Assalamualaikum w.b.t
Hola! Izzati Idrus di sini. eh? tiru dina nadzir ke hape. haha so gediks! :P
Yesterday was awesome! Konon-konon girls day out la khenn. walaupun 4 of us (Farah, Anis, Hana and me je yang ader. Nana takde pasal kena jaga exam kat kolej dia. Nani pun balik Melaka pasal nak tlg ibu dia kemas rumah kat Bukit Baru. sokey sokey wpon tak cukup korum tak kesah. sapa yang ade pun voleyy on gak mission ini. Actually, the real plan nak habiskan voucher karok kat red box. i bought it last February ke January tak hengat. tapi beli kat mydeal.com.my sempena tahun baru cina punya promotion haritu. instead of RM200++ so dapat la RM50. Karok 3 jam, 8 gelas air, tit bits for 4. tapi bukan i yang beli, bapak yg tlg sebab dia je ade cimb clicks. i tade. huehue
okay dah proceed jom. ni gambar mana gambar? erkkk tu ah pasal. mane ade hade jelah eh i upload. certain dlm camera phone Hana, Anis, FF bagai. ye ah, dorg sume pakai henpon cecanggih, gambor pun cantek lagi clear. UNTUNGLAH~~~(this is the word yang i paling tak suka dengar dan tulis dan sebut dan sebenarnya i telah tertulis ayat ini di blog i. apekah?)
Plan memula nak lunch dekat meatball ikea. i dah terbayang i nak 20 pieces. pastu chicken wing. pastu muffin blueberi dgn almond cake coklat. so dr UM Hana and me terus la park dekat Ikea. nnt anis and farah pun jumpa kat Ikea terus. Tapi, dorang lambat gila sampai.
Jam katenye. i pun was2 jugak. apakah yang lame sgt walhal anis and farah dari damansara je kot. i tak sabar2 nak jumpa. Hana dgn I dah round2 Ikea tgk perabot siap berlakon2 main masak2 dekat dapur. baring kat katil. pastu masuk opis konon2 diskus pasal bisnes. Tapi dorg tak muncul2. perut pun dah nyanyi2 so Hana dgn I decided nak pergi makan dulu. Tapi si Farah kata dorg tak jadi mkn meatball plak. nak mkn steamboat ketam village kat Ikano. dah tu, Farah pesan Hana and i order 5 biji je meatball. arghhhhh mane cukup!
Niat i nak order 20 biji tau. sekali i dgr org depan i order 10 biji je kot. pastu i tanya Hana dia nak bape biji. Hana kata dia nak 10 biji jugak. cisss, tetibe rase malu la plak. last2 i order la jugak 10 biji. sekali dgn muffin, air dan almond choc cake. nyum2. tapiii, muffin tak habis. i dah tak larat. nafsu je lebih2 walhal dah tak mampu. sebab tak mampu i tak nak paksa diri. tapi tak nak bazir so i kasi muffin tu kat meja sebelah. sebab i tgk anak dia comel so i kasi la. budak2 tu rupe dah la mcm adik i, si Faiz tu. Haish, rindu pulak. mule2 budak tu malu2 kunun tak nak. tapi i tgk habis jugak. eheh comel kan? :P
Alhamdulillah dah kenyang Hana and i terus jalan gi Ikano. mase tengah jalan2 ade la chinese lady ni approach me and ckp pasal nak kasi free voucher hotel apa tah. dia kasi pamplet. kdg2 rase annoy bila promoter2 mcm paksa kite kan. tapi tak pernah la i marah dorg. normally i akan kata i dah dapat pamplet tu atau i dah ade produk dorg tu ke hape. sng citer. tapi yg ni siap tarik2 tgn i. suruh register amenda dulu tah. last2 i ckp bg i suka gila dgn offer dia tuh. tapi i jumpa kawan i dulu. nnt i dtg balik bawak kwn2 i ajak register and dpt voucher itewww. u suka kan kalau lagi ramai yg register kan? ni i nak panggil lagi ramai la ni. haaaa baru la dia lepaskan tgn i. tsk tsk
Setelah berpusing2. akhirnya, Hana and I tibe jugak dekat kedai steamboat ni.
Yang kanan Anis. Yang kiri Farah. Rindu kalian tau! :)
Hana yang kiri. yg kanan tu Izzati. haha. perlu ke nak kenalkan diri sendiri kat sini :P
Hana dengan i tak makan sbb baru lepas lunch. kenyang lagi. tgk si Farah mkn sampai tutup mulut sekali.
Haha. comel la dorg 2 ni~
Dah lapa sgt. terpaksa la menahan pedas + panas tu sekali gus. lagi best kalau makanan tengah panas dan pedas, minum pula air panas jugak atau air gas. lagi best.
