♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Saturday, March 19, 2011

Bengkel Pengurusan Jenazah

Hai. I janji I nak update pasal bengkel pengurusan jenazah. okay, here we go!

Mula2 tunjuk video, Malam Pertama. best sgt. eh, jgn pikir bukan2. Malam Pertama Di Alam Kubur. Wpon dlm bahasa indon, tapi ade students yg menangis. mmg menginsafkan. i takut waktu yg ade org buat kajian pasal bunyi dlm bumi. dia pasang la alat dlm tanah rasanya. something like that la. lepas tu dia dpt kesan bunyi org menjerit, menangis. tp suara tu jauh sgt. mungkin suara2 org yg diseksa dlm kubur. lepas tu dia tunjuk 1 mayat ni. rupa dia nauzubillah. sebab masa dia hidup dia tak tutup aurat.

Sejujurnya, banyak i yg dapat pelajari dr bengkel ni. bak kata ustazah tu, Kita kena selalu ingat mati. Bila2 je ajal kite datang. Kite rasa kita hidup sampai 60 tahun. Takpe, masih banyak masa nak bertaubat. masih sempat nak enjoy. tp, mcm mana kalau ajal kita sbnrnya pada usia 27tahun? masih sempat ke kita nak bertaubat? wahh dah mcm apa je i ni. xpe, ini pesanan utk kita bersama. okay, dah2. jum tgk gmbr!

comel gila tgk ustazah ni. nampak kecik tp anak dah 5. i dah la duduk kt blkg budak2 puteri islam ni. lepas tu ustazah ni ckp, "Sapa lg adik2 yg belum cuba jahit?" and she pointed at me. and one of the teacher said, "Dia tu cikgu." and the ustazah replied, "Ya Allah, umur berapa dah jadi cikgu?kecik sgt." sbnrnya i kalau duduk nampak kecik dan omel. i tak nafikan. tp cer suh i diri. mesti dia kata i ini ibu yg mengandung kembar siam.

okay da siap! =)


jadi mari kita mandikan 'model jenazah' pulak.

...






....


model jenazah ni malu nak mandi. 5-6 kali dia bangun lepas tu gelak2.

waktu ni ustazah tuduh model tak mandi pagi. pasal waktu sabun kan dia, ade byk daki. tu nasib baik bukan i yg jadi model. kang bukan daki je. selulit i pn dpt dikenalpasti. malu2. hoho.

ni budak laki nya group. waktu ni da siap kapan. tinggal tengah nak sembahyangkn model jenazah dorg je.

ade lg a few pictures. ini je yang dapat diluluskan. ada gmbr model jenazah perempuan tengah mandi. xboleh2. seksi. and ade jugak gmbr model jenazah lelaki yg telah dikafankan. tp errr i dahla sensorg ni. next time la yeh?huuuu~

btw, i dah kt kl. get readi for the bengkel peng-kurus-an badan besok. haha. i ngantok giler skrg. rasa nak tidur jek. pasal pukul 6.40 i dah gerak pergi uniten. teman babang nak pergi test agama. pasal dia lelah. setiap kali dia batuk, i risau gila pasal dia. yg best, babang test kt library. i kena kurung dlm kereta. dekat 2 jam jugak. bila babang dah habis test, i ckp kt dia i lelah. terus kena sepak dgn dia. pasal dia sentap. sebagai balasan, i tgk hot balloon fiesta secara drive-thru je. tgk dr dlm kete. sumpah sedih!

Dah la i sorg2 kt hotel ni. tibe2 i rasa jus gaster telah merembeskan asid amino. i rasa lapar. tulah, sape suh tak nak ikut bapak pergi makan td. T.T

next update: pasal sotong kurita yg ade syndrom down! -signing off-

Wednesday, March 16, 2011

Beras.

Tajuk mcm karangan upsr je. kalaulah aku sebutir beras dot dot dot. sila abaikan. terus kepada sari berita penting.

Sejak i balik rumah i asyik bertapa dlm rumah je. so semalam i dipaksa untuk pergi beli beras. pasal bapak ckp i paling kuat makan kt rumah ni, so i yang kena pergi beli beras kt tunas manja. okay sgt sentap mendengar jawapan jujur bapak. ala muslihat tersembunyinya adalah bapak malas nak pergi kedai. tett!


Motif i mengambil gmbr plastik beras adalah supaya i tak lupa. i kan jenis amalkan makan 2 ekor semut selepas subuh. maka sebab tu i selalu lupa. sebab tu biology spm i dpt... i xnk ckp. sumpah sedih! eh?

Dah sudah beli beras, kaki i kan panjang mcm penguin. opss! okay tak. maksud i apa lagi, mesti la nak pergi makan. so since secret recipe dah bukak kt raub, i pun gatal jubor nak pergi sana. sapa tahan kalau tiap kali lalu bandar, i mesti nampak dia. dah tu, semalam Ira dok ajak I pergi sana. dah haku ni tgk dia mcm kek berunsur pecan je ke?mana boleh. i pun mesti la nak rogol sama2 sekali.

I paksa Ira suh makan kek sambil bulatkan mata sambil senyum nmpk sebatang gigi je. tp ini la hasilnya. i ckp direct kt dia. Dia ni tak best langsung. terus sentap. tak nak offer dah kek dia. biadap kan budak ni.

I tahu. xpyh nak ckp balik kt i. hodoh. haha. i nak buat peace. tp nyaris2 nak tercucuk mata. tu yang tergeget lidah tuh. yela, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula new york cheese cake. eh?

i order chicken parmigiana. i siap ckp kt akak tu, akak, chicken sy Per-Gi-Ma-Na? pasal 8 tahun kot i tunggu kehadiran 'cahaya mata' i ni. rasa dia xla sebest mana. antara menu yg akan i black list. ini la yg org tua kata indah nama dari rasa. pastu i rasa tomato yg i tanam kt farmville jauh lg besar dr yg ni. tp well, kesudahannya habis jugak. pasal i lapar la!

Okay gmbr ni xde kena mengena. Tp i nk bubuh jugak. blog i, suka hati i la. nak letak gmbr bogel waktu i baby ke. gmbr dan tengah stim ke wahh, ayat. berlagak gila. xpe, pasni kalau ada yg nak anta i pergi kelas sivik dan moral, i tadah je. muahaha. i rindu kt dia. i panggil dia belacan. dia panggil i balaci. belacan dan balaci. 2-2 anak kel. btw kan korg2, i rasa pipi i dah ada muscle la. cer tgk! cer tgk! target i, six pack kt pipi! mampu?

Lepas i balik dr gembira2 semalam, i kena marah dgn bapak. pasal i salah beli beras. i beli beras 5kg. bapak suh beli 10kg. tp seingat i, dia tak cakap berapa kilo pun. i pun beli jela yg paling ringan. balik mula2 semalam dah bangga dah ni. sekali salah pulak. i tadah je telinga dpt ceramah motivasi for freeee. tsk tsk. dah tu i pesan kt bapak next time kalau nak suh beli beras tlg bg description yg specific. kalau boleh bgtahu sekali nak berapa butir dlm sekampit beras tu. sure dah xsalah. papepun, pasni i tak mau dah makan nasi! <--tolonggglah percaya.

p/s: next update pasal bengkel pengurusan jenazah. :P

Saturday, March 12, 2011

Gemuk. Kau Mampu?

Memula rasa malas gila nak update blog. lepas tu rasa mcm nak update la pulak. dah nampak kan betapa gedik nye teacher zaty ni kan. xcukop gedik pakai heels setinggi boleh, jalan dengan bongkak keluar dari bilik guru. dan2 boleh tersampuk lalu jatuh terduduk dan bersimpuh di atas simen. nasib tiada guru dan murid lain yg terlihat aksi 'panas' terbabit. selain nabila yg telah mengucap panjang dan pak mahat yg ketawa berdekah2 melihat babak yang menyedihkan itu.

Okay abaikan introduction di atas. sebenarnya nak cerita i dah kt Raub. home sweet home! yela, skrg kan cuti sekolah. cikgu harusla balik kampung. feeling great to be at home with my dearest family. semalam i sampai rumah pn dah lewat. dlm pukul 10 lebih. sampai rumah i terus tidur pasal badan sangat penat. dgn period pain lagi. i nak borak pn, my mum dah tidur. so i pun tidur la jugak kan. lepas tu, dlm pukul 2 pagi, my mum bangun kejutkan i. semata2 utk bergosip dgn dia. i yg baru lepas mimpi basah dan mamai2 pn layankan je my mum.

i wonder la apa gosip yg best sgt tuh sampai sanggup kejutkan i memalam buta nih. rupanya dia just nak bgtahu yg dia da daftarkan i utk pergi bengkel kemahiran hidup. eh tak, maksud i, bengkel dgn doctor apa tah. tp yg pasti pasal nak kurus ni la. n berkaitan dgn hormon2 la jugak. walaupun pada mulanya i tak rela, sebab i baru je plan nak pergi food hunting ahad depan. sobs sobs.

tp nawaitu terbabit terpaksa dibatalkan sebab i kena pergi bengkel tu. wpun pada mulanya sebak di dada tp my mum ckp dia pun pergi sekali sebagai peneman. =)

I teringat dulu waktu i muda2 dan bergetah lagi, i tersgt la kurus. tak caya. tgk gmbr ni.

disebabkan tatkala ini sedang kurus, harusla membuat muka innocent walhal perangai sebenar mcm puaka :P

Before this, orang asyik cakap kurus nya dia. kecik nya badan. ala, kenapa la tak besar2 ni. tak cukup zat budak ni. n bla bla bla.

So, masuk unisel i makan byk giler. dan i mengamalkan dasar tutup mata selepas makan. selain tiap kali kuar dgn Rasdan mesti cari food. maka, bila i dah berubah menjadi hamster yg gemuk (okay, perasan comel dah ni ;p) orang asyik cakap Ya Allah zaty! gemuk giler kau. Bahagia sgt ke? Makan apa jadi sihat sgt ni? Gemuk sungguh, perut buncit, lengan besar. n bla bla bla

I pun jadi confuse. Jadi kurus salah. Jadi gemuk pun salah. Jadi kurus orang tegur. Jadi gemuk pun orang kutuk. so, i dah malas nak bother sgt apa org nak kata. Alhamdulillah, i bersyukur dan bahagia dengan hidup i sekarang. I tak kisah kalau nak perli2 ke apa. I pun tak boleh nak tutup mulut orang. pasal setiap orang ade kebebasan utk bersuara. kite kena hormati hak orang lain utk bersuara. tapi, harus kita ingat. sebelum nak ckp apa2, kita kena fikir dulu. supaya apa yg kita ucapkan tidak mengguris hati dan perasaan orang lain. kita pn kena hormati perasaan orang lain. sebab sensitiviti orang lain perlu di jaga. ini peringatan kepada diri sendiri juga :P

Tapi, bila fikir on the other side. mereka ini sebenarnya concern pasal i. at least they noticed pasal perubahan pada diri i. thank you for noticing, peole. i really appreciate it. good night. as salam ;)

Monday, March 7, 2011

hujung minggu yang bermakna

Hey yo! pergh biadap sungguh budak ni. xreti bg salam ke?

Assalamualaikum. =)

i ni tengah pakai mask (harus la nak mention kt velog kann) tetap tabah meng-update blog. ni antara nampak dengan tak nampak je. pasal i tertepek mask sipi2 nak tutup mata. sipi2 je mata i nak buta. lg 1, dah pakai mask xboleh nak ckp byk. nnt mask senget. tp jiwa memberontak nak berkata2 so terpaksa la post entry baru kt blog eleh walhal iri hati pasal org lain asyik update blog. kau je zaty pemalas nauzubillah ok!

okay fine! i sebenarnya dari hari tu lagi nak cerita. ha cecite cecite! last week i balik rumah. guess what? hari tu kan i bising2 ckp kt bapak kn best kalau boleh bela arnab. n my student nyaris dah nak terbagi arnab dia kt i. so check it out;

Waktu first i balik i terkejut kot. pondok apa ni. kot2 adik i yg pompuan, Ira kan mmg suka pulau kan diri sendiri. kot2 la bapak buat pondok bg Ira dok sensorang kt blkg rumah kan. sumpah sedih!

Tapi bila i terjah lagi. see, i jumpa apa. i pn terus la nak beramah tamah dgn mereka. tp 2 ekor sumpah bongkak. kekwat giler! dah tu demand pulak kan. i dgn rendah diri dan hati yg murni hulurkan kangkung. dia buat dek je. xmakan kangkung la konon. kang i bg kangkung masak belacan kang. kau mampu nak makan?

ni konon2 close up la kan. sekali da ambik gmbr, kepala geliga i ni terhantuk kt tiang rumah depa ni kot. terus hilang sabar. terus masuk rumah. terus bukak tudung saji. errr motif?

hah, ini pak cik jual tong gas dtg ziarah. kesian muka pak cik ni. sadis je.

dan semangat giler main tarik2 telinga arnab nie. tp bila dan kasik dia lobak merah, bukan main laju je dia sambar. i pun terasa hati lalu i cucuk2 badan depa pakai kunci kereta dan. terus kena marah dgn dan pasal kijam sgt.

lantai rumah dorg basah pasal dia g sepak bekas air minum dia. sgt biadap. nasib masih comel. geram2. tgk la. minggu ni da start cuti sekolah. i balik nnt,meh lempang sikit nak?

Okay, gmbr ni waktu dan nak anta i balik selayang semula. i simpan anak tudung dlm handbag. pasal lupe nak bubuh dlm beg beroda. so, dan amek pakai kt kepala. kurang ajar kan budak gemuk ni? dah la driving sambil pejam mata. :P

okay, after dan hantar i balik. terus i capai kunci kereta. start enjin. pergi beronggeng dengan kekasih2 saya. konon2 nak sambut bday hana (yg korg rasa dia nmpk pepel, itu la hana). then, lepas makan, end up dgn karok 2 jam xkeluar2. sampai tutup dah mall baru kau terhegeh2 nak cari jalan keluar.

Okay thats all for last weekend punya report. esk sekolah (again?huh!). pejam celik da bulan march rupa nya. lg sebulan je duduk sekolah. hoyeh! wish me luck supaya tidak kena buli lagi selain membuat fail disiplin dan membuat hamper ok. errr i harus bukak mask i skrg. sebelum i tertidur sambil taip lesson plan. okay, melampau betul. okay bye! tamat sudah.