Assalamualaikum w.b.t
Its been many many many months tak update blog. Tapi bile kawan2 ade update selalu je baca. Bukan apa the only reason why I do not update my blog regularly sebab blogger dah ada new look. and i don't know how to use it. bila nak upload gambar je kejap2 dia hilang. tak pun dia lari. I mean not literally lari 4x400 meter. What I mean is gambar jumble up lepas tu malas dah nak susun semula. lagi best I tak tahu macam mana nak letak caption. I used to put the picture in the centre together with the caption. But bila gambar dah elok dekat centre, caption pulak tak nak duduk dekat centre. adjust2, last2 terdelete gambar. Lepas tu fed up terus save a draft terus tak update langsung. Boleh macam tu? I just don't really like this new look. I prefer the old one. Huaaaaaaaaa T.T
Okay, sebenarnya nak sambung cerita pasa trip koyaa (korea). walaupun dah basi pasal pergi end of january sampai early of february 2013. ah, basi tak basi nak jugak cerita. :P Okay. no more talking. Lets just proceed dengan cerita day 2. Gamabr semula recyle dekat fb sendiri. Dah malas nak pilih2 gambar.
Oh yes, hari kedua adalah di Nami Island. Tempat yang famous dengan drama winter sonata tuh. By the way, this post is gonna be super duper long. Nak tak nak, korg harus stay baca okay? Bhahaha.
Our second day, that morning kami bangun pagi. Tapi ini kan baru day 2 so prepare nasi goreng tuna tu takes time la jugak. Makan2 lagi. Belum kira diri yang demok pakai kasut je dah 10 minit. Tu baru pakai sebelah. haha.
Haaa semalam (Day 1) mase dekat Insadong, dah pergi Naminara Republic Gallery tu ada Ticket Office, beli ticket bus sekali dgn admission dan feri ticket siap2.Maklumlah we all kan baru second day tak terer lagi nak naik train apatah lagi nak bertukar2 train. Kang sesat mampos! Sebab tu we all beli je tiket siap2 one day earlier.
Bagi yang nak ke sini ada 2 cara yang iols tau. First, naik train dari guest house korang ke Gapyeong Station. Lepas tu ambik taxi ke Nami Island Whaft untuk ambik ferry. Tapi, nak ke Gapyeong Station dari Guest House kitorg ade la 2-3 kali nak kena tukar train. Contohnya dari GH kami ni stesen yang terdekat ialah Noksapyeong Station. So dari sini take subway line 6 to Taerung Station. Transfer line 7 to Sangbong Station. Another transfer kat Gyeongchun Line to Gapyeong Station. Leceh bukan?
Sebab malas nak fikir2, ade cara lagi mudah why not. Sebab tu kami menggunakan cara yang kedua which is naik shuttle bus terus ke tempat feri Nami Island. Bas ke tempat ferry ni hanya ada sekali sehari iaitu jam 9 pagi dan bergerak pulang dari Nami pukul 4 petang. Bus pulak boleh pilih sama ada nak naik dekat Jamsil atau Tapgol Park..
1. Jamsil Station (Subway Line 2, Exit 4): In front of Lotte Mart
2. Insa-dong (Jonggak Station, Subway Line 1, Exit 3): Next to Tapgol Park
We all pilih Tapgol Park pasal dekat sini dengan our GH. Kalau tak reserved nak naik shuttle bus ni boleh je main gamble tapi first come first served la ye. Boleh bayar ticket atas bus. Tapi kalau bus dah penuh haaa maka tak dapek la nak naik. Kalau datang travel, masa itu emas dan sangat precious. Rugi la waktu terbuang gitu je. So better plan bebetul.
So how to reserved?
1. Go to Nami Island Seoul Center Gallery (3rd floor). Office dia dalam kedai jual jewellery ke apa. Amik lift dalam kedai and go to 3rd floor. Pay the tickets here.
2. Bagi yang malas you guys can call this number for reservation: (+82-2-753-1247). Pay the tickets on the bus.
This is the map untuk ke Nami Island Gallery dan juga untuk ke Tapgol Park untuk ambil shuttle bus ke Nami Island.
Hah, mase 2nd day ni we all keluar lewat jugak actually dalam pukul 8.15 a.m. Bus dah la pukul 9 a.m. Well, tak Malaysian la kalau tak lambat. eh? hahaha. Dah la time ni peak hour coz Koreans nak pergi sekolah, nak pergi kerja, nak bukak bisnes yada yada yada. Train mmg full house. The best part is we all berlari laju2 macam Usain Bolt. Eh tak, lagi laju tau. Sebab kami kena transfer line 5 dekat Cheonggu. Berdoa je nasi goreng tuna dalam beg tak tumpah. Tapi kalau tumpah pun kutip jela balik. Masa ni ramai warga Korea yang pelik tengok kitorg. Terjerit2 sambil pecut lelaju2 cari line 5. Hello, nama je transfer line tapi jauh kot! Ah, lantak ah orang2 Korea ni nak pikir apa. Mase ni adalah sikit feeling2 Amazing Race! Amboi ngade betui, walhal sendiri yang cari pasal lambat.
Okay keluar dari subway station terus cari tapgol park. fuhhhh nasib jumpa. 5 minit lagi nak pukul 9.00. Korean ni jenis yang punctual la pulak. Tepat kul 9 kang driver dia jalan la plak. Ni bukan pak cik driver bus Transnasional yang I pernah tahan dahulu tak bagi bus jalan. Paksa jugak dia tunggu kawan yang lewat sampai tuh. Okay, sampai je kat depan Tapgol Park tu adoiyaiii adelah 2-3 bus. Tapi takde satu bus pun tulis shuttle bus to Nami Island. Tengok jam memang dah pukul 9.00am. Haaaaaaaaaaa mana bus ni. Hana, Awa and Rasdan dah kuciwa in case kalau kami dah betul2 terlepas bus.
Dalam hati, ni mesti pasal I pakai kasut lambat sangat. Patut pakai dari semalam je kan senang. Haih, tapi takpe. Kata hati berkata bus ni ade. Insyaallah belum lepas lagi KOT. Selawat banyak2. Walaupun dalam hati cemas gilos kau! Lepas tu I dengan Hana mundar mandir depan 1 bus ni. We all pergi tengok kat depan bus. Guess what? Dia tulis Nami Island Shuttle Bus weiii. Aaaaaaaaaaaaa sukanya. Alhamdulillah syukur, masih rezeki kami utk naik bus ni. Bus tak jalan lagi pasal ahjushi tu tengah check ticket orang yang beratur nak naik bus. Fuhh fuhh fuh lega. Kitorg blur pasal dalam internet tengok bus tu tulis besau2 nami island. Yang we all naik ni haaaa macam dalam gmbr kat bawah ni.
MAEIL TOUR! tak tau macam mana nak sebut. Mail ke Mail ke. Arghh tak kesah la janji sempat naik bus. Naik bus terus duduk kat seat memasing. Dah la dalam bus ade wifi. Yang ni kagum. Tapi tak rasa nak online pun. Rasa nak tidur adelah. memang kroh kroh kroh la. kasi leleh2 air liur basi sikit. Perjalanan ke jeti Nami took around 1 hour and 30 minutes.
Mase nak dekat2 sampai jeti, we all excited tengok salji everywhere atas jalan. Nape Seoul takde salji pun? Mungkin sebab kawasan ni outskirt Seoul. Plus dekat dengan area skiing. So sebab tu salji bersepah lagi. Ok2 sampai je kat jetty alhamdulillah ferry dah sedia menunggu. Tak payah beratur beli ticket masuk sebab dah complimentary dengan tiket bus tadi. Jimat mase!
Ni entrance untuk naik ferry. ibarat Nami ni satu republic yang lain la. tiket dia pun ala2 passport.
Eh kejap2 ni apa? Ni bukan pencawang Tnb. Kalau korg tak nak naik ferry utk ke Nami Island, sila la naik zip wire. mcm flying fox giteww. Giler seram. Tengok harga pun boleh jadi giler pasal mahal. tak ingat bape dalam 70 000 won kot. I dah la berat kang putus plak wire. Baik naik ferry je boleh enjoy the scenery.
atas fewwrrry (awat gedik sgt) ada bendera Malaysia. Proud to be Malaysian!
Ni satu lagi i tak paham. waktu we all pergi ni Monday. Tapi ramai je Korean je dalam feri. Yang tua yang muda semua ada. Haish tak sekolah ke dik? Tak pergi opis ke kak?
Nampak ketulan ais atas air tu tak? Memang sejuk gilos. Pergi bahagian luar ferry semata2 nak ambik gambar pastu berlari2 anak kecil masuk dalam semula. Kat dalam tak sejuk sebab ade heater. Yang tu best!
yeay! dah sampai Nami Island. hahaha naik ferry mmg lama gilos. adelah dalam 7 minit gitu. Haha. Over je kan siap dengan pinky ear muff bagai. arghh tak kire ni sebenarnya tak nak dengar Rasdan membebel. Tapi pasai tak dengar warning dia yang ade ais atas tanah la i jatuh ok. Once again, I jatuh terlentang ok! Tak, ni bukan free show. Bayar ok! :P Lepas da bangun i terus vaaaa vaaaa vaaaa membebel mcm ne la i boleh jatuh. I cium tanah dan ais harini. Hahaha.
Ok, we all terus jalan. Ade nampak poem jeneral Nami tulis. Tapi sape yang di antara kami yang rajin nak baca kan? Main agenda nak main salji. Nak buat snowball. Nak baling2. tak dan baling dah berkecai kena muka sendiri. Anyway, lepas I jatuh tadi pink ear muff tu tetap maintain di telinga hokeh!
Ni la poem nya. Nami Island diambil sempena dengan nama General Nami ni. Beliau mati dibunuh atas tuduhan telah melakukan pengkhinatan kepada Raja. Dgr kata mayat beliau dijumpai/ditanam di celah2 batu. Maka, tugu ini dibina bagi memperingati kematian beliau.
Cop ni bukan I terjatuh pastu tak nak bangun ke apa. Ni memang sengaja nak duduk atas salji. Ingatkan salji ni lembut. Tapi kat sini keras dan slippery sangat. silap langkah sure jatuh. nampak tak kertas A4 putih kat depan tu. tu la tentative utk harini. sampai sini happy sangat tentative terus buang. lepas tu baru la bising mana kertas tentative, dah konyok la apa. hahahaha.
Ni bukan jerebu ye. Haha I tak tau la ni perangai apa. sikit2 nak baling/lambung salji pastu suruh I tangkap gambar. lepas tu pakai mask ulang bende yang sama mcm ni haaa. sampai 15 kali. bile tengok balik dlm kamera dia cakap "alaaa tak tantek la kite". terus delete. sesia je akak tangkap gambar kau dik. Haha.
:)
Si Hana nampak oppa comel. sorang2 je jalan main tepun. Tu yang terus feeling nak kejar oppa! wait for me. haha. tapi kan comel2 org Korea ni kekadang pasal buat pembedahan plastik je lebih. Tak kire lelaki mahupun perempuan.
yang original tantek macam ni haaaaa. Hehe.
tasik beku uols. si Hana, Awa and Rasdan sempat jalan2 atas tasik beku.
Hana dah bukak sebelah glove dia. Letak dalam poket ade hand pek pemanas. Sebab susah la. nak taip kat keypad tepun susah. nak pegang pape pun rase tak best. nak tekan kamera pun payah. ke sebab kitorg tak biasa? Perhaps :)
Eh, I malas nak taip sesatu caption. Let the picture do the talking2 part. wahhhh! Kalau rajin je baru i tulis okay.
From left, Hana, Budan and Awa. Ni pratice tarian Sewang barangkali.
The real bicyle yang dorg shoot utk Winter Sonata
Mase ni baru nak feeling2 sekali ade couple Korean dari depan kami jerit2 Pikyo Pikyo! sambil buat isyarat tangan. Dahhh kenapa la pulak dorang ni. rupenya ke tepi ke tepi. dorang nak ambik gambar berdua. so tak nak la kami jadi background dorang. Eh okay apa kalau kitorg jadi model background dorg macam ni haaa? Bhahaha sampai sakit leher tau! :P
Dia ni sombong. tegur "where are you from?" banyak2 kali tak dilayan pun.
Nasib baik ada unggun apa ni. boleh duduk dan panaskan badan.
Alhamdullillah ade surau. surau ni dalam kedai tingkat atas. tempat solat campur lelaki perempuan. begitu juga dengan tempat ambik wuduk. last2 we all gegels turun toilet bawah ambik wuduk. kau mampoo letak kaki kat singki? :P
This is how nasi goncang looks like. basically ada nasi, kimchi dan telur. simple tapi sedap.
Ni apa? Ni la nasi goreng tuna dengan serunding. nampak hina dan hambar je kan. eiiii tapi sedap la. alhamdulillah kenyang. sambil makan nasi goncang, sambil makan bekal. wahhh, serunutttt sangat makan bekal yang sudu dia diikat dengan getah.
Okay dah2 la cerita pasal Nami Island nye.nak tgk gambar banyak2 pi stalk fb. amboi! Okay, we all naik balik ferry dalam kul 3.30pm sebab nak bus dah sedia tunggu kat parking. Bus jalan pukul 4 ptg. Naik bus lagi sekali kroh kroh kroh la. Dia turunkan dekat Tapgol Park semula. Dari situ we all ambik taxi untuk ke Doota Mall dekat Dongdaemun. Kalau tempat dekat2 dgn each other baik naik taxi. rasenya taxi fare dia time ni dalam 2500 won je kot. kalau divide by 4? baru 625 won. ok la tuh.
Dongdaemun ni meriah waktu malam. Kedai2 mostly bukak malam sampai lewat pagi. kalau tak leh tidur meh datang sini cuci mata ok. Org kata shopping dekat sini mahal sikit. Tapi we all ade je beli tshirt I love Korea buat souvinier utk family and teman2 rapat. ok la 3 tshirt = 10 000 won. kalau bargain lagi dapat la diskaun sikit. we all asyik cakap kaka juseyo! discount please. ade certain ahjuma terus buat muka ketat tak kasi. bila cakap dia yeppuda (pretty) amboi suka kemain dia.
Ni haaa Doota Mall/Doosan Tower. Mase ni kul 5.30pm. Sunyi je. Nampak macam takde orang. Mmg takde pun pasal tutup. Mall ni bukak kul 7 malam. Pelik bukan? Sementara we all pusing2 la dulu. sebelah dia ade Pyounghwa Clothing Market. cuci mate la apa lagi. Nak beli banyak2 tak leh. Nak kena jimat pasal banyak lagi hari yang mendatang.
Ni la Doota Mall waktu malam. Bukak 7 malam sampai 5 pagi esoknya. Weirdo. Tapi meriah kan lampu2 dia?
Oh yes, Dongdaemun Underground shopping centre dia best. how to go? ala Pyounghwa Clothing Market tadi jalan je straight sampai jumpa Dongdaemun Subway Station exit 8/9. rasaya berhadapan dengan J W Marriot yang still under construction. masuk je dalam subway station. bersepah org jual winter jakcet murah2. Winter jacket kalau kat Universal Traveller or Winter Time mmg 4 5 ratus. kalau takde sale. kalau ade dalam 2-3ratus. kat sini 40 000 won da dpt. which means dalam rm120. kualiti lebih kurang je. in fact my winter jacket tu bile seluk tangan dalam poket rase warm je. Tak payah pakai warmer pack (son nalo) dah!
Street Food kat Dongdaemun area. ni macam dalam drama2 Korea. Balik kerja tension dengan boss takpun baru break up dengan pasangan datang sini makan sikit pastu minum soju bergelas2 sampai mabuk2. Kat luar penuh meja kerusi. Anyway, we all tak beli pun kat sini. Kalau korg teringin nak makan, tapi ragu2 tanya la ahjuma tu gune minyak apa masak, apa bahan2 dia gune. Kalau tak yakin, baik tak payah. Banyak lagi pilihan lain yang ada. Hah, kitorg cari gak hotteok sbb si Awa mengindam hotteok. Apa ke jadahnye hotteok tu? Hotteok tu macam pancake ade inti kacang. Tapi pusing2 cari takde. Mungkin takde rezeki.
Mase ni baru lepas beli stokin comel2 utk gf i, Nik Nor Ernina. 1 psg stokin 1000 won. dah la serious comel2. murah jugak la. terus beli 5. Okay lepas tu Hana perasaann disco jump ni dekat kedai stokin tadi. Mule2 ingatkan Hana nak ajak I berdisco malam ni. Cuak jugak. Rupe nya dia cakap Running Man pernah datang main mende alah ni kat sini. Bile teringat balik haaah betui. ade yang Suk Jin dgn Kwang Soo terlambung2 sampai terjatuh. Kekeke. Gasak la korang.
Omo Omo Omo! Ni kes sejuk sangat tu yang pakai neck warmer. Serious, cakap pun keluar2 asap. Sori la ek we all dok Malaysia kalau cakap mmg tak keluar asap. keluar air liur sendiri je balik. Eh cop, we all singgah kat bangunan APM kat belakang Rasdan tu. Perghh expensive gilos. Tak beli apa. Terus keluar balik. Walhal ade jakcet panda comel sangat. Ah xpe, banyak lagi masa boleh cari kan. ;D
Ni manjoo hana/kaya ball.11 biji =2000 won. ok murah tak murah beli la jugak! Beli 22 biji. 2 beg la. Hana share dgn Awa. I share dgn Rasdan. Sambil jalan sambil kudap2. Nasib paper bag je tak leh buat kudap. Nak proper dinner kena tunggu balik rumah masak ok! Dok sini nak makan luar 4 kali sehari memang boleh muflis. :P
Ni haaaa I cakap tadi. kalau dalam Mall macam Doota Mall and APM mmg mahal. Nak murah beli kat tepi2 jalan. kualiti pun tak dela jahanam sgt. okay jugak. I beli boot pasal asyik jatuh2 je kan (ala alasan je lebih). sepasang 10 000 won = RM30. Boot bodoh2 murah je. takdelah leather tumit tinggi curlass sangat tu. Plus tak tahu kulit dia tu kulit apa. Okay janji selesa dan paling penting kasut tak makan kaki means tak melecet. Ahjuma yang jual boot tu kan buat tension je. We all tanya sepatah je. Igo olmaeyeyo? (How much is this?) Dia jawab Masyaallah panjang gilos. macam buat speech. dah we all blur terpinga2. We all cakap molla molla (i don't know, tak tahu) Dia cakap lagi. Habis bawak keluar boot pasal nak suruh try. Adoi, breakdown communication betui. dah beli kasut baru terus pakai. Balik rumah naik bukit tinggi berlari2 pasal selesa sangat. Ok melampau!
Ini adalah Cheonggyecheon Stream / 청계천
Sungai ini dulunya terbiar. Lepas tu government ambik alih baiki jadikan cantik macam ni. sebab malam tak nampak sangat. Tapi ade lah 2-3 couple duduk2 kat sini. Lagi satu sebab winter memang tak ramai orang la. kalau time summer, memang meriah ramai sangat orang duduk rendam kaki. kadang2 ade festival lantern la hape so lagi meriah. Bile winter tak cantik sebab air sungai dia ade yang beku. Tapi sungai ni famous. dalam drama selalu kan dorang shoot kat sini. well, kami pergi duduk 5 minit je. sebab dah lewat nak kena balik masak dinner. rendang Brahim dah memanggil2.
Meh close up sikit. Anyway how to go here? Tak susah pun kalau dari Pyoungwa Clothing Market tadi korang jalan je depan sikit pastu turun tangga ke bawah. Dah sampai. Sungai ni terletak antara Pyounghwa Clothing Market dengan Dongdaemun Shopping Complex. Kalau dari jauh pun dah boleh nampak sbb sungai ni panjang dalam 8.4km. so memang obvious.
Baiklah, rasenya dah banyak sangat melalut. Anyway we had a good day pergi Nami Island-Dongdaemun-Cheonggyechon Stream ni. Kalau rajin esok update Day 3 pula. Goodnight. Till then, Assalamualaikum :)