Hari ni adik i, Faiz Demok telah berjaya mendaftarkan diri dekat Sekolah Sri Raub sebagai pelajar tingkatan 1. haaa tapi tu bukan mende yang i nak cerita. i nak cerita sehari sebelum dia daftar a.k.a semalam.
Kesian dia, dia mengalami kesukaran untuk ikat tali kasut. 3 jam belajor dengan bapak tak reti2 jugak. dah tu, bapak yang ajar sah2 la bukan cam cekgu cikgi ajor. macam tentera adelah =.="
and lepas daftar tadi dia dah dapat buku teks, dah beli buku tulis, baju koko, tie and etc bagai. tadi another 3 hours lesson untuk belajar ikat tie sahaja. haha. dia ulang2 tapi salah jugak. panjang sgt la, nak tercekik la, tak boleh bukak la. bapak pun dah bising2. last2 bapak cakap mcm ni je:
"Dik, kalau dah susah sangat nak pakai tie, nak ikat kasut sebelum pergi sekolah, adik ikat la semua tu malam ni. senang sikit. takdelah abah nak tunggu adik 3 jam. esok pagi pun tak lambat pergi sekolah."
and yes, i agree with my bapak too. tapi haruslah budak demok tu marah dan membebel2. pasal tak nak ikat tali kasut malam ni. and kalau nak tahu, di saat i update blog ni pun dia masih tengah pektis tali kasut sekolah dia lagi. Tehee so comel la u adik. patutlah adik tak nak duduk asrama kalau macam ni kan.
haaa ade jugak another cerita, dulu dia memang masih tidur dengan parents i lagi. dia mmg close to my bapak sangat2. so sekarang dia rasa dia da besar, dia request nak mintak share bilik dengan adik i sorang lagi, asyraf. abang pada faiz demok ni jugak. so here it goes:
Faiz demok: Abah, faiz nak pindah.
Bapak: Hah? adik nak pindah mana pulak?
Faiz demok: pindah bilik Bang Wa (panggilan untuk asyraf). Faiz nak katil baru.
Bapak: Eh, apa pulak. katil adik ada dekat asrama la. Haha
Faiz demok: =.= terus majuk
Lol, dia sensitif je kalau sebut nak duduk2 asrama ni. tapi last2 bapak mestilah belikan jugak. bila dia dah pindah bilik dgn Bang Wa dia kt tingkat atas, hermm bapak pulak yang rindu dia. kejap2 naik atas tengok adik buat apa. pastu suruh adik garu belakang bapak. tulah, aktiviti anak beranak 2 orang ni.
so, i punya konklusi adalah, kalau adik pergi asrama i tak rasa Faiz sedih sangat. i tak risau dekat dia pun. tapi i rasa i akan risaukan bapak. mesti bapak yang over2 sedih kan. Haha. apa2 pun kepada bekas anak2 murid i selamat kembali ke sekolah. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment