♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Tuesday, May 1, 2012

Homemade Chocolate With Oreo, Almond and Nutella

Hai korang! Jangan pernah membenci pasal i asyik appear update new entry kat blog ni. sorry, i ade banyak benda nak share dan tulis, tu yang i jamakkan (himpun) semua sekali. kan senang.

Last Saturday, i went to PD (Port Dickson). ni bukan PD Dong Wan atau PD running man tau. ahaks. act, pergi PD ade family day sekolah mak kat sana. yang tu, nanti la i update. skrg i nak cerita, balik dr PD, i teringin nak buat home made chocolate. entah kenapa tekak gedik sangat nak macam2. tapi i tak nak beli. nak buat sendiri. ni lagi gedik. hehe.

Macam biasa, i google resepi la. macam2 version i jumpa. tapi ade satu yang betul2 menarik hati, jiwa dan raga i. Cer korang klik link ni http://blog.gurucoklat.com/guru-coklat-oreo-peanut-with-nutella/

Dalam blog tu, nama dia home made coklat oreo, peanut, nutella. tapi i guna istilah badam pasal i mmg guna kacang badam :P

Bahan-bahan nye ade la 100gm badam/almond (i tak guna semua), biskut orea, chocolate spread Nutella dan 250 gm coklat compound. ingat, bukan coklat masakan. coklat compound. nak beli brand apa pun boleh. i beli kat kedai jual brg2 bakeri je. senang, murah sikit :P

Almond/Badam tu korang bakar dalam oven. kejap je dalam 5 minit. berapa suhu tu dlm 180 darjah satu. eh tak, darjah celcius la. tak kesah, janji korg bakar je badam tu dulu. dalam link resepi i bagi takde suruh kite bakor kite bakor badam tapi entah, i mmg suka bakor. lagi ranggup giteww.

Agak2 warna dah bertukar jadi perang coklat pun dah okay. ni i terlebih bakar portion badam. mcm byk. so last2 i makan sikit. ahaks. tapi up to you la,kalau korg jenis suka makan kacang byk2, bakar la sume sekali. kalau takut jerawat, bentan atau batu karang tak payah letak byk2.

Pastu sila cincang/ketuk2 la badam tadi. make sure dia jadi into small pieces.

Pastu potong choc compound tadi menajdi dadu ke segi 4 tepat pn boleh. cairkan menggunakan kaedah double boil. mcm ni pun boleh. dalam periuk putih tu ade letak sikit air. dalam coklat tu tak payah bubuh minyak sayur ke mentega ke hape, tak payah. biar je dia cair secara natural beauty.

Hah, cair sampai jadi macam ni. gaul2 la sket make sure takde ketul2. make sure sume dah cair.

By the way, sementara tunggu korang nye coklat compound nak cair tadi, boleh keluarkan biskut oreo dari plastik. putar, jilat celup! bape keping korg nk pakai, ikut suka hati, hempedu kalian la. bape2 banyak pun boleh.

Pastu i tekan2 dengan plastik. nak kasi hancur. nak blend pun boleh. as long as dia betul2 hancur.

Dah setel hancur oreo, korang nye coklat tadi pun dah cair. okay, next step masukkan badam cincang dan oreo hancur lebur ke dalam coklat tadi. gaul kasik sebati cam ni.

Pastu adunan coklat, badam and oreo tadi dah boleh isi dalam acuan/mould. letak sikit je dulu. 1/4 atau 1/2 acuan je. pastu letak dalam freezer bawah dalam 5 minit. sementara tu, korang paipkan/isikan coklat spread Nutella tadi ke dalam piping bag. agak2 coklat dlm peti td dah keras sikit, keluarkan. korg paip kan coklat nutella dr piping bag ke atas coklat tadi. buat mcm dlm gambar. pastu korg cover/ tutup semula dengan adunan baki adunan coklat, oreo dan badam tadi. kire nutella tu bertindak sebagai aunty/inti/filling kat tengah2 dia la. pastu masuk dalam peti bawah/sejuk beku semula selama 20-30 minit.

Bila dah siap, tadaaaaa. cara nak keluarkan coklat dari acuan/mould tu korang hentak2 je bekas acuan tu. mcm korg nak kuarkan air batu dr bekas acuan dia. alhamdulillah home made coklat ni berjaya. rasa dia pun superb. ade rasa kacang badam. terasa jugak oreo dan nutella dia. tak rugi korg try. senang je. tak susah pun. selamat mencuba :)

Bandung Part 5

Hai semua. now nak sambung the last part of Bandung. here we go. kemon kemon kemon.

Third day in Bandung. woke up early and went down for a great breakfast. see, dah cerah kan kat sini? walhal time ni kat Bandung baru pukul 7 a.m.

I suka gila bubur nasi dia. pepagi i mmg suka ambek heavy breakfast.

Budak ni prefer breakfast ala-ala western. nak roti bakar dengan kaya/butter. atau platter include baked bean, sosej, sunny side egg atau omelette dan sebagainya.

Dah breakfast, kitorg had a brist walk. ewahh, takdelah morning walk. Time tu dah Isnin maka jalan dah tak macet (jem) dah. so jalan2 dekat area hotel je. pastu naik atas mandi manda siap2 nak balik dah. pasal flight pukul 10.30 pagi waktu Bandung.

Hotel scarlet dago ni bagus. ade service free anta ke airport. nak ke airport jauh jugak. dlm 20-30 minit la jugak. see Abg Nan dekat belakang i? tengah try web check in kan before naik flight. so tak payah la datang awal sangat kat airport. btw, korg jgn tanya nape i mcm retarded je dalam gambr ni. ahaks.

Sampai airport, macam bese kena beratur panjang nak scan luggage bagai. for your information, airport tax kena bayar asing. pelik kan? so kalau gi bandung jgn perabis rupiah tu sume. kelak merana. simpan la dalam 75,000 rupiah. dalam RM 25 je. lepas naik je flight mcm biasa, i terus kroh kroh kroh zzzzzz. pastu bangun main game. pastu dah start lapa. kami tak pre-book meal on board. so order and bayar on the spot la. i had nasi lemak with chicken rendang, rasdan had chicken rice, Kak Miza had pizza cheese apa tah and Abg Nan had sleep comfortably. hehe. kesian, penat sgt la tuh.

Sampai airport Singapore, Abg Nan and Kak Miza terus rush pergi kat imigresen, kutip luggage pasal dorg nak balik rumah dorang kejap kat Kent Ville, Rangoon Road. Rasdan and me pusing2. pergi tandas, cari surau, tgk perfume, usha pakwe korea yang hensem(kebetulan je lalu situ).

Hah, ckp pasal tandas tadi, don't worry tandas kat singapore kalau ade 10 tu, 9 tak de air. ade tisu je. tapi, normally yang last ke 10 tu insyaallah ade tandas with hos paip air. so, no worries :)

Sementara tunggu abg nan and kak miza datang balik, rasdan and me went to burger king. mule2 nak order whopper tapi i lagi tergoda dengan gambar chicken burger hape tah. bila dah makan, takat boleh la. ahaks. jgn gusar, burger king kat singapore halal.

Busy busy busy main game. selain kuat makan dan tidur, i juga kuat main game. kalau jumpa roommate baru, soalan pertama i tanya mesti ade game best tak kat laptop? nak nak nak! nak kena tampor kan? hehe :P

Mase ni dah jumpa Abg Nan and Kak Miza dah. tunggu flight ke KL pulak. hoyeah!

Gambar ihsan google. we decided naik jetstar. before naik flight tu hujan. so byk la flight2 lain yang delay. mase nak berlepas, i terus tidur. berdoa cepat la satu jam berlalu. i harap pas 1 jam celik2 mata dah sampai KL. flight pukul 5.00 pm. pastu i tersedar dari tidur pukul 6.00pm tapi kuciwa. masih kat airport singapore. traffic jam la plak. Rasdan kata belakang flight kami, ade lagi 9-10 flight yang tak lepas2 lagi. tu yang sejam nak tunggu berlepas tu. tapi takpe, mcm bese, i sambung tidur balik. ekeke.

Alhamdulillah, sudah nyampei di KLIA. its good to be at home. ahaks. kalau korang nak tahu, Rasdan kan duduk atas troli beg tu. pastu dia suruh i tolak troli tu. dah la dia berat. i nyaris nak terberak dah tau nak tolak troli tu. cis kek betul :P

Overall, Bandung is a great place nak shopping. macam2 boleg beli kat sana. murah pun murah kain2 dia. kalau nak brg branded pun boleh dapat. sebab sane byk factory outlet just kena pandai pilih. u have to really know the brand. kalau jenis yang tak kisah, lagi heaven. badan penat tu toksah cakap la kan. tapi seronok pergi tempat orang. wpon bahasa Indon dan Mesia lebih krg je tapi still tempat orang. cth the way dorg bawak kereta memang laju tapi tak accident la plak.

I love to see new places, meet new people. observe perangai orang. tengok culture orang. and we can learn a lot from that tau. Like what i said tadi, kalau mission nak pergi shopping, go ahead. nak cari baju raya ke, nak meniaga ke, nak cari brg2 hantaran ke, silakan. insyaallah puas hati. tapi kalau aim korg nak bercuti, nak rehatkan minda, korang salah tempat. Bandung bandar dia congested, pack dengan so many people, environment yang kurang bersih. so nak rehat2 minda, bukan di Bandung. baik korang pergi Redang ke Krabi Island or Maldives pn boleh.

Tapi, kalau korang jenis tak kisah dengan bunyi hon2, keadaan sesak, korang boleh release stress dengan shopping ( ni i la tuh), takde hal. Bandung is a perfect gateaway for you! Tak perlu tour guide sangat pun takpe. Orang2 kat Bandung memang suka membantu. Tapi, setiap yang dibantu haruslah kena bagi tips. :P

Oh ya, i nak share tips for those yang nak pergi Bandung kot2 la kan. kalau nak cari handbag, korg wajib pergi Rumah Tas. beg2 branded ade cuma tak banyak. gambar korg cari la kat google.

Pastu, sila bawak air mineral. u akan jalan byk. bandung siang panas jugak. malam mmg sejuk. so kalau tak nak dehydrate, bawak la air mineral.

Untuk nak call, last post i ade cadangkan beli je simkad kat sana. tapi bila nak call, tak perlu letak tanda (+) ni kat depan nombor kita nak dail tu. tak payah. tapi korg just tambah kod kat depan b4 dail number yang diingini. setiap jenama sim kad, ade lain2 kod. Contoh jenama XL. dail 01000(ni num kod) 60122-9234579 (no yang org nak dail). Kalau jenama lain cam Indosat num kod kat depan (01016), Telkomsel (01017), Axis (01012). yang ni i tau, jenama mcm simpati sorry tak dapek nak tolong.

Okay, itu sahaja cerita Bandung i. kalau u guys ade pengalaman nak share, please do so. i love sharing stories ni. sekian, dah tamat. :)

Bandung Part 4

Hi guys. Good morning. It is 3.58 am right now. Jom sambung update blog.

Selepas Kartika Sari, balik hotel kejap pastu malam tu kami ke Paris Van Java sekali lagi. Nak pergi Sogo and Carrefour. pasal tadi i kata i bawak 1 extra luggage kosong and 1 bag pack. tapi bila tgk brg2 dah beli rase mcm tak muat. tu yang singgah carrefour pasal nak beli extra luggage.

Oh ye, sebelum terlupa kami sewa Cecep dari 9 pagi ke 9 malam. dalam 400,000 rupiah je. kalau 100,000 = RM30. kalau 400,00 = RM120. tapi Abg Nan kasi lebih sikit. kesian kat Cecep tu. dia dah la org susah kata Abg Nan. tu la, i tgk Cecep tu muda gila. bila tanya umur dalam 25 tahun. tapi kenapa tak belajar. pastu Cecep kata walaupun dia pintar mase sekolah dulu tapi, sebab dia takde duit nak sambung belajar maka mmg kerja je la. kesian kan?

Okay dah, i dah jauh menyimpang cerita. dah beli bag luggage bary pastu jalan2 sogo jap. pusing2 tengok kot2 ade benda yang menarik ke kan. yes, ade! marks & spencer kat sini agak murah compare dengan Mesia nye. i beli 1 baju utk bapak. yang lain, i tak berkenan sgt. pasal tak cantik. pastu Rasdan dan warning2 cakap dah stop la beli. nnt tak muat beg. betul jugak. so after that, kami terus pergi makan.

Tak leh recall redial nama kedai ni. tapi kat dalam paris van java punya mall la. yang pasti halal sebab ade logo halal. hah, lupe nak ckp kalau nak tgk halal ke tak, check la kalau kedai tu beserta logo halal, maka halal la. tapi kalau korg mkn pastu nak kire halal, mmg tak leh la kan.

Today's special :P

Great ambiance~

Kak Miza and Abg Nan dah lapor gila time ni.

Same jugak dengan kami. dah penat sgt jalan. kaki Tuhan je tahu sakit dan lenguh2. tapi peace2 tetap maintain uols.

Nak gambar dengan menu. layan kan aje budak demok ni :P

Sop Buntut Kuah? :P

Ikan ni best dan ranggup. sedap la nak ratah2.

Rasdan ordered this. Nasi ayam lupa nama. haha. tapi pedasss. dah la budak tu tak makan pedas. simpati kejap.

awesome!

jus sirsak/ durian belanda. pun sodap.

i ordered this. nas timbel. dabel thumbs up!

Sepanjang kat Bandung, i and Kak Miza asyik terpandang banner nasi goreng gila je kat tepi jalan. nak try tak berani. last2 time kat kedai ni ade jual, pe lagi, Kak Miza terlalu curious nak tahu order. mmg gila! gila pedas. i suke pedas pun makan sambil air mata leleh2. last2 Kak Miza dah tak larat nak habiskan nasi goreng gila dia ni, dia exchange nasi timbel dgn i.

Lepas makan, balik hotel. tak larat nak angkat brg2. bdn dah penat. tapi dlm pada penat2 pun still kena kemas luggage since esok nye dah nak balik Singapore semula.

By the way, before balik hotel tu Kak Miza sempat melepaskan gian nak makan ais krim durian. sedap. ais krim dia adelah ais krim durian pastu dalam tu ade seulas 2 biji durian jugak. mmg rase pure durian. gambar ni ihsan google~

Tapi tak leh mkn byk2 nnt muak. kalau mkn dalam kereta, confirm kereta berbau durian :P

Pisang Cheese. Terkilan i tak dapat nak makan. muehaha. makan je tau kan? :P

Ini pisang molen yg ckp tuh. yang ni i pun tak sempat rasa. gambar ihsan google.

Sedar2 i terlalu gigih update blog sampai dah pukul 4.30 pagi. okay, nanti i sambung the last part. part 5 kot. tapi besok la. now i nak tidoq dulu. nite :D

Bandung Part 3

Sorry guys i just got back home pukul 12 ni tadi. Had a great dinner with Asze, Ecah and Rasdan. Lepas tu karok2. but time karok2 excluded Rasdan. pasal dia lelah nak balik rumah. muehaha. so only girls are allowed :P

Okay lets proceed dengan kisah Bandung meh. long way to go. Btw, nak warn korg this entry will be gonna be panjang so u guys boleh pergi rendam baju atau rendam megi dulu sementara tuh. nak buat air milo pun okay jugak nnt boleh minum sambil baca blog.

Okay, the next day bangun pagi and turun breakfast. breakfast dekat hotel scarlet dago tu seawal jam 7 pagi. and of course la kami semua yang pertama turun dulu. sebab 7 pagi waktu Bandung bersamaan 8 pagi waktu Mesia. dah cerah sungguh time tu. matahari pun dah naik.

Untuk second day ni, kami mintak hotel call kan supir. pasal nak sewa kereta untuk shopping. semalam time 1st day kaki lenguh. cari2 jugak kot2 ade spa urut kaki area hotel hurmm haremm jadu takde. so takpe, janji dengan supir atau nama dia cecep pukul 9 pagi. 1st destinasi adelah pasar baru, bandung.

Pasar Baru ni wajib pergi kalau nak cari kain telekung, kain pasang, kain baju nikah, blouse2 muslimah. mostly cantek2 jugak. dtg sini, korang boleh negotiate nak half price. tapi agak2 la, kalau rasa dah murah, beli je terus. Pasar Baru ade 7 floor/lantai. jenuh la korang nak patah balik. dah berkenan, murah sila rembat je hokeh.

Kate pompuan, harusla rambang mata nak pilih kain. kadang2 kain pasang jugal kat Mesia RM100++. kat sini harga 100, 000 rupiah bersamaan RM30. kdg2 mmg tauke kedai tu ckp mmg ramai yang borong dari Bandung and jual kat Mesia. kain dan kualiti same je. kena pandai pilih. dah tak payah beli kain baju rayer dah ni. kalau korg tak puas hati, tawar la lagi. nak tgk byk choices, suruh budak2 kedai tu keluarkan lagi dari stor. lepas tu sila duduk bersila atas lantai dan pilih mana korg nak.

Kain2 nak buat baju nikah, veil nikah pun hado. i survey2 mcm tu jela. since i bukan nak nikah tahun ni. mungkin tahun depan. ewahhh mengada la plak. tapi, will be back to Bandung insyaallah utk dptkan brg2 kawen nnt. kat Pasar Baru ni, uols bagi je design mcm ne utk dress ke baju kurung ke hape. pilih kain and fabric anda. pastu bayor. besok siap la baju korg. nak suruh anta ke hotel pun boleh. begitu jugak dengan suit/coat untuk men. takde masalah, dijamin sampai esok. dah mcm pos laju dah :P

Kalau tak cukup duit, kat Pasar Baru ade money changer. kat lantai berapa tak ingat tapi ade la.i tak ingat pasal i lalu je. i tak pergi tukar duit kat situ pun. kalau korg nak pergi, tanya la org2 kat situ. dorg jenis yang membantu jugak. tapi dlm pada membantu kdg2 dorg mintak jugak duit RM nak simpan buat kenangan. yang RM1 tak nak. nak duit RM10. i dah terkena. last2 i cakap takde duit Mesia sume dah tukar duit Indon.
Lagi satu kalau korg perasan, i dgn Kak Miza bawak bag sling pergi mana2. kat Bandung kalau bawak tas tangan/hand bag, possibility utk di copet itu ade lah tinggi esp dekat Pasar Baru. for safety, lebih baik bawak sling bag. tapi sling ke depan. jgn sling ke belakang. simpan duit tu jgn dlm purse je. simpan kat byk2 tempat sikit. nak letak kat dalam bra pun xde hal. time nak bayar, pandai2 la korg seluk.

I tak masuk semua kedai kain pun. i sempat beli 4-5 pasang kain. pastu telekung especially utk mak i yg insyaallah bakal menunaikan haji tahun ni. pastu i sambar 2-3 helai tshirt muslimah untuk I and Ira(adek i yg suke tgk running man). haha statement running man tu xde kena mengena hokeh. and lupe, i jugak ade beli beberapa helai t shirt i love bandung utk diri sendiri, teman2 and sahabat rapat.

Gambar ihsan google. ni keadaan dalam pasar baru. maybe time ni bukan weekend/time libur. so tak ramai sgt org. tapi pergi awal pagi and pandai bargain, insyaallah boleh la dpt harga pecah telur/ murah la.

Oh yes, we sempat borong kasut. i borong 3 crocs, 1 kasut flat kaler coklat and 1 fit flop warna merah. ikutkan hati nak beli lagi. stok raya kekdah nya tapi i dah runsing. takut tak muat luggage. mase dtg Bandung, i bawak 1 luggage kosong. 1 bag pack kosong. khas utk brg2 shopping. mase ni xtau muat ke tak.

Lepas tu, kami turun ke luar Pasar Baru. Gambar ihsan google. kat tepi2 jalan ni ade org jual kerepek tempe goreng, kerepek pisang yang tersangat sedap. rasa dia lain. bukan mcm kat Mesia nye. sedap tau. tak beli banyak. i bajet dlm 100,000 rupiah je utk beli makanan2 ringan ni. sorry takde gmbr yg i tangkap. just dr google je i ambek. time ni hari Ahad, org ramai. bersesak2. Rasdan dah mula pening. dia tak suka org bersesak2 ni. org ramai so risau gak. cecep si supir yang peramah tu pun pesan awasss ya kamera ke hp tak payah nak tayang2 sgt. sat gi free2 je hilang. so better simpan. tu yang tak berani tu nak ambek2 gmbr. tapi ni la gambaran kat luar pasar baru yang tempat jua2l kerepek. kalau korg perasan, ade org ngah pegang beg byk2. dia jual beg tu. tapi2 kadang dorg jual lagi mahal dr beli kat dalam pasar baru.tapi tu la, tgk dorg ni kdg2 kesian tak sampai hati pun ade.

Oh ya, lagi satu masa kami beli2 kerepek tu, kat Bandung mmg biasa ade street performance. dorg byk gita nyanyi2 kat kita. nnt kita bg la tips kat dorg. bg seikhlas hati. budak2 kecik pun ada. tapi 1 thing i adore, suara2 dorg sedap, boleh tahan dan berbakat la jugak.

Hah, penat dah bercerita ni. lepas Pasar Baru time tu pukul 12 tengah hari. mesti la lapar. plan nak ke Toko Tiga. nak cari jeans. kat sini levis ori boleh dapat dengan harga yang murah. alang2 nak ke area sana, i teringin nak makan Nasi Padang Simpang Raya. kedai ni famous. so si Cecep ni layankan aje. nasi padang lagi. takpe, i suka. makan sekali dgn Cecep. alhamdulillah kenyang sgt2.

Gambar ihsan google. Ni depan kedai. Toilet dia pun okay, bersih :)

Ni la Toko Tiga yang i maksudkan tu. sekali lagi, gambar ni dan gambar selepas2 ni dalam this entry adelah ihsan google. tapi i agak kuciwa dengan toko tiga. tak byk kot jeans utk pompuan. laki nye mmg byk gila choice. yang pompuan kalau cantek2, mesti slim cut or skinny jeans. dah peha gajah i ni muat plak. last2 i kebas 2-3 helai kemeja kat sini. boleh la murah. pasal baju2 tu brand indon nye. bukan international. buat pakai hari2 okay la kan.

Lepas tu, kami terus naik kereta and mintak Cecep bawak kami pi serang FO yang lain. 1st, harus la grande fashion gallery. kat sini boleh tahan. ade jugak 3 suar jeans i beli. satu utk Ira and 2 utk I. harus la i punya lebih sket. hah, kalau nak beli baju ke jeans, better try dulu kat fitting room. sizing sini dengan yg kita bese beli kat Mesia tak same. lain banget.

Pastu terus nak serang jet set. actually, sume FO ni dekat2 je. so jalan kaki ke ke satu FO yang lain. jimat masa. pasal sebelah2 or paling2 kena lintas jalan. kat Jet Set, i ade beli baju2 utk adek2 i. si Faiz and Asyraf.

Kat sini pun i ade beli tapi tak ingat pe mende. basically, sume baju2 utk adek2. pastu rasanya kami ade singgah FO The Summit and Blossom. Pun boleh tahan hokeh. Rasdan ade beli suar pendek dgn baju. I pun ade kebas 2-3 brg. I teringin sgt nak pergi Secret FO. tapi apekan daya, yg tu jauh. dekat2 dgn area airport suda. i dgr Secret boleh tahan famous. oh ya, kalau nak cari brg kulit korg boleh singgah dekat Donatello FO. yg ni dekat area2 Summit, Blossom, Jetset tadi. Tapi kami tak pergi. sbb dah tak sempat. kang lagi byk i masuk FO, lagi byk i perabis ke duit. tapi, org kater dekat Donatello ade kulit vavi pd brgan kulit dia esp kasut. yang tu wallah'alam. i tak tahu.

Mase ni dah petang. Asar pun belum. nak balik hotel dah. tapi singgah dulu Kartika Sari. Sgt famous dengan brownies kukus and brownies bakar. tapi brownies bakar tahan lama sket dr brownies kukus. tapi kalau dlm hotel korg ade fridge/mini bar bole la simpan. Pergi bandung tak beli Kartika Sari mmg rugi. selain tu, i suka juga mini pizza cheese dia. comel and ranggup. selain Kartika Sari, ade 1 brand lagi yang famous iaitu Amanda. time ni dah tak sempat nak singgah.

Ni brownies nye. serious sedap! cop2 gambar ni bukan ihsan google. yg ni i snap sendiri.

Grrr geram kan tgk sweet tooth punya dessert?

drooling? ;P

Kek strawberry ku ku punya cinta. eh eh suka hati i jek kan~

Rasdan and Abg Nan lepak2 jap minum kat cafe dalam Kartika Sari ni

I suka kusyen unik batik dia. so classic.

Scream for ice-cream perhaps?

Oh yes, mase i dekat dalam Kartika Sari i just realize that I'm broke. bukan beruk atau James Brooke ye. tapi mmg i kehabisan wang Indon. bapak mmg tak galak kan i bawak duit cash byk2. so nasib baik dalam Kartika Sari ade Cimb Niaga. so i with draw duit dekat atm machine tu je. takde charge rasenye. tapi, sebelum pergi Bandung, i dah call bank cimb untuk aktifkan pengeluaran antarabangsa awal2. just bg no akaun and bgtau berapa lama kita akan berada di oversea. Tapi, kalau setakat Indon, Singapore, Thai tak rasa oversea sgt. rasa lebih krg je kat Mesia ni hah. kalau tak call bank awal2, tak leh keluarkan duit. kalau maybank pun bole. anyway, ni gambar ihsan google once again. tapi ni bukan atm machine dlm kartika sari. ni cth je cimb niaga kat Bandung ni.
Oh lupe, mase 2nd day ni i mintak tlg Cecep belikan i sim kad XL and topapkan sekali atau dalam bahasa indon nya isi pulsa. kalau kat Mesia kire serupo Celcom la jugak. kat airport ade tapi mahal kot. nak on roaming erkkkk macam mahal je digi. so lebih baik beli sim kad kat sini je.

Eh eh eh kalian, i stop jap dekat sini. kang i sambung lagi. i nak tgk running man. asyik ulang2 t running man je. al-maklum la si Ira dah habis matrik, permanent jadi orang yang tak buat pape kat rumah. menanti masuk U bulan 9 nnt. alright. tunggu next update i tau. roger and out.