♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Wednesday, May 18, 2011

Takut



Mentang-mentang la orang lain ada kelas, ada exam, ada kerja semua, jd i menjadi terlalu rajin dan over excited utk update blog. i akan update blog 3x sehari, selepas makan. tapi i tak marah kalau ada yang berdoa supaya i ada fobia untuk update blog lepas ni. btw, nawaitu sebenar i adalah nak share lagu ni. i suka lagu ni. sebab lirik dia comel. mcm i la jugak. erkk, sila muntah sekarang. sekian, terima kasih. kepada orang lain, sila update blog anda banyak2 kali.

p/s: i ada gambar best. nanti i bubuh kt sini. pasal kalau nak upload pakai broadband, nanti i akan nangis, hentak2 kaki sendirian. nak pakai internet rumah tak boleh. ada orang buat lantai. i dah empat ploh empat kali kena sound dgn cina lantai pasal dah cakap jgn pijak. i pijak jugak. dia cakap sekali lagi i pijak, mmg i yang kena pijak last2. ok bye.

Sorry :)

Berapa kali nak update blog mlm ni? i sendiri pun tak tahu. i tak boleh tidur. insomnia barangkali. wah, byk la insomnia nye. walhal siang dah terlebih tidur. lepas tu minum nescafe. lepas tu mengadap laptop tak henti2.

Dah2, i nak share 1 cerita dgn korang ni. korg mesti la pernah terdelete number kwn korg. xpun korg tukar hp/number tapi tak reti2 nak save contact numbers kwn2 korg tu balik. bila si polan ni contact balik korg, mesti la tertanya2 sapa kan. ada yg lagi best tak balas terus. pasal tak tahu number sapa. sorry, wa tak layan number yang wa tak kenal. hah, cer bace cer bace...

Hari tu kan waktu kt sekolah. i tengah khusyuk marking students punya buku. tanda buku budak mesti la laju2. pasal dah bincang dlm kelas. tiba-tiba i dapat 1 mms. jeng jeng jeng...


I kan rabun. kena la zoom byk2 kali. eh, siapa ni? bila? di mana?haha. bila i tgk sender, takde dlm contact numbers pun. haha. konon-konon i ada hidden paparazzi. curlass uols. dah la number dia i tak kenal. tiba-tiba mms kan i gambar ni. i hairan. i ckp kt rasdan. dia yg gelebeh tetep lebih. siapakah dalang di sebalik kes ini? haha

lepas tu i rasa i call dia tapi tak angkat. pesal dia ni tak angkat telipun, tak nak dedahkan identiti diri ke. i mana puas hati. lepas tu i ada sms dia tanya. Err ada anta mms ke td? mana dpt gmbr tuh? siapa ni?kenal ke? <--ayat cliche giler.

Lepas tu terus dia call. i nebes2 nak angkat ke x. ah, angkat jela. tapi i angkat lambat sikit, supaya i bagi dia chance dengar calleringtone i yg paling best tuh dulu.

Me: Err hello. siapa ni? eh tadi awk ada anta mms yeh? <--tanya buat kali ke dua

Caller: Hoi, ni aku laaaa!

Me: Aku laaaa tuh siapa weh?

Caller: Abby la ngek! Yela, aku la yg hantar gmbr tu.

Me: la, kau ke. suara seksi giler (walhal tak cam langsung). Eh2, macam mana kau dpt gambar aku yg gojes tu weh?agak2 nye mase tu kt mana yeh?

Caller: Leyyyy, kan ke kite pergi OU semalam. aku kn jalan belakang kau. kau tak ingat ke?

Me: OMG! hahahahahahahaha. oh, semalam ke kite pergi OU tu. *cuba utk recall memori semalam* Ha'ah la. kiter pergi dgn lisa, nabila and abby kan. kan? kan? tgk, aku ingat la wei. (sumpah rase mcm annoying giler) haha.

Caller: ish kau niihhhhh, tu pun dah lupa ke. <--mendengus kemarahan

Me: Yeke. ala kau ni buat cuak je. tibe2 bg gmbr hot aku tu. dah la number kau xde dlm hp aku.

Caller: Wooooi melampau sey. sampai hati kau tak save number aku. siot je.xpekla <--ayat sentap

Me: errrrr...eh tak tak. kite kwn kan. kite kwn kan. save la. cume errr terdelete ritu. soriiii...

I rasa i mmg mintak pelempang dgn abby ni. walhal kwn dari foundation kot. 4 tahun kwn. selalu buat parti masak megi sama2 kt hostel dulu. wiken je kalau tak balik ziarah mid. yela, abby ni budak johor. jauh kot nak balik tetiap minggu. mid jela rumah kedua beliau. mintak tlg apa je semua dia tlg. baik sgt. dia jugak yg ajar i nak naik bus dr kl sampai raub. dah tu, waktu i jatuh longkang kt unisel dulu. sapa yg tlg bwk pergi clinic. abby ni la jugak. mmg logik la dia nak marah dan sentap dgn i.

to abby, nnt aku belanja kau makan mcd, big breakfast. tapi kau boleh ambil hash brown je. yg lain semua aku punya. haha. maaf maaf maaf! i syg u la abby! xoxo

The next time org call ke sms ke mms ke hape, kalau i tak save number, i nak buat2 kenal dulu. last sekali dah borak panjang cerita masa depan bagai baru i nak tanya siapa sebenarnya dia. boleh? dan tlg jgn mengaku korg tak save number kwn korg dlm hp canggih korg tuh. -out-

Tuesday, May 17, 2011

Birthday Boy

Hari ni hari jadi budak gemuk yg terlalu comel, si Faiz. ni waktu kecik2 nyaris2 nak menang pertandingan bayi tercomel. cuma tak daftar je waktu tu. haha. dia ni pengkritik tetap i kalau dekat rumah. i balik je mesti dia komplen i semakin gemuk. pantang nampak je i masuk dapur mesti dia jeling sambil kata "Gemuk!!!!" lepas tu halau2 i suruh keluar dari dapur pasal takut lauk habis. walhal i pergi dapur pasal nak basuh tgn sebab baru lepas korek telinga pakai jari kelingking. tu je pun. kalau i singgah pun, just tgk lauk apa bawah tudung saji. haha

So, disebabkan hari ni Hari Wesak (cuti umum kan) semua orang berada di rumah. Tapi, semua org buat2 busy sehingga tak wish pn b-day dia. tu pasal dia senyap je hari ni. ambil laptop online duduk bawah meja sorang2. sentap la tu. haha. lepas tu post kt fb status yg buat i sebak.

"hari ni ari jadi aku...x de org nk gi ape2 ke? kueh pown ke gak"

Alololololo i terus rasa bersalah. i kesian tgk dia. sebab mule2 mak janji nak sambut later. so i pun pakat dgn Ira dgn mak nak keluar beli kek untuk Faiz sambil beli brg2 Ira nak pergi matrik. Tapi kan, mak tak pandai bersekongkol. Ade ke patut mak ajak Faiz pergi sekali. dah kalau ajak pergi sekali mcm mana nak beli kek. mak jujur sungguh. mak cakap mak tak pandai berlakon. sipi2 je lagi nak kantoi. Ira terlompat2 bintang nebes pasal takut mak terbagitahu hal sebenar.

Okay, di pendek kan cerita. tadaaaaaaaaaaaaaa.....


Mula2 mak order choc indulgence. lepas tu i cancel kan tanpa pengetahuan mak. sebab lagi tergoda melihat mango delight yg lagi seksi ni.


sampai je rumah Ira dgn mak terus masuk dulu. terus nyanyi lagu hapy bday kt Faiz. faiz dah tutup2 muke dgn kusyen leopard. walhal i terkangkang2 pegang kek kt luar rumah lagi. lps tu bila suruh ambil gmbr. tgk mulut Faiz. over. ada tak sama mcm ini?

......

okay melampau!*credits to google*


Happy B-day yg ke 12. we love u!

Lepas tu waktu makan kek tanya dia, "Faiz, apesal ambik sikit sgt kek tu. Ambik la 1 slice mcm along ambik ni." *sambil pointing kat pinggan i* and guess what he replied.... "Diet la!!!!!" *sambil jeling2 i* biadap bukan? meh along iyum meh!

Kitorang jugak ada beli kan dia kids burger utk dia. tgk dlm menu mcm best je. seee, i pulak yg excited lebih2. benci diri sendiri. muahaha. lepas tu, bila balik tgk alahai cenonet punya burger. ade 4 ketul. saiz mini2. igt kan A4 size tadik. dah tu, ade la dpt free fries bentuk ABC. tapi tak cukup sampai Z pun. burger lak i rasa sekali i telan terus end of the story. lepas tu ira cakap, yela, nama pn kids burger. selera awk tak sama dgn selera kids. awk kalau bg mega mac pun tak kenyang2 lagi. haish, terus mak sentap. zzzz.

Ira susun huruf2 ni. konon2 nak mencarut. Tapi, the last letter tu, huruf I mcm dah patah. patah sebab i dah makan tangkai hujung I tu dulu. tapi i tak nak mengaku. mati2 i tuduh bapak yg patahkan. hahaha.

Aha, muka tuan tanah harus la diselitkan sekali. ni pun kira dah baik hati la ni bubuh last2. selalu mesti bubuh atas sekali. ni pic last sunday. makan dekat Sekinchan Ikan bakar dekat Sri Gombak. i dgn Rasdan suka gila ikan pari dia. ensem dan menggiurkan. i makan paling over sampai bapak ckp bila masa i suka makan ikan. ha'ah kan, selalu nya i tak makan ikan sgt. apesal tah aritu i meroyan makan ikan. sampai kentut 5 harakat. mak pula menyukai kerang masak cili. lepas tu makan dah tak pass2 kt sebelah sini. kesian T.T

p/s: i cakap kt Rasdan, i nak panggil dia Dabby lepas ni. lepas tu dia tolak mentah2 permintaan i. dia cakap panggil la dia Beedan (peliss pronunce as bidan). and i asked why? pasal baybeee Dan. so jadi la Beedan. i cakap yela Dabby tu pun Dan Hubby/ Dan Baby. Omel kan? So make it la jadi Dabby. Tapi i cakap itu masa tengah baik la. kalau tengah gaduh Dabby = Dan Vavy. aha. bye

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day

Happy Teacher's Day kepada semua guru-guru/bakal2 guru/bekas2 guru sekalian. Mendidik itu bukan yang mudah. Once you be a teacher, the title is forever. And i would like to say a million thanks to my beloved Mum, Pn Kamsiah Bt Zainuddin. You inspired me to be in this teaching field. And, for the first time I dapat byk ucapan wishing selamat hari guru via fb and sms. thanks semua. terharu.

Dan paling best, i receive ucapan selamat hari guru buat pertama kali adalah semalam. when i was on the way to kl dgn rasdan nak jumpa my family kt sogo. so, tibe2 my phone received 1 new message kan.

"Cikgu Izati, "Selamat Haru Guru Saya Ucapkan". Ni lyana cikgu ingat saya? saya rindu cikgu. terima kasih ajar sya BI dgn PJK. cikgu sihat?cikgu skrg mengajar disekolah mane? maaf la cikgu sya tak dapay nak bg hadiah just dpt bg ucapan."

Ohoho lyana syg, ur wish tu dah more than enough. lyana ni tersgt la baik. hormat cikgu dan sgt2 la rajin. dia selalu dtg kt meja i tanya soalan BI. and i miss u too syg. rindu nak bual2 dgn kamu bila cikgu relief kelas kamu. cikgu doakan kamu berjaya dunia akhirat ye :)

ade jugak ex students i yang tanya "teacher, are you coming to school tomorrow?we miss u. we want to meet u. are you coming back to teach us?" and i replied No. and she said, teacher i will pray and pray you coming back to this school. okay, mase ni mmg i rasa nak nangis. aha. over bukan? Okay, skrg sy rindu SMK Taman Ehsan. haha. jum nyayi lagu Kami Guru Malaysia teng teng teng. Berikrar dan berjanji..menabur bakti dan jasa untuk negara kita. aha. maaf kalau salah lirik. okay bye -out-

Wednesday, May 11, 2011

Seoul Garden

The first time i dtg sini waktu hari raya kedua waktu CNY. boleh refer sini balik. so, this time i bwk Ira yang terlalu into the korean wave.

meh kita bakor meh

kasihani lah insan ini. terkangkang2 pegang chopstick terbabit :p

nampak tak gelas air kosong kan. waktu ni dah refill air 4 kali dah. giler buruk perangai.

Ira yang berlakon tidak menyukai seoul garden pada mulanya tetapi apabila tiba di sini lantas menjadi paling excited. semua orang gerun melihat kelibat beliau di sini :P

kimchi. i kurang gemar.

eh, tetiba i rasa comel dlm gmbr ni. ni yg nak make this picture as profile picture on fb ni. yang lain kalau nak keji, takpe. i phm.

best bwk budak ni. i tak payah buat senaman punggung, bangun duduk. amek bebola ke, ayam ke, aiskrim ke, mee ke refill air ke semua suruh dia ambil kan. dia tak leh bantah pasal i yg belanja. nnt i ungkit. lol

tgk la sup tomyam kami. sipi2 nak melimpah. pastu time bakar2 letop2 hah, mule la jerit2 manja. nampak sgt jarang memasak.

Ira biadap. dia cakap dia keluar dgn ibu mengandung. sekian, terima kasih.

Kitorang main tarik2 seluar. eh tak. main lawan2 bakar2 cendawan.

gambar ini i tujukan kepada rasdan. pasal beliau sgt iri hati atas pemergian i ke sini tanpa beliau di sisi. lepas tu buat status kt fb 'kempunan...' haha. apa lagi, cepat stalk page dia skrg!

seoul garden yang ohsem.

Gadis dan bunga. eh tak. gadis penjual mee.

Pantas giler tangan Ira ni. selaju kincir angin. errr motif?

Ira komplen. duduk belakang cashier asyik kena tendang je dari belakang. makna nya dia suruh berambus la tuh. dah dok 18 jam tak nak balik2 kan.

Muke tensi pasal bakor sotong berjam2.

Ira gigih ambil 5 scoop aiskrim. coklat, strawberi, derian, epal and lg 1 choc chip yg hidden.

Nyum2. wpon bekas yg digunekan seperti bekas eskrim walls je kan.

Sebelum pulang, singgah dulu kt rumah. sebab aritu lupe nak tutup paip air. *berdoa agar bil air di bwh RM20*

Berseronok kat OU. heaven giler pasal weekdays tak de org sgt pun. tak rebut parking. tak jam time nak masuk seoul garden. kalau pergi weekend, mak aih. kau buat la 1 barisan lurus di hadapan pintu masuk seoul garden sambil menelan air liur melihat orang lain makan di dalam.

Lepas tu singgah rumah, tutup paip air sinki. wahaha. boleh lupe nak tutup. rehat kejap kt rumah dan terus memecut ke selayang mall. pasal nak tempah baju raya. wah, awal gila. a'ah tahun ni tema baju i pepel. yela sebab 4 pasang kain yg i tempah sume kaler pepel. melampau bukan. lepas tu i cakap kt ira tekak i kering giler. jum la pergi sushi king. lepas tu ira cakap hei! orang tengah lapar nak makan sushi pulak! And i sumpah terkejut. tak sangka dia lapar balik dalam sekelip mata. last2 i bwk pergi makan ice cream roti yg tak hensem langsung kt paparich :P

Saturday, May 7, 2011

Get Well Soon

Lidah rasdan hampir putus. eh tak, sebenarnya ada ulser je kt bawah lidah dia. Cakap tak boleh angkat lidah sgt. bunyi pelat2. so ni la masa nak tease dia banyak2 kali dlm sehari. Tehee. Tapi, i tetap kesiankan dia. jadi i pun singgah la farmasi nak beli kan dia oral aid.

Rasdan: Fawak aa wolet shaye nie. fawak hurun tekali. shaye uduk alam tereta je. idah takit. *lidah sakit so tak boleh jalan byk2*

Me: Eh, tak payah. oral aid singgit lebih je. takpe, RM5 ni terlebih cukup. -dgn nada yg bongkak-

So i pun menyusun langkah lantas memasuki farmasi. Sekali masa nak bayar hambik, RM6. Dah tak cukup singgit. mcm mana ni? Takkan nak share topap RM1 kt akak tuh. Lantas i pun cepat2 lari2 bwk baton rumah biru pergi balik kt kereta.

Rasdan: Ithu lha. kn shaye dah khahe (kata) adi (tadi). fawak he hemua nhi (bawak je semua ni)-sambil hulur wallet through window-

Me: Haha. takpe. sy nak RM1 je pun. -masih bongkak lagi-

Setelah pembayaran diterima. so i pn masuk kereta balik sambil menyerahkan oral aid pada Rasdan.

Rasdan: Hahaha. hukop her wuwet adi?-dgn nada perli-perlian-

Me: Ala dulu sy beli RM1.50 je. siap order 10 tau. beli untuk Nana pasal dia baru2 pakai braces, mulut penuh ulser. tp lidah dia tak putus. -cuba nak sakitkan hati dan balik-

Rasdan: Hahaha!fadan uke. vehagak angat adi. Hahaha

Me: ............................-sakit hati-

Rasdan: Hahahahaha

Me: Hom mahin 'tongue twister' hom! Hom la hawak!

Rasdan: Venciiiiiiiiii.........!!!!!!!!!!!!

Haha. get well soon dear. :)

Friday, May 6, 2011

Delicious!

At first nak pergi ice skate dekat sunway pyramid. weekdays kan murah sikit dari weekend. RM 15 each instead of RM20. ini harga non member la. tapi, tu belum kira sewa gloves RM8, locker RM2 and socks RM5. Plus, Rasdan said main dua orang je tak best langsung. bila fikir balik, he's right. nanti sorg jatuh terkangkang, sorang tolong gelak. lepas tu yang terkangkang tuh sakit hati mesti nak balas balik. dan yang jatuh terkangkang tuh sah2 la i kan.

So both of off to OU. at first craving giler vavi nak makan seoul garden. tapi nak simpan pasal dah janji dgn my sister nak bawak dia pergi menelan kimchi secara berjemaah before dia pergi matrik ni. So, last2 end up dgn Delicious.

Preggy mum. wah~ :P

Maaf maaf maaf! Gambar ni sedikit blur. I tak edit gune photoscape, photoshop atau potostat. Jauh sekali menggunakan nikon atau polaroid. Blur pasal ada air pada phone camera. yela, waktu makan semadikan handphone atas meja. mmg la basah.

Berlagak comel mcm dlm kartun stawberry shortcake.

Rasdan had Hainanese Chicken Chop dgn hearty tomato sause. Sgt elok la untuk orang yang ade ulser kt bwh lidah. mmg tak pedas. so menjamin tak kan putus lidah tuh. tapi, serious sedap!

I had Carbonara Spaghettini dgn wild mushroom, beef bacon, oregano and cream. Frankly speaking, mula2 makan sedap. lepas tu dah mula rasa muak. pasal dia mcm berlemak jugak la.

Frosty Lychee Tea. Not bad la :P

Okay, yang ni tiada dalam menu.

Buat buat muka innocent pasal i ugut nak botak kan kepala dia.

Okay, gambar yang tak related. tapi gigih nak upload jugak. Rasa mcm nak tembak i tak?

Tembak mcm ni boleh?-ini adalah bekas ahli plkn yang lari dr kem; ini kisah benar-


I kurang gemar pasta2 kt sini. tapi, i rasa dia punya dessert mesti curlass uols. Anyway, decoration kedai simple je. I suka. I rasa mcm makan kt dapur Ikea pn ada :P

nah, website. sila la layari kalau nak berkunjung ke sini. and boleh dpt dessert free setiap Isnin-Khamis dari pukul 3-6 pm. while stock lasts. so i bagi 2.5 je dari 5 bintang.

and if u guys ada restoran/kedai makan yang best. tak kisah la kt mana2. i amat alu-alukan untuk share dgn i. skrg dah terjawab kan kenapa i gemuk melidi. bukan kurus gedempol lagi. -out-

p/s: skrg i paranoid nak bukak fesbuk lama2. pasal kang mesti ada student suruh i main game ninja saga. i redha je. kalau main game cari hidden object ke, farmville ke, sally salon ke i teruja la. T.T *guru yang tertekan; signing off*

Tuesday, May 3, 2011

Al-Rawsya Part II

Okay, setelah membayar bil broadband baru la dia tidak busuk hati lagi. laju je nak bubuh gambar kt sini. i tak suruh pun bukak fesbuk mahupun blog, tiba2 je dia bukak sendiri. haha. tak, i tipu jek. semalan i dah ceraikan dia. skrg meh kawan dgn i balik meh. dah2, terus kepada gambar2 yang i janjikan. :P


Nampak tak portion untuk orang kurus melidi mcm sy? sila kagum~

di makan bersama nasi terbabit. igtkan biskut tiger version kelisa. pasal terlalu kecik dan comel. tapi bukan. :P

Air yang glam kaler kuning tu namanya air tak nak kalah. eh tak! maksud i, napoleon. and rasdan had istak. yg dlm botol hijau. i kurang gemar sgt. tp boleh la kalau takat nak minum sebotol dua :P

I terasa ingin menggomol dan berkapel dgn kebab ini. sangat sedap. :P

No camera please...!! Bapak berlagak diva saat ini.

My b-day cake. tapi i sendiri yg pergi beli. sumpah sedih kan? haha. anyway i suka yang tampal kt tepi2 kek tu. ala-ala macaroons. tp bila expose lama2 kt luar, masuk angin.

Teh Arab. Tapi rasa mint2 sikit.
Exterior view

Okay, i rasa dah cukup takat didih. so, sampai sini ajelah. later i update lagi. lagi gigih update file untuk hanta pada miss Thina esok hari. lagi 10% je nak siap. Insyaallah akan cuba habiskan malam ini jugak. as salam -signing off-

Al-Rawsya Part 1

Okay. Entry kali ni pasal makan2. tiada niat lain. hanya sekadar ingin berkongsi. :P

Restoran pilihan i adalah al-rawsya dekat kampung pandan. This is more to Lebanese food. Ala-ala makanan Arab gitu. The best part is, I call and reserved atas nama i la kan, Nur Izzati. Lepas tu, bila sampai and check dah jadi Nur Azmi. Jauh punggung dari api occay.

Disebabkan mereka kelihatan pink. so i anggap jela mereka ni ahli puteri Islam.


Namakan benda yang berwarna hijau dan bernilai? Batu zamrud! Duit RM5! Alam semula jadi! dan spritzer! :P

Hah, yang ni no komen. Picture paints thousand words!

kurang cahaya di sini. harap maaf.

Meh kite berkenalan dgn si kacak ni ni meh.

Sebenarnya ada lagi gambar lain yang i nak upload. tapi broadband lambat pulak. takde rezeki la tuh. takpe2, nanti i bubuh al-rawsya part 2 pulak yeh.

Btw, I suka decoration kedai dia. service pun okay. perut i pun okay. aha. so, i kasik la 4/5 bintang. bukan binatang.

So, i highly recommend kan restoran Al-Rawsya ni kt korg semua. bawak la family, friends atau pun bf/gf anda ke sini. For more details, u guys boleh la layari website dia. Boleh la usha2 menu dia. pasal dah sampai lepas tu tak tahu nak order apa.

Plus, Al-rawsha ni ada drive thru service. kalah mcd okay. and dia jugak ade delivery service. tapi agak2 la. dah kalau korg dok johor ke langkawi ke agak payah la nak hantar. Al-rawsha juga dibuka 24/7. mmg tak pernah tutup. Hah, lagi satu i suka bila bukak website dia ada lagu arab. suka suka suka! Eh, excited lebih lagi boleh? ibarat mahu melempang diri sendiri. ok bye!

p/s: Ehem2. test 1 2 3 . aha. i nak cakap sikit. takde masalah nak bagi pendapat. tapi tak perlu la mesti beremosi. mesti nak ambil yang negatif je. ambik la the other side, yg positif. i admit, u mmg bagus dlm menulis sesuatu issue. i admit, setiap kali u post entry baru, i mesti rajin nak baca. i suka blog u. tapi, tak kan la mamak yang banyak bulu tak shave pun nak pening2 kan kepala sendiri. tak related dgn kite pun. nanti blogwalking, lepas tu rasa tak gembira dgn post org tu. buat entry baru cakap itu ini pasal org tu. learn to be positif. kalau semua benda nak bg pendapat susah la. fikir balik, kiter buat blog untuk apa. untuk bg pendapat? untuk stalk org? utk share apa2? mmg bukan semua menda kena di mata kita. tapi if nak bg kritikan, bg yang membina okay? if rasa org tuh salah, bagi tahu la dia apa salah dia personally. jgn la buat orang lain kurang senang utk berblog. i mintak maaf kalau ada yang terasa. i cakap sebab i syg u. if u nak buat post pasal i, nak bg pendapat pasal i, sila kan. i tak kan cakap apa2. apa2 pun, sama2 la kite belajar untuk menjadi positif. head up and chill okay dear? ;)

Sunday, May 1, 2011

Secangkir Madu Merah..!!

Wahh, tajuk tak nak kalah. eh, haruslah uols. haha. xde2, yang sebenarnya tajuk tu langsung takde kena mengena dgn post i kali ni. sekadar lagu dangdut faveret i jek. kira lagu wajib i waktu karaoke je.

I ingin berkongsi perasaan dgn uols. eh, tibe2 jek* apakah? haha. i nak cakap yg i dah habis practical. *jumping up high sambil touch ceiling. jap2 tinggi benor i nak touch2 and go2 the ceiling ni* haha. baru sehari balik rumah i dah rasa bosan yg amat.

Tulah, time tak cuti hari2 kena pi sekolah dok bising2. penat. lapar. ngantok. skrg dah habis practical duduk rumah asyik buat kubu British atas katil sambil tutup mata je sampai dah lebam dah mata. eh tak! sampai tumbuh ketumbit kt mata sebelah kanan i. bapak fitnah i. dia cakap i selalu intai Faiz Moringe tuh berak. pasal tu tumbuh ketumbit kt mata.

I dah mula rasa bosan. bosan sgt sampai tibe2 i tergoreng sosej. sosej je kot. mak sumpah terharu tgk. sipi2 nak mengalirkan air mata. hua hua. I bosan pasal i dah xde game nak main. sume dah habis main. lepas tu baby Mok i takde kt raub. i balik raub, dia lari kl. sobs sobs.

I nyesal tak ikut dia dgn mak dia pi rumah abg dia. boleh main timang2 dgn anak2 sedara dia. lepas tu dia bg sms sentap ckp kalau i ade kt selayang boleh dtg rumah i. bwk anak2 sedara dia main swimming pool. lepas tu i reply anak kel*ng dekat dia. terus tak balas da pasal mmg betul pn kan. haha.

Eh kejap2. cop2. Apesal i gembira2 sgt ni. Tibe2 i teringat rekod file i tak update lg. journal dah habis taip lg. eh eh perasan mcm dah takde langsung nak buat. ayuh! mari ke dapur utk memasak spaghetti carbonara. eh, tibe2 jek* okay bye!

p/s: wpon i tak glamour,tp i tetap tabah nak cakap jugak. gmbr i tersiar dlm paper utusan. tp bukan hari ini mahupun semalam nye. tp hari jumaat. celah mana uols kena cari la. tu pun kalau paper tu korg tak jual kt apek jual tilam lagi. :P