu I terus la beratur dekat kaunter. Ade sorang mak cik ni dengan anak perempuan dia barangkali beli buah (tak igt buah apa) tapi dalam kuantiti yang sangat banyak. 1 troli penuh. dekat atas kaunter lagi. I cakap dalam hati mungkin mak cik ni nak berniaga kot. Kalau nak buat makan sendiri tak kan la sebanyak ni. Yep, memang tepat sekali tekaan I.

So takpela, I beratur jela dekat kaunter tu tunggu. Sebab tengok urusan mak cik tu macam dah nak hampir selesai je Cashier pun dah key in harga dan bungkus2 sume. So tinggal bayar jela. Sekali masa nak bayar mak cik tu berkata lebih kurang macam ni la," Ehh, kenapa mahal sangat?"

Lantas akak cashier tu pun beritahu la berapa harga sebijik buah tu. I tak ingat la berapa. Tapi last2 mak cik tu jawab "Laaaa mahal seposen dari harga biasa." I guess macam ni kalau harga biasa RM 3.50 sebiji, tapi tetiba kat sini jadi RM3.60 sebiji. Kira lebih seposen.

Lepas tu si anak perempuan mak cik ni kata kat akak cashier tu takpe, nanti dorang tanya ayah nya dekat dlm van. pergi la mak cik dengan anak perempuan nye tu. Entah apa dorang bincang tak lama kemudian mak cik tu kembali semula kat cashier.

Tanpa rasa bersalah mak cik tu berkata "Dik, mak cik tak jadi la beli. Mahal seposen. Mak cik ni berniaga. Kira batal la." Lepas mak cik tu cakap mcm tu terus dia naik van dan balik.

I yang kat belakang ni cashier ni kira terkedu jugak la dengar. Kesian akak cashier tu. Jenuh dia nak cancelkan balik. Kalau tak nak beli semua, at least beli la separuh ke suku. Atau pun the best is, check dulu harga sebelum beli. Kalau kat pasar mungkin boleh negotiate dan bargain harga. Tapi kalau kat pasaraya ke hypermarket ke yang fixed price memang tak dapat la. Tup tup tup terus cancel tak jadi beli.

Akak cashier tu cakap hebat betul mak cik tu. Tak pernah jumpa customer yang mcm ni. Geleng kepala dia. I told my mum lepas tu. Lebih 10 sen je pun. Kalau dia niat kan sedekah pun xpe. And my mum said tak semua orang fikir macam tu. certain people memang they are very calculative. Tapi yelah nak buat macam mana, hak pembeli nak atau taknak beli. Tapi sekurang-kurangnya kalau dah tak nak beli sangat pun, lagi elok kalau mak cik tu minta maaf. Lebih sopan kan.


Kalau hari sabtu kan, no plastic bag. Kau mampu nak bawak semua buah macam ni? Hahaha. Pic credits to google

Anyway, I'm just sharing the story. Ade value jugak dekat sini. A reminder to me as well. Ok la, I'm signing off. Roger and out. Okay bai! :D

The 2012 English Camp


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

First and foremost, jeng jeng jeng orang lain sibuk balik universiti since new semester akan bermula isnin. tapi i masih lagi berada di bumi Raub yang indah lagi permai dan lagi jem bila nak raya. Apa I merepek ni? Tak tak tu tadi set induksi je. I nak cakap yg I tak balik UM lagi. Ngeh3

Okay now lets proceed to the story. I was back from an English Camp. Mak asked me to join the camp so I did. Macam budak sekolah kena paksa pergi camp sekolah kan. Tak tak tak ini paksarela. Paksa-rela? atau rela-dipaksa? Anyway, I tak jadi student/peserta walaupun ramai yang bertanya I sekolah tingkatan berapa. I was helping Miss Nicole and the other teachers.

Camp tu bermula Jumaat petang sampai la petang sabtu ni tadi. Since sekolah mak I ade ETA, maka she invited the other ETAS from different school to join this camp. It was fun seeing all the students were trying to speak English. Comel, kelakar semua ada. But one thing is, dorang memang dah semakin confident. Kire kedatangan para ETA ni as a stimulus for them to speak English. Mula2 use broken English takpe, janji makna sampai. And we are as the teachers, we need to motivate, encourage and support them. Memang comel habis je budak2 ni. I wish I can go back and teach in school like I did before.

Dah2, let pictures do the talking part. Anyway, I'm so sorry kalau ada gambar yang mengalami mutasi gen kelak.


Gambar introduction harusla muka2 retis seperti dalam gambar-gajah di atas. Yang gajah tu yang pakai baju pepel pastu tudung ceklat. tudung match tak match je dgn baju. Tu namanya tudung ala-kadar. Anyway, this is Cikgu Ain Yang Sengal. Dia membajet konon2 dia adalah seorang photographer yang terkenal. Kelass kau Ain. Ahkak suke camera iteww! Anyway dia ni memang best buat kawan!


Ni plak Cikgu Aina. The same age friend. Kitorg baru je jumpa kat camp ni. Pun sengal jugak. Cuma dia akan bersedih bila kasut dia basah. Kah kah kah. Ehh, jahatnya I gelak. Astaga. Ni feeling2 dekat Cameron boleh mcm tu?

Budak2 ni duduk dalam group ikut warna bandana dorang dapat. ada 8 groups. tapi ade tujuh je ETA. so kdg2 I tlg tgk2 kan the other group tu. sebab tak cukup fasi kan. Anyway, mase ni each group dapat props (like this group they got the ball). Pastu dorang dapat characters. cth: footballers dan pirates. so, using bola tadi buat la story line mengikut watak yang diberikan.

Newspaper activity.

Ni hasil kerja budak2.

They're recording/filming

and did their editing in the comp lab *dah agak dah gambar mesti ada yang masalah. maafkan saya (suara detective conan)*

Film festival + Closing ceremony. Mum and next to her is Pn. Faridah. She is the VIP of the day.

:)

Us! :D

Dah, i pemalas nak taip panjang2. ni pun lambat nak upload. sesambil main sudoku sesambil update blog. wahh, dah pandai multi-tasking kau. Nyeh3. Anyway all the ETAs mmg sangat rajin dan dedicated sgt. dan juga punctual. kita? mmg malaysian time. pukul 2 tu should be sharp at 2 kan. kalau kita 2.05 ke 2.15 ke 2.30 ke 2.59 ke tetap masih pukul 2.

Apa2 pun semua org telah bekerja keras termasuk all the teachers and the students. kita penat tu mmg la kan tapi bila kita tgk budak2 tu seronok dan dapat belajar mcm2 kat camp ni terus hilang penat. amboi! :P okay bai.

Saturday, September 1, 2012

Kes Liyana Adnan

Assalamualaikum w.b.t.

Mesti ramai dah tau pasal kes Liyana Adnan mengutuk profession perguruan dekat blog dia. anyway, dia dah tutup blog dia pagi tadi sebab ramai sangat orang yang hentam dia. maybe you guys boleh refer dekat sini untuk dapatkan kronologi cerita dan sedikit info pasal apa yang cik Liyana tu tulis dekat blog dia.

Apa yang I boleh katakan sudah-sudah la tu. People do make mistakes. In fact, kita sendiri pun tak pernah lari dari membuat kesilapan.

Tapi sebelum tu I nak cakap sikit. Sikit je. I juga dulu pernah mengajar di sekolah walaupun dalam tempoh yang singkat but still, masih berada dalam bidang yang sama. Apa yang cik Liyana tu cakap pasal cikgu suka bukak fesbuk, blog, jual shawl dan seumpamanya ada betulnya. Tapi bukan semua cikgu macam tu. I pernah tengok seorang cikgu ni dia nak cari duit lebih tapi kelas tetap tak tinggal, buku tetap bertanda, kerja tetap jalan.

Anyway, berdasarkan pengalaman sendiri, jujur I katakan menjadi seorang guru dan mendidik anak bangsa zaman sekarang ni memang mencabar. Tak semudah yang disangka. Jadi, kita semua kena la berterima kasih kepada guru2 atas jasa mereka.

Apa-apa pun, buat kita semua sebagai peringatan termasuk diri sendiri, gunakan akal bukan emosi dan sesuka hati apabila berkata-kata mahupun menulis. Kadang2 apa yang kita tulis tu tak sampai dan makna jadi lari. Naaa, kan da timbul kontroversi.

Anyway, cik Liyana pun dah meminta maaf kan. jadi, tak perlulah nak panjangkan ceritanya. Ikhlas ke tak. Nak tutup blog dia ke tak tu semua hak dia. So, head up and chills! :)

p/s: Insyaallah, I will be one of the facilitator for an English Camp dekat sekolah mak dengan cikgu2 dan ETA2 dari sekolah lain juga. Looking forward to have fun and gain new experiences!

Friday, August 31, 2012

Merdeka!

Assalamualaikum w.b.t dan salam kemerdekaan yang ke-55 buat semua rakyat Malaysia :)

Dekat fesbuk hampir semua update dan wish selamat menyambut hari merdeka. Walaupun ada yang dengar kpop katenya, suka makanan western dan sebagainya tetap proud to be Malaysian. Okay la tuh kan.

Tapi, bila dok scroll ke bawah dan bawah lagi dekat home tetibe ade jugak status 1-2 yang tak berapa sedap nak dibaca. Tak perlulah di copy pastekan dekat sini. Cuma apa yang boleh dikatakan status asyik nak mengutuk Malaysia je.

Amboi, asyik dok kutuk2 itu ini tak puas hati, pi la pindah negara len. Toksah dok kat Malaysia. Like of my friend posted on fesbuk. You can love your country without having to love your government. Kalau dah pasal merdeka pun boleh jadi isu politik. Haha. Anyway, again bak kata seorang teman, jgn tanya apa Malaysia dah buat kat korang. cuba tanya apa yang korang dah buat untuk Malaysia? meh i tambah, apa yang dibuat selain dari mengutuk negara sendiri? Haha.

Anyway, just be grateful sebab dapat duduk dekat Malaysia. Orang dekat negara lain berbunuhan, jadi pelarian. Tapi dekat Malaysia masih boleh keluar rumah dengan aman. Takde la time nak pergi Sogo rasa takut kot2 ade tentera musuh datang tembak. At least kan. Bersyukur sebab dilahirkan di negara ini. atau sekurang-kurangnya ingat la jasa2 pejuang2 kemerdekaan terdahulu. Masih ingat dengan Tok Janggut? Mat Kilau? Ke dah langsung tak kenal? Bukak balik buku teks sejarah.

Anyway, i bukan siapa2 pun. cuma sekadar memberi pandangan terhadap segelintir pihak yang masih berfikiran jumud. Maaf dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55! Proud to be Malaysian. :)

Sunday, August 19, 2012

Happy Eid Mubarak!

As-salam semua! Woohoo esok rayerrr! Ewah, mengalahkan budak kecik pulak. Over. Oh ya, Ramadhan ends and I hope we will meet again with another one next year, Insyaalllah.

Mula2, the feeling of raya tu tak berapa nak ada this year. I don't know why. Sebab ade baju raya yang tak siap kah? Sebab i dah 23 tahun dan kemungkinan chances of getting duit raya is very low? But, Rasdan said I had too much of hari raya and sekarang I dah tua to have that feeling anymore. Jahat kan dia? Tsk Tsk.

Tapi, lepas isi2 duit raya dlm sampul (terisi sekali kat dlm poket) and lepas isi2 kuih dalam balang (terisi perut sekali), terdengar takbir raya dan termain mercun eh mercun? tak2 stendet i bunga api yang pusing 3 kali dah habis bakar je. Haaa lepas semua ni baru la macam excited sikit nak raya.

Anyway gegels and boboys sekalian, di kesempatan ini I nak mintak maaf kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa or any words yang tertaip kat blog ni yang telah melukakan hati kalian. Semoga kita semua mendapat barakah dan maghfirah di hari raya ini. Last words, berhati2 la memandu jika anda pulang ke kampung. Yang mana nak kahwin rayer ketiga, kelima atau kawen bila2 la time rayer ni, selamat pengantin baru.

Ok guys, to wrap up, Happy Eid Mubarak and sorry for any wrong doings. Pada sapa2 yang bernama Fitri, Aidil, Shawal dan seumpamanya, pasti nama korang femes di home febsuk mahupun twitter kan musim raya ini. Haha. and for those yang tinggal dekat2 Raub atau lalu area Raub ni haaaa, roger2 la. Do come and visit rumah iols hokeh! :D

Thursday, August 2, 2012

5 Days of MC

Hi, just a quick update here. If you have an eye infection and you're feeling lazy to go to the school/office/workplace or what-so-ever, please record a video like this. send it to your boss! She's not retarded. She's just being so FUNNY. and dia sangat berani. salute! Bhaha. No heart feeling. Just enjoy the video. And lagi satu video kat bawah tu adalah parody version. Ok bai. :D






Errrr okay bai...









bai..











bai...








bai...



Wednesday, July 25, 2012

IKEA

Hi guys! Just a quick update here. Amboi,rajin taip tetekngah tetengah mlm buta ni. Tak2, sebenarnya tengah menunggu sahur dan subuh. *tasbih di tgn*

Okeh, I bet semua orang pernah dengar pasal food dekat Ikea kan? Meatballls Ikea memang femes sampai kalah Ainan Tasneem. Motip? Cis, kire kalau Korea cakap daebakkk! Terbaik la meatballs dia. Ya Ya Ya.

Cerita dia macam ni, I think last few days ke last week dah tak hengat tapi ade somebody post dekat fesbuk cakap "Makanan dekat Ikea semua sedap gilerrrrr. To me, its overrated. Meatballs dia mmg la sedap tapi takdelah giler. Dan I tersangat tidak menyukai pasta nya. Entah, macam tasteless barangkali. Daim cake pun is very2 sweet tooth. Rasa terlalu manis. 1 slice suda memadai. I terkagum dengan meja sebelah ambek 4 pinggan tapi mkn 2 org. Hmm mungkin ada lagi kawan dia on the way barangkali. Tu yg orderkan dulu. I guess so~

I tak tahu la I sorang je rasa macam tu. Tapi, at times I rasa Ikea Food macam dah overrated. Q panjang untuk ambek food. Pergi weekend atau lunch hour memang takde seat. Ewahhhh, I pes time I komen2 tak best pasal makanan kat blog. selalu sedapppp aje. Tak Tak Tak I tak kata pun Ikea food macam hampeh. I tak kata I dah tak nak pergi Ikea. Cuma, I kata kadang2 ade mereka yang dah overrated kan Ikea Food ni. Basically biasa2 je. Sorry kalau u guys tak disagree. Its just my personal opinion.

Oh yes, speaking of shopping in Ikea kan. I tak tahu la I ni ke yang noob2. 1st thing to do ambek tali pengukur, pencil dan check list paper. Ni kisah kalau nak beli almari ke etc. Unless you guys beli small2 items yg boleh carry dlm troli/ikea shopping bag. Okay, fine thats it.

The best part kan, I saw an aunt ambek pencil nak tulis brg2 Ikea sampai segenggam kau. Ni nak menulis ke? Tau la freeee tapi jgn la ambek byk2. Dah kalau dia ambek 1 genggam, org lain 1 genggam. dah tu, org yg kat belakang ni nak genggam apa? genggam tgn pasal nak mrh. haha. tak baik tau. :P

Lepas dah tulis2 semua item, pergi turun bawah cari I counter. Ingatkan staff tu tolong ambek kan brg. tapi takkkkk. Angkat sendiri. Adui dui dui dui. We bought a few almari-s. So how? How? How? No choice, angkat sendiri. Cari la barang2 tu sendiri kat store yang besarrrrr itewwww based on your rak number dan section. And the staff there tak friendly langsung. Cakap dengan nada sarcastic. Serious berat. My dad and me memang tak larat nak angkat. Anyway, we still need to call the staff for assistance. Nasib baik ade sorang abang (staff jugak) lalu dan tolong angkatkan. Tapi, dia tak cakap pulak ade part 1 and part 2. sampai kaunter nak bayar baru la cashier cakap ade 1 missing part. pergi balik mencari.

Anyway, I tak kesah kalau kena cari sendiri brg2. Boleh feeling2 mcm mission Running Man sket.Tapi, takde ke alat yang canggih manggih yang boleh tolong lift up barang2 tu ke atas troli kami. Engineers! Atau sape2. Tolong la cipta satu alat yang memudahkan proses pembelian.

Ni tak, angkat sendiri. Tapi berat nak mati. Kena jugak panggil dorang. Tapi tak semua staff ade kat kawasan tu. dan tak semua friendly. ade la certain yang bila kita mcm blur2, dia dtg approach. ade yg kita tanya, mintak tlg, tapi muka tak boleh blah. sentap tau. :P

Yang kecik2 mcm ni leh la angkat. Yang berat2 mcm almari baju, almari buku?kerusi? kalau sorang2 ade chance mati tertimpa brg2 dekat sini uols!

Pic ni dengan yang atas credits to google. Hah, i kan noob2. memang letih la nak pergi sini balik cari missing part. whoaaaaa bleh kurus I kalau kerja sini. serious.


Stress faces of my parents.Ni nampak mcm kecik tapi sebenarnya sangat panjang. I tolak sampai nak terkentut. siap boleh langgar anak2 org lain. Bhaha busuk hati!


I tak tahu kalau orang lain kata okay je takde masalah pun. Mungkin I je yg ade bad experience here. Mgkin I yang noob2 jugak. Anyway, one great thing about Ikea is their practical items. for daily usage. rak2 ke tempat penyimpanan memang sngt practical. dan brg2 dia tahan lama. Yang tu I salute okeh.

Ehhh kata quick update? Haha sorry guys :P Selamat Bersahur dan selamat berpuasa.

Monday, July 16, 2012

FAQ

Mood nak merepek is on bebeh. Ramai yang tanya i tengah buat apa sekarang. Ye, i sedang menikmati percutian bulan madu dr UM sampai bulan 9 uols. Senang citer, duduk rumah goyang kaki. sbb goyang kaki tu tak kurus tu. Anyway, duduk rumah seminggu je tak best. minggu yg berikutnya serious bosan sampai rasa nak gigit ibu jari kaki sendiri.

Paling simpati Rasdan la. Dia tak cuti ade kelas mcm biasa. 44x kali call ehhh bila kelas nak habis? Bila kelas dia habis, I tak terlayan jugak dia. kdg2 dia call i tak angkat pun phone call dia. Tak dengar la hape. Bhaha gedik kan. Haaaa lepas tu, ramai jugak yang dok2 tanya apa perkembangan I sekarang ni. Tak de apa, bdn i je yang mengembang. Cis, retis kalah artis. Haha. Anyway, meh sini meh I tolong jawab.

1. Cuti ni kau tak pergi mane2 ke? Plan Pergi Korea dgn Krabi apa citer weh? Nak ikut!

Cuti? Ade noks. Baru2 ni pergi PD. 1 nite stay. BBQ depan pantai. belakang swimming pool. Pastu ade Piere Andre lalu kat tengah. Ahaks. Korea? AA tengah promo. Tgk la cm ne. Kena persuade parents nak pergi. Skrg pun gegeh siapkan tentatif. Krabi plak? Sama jugak AA buat promo rm84 skrg ni. Tapi ehemmm i tak boleh la tamak gegels dan boboys sekalian. Duit takde. Bile duit takde, air liur je tinggal. so, ckp air liur, balik air liur gak la. Haha. Insyaallah plan Krabi tu ade cume tunggu mase yang sesuai hokeh.

2. Awak kan suka buat kek. Jadi, buat la kek. pastu pos sikit kat saya eh eh eh?

Ewahhhhh pandai kau ye. Teheee. Mmg i ade jugak buat mcm pavlova, tiramisu dan juga roti cheese. Eh, roti cheese pun kek kah? Tapi takde la kerap sgt. sbb nnt takut gemok. haha. alasan! Tak sebenarnya mmg serunut buat kek tapi kalau foreveralone tak best. I suka kalau buat berjemaah meriah sikit. Geng2 buat kek mostly away. Huhu. tunggu dekat2 rayer nnt kot.

3. Nape awak tak keje part time ke? Dulu tahun lepas awk cuti jadi guru ganti kejap kan?
Mule2 mmg nak kerja. sebab nanti boleh la kumpul duit beli cincin mahal. Bhaha. Tapi, kerja pulak yang takde. Nak keje KL mcm jauh pulak. I tak bese merantau tmpt org. Puiii! Last2 bapak ckp toksah keje, tp jd official secretary kat rumah. tapi no gaji. tapi dpt duduk rumah dan makan free. juga internet tak berbayar tanpa had. Itu bapak ckp. Deal!

4. Apa cerita projek awak yang suka jahit2 felt dulu?
Dah jadi tanah kubur.

5. Dengar citer awak nak kahwin dah ye? Awak tu dah 23 tau!!! Jadi bila lagi? Sekurang-kurangnya tunang la dulu. Nnt jgn tak jemput plak!
Selalu sgt kena soal mcm ni. Baru2 ni pun lagi kerap. Org kata bila u attend more weddings dr b-day party, it shows that u're getting older. Tapi, mmg la sume org akan getting older. takde sapa yang makin lama makin muda. Mmg betul, ramai kwn2 i dah tunang. dah kahwin. siap jumpa kat kedai ehhhh dah pregnant lagi. umur sebaya je. Ikutkan malam ni jugak i nak menikah. mmg dah gatai sgt. Tapi, hakikatnya masih belum sampai masa. Sapa tak nak kahwin sah tak bernafsu. Mmg nak, tapi tunggu jela. Ade jodoh, ade la. Doa yang terbaik ye kwn. Insyaallah jemput punya :)

6. Dah tu, sekarang buat apa je kat rumah?
Duduk rumah jadi secretary tak de gaji. Bermain dgn arnab. Sambil2 tu belajar Hangul. Oh yes, I nak bongkak sekejap. I dah boleh baca dan tulis sikit2 Hangul. Dulu mase b-day rum8 belikan i buku learn Korean through English. Dah org beli, tak kan nak simpan dalam kotak. Bagus gak buku tu. Thanks Hana! Jadi, cecuti ni apa lagi, menelaah pelajaran la sikit. I boleh tulis dan baca sikit2 je. Tu pun slow. Tapi, kalau tanya makna mmg tak tau! Kena google translate uols!

Dah terjawab kan kenapa I tak update blog. I baca je blog orang cuma I nak update sendiri tak terdaya. Nnt kalau ade apa2 I nak share I post ok. Lagi 1, kat fb I ade je on9. I tak bubuh status pun I stalk je status org lain. Bukan I tak on9. Ade je :P Haaaa entah apa I bebel2. Rasa tak nak publish pun ade entry ni. Nnnt kalau ade org tanya ehh zaty buat apa je kat rumah skrg? I nak jawab sila rujuk belog i yg tak matang itu. sbb mls nak jwb. Haha. kijam x. Okay take care semua. Roger and out!

p/s: btw, result 1st semester dah keluar. Giler nebes nak check. Gagahkan diri jugak. Maklumlah sem lepas agak tough. Subjek semua research. Tapi, alhamdulillah. Hardwork pays off. Terima kasih Ya Allah. Tak pernah2 dpt angka sebegitu. Okay bye :)

Saturday, June 30, 2012

Tiramisu Biscotti + Kimchi Ramyun

Assalamualaikum w.b.t

Tak nak update cerita jalan2 pergi Terengganu mahu pun Kelantan.Sebab malas. Dan juga sebab mase dlm flight nak balik KL dr Kelantan, I telah muntah dlm flight. Tu la, sapa suruh pilih seat depan2 lepas tu nak berlari ke toilet kt belakang bapak la jauh. Walaupun dulu i pernah sertai acara 4x400 meter bawak baton dekat sekolah tapi i tak mampu sampai dekat toilet dengan selamat. mase on the way, terus terburai. Haaa hambek, sebelum tu dah makan tomyam, ikan bakar, air oren segala bagai. kire the best combination la ni. Before that I dah rasa mcm masuk angin. I bubuh vicks kat perut tapi mcm tak elok. I makan pandaol naik flight terus tidur. lepas tu mase nak touch down, i masih dalam kat toilet. Tsk Tsk Tsk.

Besoknya I masih tak sihat. Lepas tu, kwn i si Nana dgn rum8, Hana ajak dinner dekat Nandos sebab nak sambut b-day Nana yg ke 25. Haha muda lagi tau. hehe. Mase dah habis kenyang melantak, I rasa mcm pedih ulu hati semula. Alahai Gaviscon tak bawak. I mintak paper bag sesiap dr Nandos kot2 la I termuntah mase otw balik nnt. Tapi, I tak terus balik. Sebab, dorg paksa I pergi jumpa doctor. Bukan kat clinic. Nun, dekat Hospital Assunta sana. Giler kijam. Nasib baik doctor tu handsome. Okay gatal! Haha

Eh, nawaitu i nak citer pasal makanan ni. Apasal plak I cerita muntah2 ni. tak best2. okay2 balik semula eh.

Assalamualaikum w.b.t

Hai Hai Hai! Meh la straight to Ampang Point terus eh. Pernah makan Tiramisu Biscotti? Tak pernah? same la. I pun tak pernah. Tapi tengok org makan macam sedap je. You guys pun boleh buat sebab step dia Ya Allah sgt2 simple. I yang kurang pandai (pengunaan euphemism) masak ni pun boleh buat. Boleh refer dekat sini 1 dan juga sini 2 Seeee? Senang sgt2. Bkn kena bakar2 pun. Tak rumit cam buat pavlova atau pun macaron.

Tapi whipping cream ni yang 1 tau ade 2 jenis. 1 untuk cooking, 2 untuk cake and dessert. Selalu I biasa guna untuk cake and dessert. Nak tau mcm ne, tgk pada kotak. Tiramisu Biscotti ni sedap makan bila dah chill dalam fridge. Best served untuk tea time. Tapi kalau jenis yang buruk lantak mcm i, anytime pun voleyyy uols!

Rasdan bising2 sebab I sengaja buat time dia xde. Dah dia kat Bangi, I dekat Raub. Rajin plak I nak delivery. Dulu awal2 bercinta boleh la. I sanggup buat apa saja untuk u bagai. Sekarang? Ada aku kesah? Bhaha :P Anyway, dia balik jugak Khamis malam semata2 nak makan ini. Gigih betul.

Dan baru2 ni Rasdonn ade request benda pelik kat I. Nak makan kimchi ramyun yang i buat. Haish, sejak bila plak tekak dia jadi Korea2 ni. For those yg mcm blur kimchi ramyun tu apa, ala mcm megi kari je. bubuh kimchi. Tapi, nak buat kimchi mcm leceh. Anyway dulu tekak I tak boleh terima kimchi. Sebab masam2 kan. Mase makan kat Seoul Garden tekak i mcm terkejut. Terus tak usik dah. Tapi bila I dah selalu pergi Seoul Garden, The Street Cafe, Dubu2 kat Mid lame2 mcm dah okay. Alhamdulillah dah boleh makan kimchi da. Sape rajin buat kimchi? Nah resepi.

Okay, anyway kimchi dah ada dalam fridge I sekarang. So mcm ne nak buat kimchi ramyun ni? susah ke? Tak susah simple je adik2. Ni haaa resepi nye. Klik sini. Tapi i tak letak green onion pun. I gune megi kari base dia. Apa2 mee magi pun boleh. Oh yes, I cari jugak dried seaweed kat rumah tapi lepas renovate dapur errrr entahla. Rasa mcm dah kena buang. So, i tak letak. Act, kalau u guys nak letak tauhu ke sosej pun no hal. mesti lagi sedap.

Tapi, pasal mcm sedap I terlupa nak ambek gambar. Ala, rupa dia lebih krg je mcm dalam link i kasi tu. mcm rupa megi jugak. sebab ade kimchi kat rumah ni, gegeh la mkn megi dgn kimchi, makan nasi dgn kimchi. besok nak buat nasi goreng kimchi. ke nak buat lontong goreng kimchi? Bhaha. Okay bai!

p/s: masa makan kimchi ramyun dekat dapur bapak tegur. dia kata i tetap anak jawa tegar pasal walaupun makan kimchi ramyun, i tetap cicah dgn tempe. kah3. well, like bapak like anak!

Tempe anyone? :P *pic credits to google*

Friday, June 22, 2012

Homemade Pavlova In The House

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah, dah lama rasa tak update blog. busy sgt study kah? Amboi, target nak 4 rata ke sem ni. Tapi, nk kata study byk sgt time exam week tak jugak. sempat karaoke, bincang nak bercuti ke Hatnyai + Krabi Island. Tapi, tu la takde rezeki ghamaknye. Krabi sekarang tengah bergolak plus baru2 ni banjir kan. Rasdan pun agak busy dgn proposal dia. so member2 pun ckp next time jela. Bercuti dlm Malaysia pun seronok apa. Hehe. Ni dah habis exam dekat seminggu lebih pun tak ter-update blog. ter-gemuk duduk rumah makan banyak adelah :P

Ehemmmm, tujuan i menulis blog ini adalah untuk mempersembahkan tarian zapin ehhhh takkk maksud i nak tunjuk homemade pavlova yang sangat handsome, tough dan sexy. boleh tergugat keimanan tengok tau.

Geram tak tengok? Tergoda tak?

Tengok, betapa tabah dan gigih tak I dgn Asze nak sapu whipping cream dekat pavlova itewwww. agak gedik di sini. Haaa nasib baik Ecah tlg snapkan gambar. Maseh Ecah. *terpaksa ckp mcm ni sbb lupe nak upload gambar ecah kat blog ni.

Lihatlah kepantasan tangan Asze! Selain bekerja mengira duit orang di Public Bank, beliau juga hebat dan pantas dalam kes ini juga. Bhahaha. Hah, mase tengah dok asyik sapu2 ni, Abg Asze datang kat kitorg pastu kasi bisikan syaitonnn. 44x kali cakap alaaaa tak kan jadi pavlova kami. Giler busuk hati. Teheee~

Fresh fruits yang telah dipotong. Tapi takdela fresh mana sgt pun. strawberry tak fresh mcm kat Cameron. by the way, satu tips nak pilih buah untuk pavlova ni, tak semestinya kena strawberry, blueberry,anggur hitam je. Korang boleh tukar pada kiwi, mangga, oren pun takpe. sebab bawah pavlova tu dah manis giler. so buah2an dia mesti kena guna yang masam2. mcm ketiak yang berbau masam2 epal bila berpeluh2 pastu takmo mandi 3 hari 2 malam!

The Final Episode! Alhamdulillah nasib baik pavlova ni jadi. Tak termakan hasutan berniat jahat Abg Asze tu. Rasanya awesome!

Nak resepi tak? Meh i tak kedekut. Meh i kasi link blog yang i blajar. Click sini. Cuma dia gune 3/4 cawan gula castor kan. I rasa manis lagi. Maybe next time I nak guna 1/2 cawan lebih sikit je kot. Sebab selalu sgt makan manis2, potong kaki la plak.

Actually, its an impromptu baking activity. Since I balik rumah ni, mana ade I masak2 kecuali megi yang i sangka megi soto. I bubuh sume perencah, mee dlm air panas. sekali hambik,, rupenya megi goreng. last2 makan megi campur kuah gulai tempoyak dgn sambal petai. nampak tak i bangang di situ? Bhahaha. I bosan giler duduk rumah. I google blog sekali terjumpa resepi pavlova. Dulu I selalu jugak makan pavlova dekat Ben's and Delicious. Tapi, tahu la kan, sedap mmg sedap, rege satu slice kecik pun RM12++. Tu tak termasuk tax lagi kaw. Haaa, pastu i mmg dah lama aim nak buat pavlova ni. cume time tu takde mase.

Haaaa sekali arini kan bosan maka terus call asze dgn ecah get ready for the battle. on the spot keluar beli barang, on the spot buat kat rumah Asze. Lepas dah makan2 pavlova, keluar pergi membantai nasi lemak telur RM2. Tu pun nyaris nak terbungkus Oblong Burger. Haaaa, camno nak kurus balik ni? Mak I dah 14 kali call tanya bila nak balik bila balik. Alaaa, bila I balik tadi bukan dia risau pun. dia suruh pergi charge bateri hp dia dgn ipad. sbb Ira tak nak tlg dia. see, i anak yang baik kan? cis, masuk lif tekan sendiri. Kbye!

Sunday, May 20, 2012

Calling For Burgernizers!

Siapa suka makan burger? Meh sini meh nak citer sikit pasal burger ni. since i memang gemar jalan-jalan cari makan so meh i combine kan sekali cerita pasal burger ni.

Burger Bakar <--- klik sini for more info

Hah, yang korang sure pernah dgr pasal beger bakar ni kan? skrg tengah famouls uols. dgr citer, org beratur panjang semata2 nak ambik nombor. Haih, nak beli burger pun kena ambek nombor. lambat je sikit pergi dah habis. meraung la korg. So, last week hari Rabu i dgn partner i, Rasdan pergi la cari burger bakar. org kata best sgt. ye ke best sgt? ramai sgt ke org? tp kami pergi branch yang dekat puchong. ala dekat dekat carreffour. jumpa carrefour sebelah kiri, korg terus lagi dlm 1km korg akan jumpa lokas makana. lokas makana ni food court. besar juga. so korg turun je kereta masuk dlm kwsn lokas makana, insyaaallah jumpa la banner Burger Bakar Kaw Kaw!


I ordered chicken single baconizer cheesy with chesee, bacon and cheesy sauce. i ambek ala carte so harga dlm RM11.50. Rasa okay sedap. yg ni i sengaja ambek single je patty dia pun dah tak muat mulut tau.

Rasdan bese la. dia suke rendah diri. order beef single cheese. dgg patty dia mmg dia bakar. plus patty dia agak tebal pasal homemade. rase dgg dia mmg mcm satay. dia pun sengaja ambek single. pasal dgg dah tebal kan. kang muak plak katenya. tapi, untuk mulut2 buaya diluar sana boleh je jalau u guys nak ambek 5 keping dgg, 8 keping. 10 keping pn xde hal. tapi bayangkanla satu keping dgg pun dah tebal cenggini kalau 10 dah KL Tower plak kan. pastu rege tak mcm RM61 plak kan. nak mkn biar berpada2 tau. tp jujur i kata, beef dia lagi sedap dr chicken. time ni sempat la i geget geget sikit burger dan ni. mantap uols. *sambil nyanyi lagu ingin ku gigit gigit telinga kecil mu. lalalalala*

Ni i belikan utk rum8 i. pun single beef jugak. rum8 i, Hana kenyang sampai hari ni tau. err okay tak, tipu jek! :P

Fyi, mase kami dtg tu xde la beratur pnjg. semua org duduk pasal kate food court kan. i dpt number 22. eh eh eh besday i pun 22 haribulan. hehe. pastu i tggu dlm 10 menet je. terus dorg serve beger kat table. tak ramai pn org. pastu i kan dengki beger rasdan lagi sedap. so mase i nak tumpang basuh tgn kat sinki bklg kedai beger bakar ni, i kate la,"Kak, sy nak order lagi satu burger beef single normal." pastu i terus pergi basuh tgn. pastu bila dah habis basuh tgn kan, i lalu semula depan akak tu, dia kata, "nah dik. dah siap dah beger dik". curlasssss kaw service dia. hehe. so balik bilik jadikan ni supper. sambil2 pening2 buat research tu kan. overall kan, beger bakar ni sedap jugak. cume satu je. sauce dia cume sos, cheesy sauce. i rasa kalau dia buat special sauce dia sendiri mesti lagi authentic rasenye.

Mustafa Jones Burger <--- klik sini for more info

Teringin nak makan burger yang rase pure dan resepi dr US? no hal. pasal owner dia mmg dtg dr US. sila dtg ke mustafa jones burger. org pun dok ckp burger encik mustafa ni sodap. tp dia punya beger satu jenis je. yg lain kalau nak makan chicken wing, kebab ke, tenderloin steak (RM15 je) pn voley. korg nak mkn western best2 tak payah bazir duit makan dekat TGI Friday, Tony Roma's bagai. sini pun boleh dpt. murah plak tu.

Ni la burger yg i maksudkan tu. Mase ni i pergi dgn Hana (rum8) and Rasdan (bakal rum8). Hehe. 3-3 order benda sama.

Om nom nom nom. to me, burger dia xde la sebesar Burger Bakar pasal dia dalam 200gm je kira standard beger bese la jugak. rasa dia okay sedap boleh tahan. tp again, i rasa mcm kering sikit sos dia. kalau dia gune special sauce dia ke would be nice kan. i tak sempat rasa rib eye, tenderloin steak dia lagi. but i'll definitely would come back here. selain service dorg pun bole tahan pantas :)

Hah, ade org kata fries dekat Mustafa Jones gemuk2. to me normal je. yg fries gemok2 boleh pergi kat Carl's Junior. Yang i tau ade dekat Mines and OU. u boleh pilih nak saiz small, medium and large.

Pic credit to google. demok kan fries dia? hehe. i xtau la mcm ne skrg. pasal i pun dah lama tak pergi Carls Junior. tapi last time yg i pergi fries kat carls junior ni, fries dia masih gemok2 lagi. mcm i jugak la. haha.

Normally i dtg Carl's Junior i order bacon swiss chicken. walau apa pun, tetap tak leh lawan mc chicken kat MCD uols. Hehe. I kalau mkn burger kat any fast food restaurant, normally i akan compare dgn MCD. Oh ya, i xtau la u guys mcm ne. Tapi i paling tak suka makan beger kat KFC pasal kalau dulu colonel beger dia alahai kecik sgt. 2 kali geget je dah langsai, settle.

Ehh jap2. Dah try ni? To me, tak sedap. kurang sos. rase kering. would not for second time anymore.

But this!!! memang best. Baru2 ni Burger King ade buat promotion RM5 satu beger. add fries RM1. campur tax 35 sen. yg week 1-4 i tak sempat. i sempat week 5 je. BK Dabel Black Pepper kau. Ya Allah sos dia melimpah ruah. mmg two thumbs up. i makan jerit2 sbb sedap sgt. 2 kali tau i makan. tp skrg promotion ni dah habis. hehe.

Heyyy, jadah nye i review fast food plak ni. eish, suka lari topik. dah2, back to bisnes. okay next burger i nak share is Imbiss Burger. <-- Klik sini tau. Dekat ampang. near ampang puteri. dekat stesen minyak petronas. depan KL International School.

I kan bongkak sikit. maka order la Megathon. 500gm. besar sungguh. sos dia pun tak byk. i struggle gila nak habiskan beger. mujur i dpt bantuan dr Hana, Rasdan, Zatul and Laila. Harga dia tak igt. dlm rm16 cam tu kot. okay la kan. i mmg berniat nak pergi balik kat sini utk try bende lain. maksud i hotdog, other burgers.

Tgk beger i. pastu compare dgn beger Hana kt blkg tu. ^.^

Yazid Buger <-- klik sini for more info

I xtau korg pernah dgr ke tak Yazid Burger. Tapi its getting famous dah sekarang.

250gm beger dgg. 1 jam nak tunggu siap. patty dia mcm rasa satay. sbb homemade. tebal jugak. sedap. rupe hina, rasa walaweyyy terbaik la. i lagi suka Yazib Burger dr Burger Bakar pasal sauce dia mmg sedap uols. bkn sekadar sos bese je. berazam nak dtg sini balik pasal i nak makan beger yg besar mcm kat bwh ni.

*Pic credit to google. Kau mampu? nak order 500 gm? 1kg mcm ni? xde hal. cume mase nak tggu siap tu aduhaiii sempat habis tgk konsert ulangan Mania. kalau b-day xpyh ade kek. kasi beger je. Yazid Burger ni terletak kat Seksyen 7, shah alam. blkg uitm. dekat2 dgn kedai Mee Bandung Udang yang femes tu. yg pnh masuk jalan2 cari mkn tu. haa, ni lagi satu kisah Mee Bandung yang i ckp sumpah sedap. kalau i ckp sedap, mmg sedap maknanya. go and try sendiri. kedai mee bandung udang tu sebelah kedai mee ketam. atas pada kedai tu, dia ade jual sup belut.arghh susah nak explain. kalau dtg shah alam, wajib pergi tau? :P

Okay, sekian sahaja review pasal burger2 i ni. Kalau korg ade cadangan burger best, meh kasi kat i meh alamat. Insyaallah I dgn Rasdan mmg byk mase untuk try makan tempat baru. Oh ya, i asyik ckp pasal burger ayam dan daging kan? kot2 ade alergic tak leh makan. nak makan burger udang.shrimp yg sedap. ade ade ade. sila la google Wendy yang berdekatan. shrimp burger dia mmg terbaik. Itu jela yg sedap nye. Okay bye :D

Sunday, May 13, 2012

G-Day Out!

Assalamualaikum w.b.t

Hola! Izzati Idrus di sini. eh? tiru dina nadzir ke hape. haha so gediks! :P

Yesterday was awesome! Konon-konon girls day out la khenn. walaupun 4 of us (Farah, Anis, Hana and me je yang ader. Nana takde pasal kena jaga exam kat kolej dia. Nani pun balik Melaka pasal nak tlg ibu dia kemas rumah kat Bukit Baru. sokey sokey wpon tak cukup korum tak kesah. sapa yang ade pun voleyy on gak mission ini. Actually, the real plan nak habiskan voucher karok kat red box. i bought it last February ke January tak hengat. tapi beli kat mydeal.com.my sempena tahun baru cina punya promotion haritu. instead of RM200++ so dapat la RM50. Karok 3 jam, 8 gelas air, tit bits for 4. tapi bukan i yang beli, bapak yg tlg sebab dia je ade cimb clicks. i tade. huehue

okay dah proceed jom. ni gambar mana gambar? erkkk tu ah pasal. mane ade hade jelah eh i upload. certain dlm camera phone Hana, Anis, FF bagai. ye ah, dorg sume pakai henpon cecanggih, gambor pun cantek lagi clear. UNTUNGLAH~~~(this is the word yang i paling tak suka dengar dan tulis dan sebut dan sebenarnya i telah tertulis ayat ini di blog i. apekah?)

Plan memula nak lunch dekat meatball ikea. i dah terbayang i nak 20 pieces. pastu chicken wing. pastu muffin blueberi dgn almond cake coklat. so dr UM Hana and me terus la park dekat Ikea. nnt anis and farah pun jumpa kat Ikea terus. Tapi, dorang lambat gila sampai.

Jam katenye. i pun was2 jugak. apakah yang lame sgt walhal anis and farah dari damansara je kot. i tak sabar2 nak jumpa. Hana dgn I dah round2 Ikea tgk perabot siap berlakon2 main masak2 dekat dapur. baring kat katil. pastu masuk opis konon2 diskus pasal bisnes. Tapi dorg tak muncul2. perut pun dah nyanyi2 so Hana dgn I decided nak pergi makan dulu. Tapi si Farah kata dorg tak jadi mkn meatball plak. nak mkn steamboat ketam village kat Ikano. dah tu, Farah pesan Hana and i order 5 biji je meatball. arghhhhh mane cukup!

Niat i nak order 20 biji tau. sekali i dgr org depan i order 10 biji je kot. pastu i tanya Hana dia nak bape biji. Hana kata dia nak 10 biji jugak. cisss, tetibe rase malu la plak. last2 i order la jugak 10 biji. sekali dgn muffin, air dan almond choc cake. nyum2. tapiii, muffin tak habis. i dah tak larat. nafsu je lebih2 walhal dah tak mampu. sebab tak mampu i tak nak paksa diri. tapi tak nak bazir so i kasi muffin tu kat meja sebelah. sebab i tgk anak dia comel so i kasi la. budak2 tu rupe dah la mcm adik i, si Faiz tu. Haish, rindu pulak. mule2 budak tu malu2 kunun tak nak. tapi i tgk habis jugak. eheh comel kan? :P

Alhamdulillah dah kenyang Hana and i terus jalan gi Ikano. mase tengah jalan2 ade la chinese lady ni approach me and ckp pasal nak kasi free voucher hotel apa tah. dia kasi pamplet. kdg2 rase annoy bila promoter2 mcm paksa kite kan. tapi tak pernah la i marah dorg. normally i akan kata i dah dapat pamplet tu atau i dah ade produk dorg tu ke hape. sng citer. tapi yg ni siap tarik2 tgn i. suruh register amenda dulu tah. last2 i ckp bg i suka gila dgn offer dia tuh. tapi i jumpa kawan i dulu. nnt i dtg balik bawak kwn2 i ajak register and dpt voucher itewww. u suka kan kalau lagi ramai yg register kan? ni i nak panggil lagi ramai la ni. haaaa baru la dia lepaskan tgn i. tsk tsk

Setelah berpusing2. akhirnya, Hana and I tibe jugak dekat kedai steamboat ni.

Yang kanan Anis. Yang kiri Farah. Rindu kalian tau! :)

Hana yang kiri. yg kanan tu Izzati. haha. perlu ke nak kenalkan diri sendiri kat sini :P

Hana dengan i tak makan sbb baru lepas lunch. kenyang lagi. tgk si Farah mkn sampai tutup mulut sekali.

Haha. comel la dorg 2 ni~

Dah lapa sgt. terpaksa la menahan pedas + panas tu sekali gus. lagi best kalau makanan tengah panas dan pedas, minum pula air panas jugak atau air gas. lagi best.

Dalam lepas Zohor cenggitu baru la kami masuk bilik nak karok. ahaks. besar jugak bilik dia. can you see the cake on the table? dorg buat surpriseeee kat i. wpon b-day i dah lama lepas sesungguhnya i tak sangkat dapat kek. ptt la lama gila tunggu dorg. ohhh ade hidden plan ye. tq girls. terharu sgt ;)

after 3 hours karok jeng3... habis jugak kek iteww. dgn 8 gelas air. sekali titbits. satu mangkuk putih tu dah habis. we can choose anything we can. termasuk sekali dlm voucher RM50 itu ;)

Haaaa duet nyanyi lagu Isabella.

Ni awat jadi berkaki ayam ni. hehe

3 suara! Beribu sesalan! hua3

we sang Madu Tiga. tapi ubah jadi heyy senangnya dalam hati kalau bersuami 2. lalalala.

another great thing is microfon dia wireless. so kaki xde la tersangkut2 dgn wayar2. juga ade 3 mic dalam ni. selalu ade 2 je kan. tapiiiii, menu nak pilih lagu sume tu gune remote. tak best ah. kalau kat superstar touch screen kot. baru la best. ahaks :)

Haaaaa jalan2 dekat The Street yuk. sibuk dok pilih2. katenye nak buat friendship bracelet. auntie tu ingat kami budak sekolah. suurh ajak kwn2 sekolah dtg beli rantai ke hape kat dia. amboiii, awet muda sgt ke atau perangai kami yang tak matang2. bila kami kata kami dah habis sekolah, auntie tu gelak2. yelah, si Anis and Farah dan mengajar pun. sorg teacher kat KDU, sorg lecturer. ni kalau ade Nana and Nani ade sekali time ni, tak tau la kalau auntie tu still kata dorg pun budak sekolah gak. ahaks.

Friendship Bracelet. tgn i opkos la yg paling hitam itewww. so gedik kan :)

Gatai nak berbowling! Walhal 4-4 pun sume beginner tapi gasak jela. baru best kan. haaa dah tu, kasut nak same je size. sume saiz 4. friendship shoes katanya. tp pas main bowling, kena la pulang balik.

Hana Tajima kuciwaaa. notice ade bola hijau kat belakang tak? satu pin je lagi tak jatuh. tapi takpe Hana. u can do it ;D

Teacher Anis tengah test2 mana yg paling berat. cita-cita tinggi tuh :D

Nampak mcm lurus je kan. tapi last2 longkang. nasib tak masuk longkang sebelah. tapi lepas pada ni kami ber'4 sume kena jugak simptom longkang. apa tah mslh nye. haha.

Miss Farah omel!

Muke ikhlas lagi sikit bleh tak? ahaks. heyyy lupe nak cakap. selama dlm hidup i, mungkin ini kali 3 tau ke 4 i bermain boling dlm hidup i. so i mmg noob2 main bowling. tapi semalam i strike kot. hehe. *bangga diri jap* tapi sekali tu jela. nasib kot :D

Dalam lepas Maghrib, bf farah si Ganu sampai. Ganu pun our former classmate dekat Unisel gak. Nama sebenar Arif Hafiyan tp sbb org T'ganu maka panggil Ganu. boleh mcm tu? Haaa, si Rasdan demok pun join jugak. Kami ber-6 gegeh nak tgk Dark Shadow. Best uolssss. Lagi best dr Battleship.

Movie started at 8.15. pastu habis dlm pukul 10 lebih kot. Op kos la perut lapa. lapa gila. Ganu ajak makan kat William. Takde kena mengena dgn Price William atau Serena William. Sambey tunggu food, si Anis and Hana sempat buat discussion kan~

Sorg busy main phone, sorg busy makan. om nom nom.

We ordered Honey Melon Ice Blenden wih Lychee inside it. Kat kedai ni takde menu. pelik benor. so i ckp je i nak air paling meriah. hambek! Eh cop, jgn tertipu tau nape pinggan kami kosong. act, food tak sampai lagi. tipu ah kate diet tak nak makan. hehe

sbb besar so kunun2 nak share dgn Dan tapi last2 i minum sorg. Rasdan kan lelah so dia rase jela air ni dgn makan laici. pastu dia order air suam je. kesian dia kan.

Hana and Anis share Ribena Laici/Longan. Gelas besar wajib la share. sebelah tu air Farah and Ganu. dorg nye coklat avocado :P

Ni food Ganu and Farah. portion dia besar harus kena share. sorg2 tak larat. lupe nama dia. tapi ade nasi, satay, ayam percik ke hape tah. sedap gila!

Farah and Anis ordered this. Nasi goreng dgn ribs. Looks small but its big actually. Harga RM30-RM40 gak rasenye.

Rasdan said he wants to kill the chicken. anyway, mmg ayam tu dah mati. jika tidak, tak kan la ayam itu sudah jd roasted chicken. sape2 nak try William ni, bole pergi kat area Kelana Kaya. Malam je bukak. tapi rasenye everyday dia beroperasi. meh visit/ klik sini meh William Corner.

Thank you for coming and join us. ILY ;)