♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Saturday, July 2, 2011

Berita Pening

Larian Serentak 1 Murid, 1 Sukan 1 Malaysia.

RAUB: 2 July 2011- Semua murid dan pelajar sekolah terlibat dalam acara yang sungguh meriah ini. Kesemua mereka berlari mengikut track/route yang telah disediakan manakala guru-guru lain mengikut jalan short cut supaya cepat sampai ke garisan penamat. para pelajar kelihatan begitu bersemangat untuk menghabiskan larian. manakala gur-guru lain bersemangat untuk singah di kedai runcit yang berhampiran untuk mendapatkan minuman sejuk.

Selepas para pelajar berlepas untuk berlari, guru-guru dan pihak polis yang mempunyai motor berkuasa tinggi akan mengiringi pelajar. dan kadang2, mereka berlumba sesama sendiri. walaupun tiada kategori untuk mereka disediakan.

Selepas semua pelajar dan guru tiba di garisan penamat, senam tari telah diadakan. Semua guru tampak ceria dan tidak stress kerana tidak perlu menanda buku pelajar. Para guru juga begitu bertenaga melakukan senam tari dan chicken dance secara berjemaah. Ada di antara mereka yang menari tarian sewang, cha-cha dan zapin dengan lagu Ricky Martin. Namun, ade segelintir pelajar yang kelihatan keletihan dan tidak memberikan tumpuan semasa tarian. Mereka lebih gemar duduk mencangkung dan bergossip mengenai cerita trasnfromers dark of the moon size 38, cup 3D.

Malahan, ada guru yang gemuk seperti saya telah terpijak botol air seorang pelajar. Maafkan cikgu. Kemudian, para pelajar dibenarkan untuk rehat selama 1 jam sebelum bergerak ke dewan sekolah semula. Manakala, guru-guru berlumba-lumba untuk tiba di kantin dahulu. Hal ini kerana mereka ingin menge-cop tempat kerana mereka begitu lapar setelah berjalan laju sambil berbual-bual sebentar tadi.

Selepas waktu rehat telah tamat, para pelajar di minta untuk bergerak ke dewan sekolah untuk sesi latihan atau pun sesi ulang kaji senam tari. mereka di minta untuk melakukan chicken dance sekali lagi. ade segelintir pelajar lain yang terlibat dengan acara futsal dan bola jaring. tiada acara mata keranjang, lompat getah, dam ular atau mahupun lawan pedang secara berirama diadakan.

Alhamdullilah, kesemua acara telah berjalan dengan begitu baik sekali. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan. Selepas itu, terdapat sesetengah guru yang mengikuti acara Family Day di Port Dickson. Guru yang gemuk ini tidak terlibat kerana ingin bermain layang-layang bersama anak ikan nya yang hanya mahu dikenali sebagai Rasdan Kit Richie bukan nama sebenar. Tiada istilah double meaning di sini.

Sekian, itu sahaja laporan saya untuk hari ni. Majulah Sukan Untuk Negara. Sehingga kita berjumpa lagi pada hari dan waktu yang sama. kalau tak sama pun, tidak mengapa. Tidak memudaratkan bagi mereka yang sedang menggantikan puasa.

No comments: