♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Thursday, June 30, 2011

Zefronge + Minashiro Bergabung!! Meletop :)

Awak.... kite sema-sema la awk. kite rasa mcm nak demam je awk.. awk2, awk lempang la kite laju2. pasal kite ni annoying sgt la awk.tlg la jgn benci kita awk. hahahaha. maaf maaf maaf. otak dah senget. minggu ni agak busy. nasib baik la ade peneman setia utk pergi makan2. xde la rase loser sgt bila kena makan sorg2 tanpa teman :P

Hi. sy ni pemalu sgt. sebab sy gegurl. ouh purliss la jgn la ngorat atau pandang2 sy.

Sebab tea time, should start dgn new york cheese cake. tergugat tak iman?

kalau gmbr burger ni tergugat tak iman? harap maklum. gmbr haram dibesarkan. hoho.

agak mengambil masa nak tunggu ketibaan YDP encik teh ni.

harap maaf gmbr ni mengalami mutasi gen. i excited nak minum chamomile tea. zaf ckp kalau kt UK, twinning(brand teh ni) ni murah je. wpon dia xkate nak belikan, i terus order doblas kotak. nampak sgt i mmg tak tahu malu.

nama sebenar; zafirah zefronge. bujang anak satu. fav tagline; teh o beng se!!

saya memang suka buat muke comel. sampai owner blog ni timbul rasa cemburu.

sy mmg suka minum dengan cara begitu. kdg2 sy minum kuah tom yam pakai straw.

sekali tgk mmg mcm macoroni cheese. tp cer tgk sekali lagi. ade x rupa mcm gulai tempoyak? tak eh? ooo salah2. :P

hari ni hari khamis. jgn la tanya kenapa sy pakai baju batik. tp tetap comel bukan? okay. masuk lif tekan sendiri ;)

So zaf, thank you so much belanja hari ni. i rasa bersalah. next time, my turn pulak yeh. btw, since kontrak jadi guru ganti akan tamat pada akhir bulan depan. so im thinking of nak buat beberapa perkara menarik. antaranya;

1. nak buat apam polka dot. i obses dgn polka dot. i suka bulat2. sebab tu i bontot pun bulat. errr. okay tak tipu je. since i tengah busy nak improve kan cooking skill, teringin nak blaja. nah, boleh tgk sini. lepas tu if uols da pandai, sila la beri tunjuk ajar ye~

2. i nak pergi kelas bahasa. hari tu dah daftar kelas, tapi tak call2 pun. sentap nih.. zzzz.

3. i nak blaja jahit felt craft. dulu suka buat cross sctich. skrg nak jahit felt. tp kelas utk jahitan felt tak semua tempat ada. so, im thinking of nak blaja sendiri dulu. boleh refer sini.

Tuesday, June 28, 2011

My Kids In School :)

Those day kids memang banyak terpengaruh dengan cerita dekat tv tau. Last week i ajar preposition of direction. cth, to, across, towards, from dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. so i suruh la salah sorg back benches boys jawab soalan i. soalan ni mmg susah. kena dpt approval MQA dulu kalau nak soal mereka~

Me: Okay, where do you come from?

Boy: I come from Thailand. sawadikap. masuk pintu keluar tingkap.

And his friend cpt sambung, "KL ni kawe legend... teacher, teacher tengok tak cerita kongsi?" and everybody start to laugh. walaupun itu bukan my expected answer from them, but at least dorang berjaya la jugak jawab dengan betul.

There is another cerita. tapi yang ni xde kaitan dgn influece cerita tv nye pun. haha.

Boy 1: teacher, teacher speak English tak dekat rumah? teacher mmg ckp English dengan semua orang dekat rumah ke?

Me: well, it depends. kadang2 tak jugak.

Boy 2: Eh, teacher kalau ada anak mesti teacher speak English hari2 kan?

Me: for example?

Boy 2: baby, do you want milk?- dengan penuh semangat, siap hulur2 tgn lagi-

Me: Haish, kalau mcm tu, bukan tanya dekat baby bayi. patut tanya mcm tu dekat baby hubby/suami. errr sy tak pervert kan? ;P

dah2. itu je untuk entry kali ni. ,mari tadah tangan dan baca doa makan -sambil makan rice bowl dgn xmeal twister-

p/s: i still remember my lil brother, Faiz. setiap kali dia suap pape kt mulut dia xkire la nasi ke megi ke duit syiling ke, rambut maid ke sume nye mesti start dgn bismillah. kalau 15 kali dia suap nasi, 15 kali la dia baca bismillah. tapi, kdg2, dia sempat baca bismi je. lah nye dah xsempat. pasal nasi dah sampai dlm mulut. comel kan budak tu? tgk la kejap lagi i pergi lempang dia laju2. tapi tak kan lebih had laju dekat karak highway iaitu, 90km/h =P

Saturday, June 25, 2011

Language Race+Sexy CheeseTart+Sawan Muffin

Last week ada language race. So, of course la i yang paling excited melebih2 dari students yang bertanding. over bukan? i jaga check point number 5. and cluenya adalah oriental palace. jenuh la budak2 ni nak mencari mana la oriental palace kt sekolah tu kan. i sempat teman mak cik2 dan kakak2 cleaner tu lunch sambil borak2. lepas dorg blah dari situ, i terus bertapa dengan buku teks sejarah form 1 sementara menunggu budak2 ni. kasihan bukan cikgu ini? :P

i ada 2 orang pembantu yang sangat HEBAT. both of them are my students.

The first team arrived. i cakap mesti work as a team. tak boleh depend on sorg je tlg fikirkan jawapan. tapi, tgk la. mcm terlebih org je dlm team ni. menggunakan rakan lain yg tidak bertanding sebagai talian hayat mereka :P

Haha. Muka serious je fikir jawapan. soalan mmg susah. i bg soalan taraf master in forensik. :P

Go PBSM Go..!! i define pbsm ni sebagai persatuan budak suka makan. sebab i la yang pegang jawatan pengerusi persatuan. menang tanpa bertanding. curlass bukan? :p

Puteri Islam. Bahawa kami, ahli2 pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar bahawa..haha *tetibe je. maafkan saya*

I likeee this team. sumpah comel. sebenarnya dorg kena buat gap filling activity. days, months and season. the best part is summer jadi sunsilk. tehee. comel je :P

Banyak lagi gmbr team unit beruniform yang lain. tp i malas dah nak upload. jujur bukan? haaa lupe nak cakap. semua unit beruniform anta wakil kecuali pengakap. sibuk membuat tepuk pengakap barangkali :P

habis cerita sekolah. meh sini pasal makan meh. laa kata pbsm, persatuan budak suka makan. tak kan nak tinggal segmen makan2 pulak. dengan suka cita nya, i maklumkan bahawa sekarang i dah jatuh hati. dekat the loaf. i suka tengok gambar2 cheese tart dia. itu baru gambar. kalau betul2 face to face dgn cheese tart families tu mesti i meroyan dah dekat situ.

u guys boleh stalk cheese tart yang tough2 dan seksi dekat sini pleaseeee. dia punya outlets tak banyak. Puchong, SJ confirm2 la i sesat jalan. Bangsar Village lagi la hareemmm jadah i tau kt mana. lepas tu kt langkawi. sangattt dekat dgn rumah i. lebih baik pergi makam mahsuri. so, yg i tau pavillion jela. harus ajak pak mahat ke sana ni. since dia kan bakal pewaris pavillion kelak. haha, tak nampak kan yg i sedang berbohong? :P

Kalau tak salah i, the loaf bakery and bistro ni owner ni adalah our former prime minister, Tun Dr Mahathir. seriously i nak pergi buat lawatan sambil belajar. the pastries seriously look so good bebeh! i wajib buat puppy face dekat rasdan. berdoa dia akan bawak i pergi sana.

eh ckp pasal food kan. i teringat tadi i practice buat muffin. lepas tu waktu dlm oven, i perasan yang ade satu muffin i ni berbuih2.

hmm sawan barangkali. :P

Monday, June 20, 2011

SMKTK Dulu Kini Dan Selamanya :)

Sorry for the long hiatus. Busy yang amat lately. okay, i nak share yg i dah jadi guru ganti kt sekolah lama i, SMK Tengku Kudin. sekolah tu mmg dekat dgn jiwa i pasal i pergi sekolah tu since i tadika occay. tak2. i bukan tadika kt sekolah menengah. tapi sebab dulu my mum salah sorg guru BM kt sekolah tu. so i balik tadika i singgah sana. sampai la i sekolah rendah. bila dah masuk sekolah rendah, my mum tak jemput sgt dah balik sekolah. pasal i jalan kaki je dr sekolah rendah i. ini la sebab muka i jadi hitam, sunburn kot. haha. tlg la percaya :P

Bila i masuk sekolah menengah, i pun mesti la nak sekolah kt situ kan. tp at that time my mum dah tak ngajar situ. dia dah transferred to other school. tapi i tak ingat masa i form 4 ke form 5 my mum pindah balik sekolah tu as a principal. kebetulan, bapak i pun pernah sekejap jadi PIBG sekolah tu. plus, my sisters and brothers pn bersekolah kt situ jugak. so, i anggap sekolah tu mcm rumah i. sebab family members i pun related dgn sekolah tu.

i still remeber when i was in Form 5, i was driving my mum's car to school. sebab dia away kot. pergi kuantan dgn my dad. so i kena pergi sekolah sendiri. i baru dpt lesen. i bwk careless giler. the best part is i boleh langgar tiang parking okay. tak mcm calar dan kemek pulak kan. malu gila rasa. naik kelas, letak beg terus nangis. hua hua hua =.="

mesti uols tertanya2. mcm mana la rupa i kan waktu tu. meh tgk sini meh. men i buai laju2 meh.

i berdiri barisan tengah. number 3 dari kiri. ni masa form 1. suci gila muka.

dlm gmbr ni i masih berdiri. dr form 1 sampai form 3 i masih berdiri. barisan tengah. number 2 dari kanan. haha. i tau i paling 'putih' sekali bukan? :P

sports day. when i was in form 3. pbsm la sgt. i rasa waktu ni kepala i terlalu besar. haha

Haaa ingat i nak letak gmbr kurus i waktu sekolah je ke. meh tgk gmbr rasdan waktu sekolah dulu. hensem ni. *melting* haha. kalau i tau dulu, i ptt main mata bila lalu depan kelas dia kan? haha.

And now, i pergi balik SMKTK sebagai guru ganti kt sekolah tu. ade kwn i tanya, "Eh Zaty, kau tak rasa pelik ke pergi balik sekolah tu?" and i replied "Tak. sebab aku sayang sekolah tu." i paling segan nak jumpa cikgu add math i dulu. pasal result add math i waktu spm paling 'membanggakan' sangat :P

So far alhamdulillah i rasa happy je kot teaching kt situ. ramai jugak weak students especially kelas hujung2 tu. hah, lg satu kt sini i ada anak2 org asli. tak payah pergi pedalaman sgt. kt sekolah ni pun boleh ajar. dalam kelas senyap je. sepatah pun tak cakap. bila tanya baru bukak mulut. overall i rasa i enjoy je teaching kt sini. penat tu biasa la. kerja apa pun penat. even study pun boleh jadi penat.

p/s: ade lg sbnr nya gmbr i muda2 dulu. zaman i bergetah lagi. tp xboleh la share. pasal kurus sgt. nanti kang korg kata i penagih dadah. :P

Monday, June 13, 2011

Lets Fly To Japan and Korea

Wow lama gila rasa tak update blog. there are too many things i nak share dgn uols tapi disebabkan time constraint and kebusy-an melanda jadi gomenasai minna-san. i baru je siapkan thesis i. otak i pun dah tepu dgn thesis. dah!!enuf of thesis. =.="

Amaran cerita ini 18sx :P

Disebabkan zaf (yg kiri) telah selamat pulang ke tanah air Malaysia ni. juga cik iza (kanan) yg sedang bercuti, maka kami bersetuju utk mengambil peluang untuk spend time sama2. dan loksai nya adalah, mesti la OU. sebab itu je jalan yg i tau selain selayang mall yg i dah tak nak ziarah selama 7 keturunan. pasal waktu practical hari2 singgah2 situ. sadis bukan =.="

Mula2 naik atas dekat area2 GSC dgn bowling lepas tu tgk org beratur panjang terus mcm mls nak tgk movie. so, kitorg pun singgah la kt shimino. konon2 nak makan crepes. pastu i kagum dgn crepe dia. syantek jek. i tatau mcm mana dia display mcm dlm cermin tu tapi tak jatuh pun.

So kami order banana with chocolate ice cream crepe kot. tapi indah khabar dari rupa. pasal kt display mcm besaq. crepe dia ala2 yg jual kt depan jusco semua tu. but then bila kami dapat,mcm gini ke rupa nya. mungkin org Jepun makan dgn cara terbabit kot. okay xpe. fine! makan je. tak baik bazir2.

Tgk zaf! makan mmg sopan sangat. ahaks :P

Ade org ckp baju i mcm baju kt bali. kuang ajaq betuii la..tp nasib bali, kalau africa mmg i sentap mak..

Omel kan? maksud i background kt belakang tu :P

i suka stool dgn meja kt kedai ni. semua nye mini size. muat2 sebelah bontot je kalau nak duduk :P

Okay, dah breakfast dekat shimino (err ade ke org 'pecah laju' dgn ice cream?) so kami pun pergi seoul garden. ye, seoul garden lagi sekali. xdapek nak poie seoul, poie seoul garden pn jadik la.

Bebudak memuka excited ke?haha

arghh i rasa nak lempang je 2-2 dlm gmbr ni. err i tak tahu apa motif dan berperlakuan sebegitu. nak kata tgn ke dada mata ke atas tak jugak

Jodoh pertemuan di tgn Allah. tiba2 jumpa dgn kak fathiah dgn kak yana. siapa mereka? mereka la guru2 smk taman ehsan. Ya Allah, rindu korg sgt2. igt lepas practical dah xjumpa. heee. what a small world ;)

Zaf punya daging mesti nak yang panjang2 dan besar2. eh? :P

Senggola-senggolan..cubit cubitan. aku beryanyi..kau petik gitarrr. lalalalalalala. (caption yg takde motif)

Pinggan yg bertingkat2 mcm parking kt jusco tu bukan i yg punya. haha. dan jagung tu...kesian dia. golek2 dlm tuh je. tpi tak masak2 jugak. haish~

Okay, we had so much fun. girls day out. eh, tapi ada rasdan. ah tak kira, i count him as a girl jugak, cuma dia tak pakai tudung jek. heee. jumpa lagi nanti. esk hari pertama sy bekerja. wpon hanya guru sandaran namum sy dibayar. heee. jadi, doakan sy :)