♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Saturday, December 10, 2011

Salji di Shah Alam?

Cikgu: Sekarang bulan apa?
Murid: Bulan December cikgu.
Cikgu: Kalau bulan December jadi musim apa?
Murid: Musim sejuk/winter cikgu.
Cikgu: Haaa bagus. Jadi jangan kacau cikgu. cikgu nak nak main salji/snow. pasal cikgu tak pernah main snow kecuali snow white dan snow ice dekat ice room.

Sekarang pepagi i kena skiing nak pergi dating tau. muehaha. okay, please come back Zaty. Too much bukan? lol :P

Snowman!

Okay ceritanya macam ni. I have a friend. She is 22 years old. Her name is Emma Seman. Muehaha. dah pasal apa i tulis mcm esei budak darjah 6 pula ni. tsk tsk. I kenal dia dari Form 4. sebab dia ni duduk dekat Kelate maka payah la nak bersua muka kan. jadi selalu la tulis2 surat cinta. pastu anta gambar. kate pen pal. lepas dah pandai ada handset tiap2 malam nak sms goodnight. kate gupren kan. tapi sampai dia dah habis belajar, dah berkejaya i tak berpeluang langsung jumpa dia. ahaks.

Maka pada 11/12/2011 iatu jatuh pada hari Ahad, bersaksikan Taman Pertanian dekat Bukit Cerakah, Shah Alam bukan nafsu serakah maka kami pun disatukan. eh? tibe2 dah macam olang mau kawen pula. haiya! lol. nak masuk taman ni kena bayar rm3. lepas tu nak masuk rumah 4 musim another rm3 rase nye. semua boleh beli dekat kaunter masuk.

Mempersembahkan sahabat lama i, Cik Emma Seman. nama asal terpaksa dirahsiakan atas permintaan pihak kastam. wahaha.

Dan pasangan beliau, Mr.Eraziwan. Pasangan bahagia ni ;)

Kitorang sampai dekat sini dalam fukul 10 fagi. Dan beselah nak sangat naik beskal. konon2 nak buat acara lumba beskal. tapi last2 tak dapek. pasal ramai orang. so kami pun decided utk naik shuttle bus for free.

Mule2 pergi empangan. mcm eh? empangan? kalau emping jagung sudah bagus ni. hoho. tempat orang tangkap ikan. ikan ye. bukan anak ikan.

Ewahhh, posing sambil cekak pinggang memang pose yang cliche kan? ni nak tayang pinggul yang ramping. terima kasih one two jus. jus mate 5

Ribena ^.^

Hoyeah kebetulan masa kami pergi sini time winter maka sejuk sehingga menusuk tulang belikat la duduk dalam rumah 4 musim ni. bak kata emma seman ni, setahun kena pergi 4 kali pasal kan ade 4 musim. tapi kalau i, ade extra lagi satu musim. iatu musim mengawan. rawrrr :P

I was so excited nak gambar dekat entrance ni. lepas tu Dan ckp,"Eleh, kapas je pun. tu pun nak excited." takpelaaaaaa kapas korek telinga ke hape. orang nak ambek mood. tsk tsk

Flowers. ni kalau tunjuk dekat Dan mesti dia kata eleh bunga tipu je pun. tu pun nak excited. hoho. mmg la excited. bunga plastik kot. kalau bunga betul i tak heran. time daun gugur kalau boleh i nak record video tau? ahaks

Posing dulu before masuk. masa ni pun dah dapat rasa sejuk. heee

Had a good time dengan kalian. :)

U know perempuan gedik? sila lihat dalam gambar gajah rajah di atas. konon2 nak genggam salji pastu lambung2. lepas tu tangan terus kebas2. so over khennn. huhu

Nyah ni pun tak kalah uols. tapi seriously, he looks so cute. okay, sebab comel boleh buat wallpaper dekat henpon.

Penguins :)

Ni lagi satu, nak lompat2 bintang dalam ni. mase sekolah suruh buat lompat jauh tak mau. Dan cuak giler takut roboh platform tu. tapi tengok rupa i macam retarded pun hado. pathetic sungguh >.<

Dia ada 2 sides. satu sebelah kanan. satu lagi sebelah kiri. 2-2 pun voley masuk. yang sebelah kanan ade small gazebo where u can sit down :)

Last but not least, makan ice-cream. sungguh lazat. terima kasih sebab belanja. next time will be my turn pulak. insyaallah.

p/s: overall i happy je dekat sane. and to emma seman and eraziwan u guys kan really2 made my day. segan pun hado dengan korang tau. pape pun, i'm looking forward nak keluar dengan kalian lagi. i teringin nak main layang-layang dekat taman layang-layang kepong. i pernah pergi sekali je dengan Rasdan. tu pun sempat beli layang2 pastu simpan dalam kereta. pasal hari nak hujan kot time tu. and tak syiok sebab berdua je. the more, the merrier. jum emma seman one day nanti? :)

No comments: