♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Saturday, February 19, 2011

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

The title bunyi mcm best je. yg lain doctor, lawyer, majistret, ahli muzik jgn kecil hati ye. jadi guru ni selalu disanjung. aha. kalau x, xkn la ade hari guru bukan? xpernah dgr la pulak dgr hari office boy sedunia kan? ini la untung nya jd cikgu. nnt dekat2 bulan Mei kena la buat2 baik dgn students. dgn harapan 16 mei nnt dpt byk hadiah. busuk hati lg boleh? okay dah2. mari lihat sebab2 kenapa kena kahwin dgn seorang guru. ;P

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?


*copied from facebook* credits to hanif khair =p


Bg yg lelaki skrg baru sedar yg gf/ tunang anda bukan seorang guru? sila ceraikan. pergi dapatkan seorang guru/ bakal guru/ yg related dgn education field. ahaks ;)

Friday, February 18, 2011

Happy Bday To My Mum

Happy Birthday To My Beloved Mom! Puan Kamsiah Bt Zainuddin. Haish, full name tuh. along syg mak sgt2. semoga dimurahkan rezeki, dipnjgkan umur dan dikurniakan kesihatan yg baik =)

and td my dad called. tnya kt mana nak celebrate my mum's b-day. seriously, xtahu nak celebrate kt mana. any idea? dorang datang this sunday. my dad suruh i cari tempat. grrrr!

So, i booked bumbu desa.haha.my dad ckp kalau tibe2 xjd ahad ni, i pay. grrrr! motif?

huish, da pukul 1. rini jumaat. sekolah masuk 2.30. kena pergi awal pasal nak amik baju dobi. yelah, kedai dobi depan sekolah. kang students nampak pulak haish, teacher ni suka mrh2. tp xsuka basuh baju. hah, mcm mane tuh :P

p/s: btw, u guys can check kedai ini if u want to. kot2 pernah pergi. if pernah, do let me know. i nak tahu jugak apa yg best dan apa yg tak best! plus, apa yeh nak buat surprise for my mum? kena pakat dgn bapak ni. hehe papai!

Tuesday, February 15, 2011

Rasdan's B-day @ Garden Lifestyle Store And Cafe

Hi everyone. I had a great day celebrating Rasdan's b-day. So, this morning walaupun terasa malas nak jemput dia kt bangi tp sebab b-day boy kan so tabah la drive ke sana. so, both of us heading up pergi OU. he said nak makan seoul garden (again!!). i was like, kn baru je pergi makan. dia ckp kt situ boleh makan sampai kenyang. act, i dah plan dalam kepala hotak ni. nak pergi mkn kt garden lifestyle store and cafe. atau nama pendek mcm i, garden cafe. nah have a look kt gmbr2 sengal kitorg ni.....


konon2 terharu la dpt b-day card.

i suka decoration tmpt ni. =)

ice lemon tea. price rm5.90

we called the thing as mini jug..

he said i nmpk kurus dlm gmbr ni jela kan. mungkin lepas ni setiap kali amik gmbr, i kena duduk dlm posisi cenggini supaya dpt mengaburi otot2 dan lemak2 yg tersembul tu kan :P

cantik bukan? tmpt ni sesuai if nak celebrate bday dan anniversary

i had chicken terriyaki. price rm18.90

Dan had tandoori pita. buka pita rakaman ye rakan2. price; Rm 13.90

muke cam xsabar je nak rogol makanan tuh. hee.

eceh, dan pn sama. sepantas kilat terus meragut garpu lalu mkn tanpa mempedulikan saya.

ini kali terakhir nak makan beradap dan mengadap each other.

lepas tu, tibe2 waiter dtg kasik dia kek. bila dia nmpk je the cake is coming dia mencarut.
Babi! Ade kek la pulak. I xsalahkn dia mahu pun babi. sebab setahu i, kt kedai ni pork free. bukan babi percuma ye :D

ini la cover depan majalah pengantin bulan ini. sila semak di koperasi sekolah.

Lg 1 kali amik ye! haha. terima kasih waiter yg offerkn diri nak tlg amek kn gmbr kami.

pineapple tango. sumpah boleh mkn sampai inzal!

cake ni free of charge. tq garden cafe

sgt excited dpt kek kecil dgn motif corak2 bunga dan butterfly di atas pinggan.

omel2. meh gomol sikit!

tak tau apa motif amik gmbr tp nak kaber tetep dia yg rata itu.

happy bday babang. lebius la tambi!

dgn sopan santun lemah gulai dia makan kek ni. kata nya syg nak mkn. cuber kalau bukan kek bday dia, sekali harung je dia masuk mulut. hilang tanpa meninggalkan kesan yo!

pasai apa pulak gmbr pineapple tango ni nak interprem 2 kali.

mase ni belum tumbuh gigi lagi, agagagagagaga. (konon2 nak agah baby la ni)

da tumbuh da gigi dia. aucakkk!

i ingatkan rini ade pianist. i plan nak suh dia mainkan bday song tok dan. tp available on weekend je. tp nasib baik dpt cake free. one day, tak teragak2 nak dtg sini lg. such a great moments to be remember =)

For those yang sekali sekala teringin nak pergi, nah tgk la website dia dulu. click sini okay. meh nak review sikit. some say food portion dia sgt sikit. tp to me, rasa nya da okay. sebab i tak mkn for the whole day. so mkn kt sini alhamdulillah kenyang dan tak makan sampai ke mlm. the price ok la. sekali sekala boleh la. and if pergi for the 1st time, better try food yg recommended by the chef dlm menu tu. sebab ade certain yg ckp bukan semua dishes dia sedap. so if xnk rasa membazir, i suggest try la chicken terriyaki. i dah jatuh hati dgn sauce dia. tp, dia punya service sgt2 la best. suasana garden dia betul2 buat both of us rasa langsung tak nak bergaduh.

i nak bg rate:

food 3.5 bintang ( ni kalau pointer da dean list da ni)
service 4 bintang
kebersihan 4 bintang

so, tggu apa lg? cpt la pergi!

so nak bg ucapan sikit buat rasdan;

Dear Rasdan, Happy bday to u. semoga pnjg umur, dimurahkan rezeki. sem ni kena kerja kuat sikit. yayang tahu babang boleh! lepas tu, semoga kite bahagia selalu. sedar tak sedar dah nak hampir 3 tahun kiter berkawan dan kenal hati budi masing2. bertuah rasa dpt kenal kamu. dan paling penting, sama2 la tingkatkan iman! amin =)

Tiba2 blog i tmpt curahan kasih sayang pulak. okay2, enuf for today. dah tak larat sgt ni. esk sekolah. Lesson plan tak tau la jadi apa. gudnite semua. as salam

p/s: i teringin nak pergi kedai sepupu garden cafe ni. nama dia full house. i kena check dulu halal ke x. ade yg kata service mcm haram. btw, u guys can click here if nak tgk.

Monday, February 14, 2011

Empat Belas Februari

Haha, tajuk tak boleh blah kan. bukan nak cerita sambut valentine ke hape. hari ni rasa sgt2 best sebab....

|
|
|
|
V

Having a great day teaching the students writing an informal letter. they are so excited when i say the best essay will be pasted on the notice board. and i will give some rewards too. =)

so today kelas tak pack sgt. a bit relax. gossip2 dgn cikgu2 kt bilik guru. tapi, paling best lepas balik dr sekolah. boleh mkn ini kt popeye lousiana kitchen


pak mahat ckp xsedap. tp i suka dia punya mashed potato. kebetulan mase ni kitorg dpt kupon. so, beli combo lepas tu dpt sandwich burger gitu la rasa nya. nama lupa. tp waktu mkn mmg xpnh lupa. so its like u pay for rm9 and u get mcm snack plate (2 pieces of chicken, coleslaw, mashed potato, and air) plus dpt burger. murah la kan. boleh choose. xnk burger ade chicken rice rasa nya. u get TWO things for ONE price.

lg 1, i suka dia punya biscuit. if kfc dia bg bun. tp kt sini dia bg mcm biskut. sedap2. heee. ok la. i rasa popeye lg sedap dr wendys. tp, sedap lg carls junior :P

okay, enuf of nak review2 makanan ni. ini bukan blog makan2. eceh, walhal owner blog ni tersgt la suka mkn mcm2 benda. hey, im thinking of nak pergi mkn steak kt shah alam. they said sedap but no chance to go. click here for more details. i suka tgk dia punya decoration kedai. tp im not sure about the taste of the food. one day i shud go there. yolah, one day aku ni kang entah2 besok pergi sana. bukan kira. tibe2 nak mkn, terus pergi.

okay, esok bday encik rasdan. still, i xbuat any surprise for him. nite everyone. xoxo!

Sunday, February 13, 2011

A Great Weekend

Salut. Je viens de rentrer à la maison. Qu'est-ce qu'un week-end fatiguant avait i. i vraiment besoin de mon lit en ce moment.

Bunyi mcm expert je kan. walhal pakai google translate je pun. sila la kagum. Dah2, weekend yg sgt terisi. penat tu xpyh la ckp. i had a great weekend! yeay! :)

At first, plan ingat just nak main kayak and pergi alamanda, tgk wayang je, karok ke kan. lepas tu i sampai sana agak awal. so rasdan bwk i pergi karnival apa menda tah kt putrajaya. sempena hari kraf kebangsaan kot. correct me if i'm wrong. haha. i main ckp je ni. i pn xsure. sebab i nmpk balai seni lukis negara punya booth :P

dah2, mari lihat gmbr2 ;)


first i tgk dia, i terus nak azan. terkejut kot. keluar2 dr rumah, tibe2 da lain.


time ni da kt karnival. sampai2 dia nak amik gmbr dgn boat kan. hah, amik la. haha.


mase ni ada org buat show. ade yg menari2. i rasa i pn bleh menari. amik kain buruk, kibas2 je.


i ckp kt dan. if i ade arnab kaler itam, i nak name kan dia dan junior.

awak2, awk tersgt la comel. tp kan. awk busuk la. hoho. kijam x. sbnr nya, sakit hati pasal xboleh nak beli. wishing 1 day boleh bela arnab.

hi, sy teacher yg gemuk sedang meminum air revive.

sebelum naik putrajaya cruise.

i nak naik kt atas. tp dan pura2 xdgr je permintaan i. sedih bukan.


sementara nak naik cruise yg tiket dia half price je mase ni, meh la amek2 gmbr bwh pokok. budak ni terasa mcm da kt london. tiba2 tingat bak kate uncle i. mmg nak pergi london, tapi tak cukup singit je lagi. pinjam boleh? :P

penyamaran sedang berlaku. hari ni, sy nak tunjukkan iguana afrika. sila guna kanta pembesar utk pengecaman yg lebih jelas.

omel2. tib2 i rasa mcm nak minum black coffee :P

awww.. man hunt ni. ahaks.

okay, da boleh naik cruise. jemput la masuk. kapten dia hensem. i tgk kapten, terus i teringat bebola sotong. jgn tnye kenapa. heee~

i tgk gmbr ni dlm hp mcm omel. pastu letak kt sini xnmpk omel pun. grrr. haha. cube tgk cara i posing dengan...

gmbr dan ni. sama je kan. tgn mesti nak bubuh kt pinggang. kaber la selulit tu kan~ hee

cantik kan?

model ni lagi cantik kot.

motip mengambil gmbr ni masih belum dikenal pasti..


da penat naik cruise, kami pergi makan kt alamanda. mkn je keje nya :P

haha. ini spicy ramen apa menda tah. dan ckp rupa mcm mee bandung. rasa lebih kurang dgn megi kari letup jek!

sorry, i lupe nak rotate. dan ckp xsedap. tp sumpah licin. mungkin yg xsedap tu la yg habis tu kot. kalau sedap sgt, mesti tak habis. yela, da sedap sgt, xkn nak mkn sampai habis. i xtaw la ini teori prinsip pascal ke apa.

kt wetland. bersedia utk berkayak. lalalalalala~


sekali tgk, mcm gemuk tp masih omel. 2 kali tgk, sah! da nak sama dgn kakak yg jaga tol kt highway plus :)

nmpk mcm budak retarded kan? jaat kan i. tak2, dia la hero pujaan kepulauan jawa. siyes, dia la yg rajin kayuh. i sumpah mls. tp mase ni sgt2 la best :)


mari semua. kite hampir tiba di sebuah pulau. pakai tali pinggang. aiye aiye captain!

okay, as for dinner rasdan n me turun ampang park. meeting my family. mase ni kt cozy.

2-2 brothers i ni sumpah berlagak comel. i nak je lempang dorg kt sini.

tgk la muka baby i. eceh, baby ke. oh tidak, skrg sudah rindu sama dia.

mkn dgn penuh selera.

okay,itu kisah semalam, hari sabtu. i balik regency tdo dgn parents i. dan bawak balik baby grey ccs i kt bangi. so pagi ni td, i naik tren sampai sg besi and dan tlg jemput. so we had our lunch kt secret. i rasa mcm nak maki je secret. i tgk kt tnet ade valentine nye special. semalam i tnya kt abg kt secret kt alamanda dia ckp sepanjang bulan ade promotion valentine special. 1-28 feb ni la. rm49.90++ for 2 persons. ok la kan. tp bila i pergi kt bangi nye branch, dia ckp xde. vavi betul. i bukan nak sambut valentine pun. i just nak try je food dia tuh. nak tahu, click kt sini

tgk i beli apa. macaroons. atau nama glamour, biskut perancis. 1 biji tu, rm2. besar duit syiling 10 sen je saiz nya pun.

ce n'est macarons. le goût est un peu sucré, mais encore je l'aime. J'ai acheté ce de boulangerie en ligne. vous devriez essayer un! <-- dah kena rasuk dgn hantu perancis balik. hoho

okay, lesson plan tok seminggu tak sesiap lagi. oh esk sudah isnin. sudah sekolah. erghhh, esk kena ajar writing. so dear students, tomorrow don't forget to bring your essay book. we're going to learn on how to write an informal letter; describing a friend. yeay! tlg jgn bg ayat pelik2 ye. nnt pening teacher nak tanda tau! okay bye2! :P