Dalam lepas Zohor cenggitu baru la kami masuk bilik nak karok. ahaks. besar jugak bilik dia. can you see the cake on the table? dorg buat surpriseeee kat i. wpon b-day i dah lama lepas sesungguhnya i tak sangkat dapat kek. ptt la lama gila tunggu dorg. ohhh ade hidden plan ye. tq girls. terharu sgt ;)
after 3 hours karok jeng3... habis jugak kek iteww. dgn 8 gelas air. sekali titbits. satu mangkuk putih tu dah habis. we can choose anything we can. termasuk sekali dlm voucher RM50 itu ;)
Haaaa duet nyanyi lagu Isabella.
Ni awat jadi berkaki ayam ni. hehe
3 suara! Beribu sesalan! hua3
we sang Madu Tiga. tapi ubah jadi heyy senangnya dalam hati kalau bersuami 2. lalalala.
another great thing is microfon dia wireless. so kaki xde la tersangkut2 dgn wayar2. juga ade 3 mic dalam ni. selalu ade 2 je kan. tapiiiii, menu nak pilih lagu sume tu gune remote. tak best ah. kalau kat superstar touch screen kot. baru la best. ahaks :)
Haaaaa jalan2 dekat The Street yuk. sibuk dok pilih2. katenye nak buat friendship bracelet. auntie tu ingat kami budak sekolah. suurh ajak kwn2 sekolah dtg beli rantai ke hape kat dia. amboiii, awet muda sgt ke atau perangai kami yang tak matang2. bila kami kata kami dah habis sekolah, auntie tu gelak2. yelah, si Anis and Farah dan mengajar pun. sorg teacher kat KDU, sorg lecturer. ni kalau ade Nana and Nani ade sekali time ni, tak tau la kalau auntie tu still kata dorg pun budak sekolah gak. ahaks.
Friendship Bracelet. tgn i opkos la yg paling hitam itewww. so gedik kan :)
Gatai nak berbowling! Walhal 4-4 pun sume beginner tapi gasak jela. baru best kan. haaa dah tu, kasut nak same je size. sume saiz 4. friendship shoes katanya. tp pas main bowling, kena la pulang balik.
Hana Tajima kuciwaaa. notice ade bola hijau kat belakang tak? satu pin je lagi tak jatuh. tapi takpe Hana. u can do it ;D
Teacher Anis tengah test2 mana yg paling berat. cita-cita tinggi tuh :D
Nampak mcm lurus je kan. tapi last2 longkang. nasib tak masuk longkang sebelah. tapi lepas pada ni kami ber'4 sume kena jugak simptom longkang. apa tah mslh nye. haha.
Miss Farah omel!
Muke ikhlas lagi sikit bleh tak? ahaks. heyyy lupe nak cakap. selama dlm hidup i, mungkin ini kali 3 tau ke 4 i bermain boling dlm hidup i. so i mmg noob2 main bowling. tapi semalam i strike kot. hehe. *bangga diri jap* tapi sekali tu jela. nasib kot :D
Dalam lepas Maghrib, bf farah si Ganu sampai. Ganu pun our former classmate dekat Unisel gak. Nama sebenar Arif Hafiyan tp sbb org T'ganu maka panggil Ganu. boleh mcm tu? Haaa, si Rasdan demok pun join jugak. Kami ber-6 gegeh nak tgk Dark Shadow. Best uolssss. Lagi best dr Battleship.
Movie started at 8.15. pastu habis dlm pukul 10 lebih kot. Op kos la perut lapa. lapa gila. Ganu ajak makan kat William. Takde kena mengena dgn Price William atau Serena William. Sambey tunggu food, si Anis and Hana sempat buat discussion kan~
Sorg busy main phone, sorg busy makan. om nom nom.
We ordered Honey Melon Ice Blenden wih Lychee inside it. Kat kedai ni takde menu. pelik benor. so i ckp je i nak air paling meriah. hambek! Eh cop, jgn tertipu tau nape pinggan kami kosong. act, food tak sampai lagi. tipu ah kate diet tak nak makan. hehe
sbb besar so kunun2 nak share dgn Dan tapi last2 i minum sorg. Rasdan kan lelah so dia rase jela air ni dgn makan laici. pastu dia order air suam je. kesian dia kan.
Hana and Anis share Ribena Laici/Longan. Gelas besar wajib la share. sebelah tu air Farah and Ganu. dorg nye coklat avocado :P
Ni food Ganu and Farah. portion dia besar harus kena share. sorg2 tak larat. lupe nama dia. tapi ade nasi, satay, ayam percik ke hape tah. sedap gila!
Farah and Anis ordered this. Nasi goreng dgn ribs. Looks small but its big actually. Harga RM30-RM40 gak rasenye.
Rasdan said he wants to kill the chicken. anyway, mmg ayam tu dah mati. jika tidak, tak kan la ayam itu sudah jd roasted chicken. sape2 nak try William ni, bole pergi kat area Kelana Kaya. Malam je bukak. tapi rasenye everyday dia beroperasi. meh visit/ klik sini meh William Corner.
Thank you for coming and join us. ILY ;)
No comments:
Post a Comment