♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Friday, July 15, 2011

Saya suka awk :(


Rasa sedih sangat2 :(

Sejujurnya, saya dah lama perhatikan awk. tapi susah saya nak luahkan isi hati saya pada awak. kalau diikutkan setiap hari saya tengok awk tau. tapi sy hanya mampu tengok je.

Saya memang betul2 suka kan awk sepenuh hati saya. setiap hari saya terfikir bila la awk boleh jadi milik saya. sebab selama ni sy boleh tengok awk dari jauh je. bukan saya tak beranikan diri nak approach awk tapi saya segan. awk dah la putih, gebu. hensem. nampak mahal je selalu kalau nak dibandingkan dengan saya ni.

Tak dinafikan saya pernah cuba ambik peluang untuk bersama dengan awk. tapi boyfriend saya marah sangat bila saya nak pergi dekat awk. dia tak bagi saya fikirkan awk selalu. nak pandang awk dari jauh pun boyfriend saya langsung tak izinkan. dia kata awk tak elok untuk saya. awk tak bagus untuk saya. walapun dia kata macam2 buruk pasal awk tapi, saya diam je sebab saya masih sabar.

Memang takde sapa boleh gantikan tempat awak dalam hati saya. walaupun ada yang lain sama macam awak datang dan cuba menggoda saya tapi saya sendiri pun tak tahu kenapa saya tetap setia nak tunggu awak. awk memang betul2 bermakna dalam hidup saya.

Tapi kan, awak ingat tak ada satu petang tu, saya lalu depan awk. saya datang nak jumpa awk. awk berada dekat sangat dengan saya. memang awk betul2 berada depan saya waktu tu. sumpah saya rasa macam mimpi je. sebab selama ni saya hanya suka kan awk dalam diam je. tak sangka petang tu saya dapat bertentang mata dengan awk. saya rasa gembira sangat walapun dapat jumpa kejap. terima kasih awk sebab bagi saya peluang tu.

......









........









................







Sumpah awk memang gebu dan hensem, wahai encik cheese cake. walaupun new york cheese cake dr SR selalu menggoda saya namun awk ni lain. awk tak sama mcm dia. saya tak mampu la nak jumpa awk dekat kenny rogers selalu tapi saya janji saya tak kan berubah hati. sy tak tau la bila saya boleh jumpa awk lagi. sebab tu la saya rasa sedih sekarang ni :(

p/s: haha maaf kalau korang rasa tertipu dan benci i saat ini. terover pulak masa meluahkan perasaan tadi. Tehee~rasa mcm cinta bertepuk sebelah tangan kejap. ngee~ i dengan cheese cake sangat la tidak boleh dipisahkan. nite semua. as-salam :P

Friday, July 8, 2011

Aishiteru

Jujur i akui i ni tak update pasal perkembangan dunia hiburan. tanyala lagu apa terbaru sekarang mesti i gagal nye la. tp kalau tanya pasal faktor2 kemerosotan Melaka haaa i tau jawapan. *muke bongkak*

Haha. kadang2 lagu ni semua orang lain dah tahu lama, i baru terkinja2 excited baru nak minat. sama jugak dgn movie. org lain sibuk nak tgk karak, transformers, kungfu panda, kl ganster i langsung tak kisah. paling2 pun i tengok dekat astro first atau pun orang lain tlg download. i tadah kan hardisk je kt depa. cukup la sekadar tahu tajuk cerita je.

Sama jugak drama bersiri. glee season 1 je i lulus. season 2 sampai la ni tak habis. orang lain sibuk tengok cerita juvana, nora elena bagai. i tak pernah tengok pun. kadang2 i langsung tak tahu menahu pelakon baru mahu pun penyanyi baru. kadang2 i dengar lagu lepas tu rasa mcm best je. tp i tak peduli pun nak cari/download. berdoa jela lagu tu akan diputarkan dekat radio bila i dalam kereta nak pergi kerja. menyedihkan sungguh.

Tapi, ini meh i nak cakap meh. lagu ni i dengar boleh la dikatakan tiap2 pagi dekat radio. sampai sekolah, cikgu tu pasang kekuat kt hp dia. i nyanyi dalam hati je. namum masih tak tahu pun tajuk lagu ni. dan dengan ini, baru hari ni i tahu lagu ni sang by zivilian band. zivilian ke zhulian ke tak kisah. tapi i rasa lagu ni comel mcm i. dah, tolong la dengar lagu ni. lagu ini i tujukan pada diri sendiri. selamat menonton. kali ni, i tak hidangkan porns occay. sekian.


Thursday, July 7, 2011

Fun Felt Craft :)

I rasa sangat teruja bila my starter kit sampai semalam. rasa nak lompat bintang dan naik turun bangku je. i beli ni sebab nak upgrade kan skill menjahit. dulu i suka buat cross stitch namun membuat felt craft ini ternyata lebih senang dan mudah. kalau cross stich you'll need like at least 2-3 days nak siapkan. tapi felt craft sangat sekejap. if u memang pro i think less than an hour pun boleh siap. tapi i ni kan noob2 so i take several hours jugak la.

So, as for today mari kite belajar membuat key chain hp.

kalau nak kata ini fail kertas sejarah nampak sangat tipu kan. tapi kalau i kata ini briefcase james born pasti korang kagum kan?

We have fiber, glue, scissor, needle and lain2 as you can see up there.

ini felt colourful papers. ade 8 colours

tutorial book. big and clear.

first kena la ukur pattern pada kain felt. pattern tu terdapat kat belakang buku tutorial book.

Draw 2 heart shapes

sorry pic lupe nak rotate. and then potong mcm ikut bentuk mcm ni. i namakan heart 1 and heart 2.

jahit button pada hujung 1. heart 2 biarkan je.

Potong tali hitam tu. panjang dia lebih kurang mcm ni la

tali tu fold into 2. gam dgn gam uhu kt bawah tali dan tampal pada heart 2 ye.
now, can you see the difference? heart 1 ade button kt depan. heart 2 ade tali. susun mcm ni coz korang akan jahit heart dalam kedudukan yg mcm tu. kiranya bila da jahit nanti tali pada heart 2 ade kt dalam. bukan di belakang. do you get me?

Alright, boleh mula jahit dekat tepi sekarang. terpulang la nak jahit sembat ke jelujur ke. jahit tangan ye. bukan mesin. tapi jgn jahit sampai habis. kena tinggal space sikit mcm dalam gambar tuh.

Pasal nak insert kan fiber. sangat ringan. mcm kapas. tp jgn tertipu. kerna ini bukan gula2 kapasa dan tidak dibenarkan untuk dimakan.

Masuk kan fiber dalam heart tadi. xperlu la byk sgt. agak2 dia dah mengelembung dan buncit kire ok la tu. then sambung jahit semula sampai habis.

Ini macam....!!!! heee. lepas tu boleh la sangkut chain pada tali td tu. Walaupun kurang kemas namun, ini hasil kerja pertama i. boleh la gantung pada hp.

I rasa teruja sangat nak buat mcm2 benda yang lain. next i rasa nak buat pin brooch atau pun kecyhain nama. tapi sekarang i asyik balik lewat. nanti ade rezeki, i update lagi. frankly speaking kan, this starter kit sangat2 useful. sebenarnya i memang nak pergi daftar untuk kelas pendek nak blaja buat felt craft ni. tapi tu la, jauh dan masa tu. kurang sesuai. so, i kan tak penyabar orang nya. i belajar through the tutorial book tu je. if u guys buat i think mesti lagi cepat pick up. heeee~

Sunday, July 3, 2011

Resepi Muffin Carrot

Oh yeah, akak ni sekarang dah tersangat busy. minggu lepas ada orang order muffin dari kuantan. minggu ni ingat boleh la rehat2. rupenya ade jugak order dari gombak. meh akak nak share resepi muffin akak yang kacak luar, kacak dalam ni.

ni badam serbuk. boleh dpt kt mana-mana hypermarket. akak beli kt tunas manja je. one more thing, amount yg diperlukan cuma 70g. tp selalu kan kt kedai jual 100g. jadi kalau gune 70g lagi 30g tak kan nak simpan. nanti nak buat lagi, akak beli lain. so, akak bubuh je terus 100 g. hah, sebelum terlupa, badam serbuk ni dibakar dulu dalam oven. tp jgn bakar sampai hangus. dlm 5 minit mcm tu je pada suhu 140. tujuan nya nak bg badam ini lebih ringan.

250 g majerin. boleh gune planta atau jenama lain. takde masalah. cuma akak sarankan kalau nak lagi sedap gunalah daisy. sudu dalam gambar tu optional. nak letak 1 atau 2 :P

240g gula castor. jenama king ke bunga raya pun boleh. sama je. jgn letak brown sugar sudah.

Ini carrot. biasa kalau carrot tu kecik, akak guna 2. tp kalau besar, akak guna 1 je. carrot ini kena grate atau pun diparut dulu ye. guna gigi sama sekali tidak dibenarkan.

yg kanan tu esen vanila. you only need 2 sudu teh. manakala second cousin kt sebelah dia tu perisa oren. you only need 1 sudu teh jugak. jap2, just a reminder, sudu teh korang tau kan. sudu yg kecik je. mcm sudu kfc. bukan sudu makan nasi atau sudu sambal petai tu ye :)

5 biji telur. tp waktu nak masuk dlm mixer, akak tak masuk kan 5 sekali gus. akak masukkan 3 dulu. putar dgn kelajuan perlahan. then lepas tu, baru add another 2.

250 g tepung. tepung ini wajib cap wau. tak boleh cap kapal sauh ke kapal api. no no no! ;P

ini ovallete. diperlukan hanya 1 sudu teh. tujuannya supaya kek gebu. kire mcm nak stabilkan kek tu supaya naik cantik je nanti. eh, ye ye je akak ni kan. haha :P

1 sudu makan/besar susu pekat. bukan setin tau. nak guna brand apa terpulang la. tp, if korg nak guna yg dah ada dalam fridge, make sure korg keluarkan dulu. sebab, kadang2 susu yg dalam fridge dia bergomol. eh tak, maksud i bergumpal dan keras. kena la tunggu lama sikit sebelum boleh guna. kalau nak letak kt luar dan tak nak bg semut serang. letak kan tin susu dalam mangkuk berisi air. kalau tak, semut akan datang dan mula bermesra.

haaaa walaupun nampak je hina, tapi berharga dan berjasa resepi ni. sila la kagum XD

Cara-cara dia sangat senang dan simple. sorry tiada picture semasa bancuhan. sebab akak tengah syok bancuh, sampai lupa pulak nak ambil gambar.

1.Pukul majerin dan gula. (dalam 7 minit). tak semestinya 7 minit. anggaran je. lebih afdal kalau make sure majerin dan gula dah rata. takde gumpalan atau ketulan pada dasar adunan terbabit.

2. lepas tu baru masuk kan telur. 3 biji, pukul. lepas tu add another 2. pukul la sampai agak2 sebati.

3. masukkan ovallete, pukul perlahan. kemudian masuk kan susu + perisa oren + esen vanila.

4. masukkan tepung, pukul. then add badam + carrot. kacau sampai rata.

5. dah siap boleh masuk kan dalam acuan muffin.

tips: untuk bekas muffin, korg boleh la sapu/calit2 je marjerin dlm bekas muffin. hal ini kerana untuk mengelakkan muffin melekat dengan bekas dia. gune jari pun boleh nak sapu. kalau tak, gune la berus.

seperti contoh di atas. lagi 1, xperlu la penuh sgt bila nak isi dlm bekas muffin. dlm 3/4 je. nanti dia akan kembang dan naik jugak. dan jgn la kedekut sgt. lepas tu, nak tabur chocolate chip ke chocolate rice pun boleh. hiasan cadangan je. takde pun tak berdosa. then, masuk kan dlm oven. cikgu ajar suhu dia 160/170. dalam masa 40-50 minit. tp depends pada oven. mcm oven akak, kalau dia menggelupur dan sawan cepat, kadang 20 minit dah siap.

Muffin tu merekah pasal bubuh chocolate chip. rasa sama je. jgn bimbang ye. nyum2. jemput makan semua.

Pssttt... meh la sini. ala sini la. nak cakap sikit. nak tanya satu soalan. please jawab dengan jujur boleh? hehehe. sebenarnya i ada tak gaya mcm akak yang jual muffin online mahupun yg kongsi resepi online tu? hehehehehe. i berlakon je jadi akak tu tadi. hua3. yg i ckp i ade customer dr kuantan tu adik perempuan i, Ira. and yg gombak tu, adik laki i, Asyraf. hahaha. tapi.......resepi ini i tak tipu. mmg orginal. memang i la ketua kelas kt dapur. hehe. alang-alang nak mandi sungai, kecing sekali kt dalam tu. eh tak, maksud i, alang-alang i nak improve kan cooking skill i, i buat jela untuk adik-adik i yang jauh di mata tuh. yang tolong delivery nye bapak i. biasalah, kata kakak mithali. :P

p/s: sekadar ingin berkongsi. tak susah pun nak buat muffin ni. i yang bangang di dapur ni pun boleh buat. uols yang hebat di dapur, tentu boleh buat dengan lebih baik. if ada apa masalah, boleh jumpa dengan kaunselor sekolah. teheeee. tak2, maksud i, tanya je i if nak tau apa2 pasal muffin ni ok?i janji i takkan buat cakar harimau kt korang. haha :)

Saturday, July 2, 2011

Berita Pening

Larian Serentak 1 Murid, 1 Sukan 1 Malaysia.

RAUB: 2 July 2011- Semua murid dan pelajar sekolah terlibat dalam acara yang sungguh meriah ini. Kesemua mereka berlari mengikut track/route yang telah disediakan manakala guru-guru lain mengikut jalan short cut supaya cepat sampai ke garisan penamat. para pelajar kelihatan begitu bersemangat untuk menghabiskan larian. manakala gur-guru lain bersemangat untuk singah di kedai runcit yang berhampiran untuk mendapatkan minuman sejuk.

Selepas para pelajar berlepas untuk berlari, guru-guru dan pihak polis yang mempunyai motor berkuasa tinggi akan mengiringi pelajar. dan kadang2, mereka berlumba sesama sendiri. walaupun tiada kategori untuk mereka disediakan.

Selepas semua pelajar dan guru tiba di garisan penamat, senam tari telah diadakan. Semua guru tampak ceria dan tidak stress kerana tidak perlu menanda buku pelajar. Para guru juga begitu bertenaga melakukan senam tari dan chicken dance secara berjemaah. Ada di antara mereka yang menari tarian sewang, cha-cha dan zapin dengan lagu Ricky Martin. Namun, ade segelintir pelajar yang kelihatan keletihan dan tidak memberikan tumpuan semasa tarian. Mereka lebih gemar duduk mencangkung dan bergossip mengenai cerita trasnfromers dark of the moon size 38, cup 3D.

Malahan, ada guru yang gemuk seperti saya telah terpijak botol air seorang pelajar. Maafkan cikgu. Kemudian, para pelajar dibenarkan untuk rehat selama 1 jam sebelum bergerak ke dewan sekolah semula. Manakala, guru-guru berlumba-lumba untuk tiba di kantin dahulu. Hal ini kerana mereka ingin menge-cop tempat kerana mereka begitu lapar setelah berjalan laju sambil berbual-bual sebentar tadi.

Selepas waktu rehat telah tamat, para pelajar di minta untuk bergerak ke dewan sekolah untuk sesi latihan atau pun sesi ulang kaji senam tari. mereka di minta untuk melakukan chicken dance sekali lagi. ade segelintir pelajar lain yang terlibat dengan acara futsal dan bola jaring. tiada acara mata keranjang, lompat getah, dam ular atau mahupun lawan pedang secara berirama diadakan.

Alhamdullilah, kesemua acara telah berjalan dengan begitu baik sekali. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan. Selepas itu, terdapat sesetengah guru yang mengikuti acara Family Day di Port Dickson. Guru yang gemuk ini tidak terlibat kerana ingin bermain layang-layang bersama anak ikan nya yang hanya mahu dikenali sebagai Rasdan Kit Richie bukan nama sebenar. Tiada istilah double meaning di sini.

Sekian, itu sahaja laporan saya untuk hari ni. Majulah Sukan Untuk Negara. Sehingga kita berjumpa lagi pada hari dan waktu yang sama. kalau tak sama pun, tidak mengapa. Tidak memudaratkan bagi mereka yang sedang menggantikan puasa.