♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Wednesday, November 3, 2010

Rumah Sewa?

Hari ni pergi bersiar2..ambik angin juga naik angin di sekitar kepong. To be specific, Taman Ehsan. Tak, sebenarnya berhasrat nak cari rumah sewa. I culik Rasdang untuk jadi driver i. I cakap I bg upah kasik free jeli yg kalerful utk besday party tuh, terus dia lompat2 bintang kegirangan. Tanda setuju la tuh.

Mula2 pusing memang takde nampak iklan rumah sewa langsung. Iklan lori untuk disewa, langgan Astro sekarang dengan RM50 untuk pemasangan dan tukang paip diperlukan segera memang banyak. Sepanjang tiang talipon, tiang lampu tnb juga kt tiang gol semua ada. Mcm berkempen pulak aku tgk.

Lepas tu, aku nampak ade 2 orang pak cik kacak sedang berbual2 depan surau. So, mcm biasalah kan. Apa guna bwk driver kalau tak manfaatkan. Driver pun turun la pergi tanya. Hah, nasib kami baik. Pak cik tu cakap, ikut dia balik. Ade surprise! Lalalala. Aku memang suka bab2 surprise ni, terus jadi follower pak cik kt blog. Eh tak! Maksud nya, follow dari belakang. I follow~Bukan iklan digi mahu pun bedak badan follow me

Setelah merentasi selang 1 lorong dari surau, akhirnya kami pun tiba kt rumah pak cik tu. Pak cik cakap rumah sebelah dia ni memang untuk disewa. Owner da beli rumah kt sg buloh. Ni la surprise yg pak cik maksudkan nya.

Tengok rumah tu nampak mcm okay. Owner dia parking motor kt dlm kawasan rumah. Xde tulis just for display ke ape. Maknanya sewa rumah sekali dengan motor tu. Elok jugak, sekolah aku nnt 2 3 langkah da sampai. Bwk kete bazir minyak. Bwk motor pun okay jugak. Memang hari2 pergi sekolah lumba2 la dengan pak cik jaga. Kalau dia lambat, i kunci pagar. I catat nama kt buku kedatangan. Amacam?

Okay, enuf. Kembali pada cerita td. Pak cik tu bg la num tepun owner rumah tuh. InsyaAllah esk bapak janji akan tlg call kan. Terima kasih pak cik. Rasa mcm da okay sebab sekolah dah dekat dengan rumah. Pak cik sebelah tuh ade family. Mcm best. Erk, tapi Rasdan cakap kena tgk kt dlm dulu. Sewa memang mahal. Tapi bab sewa tak kesah. Janji ade tempat.

Hurm tetiba bau semacam plak kt sini. Mcm hanyir. Busuk pun ade. Ooohh okay. Lupe, diri tak mandi lg. Ptt la hapak. Okay bye semua bayi2 cumel sekalian. Salam..

P/s: Btw, agenda cuti sem mesti la pergi mkn meatball kt ikea. Pastu karok kt wangsa walk. Erk lg? memang, dr dulu sampai skunk, asl cuti je pergi sane. Kenyang sampai skunk. Okay, terima kasih semua. Out dlu!

No comments: