♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Saturday, September 29, 2012

Assalamualaikum w.b.t and hi everyone~

Hah, mcm ne dah dgr dah bajet 2013 semalam? ade yang berpuas hati sbb dpt bonus ke? ke ade yg xpuas hati langsung? nyeh nyeh nyeh. okay I bukan nak cakap pasal itu dekat sini hokeh

Tabah tak update blog pukul 7 pagi pada hari sabtu? sambil2 bersiap nak tunggu kelas pukul 8-11am ni kan. dr stalk fb orang. eh?? haha. ni multi-tasking ni. kire tgn kanan taip entry ni. tgn kiri pgg air kotak dutch lady. haha over uols.

Well, class sem ni agak tough. I have class on Friday evening from 3-6pm. continue 6-9pm. oh, of course we have gap and break to perform Asar and Mahgrib prayers. and then sabtu pagi 8-11am. phewww, otak mesti penat towards the end of the class. at times, rasa mcm tak produktif bila hujung2 tu.

Tapi, what one of my lecturer said that,"Untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti gila mendapatkannya". He said when he was doing his PHD, he sold his car. even masa dia buat research dia collect data dekat Sabah. balik supervisor kata tak cukup data. masa tu jugak ambik flight pergi Sabah semula. even his friend, pergi London semata2 nak jumpa author/writer of a book. sebab dalam buku tu ade theoretical framework yang dia nak guna untuk buat research tapi tak paham. I was so impressed bila effort sanggup cari, contact and jumpa the real writer of the book.

he also said belajar ini ibarat satu investment. biar kita labur la duit, tenaga, masa yang ada untuk senang di kemudian hari, insyaallah. biar susah sekarang. kalau susah pun tak lama 2-3 tahun je. dia juga cakap bila belajar especially peringkat i ni, mmg belajar la nombor 1. bukan yang lain. bukan sibuk nak pergi kenduri kahwin. sibuk nak anta orang pergi haji. sibuk nak buat itu dan ini. memang tak ke mana. he always remind us to be an independent learner. when he was studying dulu, everyday he was at the library except on Sunday. anak bini dia bagi duit lepas tu jangan tanya mana dia pergi. dia balik ke tak balik. dia kat library ke mana. kitorang gelak2 dengar. :)

Ya its true what he said. mesti gila untuk mendapatkannya. insyaallah. figthing! Jom gi kelas and adios :)

p/s: terima kasih Mara sbb dari 22k pinjaman belajar degree dulu, I need to pay back dlm 2k je. and from 2k yang tinggal tu, half of that dad has paid. yang half lagi dlm seribu lebih tu tunggu bila iols dah kerja nanti. alhamdulillah.ni yang semangat nak belajar ni. :)

Monday, September 17, 2012

Resepi Spaghetti Sardin

Woot woot! Sejak kes Rasdan tacing dengan iols sebab tak nak masak untuk dia. Plus mak pun cakap balik rumah tak buat apa2 dan tak produktif maka hari ni I turun ke dapur. setelah bersilat sejam lebih dekat dapur akhirnya, spaghetti sardin telah siapppp. Nyeh3

I ade ambek gmbr kat henpon. pastu bila cari2 semula haaaa sudah dah xde. misteri x? haha. takpe, resepi korang boleh refer sini. I tak bubuh capsicum pun mahupun mushroom. Tak sempat nak shopping grocery. Ni resepi simple dan ala kadar jelah. Dah nama pun pemalas khenn :P

Oh yes, nak pedas boleh la bubuh cili boh sikit. kalau tak nak, tak payah. Tapi memang sedap. nak buat makan petang2 pun best jugak. bg yang rajin tu boleh la add on macam2 lagi. should try this recipe tau!

Gambar yang takde kena mengena dengan tajuk. Dah la ade mutasi gen sikit. I've got a panda from a friend. His name is Jing. He's from Mainland China. My classmate. Dia baru balik dari China sebab haritu kan cuti sem lama. before dia balik haritu I cakap I nak panda. i mmg suka hati je mintak kat org. tgk2 betul2 ada. terima kasih. Rasdan said I should give him something in return. Kain pelikat? kah3. tak kan tempoyak pulak. Haha. Yang tu tak tahu lagi. any suggestion? :P

p/s: Walaweyy besok budak demok Rasdan ajak pergi Cameron. Tau la dekat tapi nak ke tak nak pergi. Tahun lepas baru je pergi. Mum said kalau pergi belikan teh. Rum8 said she wants dried strawberry. I said I nak kahwin. eh? haha off topic. Okay bai! :D

Random Talk(s)

Assalamualaikum w.b.t and Hello everyone! Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Woohooo semester dah bermula seminggu yang lepas. Of course, excited dan nervous pergi kelas. So far, everything is going smoothly. Love all the 3 classes that I attended last week. Duduk sane baru 4 hari tapi lepas kelas hari sabtu terus cabut balik rumah. nak kata home sick tak jugak. tapi gedik sick je lebih. Ngeh3

Anyway, I rasa macam tak motif pulak nak update blog. Ni kire acara bebas dan santai2 jela ni update ni. Kang rasa dah tak tahu nak merapu apa terus jela kata okay bai! Hahaha

Last Wednesday, since Rasdan demok dah habis payyyperrr kitorg plan nak celebrate belated nye anniversary. Dah lepas dah early of september haritu tapi that time he was busy preparing for his exam. So, malas nak kacau. Tapi sebenarnya, takde la apa sgt pun. We just went for makan-makan and jalan2 je.

At 1st nak pergi makan dekat Flora Cafe dekat Ampwalk. Alah, cafe yang awal and scha announce dorang nak kahwin tu. Very nice ambiance there plus the owner is Malay as well. I asked Rasdan to call and reserve tempat. Tapi dia sangat yakin bahawa pergi jela. kire walk-in. no need call2 and reserve2 ni.

Tapi, akibatnya nye pergi2 cenggitu sekali closed for private function. Hambek! Kan dah kuciwa dekat situ. geget kuku kaki yang panjang ni jela sampai patah khenn. So last2 decided pergi KLCC. I kurang gemar siket KLCC sebab I jarang pergi sana. So, we had our lunch dekat Ben's.

Anyway, spaghetti I sedap tapi you can get the same taste dekat Pizza Hut I guess. and of course, semuanya overpriced. Except for the pavlova. I memang akan jerit kuat2 bila makan pavlova dekat sini. Sebab sangat sedap. lagi sedap dari makan pavlova dekat Delicious. dan pavlova dia 2 tingkat. Kire double la. Auwwwww mana ahkak tak meroyan. Hahaha. Meh layan gambar meh.

nampak berseri tak? terima kasih lampu di belakang.

I pesan kat Dan tolong tangkap gambar I nampak kurus. Tapi yang ni tak nampak kurus. nampak comel je. eh? okay bai. hahaha.

Kalau I kata I lagi berselera tengok spaghetti kat depan tu dari tengok yang lagi satu tu takpe ke eh? I tak kena terajang kan? Hahaha

Hai! Saya Romeo Kacak Rambut Gulung Tepi yang tinggal dekat Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Okay lepas isi perut, Dan ajak I jalan2 around KLCC ni. Since aritu dia ade bg beg pack untuk travel sbg hadiah so in return I said to him,'You can buy anything you want today.' Zuppp sepantas kilat terus masuk Uniqlo. I nak belikan boxer Superman dekat Isetan tak nak. Ngade. Puiii 20 kali! Hahaha.

Okay2, last picture of the day. Jeng jeng jeng...


Ehhh? Ini siapa? Ya, merekalah power rangers yang kepenatan setelah bukan berlawan dengan raksasa mata satu tetapi penat sebab berkaroke hampir 3 jam dkt Microphone Family Karaoke, Ampang pada hari Khamis yang lalu. Yeke dekat Ampang. Hah, tak kisahlah. Janji I dapat nyanyi lagu dangdut dgn lagu M.Daud Kilau walapun suara ketar2. Fedulik2. Nyeh3. Giler over.

P/s: Rasdan dah balik Raub since semua paper dah habis. So I buat surprise balik Raub tanpa bagitau dia. Dah nama pun surprise kan. Tak kan nak kata,"Saya nak buat surprise balik Raub harini. Nanti sampai saya mesej. lepas tu tolong terkejut tau? terima kasih."

So, I told him to come over to my house sebab my dad suruh tengok2 kan laptop my brother, Asyraf. So he did. He went with kain pelikat nak lucut lalalalala . My brother konon2 tunggu dekat luar. Mum pun terlibat sama dlm kes ni. Tapi tak sempat masuk rumah pun lagi, in front of the door. I was screaming like surpriseeeeeeeeeeeeeeee!!! Jom pergi makan! Saya tak nak bawak duit. Awak belanja.

So, we did. We went out for dinner nasi lemak hokeh. and he complaint to me. "Awak balik bukan nak masak untuk saya. Dah tu, ajak saya pergi makan kat luar pulak." Amboiii, tak tahu ke haritu saya masak nasi tomato tapi kan kurang sedap. Trauma la konon ni. Boleh macam tu? Hahaha :P Okay bai :)

Sunday, September 9, 2012

Kerana 10 sen...


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni lepas antar adik I, Asyraf pergi bus station I singgah dekat kedai dengan Mak. Mak singgah dekat kedai majalah. I sibuk cari baby wipes (yang tisu lap punggung bayi) tu. Ehhh bukan nak lap punggung orang. Tapi nak lap meja. Kan selasa ni I nak balik UM nak kemas2 bilik yang I datang jenguk sebulan sekali je. Pasti berhabuk.

Lepas I dah capai baby wipes tu I terus la beratur dekat kaunter. Ade sorang mak cik ni dengan anak perempuan dia barangkali beli buah (tak igt buah apa) tapi dalam kuantiti yang sangat banyak. 1 troli penuh. dekat atas kaunter lagi. I cakap dalam hati mungkin mak cik ni nak berniaga kot. Kalau nak buat makan sendiri tak kan la sebanyak ni. Yep, memang tepat sekali tekaan I.

So takpela, I beratur jela dekat kaunter tu tunggu. Sebab tengok urusan mak cik tu macam dah nak hampir selesai je Cashier pun dah key in harga dan bungkus2 sume. So tinggal bayar jela. Sekali masa nak bayar mak cik tu berkata lebih kurang macam ni la," Ehh, kenapa mahal sangat?"

Lantas akak cashier tu pun beritahu la berapa harga sebijik buah tu. I tak ingat la berapa. Tapi last2 mak cik tu jawab "Laaaa mahal seposen dari harga biasa." I guess macam ni kalau harga biasa RM 3.50 sebiji, tapi tetiba kat sini jadi RM3.60 sebiji. Kira lebih seposen.

Lepas tu si anak perempuan mak cik ni kata kat akak cashier tu takpe, nanti dorang tanya ayah nya dekat dlm van. pergi la mak cik dengan anak perempuan nye tu. Entah apa dorang bincang tak lama kemudian mak cik tu kembali semula kat cashier.

Tanpa rasa bersalah mak cik tu berkata "Dik, mak cik tak jadi la beli. Mahal seposen. Mak cik ni berniaga. Kira batal la." Lepas mak cik tu cakap mcm tu terus dia naik van dan balik.

I yang kat belakang ni cashier ni kira terkedu jugak la dengar. Kesian akak cashier tu. Jenuh dia nak cancelkan balik. Kalau tak nak beli semua, at least beli la separuh ke suku. Atau pun the best is, check dulu harga sebelum beli. Kalau kat pasar mungkin boleh negotiate dan bargain harga. Tapi kalau kat pasaraya ke hypermarket ke yang fixed price memang tak dapat la. Tup tup tup terus cancel tak jadi beli.

Akak cashier tu cakap hebat betul mak cik tu. Tak pernah jumpa customer yang mcm ni. Geleng kepala dia. I told my mum lepas tu. Lebih 10 sen je pun. Kalau dia niat kan sedekah pun xpe. And my mum said tak semua orang fikir macam tu. certain people memang they are very calculative. Tapi yelah nak buat macam mana, hak pembeli nak atau taknak beli. Tapi sekurang-kurangnya kalau dah tak nak beli sangat pun, lagi elok kalau mak cik tu minta maaf. Lebih sopan kan.


Kalau hari sabtu kan, no plastic bag. Kau mampu nak bawak semua buah macam ni? Hahaha. Pic credits to google

Anyway, I'm just sharing the story. Ade value jugak dekat sini. A reminder to me as well. Ok la, I'm signing off. Roger and out. Okay bai! :D

The 2012 English Camp


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

First and foremost, jeng jeng jeng orang lain sibuk balik universiti since new semester akan bermula isnin. tapi i masih lagi berada di bumi Raub yang indah lagi permai dan lagi jem bila nak raya. Apa I merepek ni? Tak tak tu tadi set induksi je. I nak cakap yg I tak balik UM lagi. Ngeh3

Okay now lets proceed to the story. I was back from an English Camp. Mak asked me to join the camp so I did. Macam budak sekolah kena paksa pergi camp sekolah kan. Tak tak tak ini paksarela. Paksa-rela? atau rela-dipaksa? Anyway, I tak jadi student/peserta walaupun ramai yang bertanya I sekolah tingkatan berapa. I was helping Miss Nicole and the other teachers.

Camp tu bermula Jumaat petang sampai la petang sabtu ni tadi. Since sekolah mak I ade ETA, maka she invited the other ETAS from different school to join this camp. It was fun seeing all the students were trying to speak English. Comel, kelakar semua ada. But one thing is, dorang memang dah semakin confident. Kire kedatangan para ETA ni as a stimulus for them to speak English. Mula2 use broken English takpe, janji makna sampai. And we are as the teachers, we need to motivate, encourage and support them. Memang comel habis je budak2 ni. I wish I can go back and teach in school like I did before.

Dah2, let pictures do the talking part. Anyway, I'm so sorry kalau ada gambar yang mengalami mutasi gen kelak.


Gambar introduction harusla muka2 retis seperti dalam gambar-gajah di atas. Yang gajah tu yang pakai baju pepel pastu tudung ceklat. tudung match tak match je dgn baju. Tu namanya tudung ala-kadar. Anyway, this is Cikgu Ain Yang Sengal. Dia membajet konon2 dia adalah seorang photographer yang terkenal. Kelass kau Ain. Ahkak suke camera iteww! Anyway dia ni memang best buat kawan!


Ni plak Cikgu Aina. The same age friend. Kitorg baru je jumpa kat camp ni. Pun sengal jugak. Cuma dia akan bersedih bila kasut dia basah. Kah kah kah. Ehh, jahatnya I gelak. Astaga. Ni feeling2 dekat Cameron boleh mcm tu?

Budak2 ni duduk dalam group ikut warna bandana dorang dapat. ada 8 groups. tapi ade tujuh je ETA. so kdg2 I tlg tgk2 kan the other group tu. sebab tak cukup fasi kan. Anyway, mase ni each group dapat props (like this group they got the ball). Pastu dorang dapat characters. cth: footballers dan pirates. so, using bola tadi buat la story line mengikut watak yang diberikan.

Newspaper activity.

Ni hasil kerja budak2.

They're recording/filming

and did their editing in the comp lab *dah agak dah gambar mesti ada yang masalah. maafkan saya (suara detective conan)*

Film festival + Closing ceremony. Mum and next to her is Pn. Faridah. She is the VIP of the day.

:)

Us! :D

Dah, i pemalas nak taip panjang2. ni pun lambat nak upload. sesambil main sudoku sesambil update blog. wahh, dah pandai multi-tasking kau. Nyeh3. Anyway all the ETAs mmg sangat rajin dan dedicated sgt. dan juga punctual. kita? mmg malaysian time. pukul 2 tu should be sharp at 2 kan. kalau kita 2.05 ke 2.15 ke 2.30 ke 2.59 ke tetap masih pukul 2.

Apa2 pun semua org telah bekerja keras termasuk all the teachers and the students. kita penat tu mmg la kan tapi bila kita tgk budak2 tu seronok dan dapat belajar mcm2 kat camp ni terus hilang penat. amboi! :P okay bai.

Saturday, September 1, 2012

Kes Liyana Adnan

Assalamualaikum w.b.t.

Mesti ramai dah tau pasal kes Liyana Adnan mengutuk profession perguruan dekat blog dia. anyway, dia dah tutup blog dia pagi tadi sebab ramai sangat orang yang hentam dia. maybe you guys boleh refer dekat sini untuk dapatkan kronologi cerita dan sedikit info pasal apa yang cik Liyana tu tulis dekat blog dia.

Apa yang I boleh katakan sudah-sudah la tu. People do make mistakes. In fact, kita sendiri pun tak pernah lari dari membuat kesilapan.

Tapi sebelum tu I nak cakap sikit. Sikit je. I juga dulu pernah mengajar di sekolah walaupun dalam tempoh yang singkat but still, masih berada dalam bidang yang sama. Apa yang cik Liyana tu cakap pasal cikgu suka bukak fesbuk, blog, jual shawl dan seumpamanya ada betulnya. Tapi bukan semua cikgu macam tu. I pernah tengok seorang cikgu ni dia nak cari duit lebih tapi kelas tetap tak tinggal, buku tetap bertanda, kerja tetap jalan.

Anyway, berdasarkan pengalaman sendiri, jujur I katakan menjadi seorang guru dan mendidik anak bangsa zaman sekarang ni memang mencabar. Tak semudah yang disangka. Jadi, kita semua kena la berterima kasih kepada guru2 atas jasa mereka.

Apa-apa pun, buat kita semua sebagai peringatan termasuk diri sendiri, gunakan akal bukan emosi dan sesuka hati apabila berkata-kata mahupun menulis. Kadang2 apa yang kita tulis tu tak sampai dan makna jadi lari. Naaa, kan da timbul kontroversi.

Anyway, cik Liyana pun dah meminta maaf kan. jadi, tak perlulah nak panjangkan ceritanya. Ikhlas ke tak. Nak tutup blog dia ke tak tu semua hak dia. So, head up and chills! :)

p/s: Insyaallah, I will be one of the facilitator for an English Camp dekat sekolah mak dengan cikgu2 dan ETA2 dari sekolah lain juga. Looking forward to have fun and gain new experiences!