♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Thursday, February 7, 2013

Day 1 in Korea

 Assalamualaikum w.b.t. Jom sambung cerita. Okay selepas berada dalam flight selama 6 jam 20 minit alhamdulillah sampai la jugak di bumi Korea ni. Oh yes, before terlupa flight mlm tu full house. full dengan Koreans je uols.



View dari tingkap

                                                                      Good Morning :)

Turun2 je Ya Allah dah rasa gigil2. sejuknya. Nasib baik winter coat ada. terus sarung. Maklumlah I tak pernah pergi negara 4 musim sebelum ni. Kira ni 1st time la. Cakap pn mulut keluar asap2. Hehe. Bila dah masuk dalam airport alhamdulillah lega benor rase. Pagi tu tak mandi. terus ke toilet gi shi shi, basuh muka gosok gigi, touch sket2, bubuh vaseline bagai. Terus jalan sampai immigration. panjang betul beratur. Tapi staff dorg pantas2. kejap je dah sampai turn kami. 

Lepas tu kami jalan untuk baggage claim. Masa ni dapat wifi airport maka memasing busy update status la. Dan pulak check weather dekat luar -13. subhanallah xtau nak ckp mcm ne. time tu tak dpt byg sejuk nya kat luar tu mcmne. I terus call my mum melalui Tango. Dpt la ckp yg I dah sampai bla bla bla. Kutip beg pastu naik tren. Ala, tempat yang kami turun tu ibarat LCCT la, tambang murah punya. so nak ke main terminal tu kena la naik tren. 5 minit macam tu dah sampai main terminal.

 Masa ni mcm chaos sikit. Tak jumpa nak GS25 Mart nak beli T-Money. Family Mart adalah.Oh ya T-Money tu ibarat touch n go kat sini. boleh digunakan untuk naik subway, taxi dan bus. Kami pun blur yelah 1st time sampai. Turun bawah ikut signboard Airport Railroad bersebelahan Hana Bank. Last2 beli ticket secara manual dekat machine. Tapi pelik sikit dekat sini cth harga tiket 3950 won. tapi kena tambah lagi 200 won sebagai deposit. nanti sampai destinasi baru claim balik 200 won, ibaratnya la. 

Sampai Gongdeok station, jumpa GS25 Mart, lepas tu beli la T-Money. sekeping kad 3000 won. topup terus 20 000 won. Tapi kat sini kami ada problem sikit. Kami tak claim deposit 200 won tu. tak jumpa machine. salah kami la kot tak cari betul2. Masa dekat Noksapyeong Station, kami kena denda 2000 won. cis. takpe2, first time belajar mmg mcm tu. 

Dah setel semua, kami pn cari exit 3, keluar utk ke Malaysian Guest House yang terletak dekat Noksapyeong ni. Naik tangga. Pastu naik bukit. adoiyai bukit tggi2. beg pack berat2. takpe2 ni semua pengalaman. Nsb baik ada Malaysians lalu rupanya dorg pn dok area situ jugak. Hehe. 

Ni la Guest House nya. ade 4 tingkat. kami dok atas sekali. semua yg dok sini Malaysian.Best2.

 
Hah, sampai sini kami diduga sekali lagi. Pagar kunci. Tekan bell tak function. Jerit2 takde org. Tension pulak. Nak call tak roaming. Tapi nasib baik si Yoon tu keluar. mungkin anak owner Mr. Jay atau pun yg kerja under dia la kot. Dia call Mr. Jay. Mr. Jay kata naik jelah dulu. Nanti Yoon kemaskan. Ok, kami naik angkat brg2. Sambil tu sempat la pakai warmer pack kat bdn, byr duit GH (guest house) rehat2 jap. Si Yoon dah kelam kabut. Kami pulak buli2 and tanya2 mcm soalan. Kat mana mesin basuh itu ini yada yada yada. Gasak la kau. Hehe. lawak2.

 Ini pintu depan guest house ni. password nak masuk rumah ini adalah sama untuk rumah2 yang lain. maka kami pn selalu la turun bawah lepak. amboi, lepak ye. haha. takde, turun bwh ambik baik, basuh baju dan sebagainya.


Ade free wifi 24 hours. serunut sgt. Meja tu sepah sebab brg2 I.

Now jom tunggu train kat Noksapyeong Station untuk ke Gwanghawun Square. How to go? Dari line 6 Noksapyeong, turun dekat Gongdeok pastu transfer line 5 to Gwanghwamun Square exit 3 atau 4. Kali ini dah pandai guna subway. Hehe

 Dalam tren nak ke Noksapyeong Station. Hehe. Rasdan sempat singgah 711 beli keopi. Hehe. Perasan x bwh tempat duduk dlm tren ade heater. so dlm tren xrasa sejuk berbanding dekat luar.

 Pura2 cari jalan. comel la 2 org adik beradik ni. Hehe. Tu si Hana pgg tentative la tuh. Act dlm phone ade simpan gak tp I lebih suka on paper. sng boleh tgk, boleh pgg. dlm phone tu in case kalau kertas hilang phone ada back up. tp s3 cpt habis bateri maka thats why perlu on paper jugak.

 Sebenarnya masa dah sampai dekat Gwanghwamun station, ade je signboard tulis Gwanghwamun Square. follow je directions tu. Insyaallah keluar2 akan jumpa gmbr bwh ini

 This is King Sejong. Dia yang memperkenalkan tulisan Hangul. Besar gila statue dia. Hehe.

 
Sekitar Gwanghwamun Square. Rase cerita Queen in Hyun Man mcm pernah berlakon kat sini. yang laki tu naik kuda kat tgh2 bndar. if im not mistaken la. tp yg pasti Joon (Mblaq) Seo couple dlm WGM(We got married) pernah dtg area sini sempena new year. untuk ketuk loceng dan berhajat. 

  
Depan King Sejong Statue ni adalah Admiral Yi Statue. Jeneral zaman dulu2. ade kisah dia, tapi tak baca. Ahaha.

 Gyeongbuk Palace. Abg police tlg kami ambil gmbr. Istana kat tgh2 bndar. Tehee. sbnrnya, istana ni dibina pd tahun 1395 semasa Dinasti Joseon. tapi istana pernah rosak dan terbakar kalau tak salah. Kemudian dah dibaik pulih. Lepas tu rosak sekali lagi akibat serangan pihak Jepun. Hanya beberapa peratus sahaja palace ini yang original. Kalau tak salah, ada 4 palaces dalam kawasan ni. Tapi Gyeongbuk adalah yg paling besar berbanding yang lain. ticket masuk 3000 won. kalau nak masuk palace yang lagi 3 tu intgrated ticket dalam 10 000 won rasenya.

 
Ni guard2. baju kaler lain2. mungkin berbeza pangkat. dorg tak senyum. statik je berdiri. tak sejuk ke. haish mungkin dorg xdibenarkan utk bergerak2. tapi dorg sedar kalau org ambik gmbr dorg. dorg biar ajelah. 

Cantik bukan? Frozen lake. Siapa tgk cerita Rooftop Prince? Kami cari2 jugak mana tasik yang perempuan tu jatuh tapi hampa. dan kami cari2 jugak dekat mana pavillion/pondok yang laki tu sorok kertas ke apa tah kat bawah tu selama beratus2 tahun. Tapi kami xjmpa. Dlm kwsn ni adalah National Folk Museum, admission free. tapi kami dah kesuntukan masa maka tak masuk.
 

  
Masa ni ada changing guard ceremony. tiap2 jam kot.  mana tak nya, confirm la penat guard2 berdiri statik dekat luar. tak gerak2. kagum2.

 Lepas tu kami amek taxi ke Insadong, the culture street. Ada ke ptt driver taxi tu ckp kami ni India tsk tsk. lawak pun ado. haha. Sampai Insadong ada free hug. Tak paham kenapa nak bagi free hug kat tgh2 jalan.

 
Ni Miss Lee Cafe. Yonghwa(CN Blue) dan Seo Hyun (SNSD) kan pernah dtg sini sempena cerita WGM jugak. haish rindu goguma couple tu. Kami lalu je.

 Kami lunch haemul pajeon (seafood pancake) dan sujebi(mcm k.tiaw sup). sumpah sedap. lawak giler time nak order. mmg ahjuma2 kat sini tak paham English. ckp la mcm ayam dgn itik. lwk sgt2. semua mata tertumpu kat kami since kami alien. yelah lain dr yg lain. pastu meja sebelah ngumpat kami and teka2 nationality kami. Igt xdgr ke. haha.

 Bahagia je muka. dpt makan katekan. Oh yes, haemul pajeon ni ada berlebih. maka nak ckp nak tapau bungkus bwk balik mcm ne eh. last2 i lukis dekat note 2 rasdan. nak tau apa yg i lukis? 

Yg ats tu haemul pajeon masukkan dlm gabang (beg). pastu i ckp gabang. lepas tu i tunjuk gmbr rumah (jin). nak bungkus bwk balik rumah. nsb baik ahjuma tu kata arrasso. hahaha. 

 Ni time jln2 dekat Insadong gil, mamat ni ckp melayu. di ngah buat kuih tradisional korea, kkul taraea. Dia kata tarik tarik tarik, belum belum belum. dia guna madu thats why tepung tu boleh lekat. kami xbeli pasal yelah baru lps makan kot. dah la day 1 baru. kena jimat2. hah, ada juga yang laungkan mari beli tshirt. merah, kelabu ada. haha. agaknya dorg tau kot kami ni Malaysian.

Lepas jalan2 dekat Insadong kami terus balik rumah. Penat tu tak sangat tapi yelah nak kena masak dan tidur awal selain unpack brg2. nanti i sambung untuk cerita day 2 ye.

1 comment:

Mizz ErMa said...

wah3, padat betul xtvt zaty n da geng..hihi