♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Sunday, September 9, 2012

Kerana 10 sen...


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni lepas antar adik I, Asyraf pergi bus station I singgah dekat kedai dengan Mak. Mak singgah dekat kedai majalah. I sibuk cari baby wipes (yang tisu lap punggung bayi) tu. Ehhh bukan nak lap punggung orang. Tapi nak lap meja. Kan selasa ni I nak balik UM nak kemas2 bilik yang I datang jenguk sebulan sekali je. Pasti berhabuk.

Lepas I dah capai baby wipes tu I terus la beratur dekat kaunter. Ade sorang mak cik ni dengan anak perempuan dia barangkali beli buah (tak igt buah apa) tapi dalam kuantiti yang sangat banyak. 1 troli penuh. dekat atas kaunter lagi. I cakap dalam hati mungkin mak cik ni nak berniaga kot. Kalau nak buat makan sendiri tak kan la sebanyak ni. Yep, memang tepat sekali tekaan I.

So takpela, I beratur jela dekat kaunter tu tunggu. Sebab tengok urusan mak cik tu macam dah nak hampir selesai je Cashier pun dah key in harga dan bungkus2 sume. So tinggal bayar jela. Sekali masa nak bayar mak cik tu berkata lebih kurang macam ni la," Ehh, kenapa mahal sangat?"

Lantas akak cashier tu pun beritahu la berapa harga sebijik buah tu. I tak ingat la berapa. Tapi last2 mak cik tu jawab "Laaaa mahal seposen dari harga biasa." I guess macam ni kalau harga biasa RM 3.50 sebiji, tapi tetiba kat sini jadi RM3.60 sebiji. Kira lebih seposen.

Lepas tu si anak perempuan mak cik ni kata kat akak cashier tu takpe, nanti dorang tanya ayah nya dekat dlm van. pergi la mak cik dengan anak perempuan nye tu. Entah apa dorang bincang tak lama kemudian mak cik tu kembali semula kat cashier.

Tanpa rasa bersalah mak cik tu berkata "Dik, mak cik tak jadi la beli. Mahal seposen. Mak cik ni berniaga. Kira batal la." Lepas mak cik tu cakap mcm tu terus dia naik van dan balik.

I yang kat belakang ni cashier ni kira terkedu jugak la dengar. Kesian akak cashier tu. Jenuh dia nak cancelkan balik. Kalau tak nak beli semua, at least beli la separuh ke suku. Atau pun the best is, check dulu harga sebelum beli. Kalau kat pasar mungkin boleh negotiate dan bargain harga. Tapi kalau kat pasaraya ke hypermarket ke yang fixed price memang tak dapat la. Tup tup tup terus cancel tak jadi beli.

Akak cashier tu cakap hebat betul mak cik tu. Tak pernah jumpa customer yang mcm ni. Geleng kepala dia. I told my mum lepas tu. Lebih 10 sen je pun. Kalau dia niat kan sedekah pun xpe. And my mum said tak semua orang fikir macam tu. certain people memang they are very calculative. Tapi yelah nak buat macam mana, hak pembeli nak atau taknak beli. Tapi sekurang-kurangnya kalau dah tak nak beli sangat pun, lagi elok kalau mak cik tu minta maaf. Lebih sopan kan.


Kalau hari sabtu kan, no plastic bag. Kau mampu nak bawak semua buah macam ni? Hahaha. Pic credits to google

Anyway, I'm just sharing the story. Ade value jugak dekat sini. A reminder to me as well. Ok la, I'm signing off. Roger and out. Okay bai! :D

No comments: