Semalam i date dengan gupren i, Ruslina. pasal i ada la nak kasi something dekat dia. tapi waktu ajak dia keluar tak leh la cakap nak bagi apa. nanti tak surprise. so i pendamkan je dulu hasrat hati. ewahhh, dah macam apa pulak kan. gedik tau!
Okay2 proceed to the topic, disebabkan ada kedai baru bukak, so mesti la nak ziarah. baju-baju dia memang banyak la. gupren i nih kurus so senang la carik size. pejam mata pun boleh pilih. gupren i ni adala beberapa helai baju comel yang dia pilih. so dah pilih2, terus ke kaunter nak bayar.
Lepas bayar, dia mintak tengok resit. lepas tengok resit dia kata gupren i ni layak dipinang. eh? maksud i layak la cube try test permainan yang depa sediakan. kalau menang dapat hadiah. i berharap la kot2 ada acara 4x400 meter bawak balang muruku berganti2 ke. suka jugak kan. tapi takde la pulak. i cuma ingat dua jenis je. sama ada baling bola masuk dalam jaring. ala2 basketball la kan. lagi satu, suruh putar roda. ala-ala roda impian. tapi i nama kan dia wheel of penipu.
last2 gupren i ni pilih la nak putar wheel tu. putar2, sekali penunjuk tu berhenti dekat 'goodie bag'. dalam hati, tak menang baucer dapat goodie bag ok la kan. sekali time dia hulur, paper bag je! alahai, lain kali kan kalau setakat nak kasi paper bag jela kan baik kau tulis dekat wheel tu 'paper bag'. bukan tak bersyukur cuma lain kali jangan tulis goodie bag kalau kau nak bagi paper bag kosong je. goodie bag mesti la ada bag and goodies nye. kalau kau isi gula-gula daim sebijik pun takpe. choi, bukan bag saje2 je.
bila i mintak satu lagi paper bag, terus kata tak boleh. konon2 paper bag limited la kan. ewah2, i bukan la desperate sangat nak paper bag tu. sengaja jela i mintak. pasal kasihan dekat gupren i ni, dapat paper bag kosong. kot2 la boleh bagi dua kan. tapi sudah takde rezeki, so sabor jelah kan.
p/s: nak bagi hadiah kena la jugak beradab bukan? sudah2 lantok la, meh kita layan lagu nomel2. badan ketak-ketak tough, nampak garang dalam Running Man tapi, nyanyi lagu comel. suka part dia menari tu (ssat yang ke 44) . suka sparta Jong Kook sangat !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment