♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Thursday, July 4, 2013

Day 3: Everland + Gangnam

Assalamualaikum w.b.t

Dah, jom sambung ceita Day 3. Mission harini adalah menawan Everland Theme Park. Selain Everland, theme park lain famous adalah Lotte World. Route ke Lotte World lebih senang sikit. Tapi kenapa kami pilih Everland? Haaaa nak tau sebabnya kenalah baca entry ni sampai habis.

 Harini kami keluar awal. lepas masak nasi goreng terus turun. harini pakai kasut 2 saat je ok. oh ye, rumah we all 4th floor, pent house sangat. turun rumah bawah sekali sebab nak ambik air dekat water cooler, kekadang nak gune mesin basuh. sbb rumah bawah tu common living hall dia. time tu rumah bawah ade org duduk gak. Malaysian jugak. selalunya bagi salam 3 kali terus tekan door password. pasal door password untuk semua rumah adelah sama. Bhahaha. Buruk perangai. Ok dah, dalam pukul 8.00 am kami dah turun menuju ke Noksapyeong Station.

 Tunggu sunway. subway dorang underground. sangat laju. gap antara 1 train dengan another one dalam 2-3 minit. kejap giler. Korean biasalah dorang mesti lari2 kejar train. silap2 kite kena langgar sama. Tapi kitorang kan pemalas. Dah train banyak, terlepas satu, tunggu jela. bukan lama pun :P

 Susah ke nak naik subway dorang ni? Sbnrnya tak susah kalau study awal2. Kena tau nak turun stesen apa, transfer line apa, exit mana. itu je. insyaallah tak sesat barat darat ok. Lagi pun pengumuman dalam train ade dalam English. In fact, stesen mana pun ade dia tulis dalam tulisan rumi. Haaa rumi? yela, kang hangul korean korang pun tak paham. apetah lagi i nih. Tapi nak lagi senang download apps Jihachul korea subway kat henpon korang. Ade English version. Yang ni nak guna tak payah gune internet.Free je.Ni nanti la citer apa kelebihan dia yada yada yada eh.

Ok, dari Noksapyeong station (Line 6) kami terus ke Sindang. Stop kat station Sindang, jangan exit lagi. terus tukar/transfer sunway ke line 2 menuju ke Jamsil.

 Masi ni dekat Sindang. Tengah tunggu train ke Jamsil. Masa ni we all da naik lepas tu entah kenapa dia punya staff suruh turun tetibe. ah sudah. ni kenapa. nak tanya kang hensem sangat oppa tu. haha apa kena mengena? Tapi semua orang turun ikut jela. Tunggu next train. Oh haaa si Rasdan sepanjang dekat Korea ni dia berjaya habiskan 1 novel. Bukan novel Teduhan Kasih ke Suamiku Ustaz.Novel Life's in TNB. Eh? Ok tipu. Haha.

 Ok, stop dekat Jamsil. pastu cari exit 6 ok. Haa kalau nak gi Lotte World stop dekat sini pastu korang keluar dari subway station dah boleh nampak da Lotte World. Tapi untuk ke Everland ni kena ambik public bus. Ok, lepas keluar dari exit 6, sila lintas jalan ke tengah jalan. ade bus stop macam dalam gambar rajah di atas kt tengah jalan. tunggu bus dekat sini. bus stop ni berhadapan dengan Lotte Hotel rasenya. 

 Cari route bus 5700. Tapi semua dalam bahasa Korea. Mase ni kak ton nervous sikit. Nak eja kena bukak buku abc balik. Ah, tanye orang jela. Haah memang betul bus ke Everland tunggu dekat sini. Fuhh lega. boleh kentut puas2. Tapi sebenarnya kalau tengok closely dalam gambar ni, ade dia tulis everland bawah pada tulisan korea tuh. tapi kecik jela. Ade 7-8 stop jugak nak menyampaikan ke Everland. Dah tuh, stop sebelum Everland ni semua tulis dalam bahasa Korea. Nak sebut tak pandai. Habis kang macam mana nak tau dah terlepas ke belum. Ah, gasak ah. Nanti dalam bus kang pikir. Yang penting naik bus je dulu.

 Yang ni kagum. mende alah ni membantu kite tau bus 5700 lagi 9 minit nak sampai. So duduk diam2 je tunggu. Mase ni cuak gak Ya Allah betul ke kat sini. Betul ke bus tu stop sini. Kot la driver bus 5700 nampak kami terus tak nak ambik. boleh macam tu? 

Haaaa lepas tu alhamdulillah sampai jugak bus 5700. mase nak naik i tanya jugak kat driver bus tu Everland? Pastu ahjussi driver bus tu angguk2 ye. so lepas naik bus we all macam ade simptom gam dekat mata. terus zzzz kroh kroh kroh. dalam 40 minit jugak journey. selamba je walhal nak turun kat Everland kang tah cemana lah rupe bus stop dia. announcement dalam bus ade tapi dalam bahasa Korea. Takpe, tidur je dulu. Kang dah bangun baru pikir. 

Tidur dalam setengah jam lebih kurang pastu terus bangun. pastu cuak eh eh eh kite da dekat mane? Kite da terlepas stop everland ke? haaa macam mana ni? haha. vongok sangat. Tapi tak lama lepas tu bus benti dekat 1 tempat ni. bukan bus stop tapi macam bus station. ade banyak bus lain dekat situ. Errrr ni dekat mane ni? Nasib baik ahjussi tu ade cakap apa tah dalam Korean pastu ade sebut Everland. terus merebas turun bus selaju yang mungkin.

Tapi sampai2 ehhhh ni bukan Everland. Rupenya dari sini ambik FREE shuttle bus ke gate Everland. saje nak highlight free sebab suka bende2 free. Jimat duit, maklumlah we all time ni tak kerja lagi. Nasib baik ade 1 group of Chinese ni nak gi Everland gak. Budak2 mude macam kami jugak. Ewah, mude la sangat. Follow jelah. Lepas tu ade staff Everland dah tunggu. Wahhh, ini sudah bagus bah!

 Dalam bus on the way ke main gate Everland. Everland ni outskirt Seoul. Serunut dua tiga runut la pasal nampak salji merata dekat atas jalan. Sejuk pun sejuk. asyik nak hembus nafas kekuat je pasal nanti ade keluar asap. over je.

Haaaaa nampak parking lot Everland pun dah histeria. Apekah? Hahahaha
Okay bus stop betul2 kat depan signboard Everland ni. Suka suka suka!

Alhamdulillah Everland dah kelihatan dari sini.Tak sabar nak beli ticket. Time ni awal lagi. dalam kul 10.30 am. so orang memang tak ramai. beratur kejap gile nak beli tiket.
 Ni haaa ticket masuk ke Everland. macam boleh print sendiri je kan. takde logo Everland pun kan. 40 000 won per person. haaa Everland bagi less kat Malaysians. Tapi kena print voucher discount tu la. 1 voucher tu boleh discount up to 4 ppl. kalau korang pergi 8 orang makan 2 vocuher discount la korang kena print. nanti time nak beli ticket tunjuk voucher and passport kalian. so boleh dapat discount ok.

 Pokok ni comel. Running Man pernah shoot dekat pokok belakang kitorang tu. episode berapa tah dah tak ingat.
Tengok giraffe je mesti teringat Kwang Soo :P

Mase ni nak naik boat masuk house of doll. ehh ni bukan house of doll butik fazura okeh. ni macam errr macam eh nak cakap. ala ade patung dari pelbagai negara nari2 pusing2 ikut lagu. itu je pun. tapi kami kan kanak-kanak haruslah excited tak tentu pasal. Haaa mase ni mintak tolong oppa yang keje kat sini tolong ambik kami. waktu i dah pass kan kamera kat dia boleh eh dia konon2 nak ambik gambar dia sendiri. pastu gelak2 senyum2 macam kelakar. tak kelakar pun ok. ade jugak yang nak kena tampor ni kang.
Ni dari Korea
Ni dari China dan banyak lagi. malas nak upload semua.



Eh kejap nak jugak cakap ini la winter jacket yang I beli malam semalam dekat Dongdaemun tuh. Boot tu pun sekali. Rasdan dah cakap beli boot yang murah2 and rendah2 je ok. Kang kalau beli boot yang tinggi paras lutut dia cakap nanti i nampak katik. Hampeh betul.
Time ni Hana and Awa je main. I tak main. I duduk tunggu jaga beg. Baik sangat kan i? Haha sebenarnya takut nak main. Tah pape je kan? Rasdan pun tak main. tapi dia ade berborak dengan satu family ni dari Malaysia. Uncle tu bawak wife, anak2, cucu2, menantu bagai datang Korea. dah sebulan dok sini. harini last day dorang kat sane. esok dorang dah nak balik Terengganu da. Kagum okay.

Bagi I, Everland ni kalau pergi time Spring lagi cantik. Lagi meriah. nampak bunga2 all over the places. Atau pun time summer. Korang boleh refer sini baca blog orang ni. Mase tu Everland sumpah cantik dan meriah. Tapi ade sebab kenapa nak datang winter. Hehe.
Ini adelah one of the scariest roller coaster in the world. time winter tutup okay. we all panggil wooden roller coaster since semuanya diperbuat daripada kayu. tinggi gilos. macam lagi seram dari USS nye je. Hana suka naik roller coaster tapi dia kata kalau bukak pun nak main ni fikir 2-3 kali. Kali 4 baru setuju nak naik barangkali :P
Meh close up sket gambor roller coaster kat belakang nun. Oh yes, surau/prayer room ade tau kat Everland ni. ni salah satu sebab kenapa we all datang sini. Tapi prayer room dia pelik gilos. Betul2 sebelah Mystery Mansion ade pintu. pintu pun colour alahai ala2 misteri gitu. hambar je. Yang pelik tu dekat depan pintu tak tulis okay prayer room. dia tulis kat pintu sebelah dalam. tapi ade carpet bagai la ruang solat dia. ade sofa boleh duduk. cume tu jela  perempuan lelaki campur. I macam biasa la buruk perangai. Basuh kaki dekat sinki okay. Hehe. Nak tengok lebih detail klik sini

Yehaaaaa snow buster. its sledding time. ini la bende yang we all tunggu2 tau. actually ade sorang student Malaysia dekat Korea ajak we all pergi skiing dekat Yongin. Bhahaha tapi skiing mahal. 50 000 won. tu pun akak tu kata this is the cheapest. yang lain lagi mahal. nak sewa equipment lagi. ni boleh jatuh miskin ni. pastu dah la tak pandai main ski. dengan trail and corner2 yang tajam. arghh bajet pun tak banyak. So mungkin bukan rezeki kami. Main sledding pun syok jugak. Jadilah dapat merasa kan :)
We all kena beratur. nanti dia bagi pelampung/buoy yang besar ni. Kaler merah seperti dalam gambar. duduk atas ni nanti dorang tarik. tapi tarik ke belakang. nervous tapi syokkkk. Haha. Ni si Hana dekat depan I.
Lepas tu kena beratur sebelum main sledding. Rasdan pun excited. Hehe.
Nak main sledding duduk atas pelampung nanti dorang tolak ke bawah. serious laju. Tapi kalau salah duduk position mungkin boleh terbalik dan terjatuh. mcm ade sorang mat saleh ni. sebab tu lah oppa2 baju biru tu dok tunggu kat tengah. kalau kite stuck je jatuh ke apa dorang akan tolong. Dari atas ni sled sampai la ke bawah. bawah mana? nampak tak ade hijau2 yang belakang sekali kat bawah tu. itu ibarat garisan penamat. jauh bukan? Tapi Ya Allah serious best sangat2 :P
Apa nama bende ni?  I tak tahu. bukan kabel car. apa eh? Haha lantak la tak tahu pun. Tapi syok jugak naik mende ni. 2 kali we all naik. Hehe. boleh tengok pemandangan sekitar. :)
Mase ni baru pukul 5petang. winter day time dia pendek. kejap je dah gelap. actually banyak lagi yang we all main we all explore tapi tak sempat nak upload semua gambar. Oh ye, terlupa pulak dalam Everland ni we all berani beli air je. food tak berani nak beli. tu yang bawak bekal nasi goreng. makan dengan serunding dengan tuna dalam tin. kitorang berpicnic je. picnic time winter kau mampu? lepas makan terus berlari2 cari heater sebab sejuk. Haaaa dalam Everland ni pun dapat wifi. Overall Everland ni syok jugak walaupun ramai budak kecik tapi you still can enjoy. Cume 3D ke 4D dia tetap tak leh lawan dekat USS punya!
Hehe Rasdan sibuk nak bergambar dengan staff dekat Everland. Dorang baik2 and friendly sangat. Haah time tengah kerja kan memang la senyum je. Kalau jumpa yang muda2 macam ni dalam subway ke hape haram jadah nak senyum. Sombong2 belaka :P
Rasdan suka sangat dengan Panda. Mase pergi USS 2 years back pun sibuk nak bergambar dengan Kung fu Panda. Tapi okay la pasal dia pun demok macam panda jugak! Hehe.
Babai dah nak balik. we all exit dari Everland lepas tu tunggu bus depan main gate dia semula.
 
Alhamdulillah tercapai impian kami :)

 
Shuttle bus tu anta we all balik dekat tempat tadi. so we all kena cari balik bus 5700. Duduk la tunggu. Time ni ade sorang pak cik tu duduk sebelah kami. dia cakap Jepun dengan kitorang okay. Panjang pulak tu. Tak tahu tu soalan ke ayat penyata atau ayat kata kerja tak transitif. Laaaaaa pak cik dah kenapa? Kitorang haremmm jaduu tak paham. Setakat sebut sushi, mitsubishi pandai la pak cik. We all kalau blur mesti gelak2 sambil nak teka apa pak cik tu cakap. Apa la pak cik ni cakap. Pastu we all kate la we don't understand. Pastu terus dia speak English sikit2. dia tanya we all dari mana bla bla bla. Oh pak cik nak berbual rupenya. Hehe lawak betul. Cukup la time first day nak gi Insadong masuk2 taxi ke ahjussi tu tanya India? sebab pakai tudung/skaf kan. Hehe. 

 Lama jugak tunggu bus. Ni kalau main candy crush sempat tunggu life 5 kali penuh. Haha melampau kan?
 


Alhamdulillah berjaya jugak naik bus. driver bus kat sini smart2. bawak berhemah pakai kemeja siap tie kekadang. pastu pakai glove bagai. Bile penumpang naik, mesti dia greet tanya nak ke mana. kalau la semua driver bus kat Malaysia macam ni alangkah bagusnya. Oh haaaa lupe nak cakap we all naik bus or subway we used T-Money card. Yang macam touch n go. Nampak tak box biru dalam gambar ni. kat situ la we touch our T-Money. Nak naik touch nak turun pun touch. nanti baki dia tolak sendiri terus. Another thing is dalam bus ni ade modem wifi okay. 

Okay, we all turun balik dekat Jamsil station. tu pun main agak2 je. nasib baik ahjussi tu cakap Jamsil. Hehe. Terima kasih ahjussi comel. Amboi! Okay, the next place is Gangnam/Apgujeong area. Dari jamsil naik tren ke Cheongdam Line 7 exit  2. Tapi kena jalan kaki jauh lagi so malas dah. naik taxi turun dekat depan Galleria Department Store. Then jalan kaki sampai jumpa 711. tetibe teringat dalam beg ade megi. singgah beli banana uyu (milk) and strawberry uyu pastu curik air panas kat 711 ni apa lagi makan megi kat Gangnam la. nak masuk restoran tau dah tak mampu. sebab kawasan orang kaya haruslah makanan dia mahal2 belaka. 
 
 
 Selalau makan megi dekat hostel je kan. Ni epic okay. hehe. sadis betul.

 
 Lepas cuci2 mata we all jalan kaki ingat nak cari SM Entertainment. Tapi frust sebab time tu dorang tengah nak tampal poster besar siap dengan kren bagai. dorang tengah bekerja maka hampa la kitorg. kaki pun dah penat. so last sekali we all decided pergi JYP. SM tepi jalan. JYP jauh ke dalam. kena jalan kaki sampai jumpa Dunkin Donut.

 
 Ni dalam dunkin donut. betul2 in front of JYP. ahjumma kerja situ cakap selalu je Nickhun 2PM datang sini beli kopi. untung laaaaaa ahjumma oiii. Ahjumma tu boleh speak English. Dia kata memang ramai fans from all over the world datang tunggu and stalk artis kesayangan dorang. anyway belakang Rasdan tu penuh dengan autograf2 artis JYP barangkali. rase nak buat dajal koyak 1 simpan dalam beg.

 
Hana and Awa beli kopi jugak. we all tak makan. walaupun donut dia looks so tempting. ala, macam dekat Alamanda takde dunkin donut kan. :P
 

This is JYP! orang kata kalau kat Korea susah sangat nak jumpa artis depa. Pasal dorang keluar waktu rare hours. selalunya malam2. kecuali siang tu dorang ade show ke filming ke kan. I baca blog orang tu pernah jumpa Hyuna 4 Minute dekat depan JYP. tapi tu pun pukul 2 pagi. actually masa ni nampak jugak van hitam keluar masuk parking. Memang ade org escort dorang turun dari van tapi hmmm we all tak kenal pun. Hahaha. Kitorang tak lama pun dekat sini. Malas la pulak nak tunggu sebab layan je lagu2 dorang tapi bukan la kipas susah mati pun.  Jadi tak heran sangat. Wah, berlagak kau! Cukuplah lepas hajat dapat berdiri depan JYP ni haaaa. :P

Another thing is sebenarnya dorm dorang nearby area ni je. dekat belakang2 ni je. Mule2 ingat nak gi tengok dorm SNSD dari bawah jela kan. nak masuk apartment of course la ade security plus ade password bagai. Tapi tetibe rasa tak baik la pulak. Takkan nak stalk dorang sampai ke rumah. Nanti dorang takde privacy la pulak. In fact, belum tentu jumpa. Kang jumpa dengan anjing adelah. Lagipun dah lewat malam. So takpelah we all jalan straight lagi ke depan lepas JYP ni ade groceries store. we all beli telur and beras sikit buat balik masak karang.

Time ni kaki dah lenguh. Nak balik rumah kena naik bukit memang mental breakdown. Tapi nak tak nak kena la balik jugak. Haha. So balik je rumah terus mandi2, solat terus makan. we all tetap mandi walaupun winter. kalau pagi tak mandi, malam mesti mandi. Masak pulak secara bergilir contoh time Hana mandi, I panaskan rendang. Lepas tu kang time I mandi pulak, Hana buat sup. Rasdan datang time makan and tugas dia adelah susun pinggan sambil bukak sinar fm ok! Lepas makan Awa la kena tolong basuh pinggan. After dah semua settle every night mesti ade discussion, kire bajet/perbelanjaan keluar masuk harini. sekali dengan langsai hutang kot la ade terpinjam duit mase beli2 barang tadi kan. So, end of Day 3 :)
   







































Friday, June 28, 2013

Day 2 in Seoul (Nami Island-Dongdaemun)

Assalamualaikum w.b.t

Its been many many many months tak update blog. Tapi bile kawan2 ade update selalu je baca. Bukan apa the only reason why I do not update my blog regularly sebab blogger dah ada new look. and i don't know how to use it. bila nak upload gambar je kejap2 dia hilang. tak pun dia lari. I mean not literally lari 4x400 meter. What I mean is gambar jumble up lepas tu malas dah nak susun semula. lagi best I tak tahu macam mana nak letak caption. I used to put the picture in the centre together with the caption. But bila gambar dah elok dekat centre, caption pulak tak nak duduk dekat centre. adjust2, last2 terdelete gambar. Lepas tu fed up terus save a draft terus tak update langsung. Boleh macam tu? I just don't really like this new look. I prefer the old one. Huaaaaaaaaa T.T

Okay, sebenarnya nak sambung cerita pasa trip koyaa (korea). walaupun dah basi pasal pergi end of january sampai early of february 2013. ah, basi tak basi nak jugak cerita. :P Okay. no more talking. Lets just proceed dengan cerita day 2. Gamabr semula recyle dekat fb sendiri. Dah malas nak pilih2 gambar.

Oh yes, hari kedua adalah di Nami Island. Tempat yang famous dengan drama winter sonata tuh. By the way, this post is gonna be super duper long. Nak tak nak, korg harus stay baca okay? Bhahaha.
Our second day, that morning kami bangun pagi. Tapi ini kan baru day 2 so prepare nasi goreng tuna tu takes time la jugak. Makan2 lagi. Belum kira diri yang demok pakai kasut je dah 10 minit. Tu baru pakai sebelah. haha.

Haaa semalam (Day 1) mase dekat Insadong, dah pergi Naminara Republic Gallery tu ada Ticket Office, beli ticket bus sekali dgn admission dan feri ticket siap2.Maklumlah we all kan baru second day tak terer lagi nak naik train apatah lagi nak bertukar2 train. Kang sesat mampos! Sebab tu we all beli je tiket siap2 one day earlier.

Bagi yang nak ke sini ada 2 cara yang iols tau. First, naik train dari guest house korang ke Gapyeong Station. Lepas tu ambik taxi ke Nami Island Whaft untuk ambik ferry. Tapi, nak ke Gapyeong Station dari Guest House kitorg ade la 2-3 kali nak kena tukar train. Contohnya dari GH kami ni stesen yang terdekat ialah Noksapyeong Station. So dari sini take subway line 6 to Taerung Station. Transfer line 7 to Sangbong Station. Another transfer kat Gyeongchun Line to Gapyeong Station. Leceh bukan?

Sebab malas nak fikir2, ade cara lagi mudah why not. Sebab tu kami menggunakan cara yang kedua which is naik shuttle bus terus ke tempat feri Nami Island. Bas ke tempat ferry ni hanya ada sekali sehari iaitu jam 9 pagi dan bergerak pulang dari Nami pukul 4 petang. Bus pulak boleh pilih sama ada nak naik dekat Jamsil atau Tapgol Park..

1. Jamsil Station (Subway Line 2, Exit 4): In front of Lotte Mart

2. Insa-dong (Jonggak Station, Subway Line 1, Exit 3): Next to Tapgol Park

We all pilih Tapgol Park pasal dekat sini dengan our GH. Kalau tak reserved nak naik shuttle bus ni boleh je main gamble tapi first come first served la ye. Boleh bayar ticket atas bus. Tapi kalau bus dah penuh haaa maka tak dapek la nak naik. Kalau datang travel, masa itu emas dan sangat  precious. Rugi la waktu terbuang gitu je. So better plan bebetul.

So how to reserved? 
1. Go to Nami Island Seoul Center Gallery (3rd floor). Office dia dalam kedai jual jewellery ke apa. Amik lift dalam kedai and go to 3rd floor. Pay the tickets here.

2. Bagi yang malas you guys can call this number for reservation: (+82-2-753-1247). Pay the tickets on the bus.


This is the map untuk ke Nami Island Gallery dan juga untuk ke Tapgol Park untuk ambil shuttle bus ke Nami Island.

Hah, mase 2nd day ni we all keluar lewat jugak actually dalam pukul 8.15 a.m.  Bus dah la pukul 9 a.m. Well, tak Malaysian la kalau tak lambat. eh? hahaha. Dah la time ni peak hour coz Koreans nak pergi sekolah, nak pergi kerja, nak bukak bisnes yada yada yada. Train mmg full house. The best part is we all berlari laju2 macam Usain Bolt. Eh tak, lagi laju tau. Sebab kami kena transfer line 5 dekat Cheonggu. Berdoa je nasi goreng tuna dalam beg tak tumpah. Tapi kalau tumpah pun kutip jela balik. Masa ni ramai warga Korea yang pelik tengok kitorg. Terjerit2 sambil pecut lelaju2 cari line 5. Hello, nama je transfer line tapi jauh kot! Ah, lantak ah orang2 Korea ni nak pikir apa. Mase ni adalah sikit feeling2 Amazing Race! Amboi ngade betui, walhal sendiri yang cari pasal lambat.

Okay keluar dari subway station terus cari tapgol park. fuhhhh nasib jumpa. 5 minit lagi nak pukul 9.00. Korean ni jenis yang punctual la pulak. Tepat kul 9 kang driver dia jalan la plak. Ni bukan pak cik driver bus Transnasional yang I pernah tahan dahulu tak bagi bus jalan. Paksa jugak dia tunggu kawan yang lewat sampai tuh. Okay, sampai je kat depan Tapgol Park tu adoiyaiii adelah 2-3 bus. Tapi takde satu bus pun tulis shuttle bus to Nami Island. Tengok jam memang dah pukul 9.00am. Haaaaaaaaaaa mana bus ni. Hana, Awa and Rasdan dah kuciwa in case kalau kami dah betul2 terlepas bus.

Dalam hati, ni mesti pasal I pakai kasut lambat sangat. Patut pakai dari semalam je kan senang. Haih, tapi takpe. Kata hati berkata bus ni ade. Insyaallah belum lepas lagi KOT. Selawat banyak2. Walaupun dalam hati cemas gilos kau! Lepas tu I dengan Hana mundar mandir depan 1 bus ni. We all pergi tengok kat depan bus. Guess what? Dia tulis Nami Island Shuttle Bus weiii. Aaaaaaaaaaaaa sukanya. Alhamdulillah syukur, masih rezeki kami utk naik bus ni. Bus tak jalan lagi pasal ahjushi tu tengah check ticket orang yang beratur nak naik bus. Fuhh fuhh fuh lega. Kitorg blur pasal dalam internet tengok bus tu tulis besau2 nami island. Yang we all naik ni haaaa macam dalam gmbr kat bawah ni.

 MAEIL TOUR! tak tau macam mana nak sebut. Mail ke Mail ke. Arghh tak kesah la janji sempat naik bus. Naik bus terus duduk kat seat memasing. Dah la dalam bus ade wifi. Yang ni kagum. Tapi tak rasa nak online pun. Rasa nak tidur adelah. memang kroh kroh kroh la. kasi leleh2 air liur basi sikit. Perjalanan ke jeti Nami took around 1 hour and 30 minutes.

Mase nak dekat2 sampai jeti, we all excited tengok salji everywhere atas jalan. Nape Seoul takde salji pun? Mungkin sebab kawasan ni outskirt Seoul. Plus dekat dengan area skiing. So sebab tu salji bersepah lagi. Ok2 sampai je kat jetty alhamdulillah ferry dah sedia menunggu. Tak payah beratur beli ticket masuk sebab dah complimentary dengan tiket bus tadi. Jimat mase!

Ni entrance untuk naik ferry. ibarat Nami ni satu republic yang lain la. tiket dia pun ala2 passport.
 
 Eh kejap2 ni apa? Ni bukan pencawang Tnb. Kalau korg tak nak naik ferry utk ke Nami Island, sila la naik zip wire. mcm flying fox giteww. Giler seram. Tengok harga pun boleh jadi giler pasal mahal. tak ingat bape dalam 70 000 won kot. I dah la berat kang putus plak wire. Baik naik ferry je boleh enjoy the scenery.

 atas fewwrrry (awat gedik sgt) ada bendera Malaysia. Proud to be Malaysian!

 Ni satu lagi i tak paham. waktu we all pergi ni Monday. Tapi ramai je Korean je dalam feri. Yang tua yang muda semua ada. Haish tak sekolah ke dik? Tak pergi opis ke kak?

 Nampak ketulan ais atas air tu tak? Memang sejuk gilos. Pergi bahagian luar ferry semata2 nak ambik gambar pastu berlari2 anak kecil masuk dalam semula. Kat dalam tak sejuk sebab ade heater. Yang tu best!

 yeay! dah sampai Nami Island. hahaha naik ferry mmg lama gilos. adelah dalam 7 minit gitu. Haha. Over je kan siap dengan pinky ear muff bagai. arghh tak kire ni sebenarnya tak nak dengar Rasdan membebel. Tapi pasai tak dengar warning dia yang ade ais atas tanah la i jatuh ok. Once again, I jatuh terlentang ok! Tak, ni bukan free show. Bayar ok! :P Lepas da bangun i terus vaaaa vaaaa vaaaa membebel mcm ne la i boleh jatuh. I cium tanah dan ais harini. Hahaha.

 Ok, we all terus jalan. Ade nampak poem jeneral Nami tulis. Tapi sape yang di antara kami yang rajin nak baca kan? Main agenda nak main salji. Nak buat snowball. Nak baling2. tak dan baling dah berkecai kena muka sendiri. Anyway, lepas I jatuh tadi pink ear muff tu tetap maintain di telinga hokeh!

Ni la poem nya. Nami Island diambil sempena dengan nama General Nami ni. Beliau mati dibunuh atas tuduhan telah melakukan pengkhinatan kepada Raja. Dgr kata mayat beliau dijumpai/ditanam di celah2 batu. Maka, tugu ini dibina bagi memperingati kematian beliau. 

 Cop ni bukan I terjatuh pastu tak nak bangun ke apa. Ni memang sengaja nak duduk atas salji. Ingatkan salji ni lembut. Tapi kat sini keras dan slippery sangat. silap langkah sure jatuh. nampak tak kertas A4 putih kat depan tu. tu la tentative utk harini. sampai sini happy sangat tentative terus buang. lepas tu baru la bising mana kertas tentative, dah konyok la apa. hahahaha.

 Ni bukan jerebu ye. Haha I tak tau la ni perangai apa. sikit2 nak baling/lambung salji pastu suruh I tangkap gambar. lepas tu pakai mask ulang bende yang sama mcm ni haaa. sampai 15 kali. bile tengok balik dlm kamera dia cakap "alaaa tak tantek la kite". terus delete. sesia je akak tangkap gambar kau dik. Haha.

:)

 Si Hana nampak oppa comel. sorang2 je jalan main tepun. Tu yang terus feeling nak kejar oppa! wait for me. haha. tapi kan comel2 org Korea ni kekadang pasal buat pembedahan plastik je lebih. Tak kire lelaki mahupun perempuan. 

yang original tantek macam ni haaaaa. Hehe.
 
 tasik beku uols. si Hana, Awa and Rasdan sempat jalan2 atas tasik beku.

Hana dah bukak sebelah glove dia. Letak dalam poket ade hand pek pemanas. Sebab susah la. nak taip kat keypad tepun susah. nak pegang pape pun rase tak best. nak tekan kamera pun payah. ke sebab kitorg tak biasa? Perhaps :) 

Eh, I malas nak taip sesatu caption. Let the picture do the talking2 part. wahhhh! Kalau rajin je baru i tulis okay.










From left, Hana, Budan and Awa. Ni pratice tarian Sewang barangkali. 



 
 
The real bicyle yang dorg shoot utk Winter Sonata
 
 Mase ni baru nak feeling2 sekali ade couple Korean dari depan kami jerit2 Pikyo Pikyo! sambil buat isyarat tangan. Dahhh kenapa la pulak dorang ni. rupenya ke tepi ke tepi. dorang nak ambik gambar berdua. so tak nak la kami jadi background dorang. Eh okay apa kalau kitorg jadi model background dorg macam ni haaa? Bhahaha sampai sakit leher tau! :P

 Dia ni sombong. tegur "where are you from?" banyak2 kali tak dilayan pun.

 Nasib baik ada unggun apa ni. boleh duduk dan panaskan badan.

 Alhamdullillah ade surau. surau ni dalam kedai tingkat atas. tempat solat campur lelaki perempuan. begitu juga dengan tempat ambik wuduk. last2 we all gegels turun toilet bawah ambik wuduk. kau mampoo letak kaki kat singki? :P

 Drama Cafe! Nasi goncang dia Ya Allah sedap giloss. Glove tu pakai sambil goncang2 kan lunch box besi yang panas tu. bukan makan pakai glove tau! Cafe ni halal. Cafe ni baru je pindah tempat. kalau surau tadi sebelah kiri, jalan depan sikit belok kiri. jalan dalam 100 meter insyaallah jumpa la kedai ni sebelah kiri anda jugak. Yang best air/mul boleh refill 80 kali. free je. amek sendir kat water cooler. kalau kat Mesia air kosong mesti dia charge 20 sen. 1 lunch box nasi goncang dalam 5000 won. lebih kurang rm15 sini.

 
This is how nasi goncang looks like. basically ada nasi, kimchi dan telur. simple tapi sedap.

Ni apa? Ni la nasi goreng tuna dengan serunding. nampak hina dan hambar je kan. eiiii tapi sedap la. alhamdulillah kenyang. sambil makan nasi goncang, sambil makan bekal. wahhh, serunutttt sangat makan bekal yang sudu dia diikat dengan getah.

Okay dah2 la cerita pasal Nami Island nye.nak tgk gambar banyak2 pi stalk fb. amboi! Okay, we all naik balik ferry dalam kul 3.30pm sebab nak bus dah sedia tunggu kat parking. Bus jalan pukul 4 ptg. Naik bus lagi sekali kroh kroh kroh la. Dia turunkan dekat Tapgol Park semula. Dari situ we all ambik taxi untuk ke Doota Mall dekat Dongdaemun. Kalau tempat dekat2 dgn each other baik naik taxi. rasenya taxi fare dia time ni dalam 2500 won je kot. kalau divide by 4? baru 625 won. ok la tuh.

Dongdaemun ni meriah waktu malam. Kedai2 mostly bukak malam sampai lewat pagi. kalau tak leh tidur meh datang sini cuci mata ok. Org kata shopping dekat sini mahal sikit. Tapi we all ade je beli tshirt I love Korea buat souvinier utk family and teman2 rapat. ok la 3 tshirt = 10 000 won. kalau bargain lagi dapat la diskaun sikit. we all asyik cakap kaka juseyo! discount please. ade certain ahjuma terus buat muka ketat tak kasi. bila cakap dia yeppuda (pretty) amboi suka kemain dia.

 Ni haaa Doota Mall/Doosan Tower. Mase ni kul 5.30pm. Sunyi je. Nampak macam takde orang. Mmg takde pun pasal tutup. Mall ni bukak kul 7 malam. Pelik bukan? Sementara we all pusing2 la dulu. sebelah dia ade Pyounghwa Clothing Market. cuci mate la apa lagi. Nak beli banyak2 tak leh. Nak kena jimat pasal banyak lagi hari yang mendatang.

Ni la Doota Mall waktu malam. Bukak 7 malam sampai 5 pagi esoknya. Weirdo. Tapi meriah kan lampu2 dia? 

Oh yes, Dongdaemun Underground shopping centre dia best. how to go? ala Pyounghwa Clothing Market tadi jalan je straight sampai jumpa Dongdaemun Subway Station exit 8/9. rasaya berhadapan dengan J W Marriot yang still under construction. masuk je dalam subway station. bersepah org jual winter jakcet murah2. Winter jacket kalau kat Universal Traveller or Winter Time mmg 4 5 ratus. kalau takde sale. kalau ade dalam 2-3ratus. kat sini 40 000 won da dpt. which means dalam rm120. kualiti lebih kurang je. in fact my winter jacket tu bile seluk tangan dalam poket rase warm je. Tak payah pakai warmer pack (son nalo) dah!

If nak betul2 beli winter jacket/coat murah pergi la Pasar Sabtu dan Ahad dekat Dongmyo Flea Market. Yang tu mmg lambak atas jalan, bundle2 style, second hand pun ade. 5 000 won da dapat. Tapi, korang nak ke? Tepuk perut tanya selera memasing. Well to me kalau nak beli beria2 sangat kang membazir. Dah la Korea matawang dia mahal. Tapi kalau everything nak convert dalam RM balik haaa memang tak makan, tak beli apa la jawabnya. kalau rase murah dan worth it why not. again, diff ppl diff views. Hehe :)


 Street Food kat Dongdaemun area. ni macam dalam drama2 Korea. Balik kerja tension dengan boss takpun baru break up dengan pasangan datang sini makan sikit pastu minum soju bergelas2 sampai mabuk2. Kat luar penuh meja kerusi. Anyway, we all tak beli pun kat sini. Kalau korg teringin nak makan, tapi ragu2 tanya la ahjuma tu gune minyak apa masak, apa bahan2 dia gune. Kalau tak yakin,  baik tak payah. Banyak lagi pilihan lain yang ada.  Hah, kitorg cari gak hotteok sbb si Awa mengindam hotteok. Apa ke jadahnye hotteok tu? Hotteok tu macam pancake ade inti kacang. Tapi pusing2 cari takde. Mungkin takde rezeki. 

Mase ni baru lepas beli stokin comel2 utk gf i, Nik Nor Ernina. 1 psg stokin 1000 won. dah la serious comel2. murah jugak la. terus beli 5. Okay lepas tu Hana perasaann disco jump ni dekat kedai stokin tadi. Mule2 ingatkan Hana nak ajak I berdisco malam ni. Cuak jugak. Rupe nya dia cakap Running Man pernah datang main mende alah ni kat sini. Bile teringat balik haaah betui. ade yang Suk Jin dgn Kwang Soo terlambung2 sampai terjatuh. Kekeke. Gasak la korang.

 Omo Omo Omo! Ni kes sejuk sangat tu yang pakai neck warmer. Serious, cakap pun keluar2 asap. Sori la ek we all dok Malaysia kalau cakap mmg tak keluar asap. keluar air liur sendiri je balik. Eh cop, we all singgah kat bangunan APM kat belakang Rasdan tu. Perghh expensive gilos. Tak beli apa. Terus keluar balik. Walhal ade jakcet panda comel sangat. Ah xpe, banyak lagi masa boleh cari kan. ;D

 Ni manjoo hana/kaya ball.11 biji =2000 won. ok murah tak murah beli la jugak! Beli 22 biji. 2 beg la. Hana share dgn Awa. I share dgn Rasdan. Sambil jalan sambil kudap2. Nasib paper bag je tak leh buat kudap. Nak proper dinner kena tunggu balik rumah masak ok! Dok sini nak makan luar 4 kali sehari memang boleh muflis. :P

Ni haaaa I cakap tadi. kalau dalam Mall macam Doota Mall and APM mmg mahal. Nak murah beli kat tepi2 jalan. kualiti pun tak dela jahanam sgt. okay jugak. I beli boot pasal asyik jatuh2 je kan (ala alasan je lebih). sepasang 10 000 won = RM30. Boot bodoh2 murah je. takdelah leather tumit tinggi curlass sangat tu. Plus tak tahu kulit dia tu kulit apa. Okay janji selesa dan paling penting kasut tak makan kaki means tak melecet. Ahjuma yang jual boot tu kan buat tension je. We all tanya sepatah je. Igo olmaeyeyo? (How much is this?) Dia jawab Masyaallah panjang gilos. macam buat speech. dah we all blur terpinga2. We all cakap molla molla (i don't know, tak tahu) Dia cakap lagi. Habis bawak keluar boot pasal nak suruh try. Adoi, breakdown communication betui. dah beli kasut baru terus pakai. Balik rumah naik bukit tinggi berlari2 pasal selesa sangat. Ok melampau!

Ini adalah Cheonggyecheon Stream / 청계
 Sungai ini dulunya terbiar. Lepas tu government ambik alih baiki jadikan cantik macam ni. sebab malam tak nampak sangat. Tapi ade lah 2-3 couple duduk2 kat sini. Lagi satu sebab winter memang tak ramai orang la. kalau time summer, memang meriah ramai sangat orang duduk rendam kaki. kadang2 ade festival lantern la hape so lagi meriah. Bile winter tak cantik sebab air sungai dia ade yang beku. Tapi sungai ni famous. dalam drama selalu kan dorang shoot kat sini. well, kami pergi duduk 5 minit je. sebab dah lewat nak kena balik masak dinner. rendang Brahim dah memanggil2. 

 Meh close up sikit. Anyway how to go here? Tak susah pun kalau dari Pyoungwa Clothing Market tadi korang jalan je depan sikit pastu turun tangga ke bawah. Dah sampai. Sungai ni terletak antara Pyounghwa Clothing Market dengan Dongdaemun Shopping Complex. Kalau dari jauh pun dah boleh nampak sbb sungai ni panjang dalam 8.4km. so memang obvious.

Baiklah, rasenya dah banyak sangat melalut. Anyway we had a good day pergi Nami Island-Dongdaemun-Cheonggyechon Stream ni. Kalau rajin esok update Day 3 pula. Goodnight. Till then, Assalamualaikum :)