♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Tuesday, May 1, 2012

Homemade Chocolate With Oreo, Almond and Nutella

Hai korang! Jangan pernah membenci pasal i asyik appear update new entry kat blog ni. sorry, i ade banyak benda nak share dan tulis, tu yang i jamakkan (himpun) semua sekali. kan senang.

Last Saturday, i went to PD (Port Dickson). ni bukan PD Dong Wan atau PD running man tau. ahaks. act, pergi PD ade family day sekolah mak kat sana. yang tu, nanti la i update. skrg i nak cerita, balik dr PD, i teringin nak buat home made chocolate. entah kenapa tekak gedik sangat nak macam2. tapi i tak nak beli. nak buat sendiri. ni lagi gedik. hehe.

Macam biasa, i google resepi la. macam2 version i jumpa. tapi ade satu yang betul2 menarik hati, jiwa dan raga i. Cer korang klik link ni http://blog.gurucoklat.com/guru-coklat-oreo-peanut-with-nutella/

Dalam blog tu, nama dia home made coklat oreo, peanut, nutella. tapi i guna istilah badam pasal i mmg guna kacang badam :P

Bahan-bahan nye ade la 100gm badam/almond (i tak guna semua), biskut orea, chocolate spread Nutella dan 250 gm coklat compound. ingat, bukan coklat masakan. coklat compound. nak beli brand apa pun boleh. i beli kat kedai jual brg2 bakeri je. senang, murah sikit :P

Almond/Badam tu korang bakar dalam oven. kejap je dalam 5 minit. berapa suhu tu dlm 180 darjah satu. eh tak, darjah celcius la. tak kesah, janji korg bakar je badam tu dulu. dalam link resepi i bagi takde suruh kite bakor kite bakor badam tapi entah, i mmg suka bakor. lagi ranggup giteww.

Agak2 warna dah bertukar jadi perang coklat pun dah okay. ni i terlebih bakar portion badam. mcm byk. so last2 i makan sikit. ahaks. tapi up to you la,kalau korg jenis suka makan kacang byk2, bakar la sume sekali. kalau takut jerawat, bentan atau batu karang tak payah letak byk2.

Pastu sila cincang/ketuk2 la badam tadi. make sure dia jadi into small pieces.

Pastu potong choc compound tadi menajdi dadu ke segi 4 tepat pn boleh. cairkan menggunakan kaedah double boil. mcm ni pun boleh. dalam periuk putih tu ade letak sikit air. dalam coklat tu tak payah bubuh minyak sayur ke mentega ke hape, tak payah. biar je dia cair secara natural beauty.

Hah, cair sampai jadi macam ni. gaul2 la sket make sure takde ketul2. make sure sume dah cair.

By the way, sementara tunggu korang nye coklat compound nak cair tadi, boleh keluarkan biskut oreo dari plastik. putar, jilat celup! bape keping korg nk pakai, ikut suka hati, hempedu kalian la. bape2 banyak pun boleh.

Pastu i tekan2 dengan plastik. nak kasi hancur. nak blend pun boleh. as long as dia betul2 hancur.

Dah setel hancur oreo, korang nye coklat tadi pun dah cair. okay, next step masukkan badam cincang dan oreo hancur lebur ke dalam coklat tadi. gaul kasik sebati cam ni.

Pastu adunan coklat, badam and oreo tadi dah boleh isi dalam acuan/mould. letak sikit je dulu. 1/4 atau 1/2 acuan je. pastu letak dalam freezer bawah dalam 5 minit. sementara tu, korang paipkan/isikan coklat spread Nutella tadi ke dalam piping bag. agak2 coklat dlm peti td dah keras sikit, keluarkan. korg paip kan coklat nutella dr piping bag ke atas coklat tadi. buat mcm dlm gambar. pastu korg cover/ tutup semula dengan adunan baki adunan coklat, oreo dan badam tadi. kire nutella tu bertindak sebagai aunty/inti/filling kat tengah2 dia la. pastu masuk dalam peti bawah/sejuk beku semula selama 20-30 minit.

Bila dah siap, tadaaaaa. cara nak keluarkan coklat dari acuan/mould tu korang hentak2 je bekas acuan tu. mcm korg nak kuarkan air batu dr bekas acuan dia. alhamdulillah home made coklat ni berjaya. rasa dia pun superb. ade rasa kacang badam. terasa jugak oreo dan nutella dia. tak rugi korg try. senang je. tak susah pun. selamat mencuba :)

No comments: