♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Saturday, June 30, 2012

Tiramisu Biscotti + Kimchi Ramyun

Assalamualaikum w.b.t

Tak nak update cerita jalan2 pergi Terengganu mahu pun Kelantan.Sebab malas. Dan juga sebab mase dlm flight nak balik KL dr Kelantan, I telah muntah dlm flight. Tu la, sapa suruh pilih seat depan2 lepas tu nak berlari ke toilet kt belakang bapak la jauh. Walaupun dulu i pernah sertai acara 4x400 meter bawak baton dekat sekolah tapi i tak mampu sampai dekat toilet dengan selamat. mase on the way, terus terburai. Haaa hambek, sebelum tu dah makan tomyam, ikan bakar, air oren segala bagai. kire the best combination la ni. Before that I dah rasa mcm masuk angin. I bubuh vicks kat perut tapi mcm tak elok. I makan pandaol naik flight terus tidur. lepas tu mase nak touch down, i masih dalam kat toilet. Tsk Tsk Tsk.

Besoknya I masih tak sihat. Lepas tu, kwn i si Nana dgn rum8, Hana ajak dinner dekat Nandos sebab nak sambut b-day Nana yg ke 25. Haha muda lagi tau. hehe. Mase dah habis kenyang melantak, I rasa mcm pedih ulu hati semula. Alahai Gaviscon tak bawak. I mintak paper bag sesiap dr Nandos kot2 la I termuntah mase otw balik nnt. Tapi, I tak terus balik. Sebab, dorg paksa I pergi jumpa doctor. Bukan kat clinic. Nun, dekat Hospital Assunta sana. Giler kijam. Nasib baik doctor tu handsome. Okay gatal! Haha

Eh, nawaitu i nak citer pasal makanan ni. Apasal plak I cerita muntah2 ni. tak best2. okay2 balik semula eh.

Assalamualaikum w.b.t

Hai Hai Hai! Meh la straight to Ampang Point terus eh. Pernah makan Tiramisu Biscotti? Tak pernah? same la. I pun tak pernah. Tapi tengok org makan macam sedap je. You guys pun boleh buat sebab step dia Ya Allah sgt2 simple. I yang kurang pandai (pengunaan euphemism) masak ni pun boleh buat. Boleh refer dekat sini 1 dan juga sini 2 Seeee? Senang sgt2. Bkn kena bakar2 pun. Tak rumit cam buat pavlova atau pun macaron.

Tapi whipping cream ni yang 1 tau ade 2 jenis. 1 untuk cooking, 2 untuk cake and dessert. Selalu I biasa guna untuk cake and dessert. Nak tau mcm ne, tgk pada kotak. Tiramisu Biscotti ni sedap makan bila dah chill dalam fridge. Best served untuk tea time. Tapi kalau jenis yang buruk lantak mcm i, anytime pun voleyyy uols!

Rasdan bising2 sebab I sengaja buat time dia xde. Dah dia kat Bangi, I dekat Raub. Rajin plak I nak delivery. Dulu awal2 bercinta boleh la. I sanggup buat apa saja untuk u bagai. Sekarang? Ada aku kesah? Bhaha :P Anyway, dia balik jugak Khamis malam semata2 nak makan ini. Gigih betul.

Dan baru2 ni Rasdonn ade request benda pelik kat I. Nak makan kimchi ramyun yang i buat. Haish, sejak bila plak tekak dia jadi Korea2 ni. For those yg mcm blur kimchi ramyun tu apa, ala mcm megi kari je. bubuh kimchi. Tapi, nak buat kimchi mcm leceh. Anyway dulu tekak I tak boleh terima kimchi. Sebab masam2 kan. Mase makan kat Seoul Garden tekak i mcm terkejut. Terus tak usik dah. Tapi bila I dah selalu pergi Seoul Garden, The Street Cafe, Dubu2 kat Mid lame2 mcm dah okay. Alhamdulillah dah boleh makan kimchi da. Sape rajin buat kimchi? Nah resepi.

Okay, anyway kimchi dah ada dalam fridge I sekarang. So mcm ne nak buat kimchi ramyun ni? susah ke? Tak susah simple je adik2. Ni haaa resepi nye. Klik sini. Tapi i tak letak green onion pun. I gune megi kari base dia. Apa2 mee magi pun boleh. Oh yes, I cari jugak dried seaweed kat rumah tapi lepas renovate dapur errrr entahla. Rasa mcm dah kena buang. So, i tak letak. Act, kalau u guys nak letak tauhu ke sosej pun no hal. mesti lagi sedap.

Tapi, pasal mcm sedap I terlupa nak ambek gambar. Ala, rupa dia lebih krg je mcm dalam link i kasi tu. mcm rupa megi jugak. sebab ade kimchi kat rumah ni, gegeh la mkn megi dgn kimchi, makan nasi dgn kimchi. besok nak buat nasi goreng kimchi. ke nak buat lontong goreng kimchi? Bhaha. Okay bai!

p/s: masa makan kimchi ramyun dekat dapur bapak tegur. dia kata i tetap anak jawa tegar pasal walaupun makan kimchi ramyun, i tetap cicah dgn tempe. kah3. well, like bapak like anak!

Tempe anyone? :P *pic credits to google*

Friday, June 22, 2012

Homemade Pavlova In The House

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah, dah lama rasa tak update blog. busy sgt study kah? Amboi, target nak 4 rata ke sem ni. Tapi, nk kata study byk sgt time exam week tak jugak. sempat karaoke, bincang nak bercuti ke Hatnyai + Krabi Island. Tapi, tu la takde rezeki ghamaknye. Krabi sekarang tengah bergolak plus baru2 ni banjir kan. Rasdan pun agak busy dgn proposal dia. so member2 pun ckp next time jela. Bercuti dlm Malaysia pun seronok apa. Hehe. Ni dah habis exam dekat seminggu lebih pun tak ter-update blog. ter-gemuk duduk rumah makan banyak adelah :P

Ehemmmm, tujuan i menulis blog ini adalah untuk mempersembahkan tarian zapin ehhhh takkk maksud i nak tunjuk homemade pavlova yang sangat handsome, tough dan sexy. boleh tergugat keimanan tengok tau.

Geram tak tengok? Tergoda tak?

Tengok, betapa tabah dan gigih tak I dgn Asze nak sapu whipping cream dekat pavlova itewwww. agak gedik di sini. Haaa nasib baik Ecah tlg snapkan gambar. Maseh Ecah. *terpaksa ckp mcm ni sbb lupe nak upload gambar ecah kat blog ni.

Lihatlah kepantasan tangan Asze! Selain bekerja mengira duit orang di Public Bank, beliau juga hebat dan pantas dalam kes ini juga. Bhahaha. Hah, mase tengah dok asyik sapu2 ni, Abg Asze datang kat kitorg pastu kasi bisikan syaitonnn. 44x kali cakap alaaaa tak kan jadi pavlova kami. Giler busuk hati. Teheee~

Fresh fruits yang telah dipotong. Tapi takdela fresh mana sgt pun. strawberry tak fresh mcm kat Cameron. by the way, satu tips nak pilih buah untuk pavlova ni, tak semestinya kena strawberry, blueberry,anggur hitam je. Korang boleh tukar pada kiwi, mangga, oren pun takpe. sebab bawah pavlova tu dah manis giler. so buah2an dia mesti kena guna yang masam2. mcm ketiak yang berbau masam2 epal bila berpeluh2 pastu takmo mandi 3 hari 2 malam!

The Final Episode! Alhamdulillah nasib baik pavlova ni jadi. Tak termakan hasutan berniat jahat Abg Asze tu. Rasanya awesome!

Nak resepi tak? Meh i tak kedekut. Meh i kasi link blog yang i blajar. Click sini. Cuma dia gune 3/4 cawan gula castor kan. I rasa manis lagi. Maybe next time I nak guna 1/2 cawan lebih sikit je kot. Sebab selalu sgt makan manis2, potong kaki la plak.

Actually, its an impromptu baking activity. Since I balik rumah ni, mana ade I masak2 kecuali megi yang i sangka megi soto. I bubuh sume perencah, mee dlm air panas. sekali hambik,, rupenya megi goreng. last2 makan megi campur kuah gulai tempoyak dgn sambal petai. nampak tak i bangang di situ? Bhahaha. I bosan giler duduk rumah. I google blog sekali terjumpa resepi pavlova. Dulu I selalu jugak makan pavlova dekat Ben's and Delicious. Tapi, tahu la kan, sedap mmg sedap, rege satu slice kecik pun RM12++. Tu tak termasuk tax lagi kaw. Haaa, pastu i mmg dah lama aim nak buat pavlova ni. cume time tu takde mase.

Haaaa sekali arini kan bosan maka terus call asze dgn ecah get ready for the battle. on the spot keluar beli barang, on the spot buat kat rumah Asze. Lepas dah makan2 pavlova, keluar pergi membantai nasi lemak telur RM2. Tu pun nyaris nak terbungkus Oblong Burger. Haaaa, camno nak kurus balik ni? Mak I dah 14 kali call tanya bila nak balik bila balik. Alaaa, bila I balik tadi bukan dia risau pun. dia suruh pergi charge bateri hp dia dgn ipad. sbb Ira tak nak tlg dia. see, i anak yang baik kan? cis, masuk lif tekan sendiri. Kbye!