♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Tuesday, November 15, 2011

Xin Jia Po

Impromptu vacation katanya jadi i memang terkezut. yelah, just a few weeks before nak pergi baru tau. mula-mula ingat nak naik flight. kitorang pun pergi sana bukan sebab nak jalan sangat. for the sake nak anta album kahwin kakak Dan dan tolong bawak balik barang2 dari aussie. tu je pun. tapi dah alang-alang sampai sana, dalam kepala i memang dah set nak pergi universal studio la kan. tak dapat pergi yang japang, americano, cappucino punya takpela dik non. janji merasa dapat pergi kan uols.

Okay2, balik pada cerita I yang bajet diva nak naik flight. sekali kena sound dengan bapak i, "banyak duit awak? boleh, tapi bayar sendiri okay?" sadiss. terus tak jadi. lepas tu siap interview zaki bagai camno nak naik train. nasib i tak tanya dia train tu apa dan lazat dimakan ke tidak. haha. yelah, i kelihatan agak sesak nak cari info. yelah mana nak tau pasal transport apa nak naik, nak tukar duit lagi. masalahnya i duit pun takde. nak tukau apa. duit gaji dah lesap. dulu kata nak simpan duit utk kawen. tak sempat kawen, dah lenyap.

Nasib bapak i simpati lantas menghulurkan bantuan kemanusiaan. thank you for the 500SD. hehehe. okay, berbalik pada transport tadi kami last2 cancel pasal train berhenti dekat woodland which is far far away dari rumah kak Miza. so the best thing is naik bus. okay, tak kisah la janji sampai dengan selamat.

Bus kami stated dalam tiket kul 11.59 malam. kira pukul 12 lebih la gerak. sebab ehehehe kami terlambat naik bus. kah2 nyaris kena tinggal. ingat macam bus sekolah ke dia nak tunggu. no way! sekali pukul 3.30 pagi dah sampai kastam johor. aiyooo dalam tiket kata sampai pukul 5.30 terganggu tidur myols tau. hancusss my booty beauty sleep. eh, dah pesal dari tadi aku cakap mcm pondan ni? err okay dasar sengalicious betul!

Eh before that i nak remind la kan. entry this time is gonna be long longer longest ever. pasal i malas nak buat singapore part 1, part 2, part 3, part 4 ke pat2 siku lipat. pasal i ni jenis buat sampai part 1 je. part 2, 3 4 tu mesti i kate later. sebab i penat la, busy la apetah lagi. last2 harem takde. jadi korang anggap jela i tengah jawab soalan peperiksaan akhir tahun karangan bergambar. *sila buat muka redha*


Near Kent Ville. Nasib ada kak Miza, dah jimat duit tempat penginapan. ewahh, suka kau eh zaty? ;P

Nasi lemak dekat Mustafa Centre terbaik!

Map MRT. semua tempat boleh pergi.
Masa ni nak pergi harbour front. tu haaa paling lama 6 minit je tunggu. paling pantas 2 minit. laju jugak MRT dia. kalau dekat Mesia, agak2 KTM muncul berapa minit sekali? kalau delay sebab ujan? lepas tu time petang esp jumaat? masa ni, semua org jd selfish. nampak org tua ke langsung tak nak bangun bg seat. siap tolak kakak yang pregnant tu lagi.

saya suka cruise itu!

USS dibuka pada jam 10 pagi. we no need to Q nak beli ticket pasal kak Miza dah tolong siap2 belikan online. thank you kak. kalau hari biasa harga dia 60 SD. kalau waktu peak, 72SD. weekend and school holidays adalah peak. jadi, utk elakkan long Q memang patut beli ticket awal2. takut korg beratur 30 minit, sekali ticket habis.

Ni dekat New York la ni kan. Hollywood street. bangunan2 dia memang cantek dan sesuai bagi cam whore macam i. hehe.

kat sini cakap je kat mana tak leh bergambor. sume boleh. korang masuk kedai pose dengan barang2 dorg walaupun akhirnya tak beli sebab mahal, takpe. dorg tak kesah. tapi serious, i suka gambar ni. kikiki.

pretty boys, anyone?

lights, camera, action. steven spielberg.

berdiri depan sekali, ade lah sikit2 kena water splash. suka sgt effect dia. nampak tak boat tergantung dekat atas tu, siap jatuh, tingkap tu semua tercabut dek ditiup angin, keluar la api2 konon2 terbakar. lepas tu platform yg kitorang berdiri tu pun gegau2. lastly muncul mcm satu kapal,mati2 ingat nak kena langgar dengan kapal. tapi takpon. hehe teringat pula kisah singapura dilanggar todak.

Uncle Rasdan with his yellow cab, wanted to bring the green aunty to the market.

Wall of fame; jack klugman. bukan kluang man!

Masa nak naik roller coaster dekat egypt ni i berlagak dan bongkak hokey. sebab dia indoor punya roller coaster so dlm ni memang gelap. duduk depan sekali. kau mampu? lepas tu jerit2 its gonna be fun. yeay2. sengaja nak buat org sebelah i annoying. sekali bila dah jalan tu ambek nyaris2 nak langgar dinding. lepas tu ditarik ke belakang laju2. nak gugur jantung. tapi towards the end memang rasa best la pulak. okay lepas turun je, i saw tears from Dan's eyes. homaigod, what the fish. nanges naik roller coaster. bukan type mak tau. haha. i siap ajak dia naik second round. i kata i tak takut langsung. sekali bila tgk gambar dekat screen, masyaallah muka i la yg paling nampak takut. pejam mata, pegang seat kuat2. kah3.

Lunch time. and Kak miza got 10SD free meal voucher. set nasi ayam ni memang each 10SD. nampak mcm murah kan? tapi kalau dipikir2 convert duit Mesia, terus nangis sedu sedan segan. pasal set nasi ayam dah almost rm24. tsk tsk

Hujan kemain lebat lepas kami keluar dari cafe. i memang dah standby bawak payung dalam beg. tapi payung cinonet mana muat nak share ramai2. end up dengan beli raincoat plastik yg each 2 SD. i syak next time ptt bwk plastik alas meja mak i jela.

ni dalam shrek 4D. ni set induksi dia la. lepas tu baru masuk 1 bilik besar. duduk and pakai spek 4D. curlass sgt2. suka bila kerusi semua bergerak. bila shrek naik kuda, u pun akan rasa gerak2 jugak. bila donkey tu bersin, hambek, basah la korg kena air liur dia.

far far away castle dia mmg dabel like la. i tunggu jugak kemunculan shrek, fiona, fairy god mother ke. tapi mungkin sebab hujan jadi kelibat mereka tidak kelihatan.

Annoying donkey show.

i like to move it move it. i suka Gloria. pasal bdn sejibik mcm i. keh3

Frankerstein ni kan, i dah suruh dia pergi main jauh2. asyik jalan ke hulu ke hilir je. i syak dia malas nak study untuk SPM la tuh. haish!

woodpecker punya keturunan. kalerful. yg ni gegurl. i wonder la kan yg kt dalam tu pompuan ke laki sebenarnya. teringin nak squeeze boobs dia tapi kang dituduh pervert la plop.

Kung Fu Panda! terasa diri sangat kurus dan kerdil. ahaks

mula2 i ingat bapok tau. tapi tak sebenarnya tak. tulen ni. sorry la kalau i kurang ajar sikit. cantek kan kaler baju dia? purple gitu. ingat nak sewa untuk i tunang nanti. tapi nanges pulak bakal mak mertua i. ke i patut kasi mak mertua i je yg pakai?

Marilyn Monroe. dia ni siap cakap hi handsome dekat Dan. sampai sekarang Dan dok asyik ungkit. agaknya first time kot org kata dia handsome seumur hidup dia ni.

Alhamdulillah syukur sangat2 di atas anugerah oscar best teacher ini. saya betul2 tak sangka saya akan menang malam ni. sebenarnya anugerah ni adalah untuk semua yang tercalon bagi kategori ni. kita semua pemenang, tiada pengalah. anyway, thank you to my mum, dad, apis, ira, asyraf, faiz, sepupu sepapat, nenek angkat, jiran sebelah yang bela ayam dan semua crew2 yang membantu menjayakan filem Ketupat-ketupat cinta. and kepada para peminat saya, terima kasih sangat2. tanpa anda, siapalah saya. terima kasih. *ayat cliche bila menang award. takde pulak yang kata saya memang dah agak dah sy akan menang. so what? lepas ni kalau nak ambek sy berlakon, bayaran jadi dabel*

Depan kedai subinier Betty Boop. I suka jugak character dia dari zaman muda2 dulu. hehe. i tunggu2 mascot dia haram tak nampak. so before keluar, sempat la singgah kedai2 subinier yang lain. sebab kak miza kata brg USS takkan dapat beli dekat luar jadi sempat jugak i shopping brg2 USS mcm cap, t shirt 2 3 helai, notebook, towel, beg and small2 things yg lain. lepas tu nanges pasal terover spent. dush3

Caramel and Cheesy Pop corn. mahal tapi sedap. nasib ada org belanja. sekali lagi, thank you kak. tapi kena beli yg small size je. pasal manis. beli yg besar tak macam 64 SD pulak regenya. lepas tu next week potong kaki.

dah sampai vico city semula. shopping mall yang terbesar dekat asia tenggara i guess. ni kalau dekat mesia, korg combine la mid valley, one utama, the mines, times square,alamanda and etc. jalan 1 hari takkan habis. so disebakan time constraint, i sempat grab sehelai baju comel Zara. i loike!

Muke bebudak jakun naik bus awam yang dabel decker. i sempat terlelap 2 saat dekat dalam bus ni. tup2 dah sampai orchard road. orchard road ni kalau dekat mesia sama dengan bukit bintang la.

Sekarang dekat singapore ada macam elephant parade festival la gitu. so kat mana2 pun ada banyak patung2 elephant. eh kejap, tapi dlm gmbr ni takde pun gambar elephant. haha. salah caption!

Beronggeng makan dekat ayam penyet ria. i order nasi + soto. lepas tu i konpius nak makan camno. dalam soto tu ade banyak gile mee suhun. sama ada i bubuh nasi dalam sup soto tu atau i bubuh mee suhun dan kuah kat atas nasi.

Okay, time to go back. sampai TBS pukul 4 pagi. konon2 nak tunggu subuh la baru nak call encik hafiz mustafar ambek kitorang tapi last2 call la jugak. pasal nak makan sume kedai tutup. dalam pukul 7 lebih baru i balik raub. i ngantok gila nak drive sorang2. siap terpejam2 mata lagi. i sedar2 i dah dekat lane hujung. last2 i stop jap and tidur dekat genting sempah. pastu tiba2 i terfikir best gak kalau nak genting highlands ni. ewahhh sedar diri sikit.

Okay overall trip pergi singapore ni memang best. esp USS. pasal dah lama sangat nak pergi. tapi 1 je, dekat USS takde surau and toilet ni certain takde air. tsk tsk. papepun, cuma i memang nak pergi singapore lagi sekali. i tak ambek gambar dengan merlion pun. tak pergi bugis street pun. tak habis jalan dekat vivo city and orchard road, tak sempat singgah tgk esplanade. tawaf mustafa centre and little india lagi la tak sempat that day. takpe, insyaallah mane tau one day nanti i'll be back *sambil buat tarian 2pm*

one thing i noticed dekat sini, orang dia jalan lelaju tau. macam orang dekat jepun nun. lepas tu suka nak cepat. semua dia nak dulu. and yg kerja dekat cafe ke mostly warga emas. kdg2 kasihan tgk tangan dah ketar2 nak angkat pinggan bagai. and kastam singapore pulak tak friendly langsung. muka ketat je. tensi je. haha.

To Kak Miza thanks a lot. terhutang budi rasanya. segan pulak dengan akak. hehe. both of us memang had fun. wahh i taip panjang2 ni kira dah siap 1 thesis la ni. hehe. okay bye -signing off-

No comments: