As-salam semua :)
Lately 2-3 hari ni i memang kurang sihat sikit. ada tonsil. tonsil adalah penyakit yang i selalu kena dahulu tapi tidak lagi sekarang. selain tonsil, ulser dalam mulut dan heartburn/pedih ulu hati la yang i paling kerap alami. boleh dikatakan bekalan untuk oral aid dan gaviscon mesti kena simpan dekat hostel dulu. tapi alhamdulillah sekarang ni semua tu dah semakin takde.
Dah, back to the story. sebenarnya i tak pasti tonsil ke tak. tapi i suspect jela. pasal bila nak telan air liur, makan minum mmg sakit. even kalau tekan2 dekat area leher mmg terasa la sakitnya. i pun dapat rasa mcm panas dekat dalam. rasa mcm merah2 je dekat tekak. tapi dalam pada sakit2 tu, makan minum masih mcm biasa. still gelojoh dan buruk lantak. cuma sedikit tak selesa. xpe, ujian namanya. i pun dah kurang bercakap sikit. bak kata kwn i, kurang berckp, kurang dosa kita :)
so lepas buat facial tadi (ceh nak jugak mention~koser tau :P) i nak pergi clinic. normally i biasa pergi 1 klinik ni dekat raub. kalau apa2 mmg biasa pergi situ. cuma ade certain org ckp agak mahal. bagi i, mahal sikit xpe, janji cepat ubat berkesan dan kita pun cepat sembuh. mahal tu pun xde la mahal melampau sangat.
tapi, dek kerana rasdan ni cakap ade clinic yang lagi bagus dari clinic yang i selalu pergi tu. rasdan cakap clinic tu panel TNB. okay, tak habis2 dgn TNB. haha. fine2. i kan gepren dan merangkap kwn baik rasdan. maka i pn ikut la cakap dia. sekali sekala tukau angin.
so masa i sampai dekat clinic tu, xramai pun patient. ade la 3 4 orang before i. so lepas bg ic n daftar, i pun duduk. mase tu i realize something, setiap patient yang masuk kt dalam bilik doctor, mesti dalam seminit dua akan keluar. mula-mula mungkin uncle cina tu sakit sikit je kot. lepas tu akak yg ada baby kecik masuk. pun sama. 1-2 minit dah keluar. i dengan kwn i sumpah dah rasa pelik gila. cepatnya. bukan sepatutnya ade consultation hours ke? and kita byr utk semua tu.
so xpe. bila sampai turn i, i pun masuk la. doktor tu serius tak best. tak friendly. tak approachable langsung. dah la tak greet i. lepas tu masam je muka. nak kata pms dia ni lelaki. mungkin jugak. pasal lelaki pn ada ala-ala pms gitu. lantas i fikir mungkin doctor ni tua dan serious orangnya.
lepas i duduk and i cakap dalam tekak ni mcm sakit sikit. nak telan air liur sakit and bla bla bla. tapi belum sempat i nak cakap yang i ni mungkin la ada tonsil, dia terus suruh i bukak mulut. jerit aaaaa. pasal dia nak check tekak i pakai yang guna batang ice-cream tuh. mase tu i mcm terkejut, so dengan tak sengaja i terkeraskan lidah i. so dia mcm marah i. okay fine xpe. mmg salah i. redha je.
then i asked the doctor again, "Doctor, saya ade tonsil ke?" and dia tak jawab pun. and dia busy menulis and keep on menulis lagi. sakit betul hati. lepas tu dia just kata dia akan bg 3 ubat. and i'm done. dah boleh keluar dari bilik dia. sangat cepat bukan proses nya?i tak puas hati. i suruh dia check pernafasan i guna stereoscope. and he did. after that only, i went out from his room.
member i, si Tikah dah gelak2 dekat i. dia pun student medic jugak dekat moscow. dia kata doctor tu bapak malas weh. lepas tu i cerita la what happened dekat dia. and she said sebenarnya dalam beg dia tu pun ada stereoscope. apsal i tak cakap dekat dia tadi. cehh T.T. erm tau la pulak i dlm beg dia ada apa. dah tu, kalau tukang masak dlm beg dia harusla ada kuali dengan senduk? :P
so nak dipendekkan cerita, i amek ubat. byr rm35. terus blah balik rumah. lepas bukak puasa, i kena makan ubat. mmg dia bg 3 ubat. 1 kumur. tapi bila i kumur sumpah rasa dia mcm listerine. i rasa lebih baik i ambik bapak i punya listerine kt dlm toilet tu je. lepas tu ubat pil tu sbnrnya panadol. dah lagi bg banyak. sampai doblas biji. dah la kena makan 1 biji sekali lepas makan. lets say ade 12 biji, tak kan i nak makan panadol sampai doblas hari. i rasa i xptt habiskan panadol tu. lain la kalau antibiotic. memang kena habiskan pasal nanti second time ambik antibiotik tu dah tak effective kalau tak habiskan. kurang dos pengambilan maka, badan pun tak boleh nak lawan dah. ngee~
And the last ubat is ubat hisap. bila i tgk, i can get this from the farmasi. and that is for cough dan sakit tekak also i think. dia mcm gula2 yang mint. rasa manis dan berangin je. i rasa lebih baik i makan gula2 hacks atau pun strepsils. sama jugak kan?
dengan rasa tak puas hati, i pun refer dekat Tikah balik. and she said, supposedly the doctor tak boleh bagi ubat mcm tu. tu semua boleh beli sendiri. and if i ada tonsilitis, dia kena bg antibiotik sebab infection kuman. ha'ah baru i teringat previously masa i selalu kena tonsil dulu, mmg normally dia akan bg antibiotik. kalau teruk sangat kadang2 dia inject dekat bontot yang i handsome tu.
so as for now, i minum air cap badak banyak2. untuk sejukkan tekak. tapi now mcm dah recover sikit. i nak tengok dulu sampai esok. if masih tak recover dan makin pedih, i akan pergi refer dekat doctor lain. Semoga ujian ini akan ada hikmahnya. amin~~doakan i cepat sembuh ye :D
p/s: i still remember masa i buat dressing dekat clinic yg biasa i pergi tu. i bising gila sebab takut. doctor bius sampai 2 kali. tapi dalam pada bising tu, the doctor memang friendly. dia byk berbual2 sampai i pun xsedar pencil led yang masuk dalam jari i dah terkeluar. memang tak rasa. dia tak marah i pun sebab bising. in fact, dia cuba cool down kan i utk buat i tukar mind set i bahawa ianya tak sakit. Heee. jujur i cakap, i lebih suka service dekat clinic tu compared yang i pergi tadi. memang worst and i rasa mcm tertipu dengan ubat yang dia bagi. So now, can you see the difference?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment