Partner i untuk food hunting mestilah Dan Kicap kan. So, at first kami tak tahu nak makan kat mana. mula-mula ingat nak makan megi dekat 711. pasal dah lama tak makan megi kan. tapi last last tak jadi. since dah dekat area Damansara, i cadangkan untuk pergi makan kat Cafe Ayob 52. ni kes one of my friend, Nani pernah mentioned cafe ni dekat i not long time ago. Cafe yang berkonsepkan ala-ala Melayu Klasik. No joke most of the things dalam cafe ni adalah ancient and retro.
The interior. Nak masuk duduk kat dalam ni kena bukak selipar/kasut/terompah dulu ya.
Awesome!
This fan is the same as the one dekat rumah arwah nenek i dulu. bukak kipas kuat-kuat sambil jerit or at least nyanyi2 depan kipas. feeling2 jadi Zaiton Sameon kejap.
Mana tayar belakang basikal ni? Pastu cer tengok rantai beskal dia kat depan tuh. Hoho.
I cakap dekat Dan, please senyum dan jangan tutup mata bila ambek gambar. So, u can see dalam picture ni he's trying hard nak senyum tanpa tutup mata. But then, i realize, this guy similar to this one *sila lihat ke bawah*
Tadaaaaa!!! Sangat macam Dan kicap. and rambut gulung2 depan like him. This picture was taken dekat IKEA. the first moment i looked at this doll, i terus ingat Dan. Tapi dia tak nak mengaku kan. Haha. ok, no hard feeling, Dan. just nak tease u je :P
While waiting for our food to be served, dorang bagi starter. roti bakar dan butter! its free i think. but frankly speaking, dorang memang patut bagi starter since they lack of workers. We need to be extremely patient nak tunggu hidangan timbul di meja.
Rotiiiii di tangan kanan ku...Sodaaaaa di tangan kiri ku. * please nyanyi ikut rentak lagu madu dan racun*
Dan order air orange. and i order soda. RM1.50 per bottle. i rasa botol dia cool gila. tapi bila minum ala rasa dia sama je mcm orange gas F&N yang biasa kita minum tu. mungkin gak dorang tuang air tin ke dalam botol ni so that nampak lagi cool. tapi nampak tak yang i dah tertipu di situ? :P
Baby sulung. Chicken chop that costs u RM10.00...rasa dia okay, boleh la. sedap jugak. tapi takdelah sesedap chicken chop dekat cafe ala-ala koboi yang tepi jalan tu. kalau tak salah nama cafe tu Ayeem Burger kot, dekat area Sg. Buloh. whatever it is, baby sulung ni telah pun selamat dalam perut i. alhamdulillah, licin jugak. tamatlah riwayat 'aku secebis chicken chop.'
Second baby for that night. Dan order fish and chips. but then, presentation food dia takde beza. semua nampak sama. chicken chop ke fish and chip atau chicken chip or fish and cop ke hape memang luaran nampak sama. termasuk harga sekali. RM10.00 jugak.
Masa makan-makan baru realize ade tortoise dekat dalam kolam ni. itu pun pasal ade budak jerit dekat ayah dia nak bagitau ada tortoise. kalau tak, i pun tak tahu.
^.^
Haaaaa set pinggan mangkuk antik dan klasik ni memang buat i rasa tertarik. Confirm dekat Sogo takde jual sume ni!
Teringat zaman i baby face dulu kat kampung. kalau nak main masak2, mesti guna perkakas dapur arwah nenek. perkakas yang lebih kurang sama dengan cafe ni. cis, berada di cafe ni memang terasa macam ada dekat rumah orang. i dah nyaris2 nak pergi dapur tanya ada i nak tolong apa-apa tak?
It may look quite old, but each of them has thousand of stories behind it. Either owner dia kumpul sendiri or beli dari tok penghulu ke tak kisah la. tapi semua ni valueable kot.
Okay, time to go home. Kalau nak datang sini, datang awal around 8pm mcm tu. sebab susah sikit nak park kereta. kan dalam kawasan perumahan. parking lot limited. takkan korang nak park dekat garaj rumah jiran sebelah cafe ni pulak. kecuali jiran dia tu, mak mertua korang kan and one more thing i rasa cafe ni bukak malam je. kecuali Ahad pasal tutup.
Overall i suka konsep cafe ni. cuma food choice dia tak banyak. western food sahaja rasanya. harga i rasa okay, murah la compared korang makan dekat Tony Roma's ke khennn. Sini lagi best. Dahla kat sini korang boleh pilih nak duduk atas kerusi ke or duduk bersila makan kat bawah.
Oh ya, kalau nak search dekat GPS/Gamin taip ON CINTA. eh tak, maksud i, taip je Ayob 52. Pastu sila baca doa naik kenderaan dannnnnn jangan cilok mencilokkk. Insyaallah sampai la ke sini. Rasa rindu nak balik kampung? Singgah la kat sini. You can have the retro, kampung feel tau kat sini. Nah alamat cafe ni;
AYOB's cafe
52, Jalan Nuri 7/22,
Sek 7, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.
p/s: Oh, yang pasal i accident kereta tu terima kasih pada kawan2 yang concern tanya2 keadaan i. alhamdulillah i okay je. kereta jela yang teruk sikit. i pun tak tau kenapa kereta boleh terundur ke belakang dengan laju. but after all pun, it was my fault. walaupun depan rumah sendiri, pintu kereta wajib ditutup ye kawan2.
Ada yang tanya mcm ne berlaku. hard to explain. it happened so fast. but according to my brother, Asyraf kan he said that rakaman i accident tu ada dalam cctv. he said dalam 5 saat macam tu je. i haven't get the chance to go back home untuk tengok rakaman tu. only him and my parents je. so Insyaallah 31 March ni mid term break akan bermula. really looking forward untuk cuti, seriously.
No comments:
Post a Comment