Assalamualaikum w.b.t
Dah, jom sambung ceita Day 3. Mission harini adalah menawan Everland Theme Park. Selain Everland, theme park lain famous adalah Lotte World. Route ke Lotte World lebih senang sikit. Tapi kenapa kami pilih Everland? Haaaa nak tau sebabnya kenalah baca entry ni sampai habis.
Harini kami keluar awal. lepas masak nasi goreng terus turun. harini pakai kasut 2 saat je ok. oh ye, rumah we all 4th floor, pent house sangat. turun rumah bawah sekali sebab nak ambik air dekat water cooler, kekadang nak gune mesin basuh. sbb rumah bawah tu common living hall dia. time tu rumah bawah ade org duduk gak. Malaysian jugak. selalunya bagi salam 3 kali terus tekan door password. pasal door password untuk semua rumah adelah sama. Bhahaha. Buruk perangai. Ok dah, dalam pukul 8.00 am kami dah turun menuju ke Noksapyeong Station.
Tunggu sunway. subway dorang underground. sangat laju. gap antara 1 train dengan another one dalam 2-3 minit. kejap giler. Korean biasalah dorang mesti lari2 kejar train. silap2 kite kena langgar sama. Tapi kitorang kan pemalas. Dah train banyak, terlepas satu, tunggu jela. bukan lama pun :P
Susah ke nak naik subway dorang ni? Sbnrnya tak susah kalau study awal2. Kena tau nak turun stesen apa, transfer line apa, exit mana. itu je. insyaallah tak sesat barat darat ok. Lagi pun pengumuman dalam train ade dalam English. In fact, stesen mana pun ade dia tulis dalam tulisan rumi. Haaa rumi? yela, kang hangul korean korang pun tak paham. apetah lagi i nih. Tapi nak lagi senang download apps Jihachul korea subway kat henpon korang. Ade English version. Yang ni nak guna tak payah gune internet.Free je.Ni nanti la citer apa kelebihan dia yada yada yada eh.
Ok, dari Noksapyeong station (Line 6) kami terus ke Sindang. Stop kat station Sindang, jangan exit lagi. terus tukar/transfer sunway ke line 2 menuju ke Jamsil.
Masi ni dekat Sindang. Tengah tunggu train ke Jamsil. Masa ni we all da naik lepas tu entah kenapa dia punya staff suruh turun tetibe. ah sudah. ni kenapa. nak tanya kang hensem sangat oppa tu. haha apa kena mengena? Tapi semua orang turun ikut jela. Tunggu next train. Oh haaa si Rasdan sepanjang dekat Korea ni dia berjaya habiskan 1 novel. Bukan novel Teduhan Kasih ke Suamiku Ustaz.Novel Life's in TNB. Eh? Ok tipu. Haha.
Ok, stop dekat Jamsil. pastu cari exit 6 ok. Haa kalau nak gi Lotte World stop dekat sini pastu korang keluar dari subway station dah boleh nampak da Lotte World. Tapi untuk ke Everland ni kena ambik public bus. Ok, lepas keluar dari exit 6, sila lintas jalan ke tengah jalan. ade bus stop macam dalam gambar rajah di atas kt tengah jalan. tunggu bus dekat sini. bus stop ni berhadapan dengan Lotte Hotel rasenya.
Cari route bus 5700. Tapi semua dalam bahasa Korea. Mase ni kak ton nervous sikit. Nak eja kena bukak buku abc balik. Ah, tanye orang jela. Haah memang betul bus ke Everland tunggu dekat sini. Fuhh lega. boleh kentut puas2. Tapi sebenarnya kalau tengok closely dalam gambar ni, ade dia tulis everland bawah pada tulisan korea tuh. tapi kecik jela. Ade 7-8 stop jugak nak menyampaikan ke Everland. Dah tuh, stop sebelum Everland ni semua tulis dalam bahasa Korea. Nak sebut tak pandai. Habis kang macam mana nak tau dah terlepas ke belum. Ah, gasak ah. Nanti dalam bus kang pikir. Yang penting naik bus je dulu.
Yang ni kagum. mende alah ni membantu kite tau bus 5700 lagi 9 minit nak sampai. So duduk diam2 je tunggu. Mase ni cuak gak Ya Allah betul ke kat sini. Betul ke bus tu stop sini. Kot la driver bus 5700 nampak kami terus tak nak ambik. boleh macam tu?
Haaaa lepas tu alhamdulillah sampai jugak bus 5700. mase nak naik i tanya jugak kat driver bus tu Everland? Pastu ahjussi driver bus tu angguk2 ye. so lepas naik bus we all macam ade simptom gam dekat mata. terus zzzz kroh kroh kroh. dalam 40 minit jugak journey. selamba je walhal nak turun kat Everland kang tah cemana lah rupe bus stop dia. announcement dalam bus ade tapi dalam bahasa Korea. Takpe, tidur je dulu. Kang dah bangun baru pikir.
Tidur dalam setengah jam lebih kurang pastu terus bangun. pastu cuak eh eh eh kite da dekat mane? Kite da terlepas stop everland ke? haaa macam mana ni? haha. vongok sangat. Tapi tak lama lepas tu bus benti dekat 1 tempat ni. bukan bus stop tapi macam bus station. ade banyak bus lain dekat situ. Errrr ni dekat mane ni? Nasib baik ahjussi tu ade cakap apa tah dalam Korean pastu ade sebut Everland. terus merebas turun bus selaju yang mungkin.
Tapi sampai2 ehhhh ni bukan Everland. Rupenya dari sini ambik FREE shuttle bus ke gate Everland. saje nak highlight free sebab suka bende2 free. Jimat duit, maklumlah we all time ni tak kerja lagi. Nasib baik ade 1 group of Chinese ni nak gi Everland gak. Budak2 mude macam kami jugak. Ewah, mude la sangat. Follow jelah. Lepas tu ade staff Everland dah tunggu. Wahhh, ini sudah bagus bah!
Dalam bus on the way ke main gate Everland. Everland ni outskirt Seoul. Serunut dua tiga runut la pasal nampak salji merata dekat atas jalan. Sejuk pun sejuk. asyik nak hembus nafas kekuat je pasal nanti ade keluar asap. over je.
|
Haaaaa nampak parking lot Everland pun dah histeria. Apekah? Hahahaha |
|
Okay bus stop betul2 kat depan signboard Everland ni. Suka suka suka! |
|
Alhamdulillah Everland dah kelihatan dari sini.Tak sabar nak beli ticket. Time ni awal lagi. dalam kul 10.30 am. so orang memang tak ramai. beratur kejap gile nak beli tiket. |
Ni haaa ticket masuk ke Everland. macam boleh print sendiri je kan. takde logo Everland pun kan. 40 000 won per person. haaa Everland bagi less kat Malaysians. Tapi kena print voucher discount tu la. 1 voucher tu boleh discount up to 4 ppl. kalau korang pergi 8 orang makan 2 vocuher discount la korang kena print. nanti time nak beli ticket tunjuk voucher and passport kalian. so boleh dapat discount ok.
Pokok ni comel. Running Man pernah shoot dekat pokok belakang kitorang tu. episode berapa tah dah tak ingat.
|
Tengok giraffe je mesti teringat Kwang Soo :P |
|
Mase ni nak naik boat masuk house of doll. ehh ni bukan house of doll butik fazura okeh. ni macam errr macam eh nak cakap. ala ade patung dari pelbagai negara nari2 pusing2 ikut lagu. itu je pun. tapi kami kan kanak-kanak haruslah excited tak tentu pasal. Haaa mase ni mintak tolong oppa yang keje kat sini tolong ambik kami. waktu i dah pass kan kamera kat dia boleh eh dia konon2 nak ambik gambar dia sendiri. pastu gelak2 senyum2 macam kelakar. tak kelakar pun ok. ade jugak yang nak kena tampor ni kang. |
|
Ni dari Korea |
|
Ni dari China dan banyak lagi. malas nak upload semua. |
|
Eh kejap nak jugak cakap ini la winter jacket yang I beli malam semalam dekat Dongdaemun tuh. Boot tu pun sekali. Rasdan dah cakap beli boot yang murah2 and rendah2 je ok. Kang kalau beli boot yang tinggi paras lutut dia cakap nanti i nampak katik. Hampeh betul. |
|
Time ni Hana and Awa je main. I tak main. I duduk tunggu jaga beg. Baik sangat kan i? Haha sebenarnya takut nak main. Tah pape je kan? Rasdan pun tak main. tapi dia ade berborak dengan satu family ni dari Malaysia. Uncle tu bawak wife, anak2, cucu2, menantu bagai datang Korea. dah sebulan dok sini. harini last day dorang kat sane. esok dorang dah nak balik Terengganu da. Kagum okay. |
|
Bagi I, Everland ni kalau pergi time Spring lagi cantik. Lagi meriah. nampak bunga2 all over the places. Atau pun time summer. Korang boleh refer sini baca blog orang ni. Mase tu Everland sumpah cantik dan meriah. Tapi ade sebab kenapa nak datang winter. Hehe. |
|
Ini adelah one of the scariest roller coaster in the world. time winter tutup okay. we all panggil wooden roller coaster since semuanya diperbuat daripada kayu. tinggi gilos. macam lagi seram dari USS nye je. Hana suka naik roller coaster tapi dia kata kalau bukak pun nak main ni fikir 2-3 kali. Kali 4 baru setuju nak naik barangkali :P |
|
Meh close up sket gambor roller coaster kat belakang nun. Oh yes, surau/prayer room ade tau kat Everland ni. ni salah satu sebab kenapa we all datang sini. Tapi prayer room dia pelik gilos. Betul2 sebelah Mystery Mansion ade pintu. pintu pun colour alahai ala2 misteri gitu. hambar je. Yang pelik tu dekat depan pintu tak tulis okay prayer room. dia tulis kat pintu sebelah dalam. tapi ade carpet bagai la ruang solat dia. ade sofa boleh duduk. cume tu jela perempuan lelaki campur. I macam biasa la buruk perangai. Basuh kaki dekat sinki okay. Hehe. Nak tengok lebih detail klik sini |
|
|
|
Yehaaaaa snow buster. its sledding time. ini la bende yang we all tunggu2 tau. actually ade sorang student Malaysia dekat Korea ajak we all pergi skiing dekat Yongin. Bhahaha tapi skiing mahal. 50 000 won. tu pun akak tu kata this is the cheapest. yang lain lagi mahal. nak sewa equipment lagi. ni boleh jatuh miskin ni. pastu dah la tak pandai main ski. dengan trail and corner2 yang tajam. arghh bajet pun tak banyak. So mungkin bukan rezeki kami. Main sledding pun syok jugak. Jadilah dapat merasa kan :) |
|
We all kena beratur. nanti dia bagi pelampung/buoy yang besar ni. Kaler merah seperti dalam gambar. duduk atas ni nanti dorang tarik. tapi tarik ke belakang. nervous tapi syokkkk. Haha. Ni si Hana dekat depan I. |
|
Lepas tu kena beratur sebelum main sledding. Rasdan pun excited. Hehe. |
|
Nak main sledding duduk atas pelampung nanti dorang tolak ke bawah. serious laju. Tapi kalau salah duduk position mungkin boleh terbalik dan terjatuh. mcm ade sorang mat saleh ni. sebab tu lah oppa2 baju biru tu dok tunggu kat tengah. kalau kite stuck je jatuh ke apa dorang akan tolong. Dari atas ni sled sampai la ke bawah. bawah mana? nampak tak ade hijau2 yang belakang sekali kat bawah tu. itu ibarat garisan penamat. jauh bukan? Tapi Ya Allah serious best sangat2 :P |
|
Apa nama bende ni? I tak tahu. bukan kabel car. apa eh? Haha lantak la tak tahu pun. Tapi syok jugak naik mende ni. 2 kali we all naik. Hehe. boleh tengok pemandangan sekitar. :) |
|
Mase ni baru pukul 5petang. winter day time dia pendek. kejap je dah gelap. actually banyak lagi yang we all main we all explore tapi tak sempat nak upload semua gambar. Oh ye, terlupa pulak dalam Everland ni we all berani beli air je. food tak berani nak beli. tu yang bawak bekal nasi goreng. makan dengan serunding dengan tuna dalam tin. kitorang berpicnic je. picnic time winter kau mampu? lepas makan terus berlari2 cari heater sebab sejuk. Haaaa dalam Everland ni pun dapat wifi. Overall Everland ni syok jugak walaupun ramai budak kecik tapi you still can enjoy. Cume 3D ke 4D dia tetap tak leh lawan dekat USS punya! |
|
Hehe Rasdan sibuk nak bergambar dengan staff dekat Everland. Dorang baik2 and friendly sangat. Haah time tengah kerja kan memang la senyum je. Kalau jumpa yang muda2 macam ni dalam subway ke hape haram jadah nak senyum. Sombong2 belaka :P |
|
Rasdan suka sangat dengan Panda. Mase pergi USS 2 years back pun sibuk nak bergambar dengan Kung fu Panda. Tapi okay la pasal dia pun demok macam panda jugak! Hehe. |
|
Babai dah nak balik. we all exit dari Everland lepas tu tunggu bus depan main gate dia semula. |
|
Alhamdulillah tercapai impian kami :)
Shuttle bus tu
anta we all balik dekat tempat tadi. so we all kena cari balik bus 5700. Duduk
la tunggu. Time ni ade sorang pak cik tu duduk sebelah kami. dia cakap Jepun
dengan kitorang okay. Panjang pulak tu. Tak tahu tu soalan ke ayat penyata atau
ayat kata kerja tak transitif. Laaaaaa pak cik dah kenapa? Kitorang haremmm
jaduu tak paham. Setakat sebut sushi, mitsubishi pandai la pak cik. We all
kalau blur mesti gelak2 sambil nak teka apa pak cik tu cakap. Apa la pak cik ni
cakap. Pastu we all kate la we don't understand. Pastu terus dia speak English
sikit2. dia tanya we all dari mana bla bla bla. Oh pak cik nak berbual rupenya.
Hehe lawak betul. Cukup la time first day nak gi Insadong masuk2 taxi ke
ahjussi tu tanya India? sebab pakai tudung/skaf kan. Hehe.
Lama jugak tunggu bus. Ni kalau main candy crush sempat tunggu life 5 kali penuh. Haha melampau kan?
Alhamdulillah berjaya jugak naik bus. driver bus kat sini smart2. bawak
berhemah pakai kemeja siap tie kekadang. pastu pakai glove bagai. Bile
penumpang naik, mesti dia greet tanya nak ke mana. kalau la semua driver bus
kat Malaysia macam ni alangkah bagusnya. Oh haaaa lupe nak cakap we all naik
bus or subway we used T-Money card. Yang macam touch n go. Nampak tak box biru
dalam gambar ni. kat situ la we touch our T-Money. Nak naik touch nak turun pun
touch. nanti baki dia tolak sendiri terus. Another thing is dalam bus ni ade
modem wifi okay.
Okay, we all turun balik dekat Jamsil station. tu pun main agak2 je. nasib baik ahjussi tu cakap Jamsil. Hehe. Terima kasih ahjussi comel. Amboi! Okay, the next place is Gangnam/Apgujeong area. Dari jamsil naik tren ke Cheongdam Line 7 exit 2. Tapi kena jalan kaki jauh lagi so malas dah. naik taxi turun dekat depan Galleria Department Store. Then jalan kaki sampai jumpa 711. tetibe teringat dalam beg ade megi. singgah beli banana uyu (milk) and strawberry uyu pastu curik air panas kat 711 ni apa lagi makan megi kat Gangnam la. nak masuk restoran tau dah tak mampu. sebab kawasan orang kaya haruslah makanan dia mahal2 belaka.
Selalau makan megi dekat hostel je kan. Ni epic okay. hehe. sadis betul.
Lepas cuci2 mata we all jalan kaki ingat nak cari SM Entertainment. Tapi frust sebab time tu dorang tengah nak tampal poster besar siap dengan kren bagai. dorang tengah bekerja maka hampa la kitorg. kaki pun dah penat. so last sekali we all decided pergi JYP. SM tepi jalan. JYP jauh ke dalam. kena jalan kaki sampai jumpa Dunkin Donut.
Ni dalam dunkin donut. betul2 in front of JYP. ahjumma kerja situ cakap selalu je Nickhun 2PM datang sini beli kopi. untung laaaaaa ahjumma oiii. Ahjumma tu boleh speak English. Dia kata memang ramai fans from all over the world datang tunggu and stalk artis kesayangan dorang. anyway belakang Rasdan tu penuh dengan autograf2 artis JYP barangkali. rase nak buat dajal koyak 1 simpan dalam beg.
Hana and Awa beli kopi jugak. we all tak makan. walaupun donut dia looks so tempting. ala, macam dekat Alamanda takde dunkin donut kan. :P
This is JYP! orang kata kalau kat Korea susah sangat nak jumpa artis depa. Pasal dorang keluar waktu rare hours. selalunya malam2. kecuali siang tu dorang ade show ke filming ke kan. I baca blog orang tu pernah jumpa Hyuna 4 Minute dekat depan JYP. tapi tu pun pukul 2 pagi. actually masa ni nampak jugak van hitam keluar masuk parking. Memang ade org escort dorang turun dari van tapi hmmm we all tak kenal pun. Hahaha. Kitorang tak lama pun dekat sini. Malas la pulak nak tunggu sebab layan je lagu2 dorang tapi bukan la kipas susah mati pun. Jadi tak heran sangat. Wah, berlagak kau! Cukuplah lepas hajat dapat berdiri depan JYP ni haaaa. :P
Another thing is sebenarnya dorm dorang nearby area ni je. dekat belakang2 ni je. Mule2 ingat nak gi tengok dorm SNSD dari bawah jela kan. nak masuk apartment of course la ade security plus ade password bagai. Tapi tetibe rasa tak baik la pulak. Takkan nak stalk dorang sampai ke rumah. Nanti dorang takde privacy la pulak. In fact, belum tentu jumpa. Kang jumpa dengan anjing adelah. Lagipun dah lewat malam. So takpelah we all jalan straight lagi ke depan lepas JYP ni ade groceries store. we all beli telur and beras sikit buat balik masak karang.
Time ni kaki dah lenguh. Nak balik rumah kena naik bukit memang mental breakdown. Tapi nak tak nak kena la balik jugak. Haha. So balik je rumah terus mandi2, solat terus makan. we all tetap mandi walaupun winter. kalau pagi tak mandi, malam mesti mandi. Masak pulak secara bergilir contoh time Hana mandi, I panaskan rendang. Lepas tu kang time I mandi pulak, Hana buat sup. Rasdan datang time makan and tugas dia adelah susun pinggan sambil bukak sinar fm ok! Lepas makan Awa la kena tolong basuh pinggan. After dah semua settle every night mesti ade discussion, kire bajet/perbelanjaan keluar masuk harini. sekali dengan langsai hutang kot la ade terpinjam duit mase beli2 barang tadi kan. So, end of Day 3 :)
|
|
No comments:
Post a Comment