♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Wednesday, March 27, 2013

Bbq-ing

Heyyo everyone! A short and quick update. Me and my friends,we had a bbq session last night.sambil makan sambil gossip.

I yang marinate chicken and sosej tu. Kinda afraid yelah tkt tak sedap. Tak pernah perap sebelum ni.And i cook fried spaghetti. My maid tlg buat puding laici.

Lepas tu air si apeh buat.laici susu and tebu yang ohsem. Whee. Pastu akak apeh baij gile.siap gorengkan keropok lekor dgn aiskrim goreng.

Sambil2 borak and gossip abg ipar apeh showed us duit yang dia kumpul dlm album. Dia mmg collector tegar. Ada duit yang tak potong lagi,ada duit salah cetak,duit zaman dahulu kala lagi purba,duit negara2 lain. Serious we all kagum and ternganga tengok.

Ok tu je.do follow me keek. Sedeyyy takde follower. Ahh tak kesah la kan. Ke nak paksa rasdan buat keek jugak. Hewhewhew *gelak sopan ttp mulut* ok bai!

#bbq #friends # http://www.keek.com/!SFE3bab

Thursday, February 7, 2013

Day 1 in Korea

 Assalamualaikum w.b.t. Jom sambung cerita. Okay selepas berada dalam flight selama 6 jam 20 minit alhamdulillah sampai la jugak di bumi Korea ni. Oh yes, before terlupa flight mlm tu full house. full dengan Koreans je uols.



View dari tingkap

                                                                      Good Morning :)

Turun2 je Ya Allah dah rasa gigil2. sejuknya. Nasib baik winter coat ada. terus sarung. Maklumlah I tak pernah pergi negara 4 musim sebelum ni. Kira ni 1st time la. Cakap pn mulut keluar asap2. Hehe. Bila dah masuk dalam airport alhamdulillah lega benor rase. Pagi tu tak mandi. terus ke toilet gi shi shi, basuh muka gosok gigi, touch sket2, bubuh vaseline bagai. Terus jalan sampai immigration. panjang betul beratur. Tapi staff dorg pantas2. kejap je dah sampai turn kami. 

Lepas tu kami jalan untuk baggage claim. Masa ni dapat wifi airport maka memasing busy update status la. Dan pulak check weather dekat luar -13. subhanallah xtau nak ckp mcm ne. time tu tak dpt byg sejuk nya kat luar tu mcmne. I terus call my mum melalui Tango. Dpt la ckp yg I dah sampai bla bla bla. Kutip beg pastu naik tren. Ala, tempat yang kami turun tu ibarat LCCT la, tambang murah punya. so nak ke main terminal tu kena la naik tren. 5 minit macam tu dah sampai main terminal.

 Masa ni mcm chaos sikit. Tak jumpa nak GS25 Mart nak beli T-Money. Family Mart adalah.Oh ya T-Money tu ibarat touch n go kat sini. boleh digunakan untuk naik subway, taxi dan bus. Kami pun blur yelah 1st time sampai. Turun bawah ikut signboard Airport Railroad bersebelahan Hana Bank. Last2 beli ticket secara manual dekat machine. Tapi pelik sikit dekat sini cth harga tiket 3950 won. tapi kena tambah lagi 200 won sebagai deposit. nanti sampai destinasi baru claim balik 200 won, ibaratnya la. 

Sampai Gongdeok station, jumpa GS25 Mart, lepas tu beli la T-Money. sekeping kad 3000 won. topup terus 20 000 won. Tapi kat sini kami ada problem sikit. Kami tak claim deposit 200 won tu. tak jumpa machine. salah kami la kot tak cari betul2. Masa dekat Noksapyeong Station, kami kena denda 2000 won. cis. takpe2, first time belajar mmg mcm tu. 

Dah setel semua, kami pn cari exit 3, keluar utk ke Malaysian Guest House yang terletak dekat Noksapyeong ni. Naik tangga. Pastu naik bukit. adoiyai bukit tggi2. beg pack berat2. takpe2 ni semua pengalaman. Nsb baik ada Malaysians lalu rupanya dorg pn dok area situ jugak. Hehe. 

Ni la Guest House nya. ade 4 tingkat. kami dok atas sekali. semua yg dok sini Malaysian.Best2.

 
Hah, sampai sini kami diduga sekali lagi. Pagar kunci. Tekan bell tak function. Jerit2 takde org. Tension pulak. Nak call tak roaming. Tapi nasib baik si Yoon tu keluar. mungkin anak owner Mr. Jay atau pun yg kerja under dia la kot. Dia call Mr. Jay. Mr. Jay kata naik jelah dulu. Nanti Yoon kemaskan. Ok, kami naik angkat brg2. Sambil tu sempat la pakai warmer pack kat bdn, byr duit GH (guest house) rehat2 jap. Si Yoon dah kelam kabut. Kami pulak buli2 and tanya2 mcm soalan. Kat mana mesin basuh itu ini yada yada yada. Gasak la kau. Hehe. lawak2.

 Ini pintu depan guest house ni. password nak masuk rumah ini adalah sama untuk rumah2 yang lain. maka kami pn selalu la turun bawah lepak. amboi, lepak ye. haha. takde, turun bwh ambik baik, basuh baju dan sebagainya.


Ade free wifi 24 hours. serunut sgt. Meja tu sepah sebab brg2 I.

Now jom tunggu train kat Noksapyeong Station untuk ke Gwanghawun Square. How to go? Dari line 6 Noksapyeong, turun dekat Gongdeok pastu transfer line 5 to Gwanghwamun Square exit 3 atau 4. Kali ini dah pandai guna subway. Hehe

 Dalam tren nak ke Noksapyeong Station. Hehe. Rasdan sempat singgah 711 beli keopi. Hehe. Perasan x bwh tempat duduk dlm tren ade heater. so dlm tren xrasa sejuk berbanding dekat luar.

 Pura2 cari jalan. comel la 2 org adik beradik ni. Hehe. Tu si Hana pgg tentative la tuh. Act dlm phone ade simpan gak tp I lebih suka on paper. sng boleh tgk, boleh pgg. dlm phone tu in case kalau kertas hilang phone ada back up. tp s3 cpt habis bateri maka thats why perlu on paper jugak.

 Sebenarnya masa dah sampai dekat Gwanghwamun station, ade je signboard tulis Gwanghwamun Square. follow je directions tu. Insyaallah keluar2 akan jumpa gmbr bwh ini

 This is King Sejong. Dia yang memperkenalkan tulisan Hangul. Besar gila statue dia. Hehe.

 
Sekitar Gwanghwamun Square. Rase cerita Queen in Hyun Man mcm pernah berlakon kat sini. yang laki tu naik kuda kat tgh2 bndar. if im not mistaken la. tp yg pasti Joon (Mblaq) Seo couple dlm WGM(We got married) pernah dtg area sini sempena new year. untuk ketuk loceng dan berhajat. 

  
Depan King Sejong Statue ni adalah Admiral Yi Statue. Jeneral zaman dulu2. ade kisah dia, tapi tak baca. Ahaha.

 Gyeongbuk Palace. Abg police tlg kami ambil gmbr. Istana kat tgh2 bndar. Tehee. sbnrnya, istana ni dibina pd tahun 1395 semasa Dinasti Joseon. tapi istana pernah rosak dan terbakar kalau tak salah. Kemudian dah dibaik pulih. Lepas tu rosak sekali lagi akibat serangan pihak Jepun. Hanya beberapa peratus sahaja palace ini yang original. Kalau tak salah, ada 4 palaces dalam kawasan ni. Tapi Gyeongbuk adalah yg paling besar berbanding yang lain. ticket masuk 3000 won. kalau nak masuk palace yang lagi 3 tu intgrated ticket dalam 10 000 won rasenya.

 
Ni guard2. baju kaler lain2. mungkin berbeza pangkat. dorg tak senyum. statik je berdiri. tak sejuk ke. haish mungkin dorg xdibenarkan utk bergerak2. tapi dorg sedar kalau org ambik gmbr dorg. dorg biar ajelah. 

Cantik bukan? Frozen lake. Siapa tgk cerita Rooftop Prince? Kami cari2 jugak mana tasik yang perempuan tu jatuh tapi hampa. dan kami cari2 jugak dekat mana pavillion/pondok yang laki tu sorok kertas ke apa tah kat bawah tu selama beratus2 tahun. Tapi kami xjmpa. Dlm kwsn ni adalah National Folk Museum, admission free. tapi kami dah kesuntukan masa maka tak masuk.
 

  
Masa ni ada changing guard ceremony. tiap2 jam kot.  mana tak nya, confirm la penat guard2 berdiri statik dekat luar. tak gerak2. kagum2.

 Lepas tu kami amek taxi ke Insadong, the culture street. Ada ke ptt driver taxi tu ckp kami ni India tsk tsk. lawak pun ado. haha. Sampai Insadong ada free hug. Tak paham kenapa nak bagi free hug kat tgh2 jalan.

 
Ni Miss Lee Cafe. Yonghwa(CN Blue) dan Seo Hyun (SNSD) kan pernah dtg sini sempena cerita WGM jugak. haish rindu goguma couple tu. Kami lalu je.

 Kami lunch haemul pajeon (seafood pancake) dan sujebi(mcm k.tiaw sup). sumpah sedap. lawak giler time nak order. mmg ahjuma2 kat sini tak paham English. ckp la mcm ayam dgn itik. lwk sgt2. semua mata tertumpu kat kami since kami alien. yelah lain dr yg lain. pastu meja sebelah ngumpat kami and teka2 nationality kami. Igt xdgr ke. haha.

 Bahagia je muka. dpt makan katekan. Oh yes, haemul pajeon ni ada berlebih. maka nak ckp nak tapau bungkus bwk balik mcm ne eh. last2 i lukis dekat note 2 rasdan. nak tau apa yg i lukis? 

Yg ats tu haemul pajeon masukkan dlm gabang (beg). pastu i ckp gabang. lepas tu i tunjuk gmbr rumah (jin). nak bungkus bwk balik rumah. nsb baik ahjuma tu kata arrasso. hahaha. 

 Ni time jln2 dekat Insadong gil, mamat ni ckp melayu. di ngah buat kuih tradisional korea, kkul taraea. Dia kata tarik tarik tarik, belum belum belum. dia guna madu thats why tepung tu boleh lekat. kami xbeli pasal yelah baru lps makan kot. dah la day 1 baru. kena jimat2. hah, ada juga yang laungkan mari beli tshirt. merah, kelabu ada. haha. agaknya dorg tau kot kami ni Malaysian.

Lepas jalan2 dekat Insadong kami terus balik rumah. Penat tu tak sangat tapi yelah nak kena masak dan tidur awal selain unpack brg2. nanti i sambung untuk cerita day 2 ye.

Pre-Departure: Korea

Salam semua. Okay lets straight to the point. I baru balik dari Korea last Sunday. So I'll be writing my journey to Seoul dekat blog ni. But first , lets start with pre-departure dulu.

I bought the tickets last July. Thats why I said this is a long awaited vacation. 7 bulan, i repeat 7 bulan tunggu. Ni kalau orang mengandung ni sikit je lagi nak terberanak kan. Bhahaha. Ok, tak lawak. Ada yang tanya "Wah, banyak duit boleh pergi Korea sendiri?" Well, sejujurnya I memang takde duit. My parents sponsored. Tapi tapi tapi, I bukan cakap "Mak, abah nak gi Korea." and my parents replied "Okay, boleh. belilah tiket sekarang." Its a no no no no!

I dapat lesen untuk ke Korea based on result my previous semester, May 2012 punya exam result. Not to boast around but alhamdulillah I managed to get good result. Thats why my parents allowed me to go. And my roommate, Hana pun alhamdulillah dapat good result jugak maka thats why parents dia bagi. And later her sister joins us. Si Rasdan pulak tak nak pergi in the beginning. Tapi parents I risau kalau takde laki nanti camne? My brother, Asyraf tak nak pergi. So last2, Rasdan pun setuju.

Hana, her sister, Awa and Rasdan bought the Air Asia tickets around RM900++ i guess untuk pergi dan balik sekali dengan luggage and airport tax bagai. Beli waktu promotion. I punya RM1K ++ sebab ehem I ordered 4 meals. 2 time pergi dan 2 time balik. Tamak giler. Sebab 6 jam 20 minit kot flight. I dah la tak pre book any entertainment. So confirm bosan. But now I've learnt the lesson that no need to pre book meal, beli je dekat duty free shop kat airport. Bhahaha.

So our flight is on 27th of January 2013 pukul 1 pagi. and back to KL on 3th of February 2013 pukul 9.35 pagi.  After beli ticket, I terus buat itinerary and tentative sekali dgn budget. I banyak refer dekat Mr.Google lah kan, dari blog2 org lain dan sebagainya. Yes, I did the tentative for 8 days in Seoul alone memandangkan everybody sibuk. Hehe. Takpe, no big deal pn. sebab Encik Google Map with street view ya allah tersgtlah membantu. rasa dah sampai korea dulu sebab street view kan. tehee.

Oh yes, pergi time winter banyak cost sikit sebab u have to buy winter coat. kalau tengok dalam gmbr bwh ni, u can see my purple parka winter coat. I bought it from winter time punya sale. harga asal rm499. tapi i managed to bought it around rm200++. rasdan punya harga asal rm300++. tapi sebab sale dekat sogo maka dia dapat rm80. murah kan?

As for me and Rasdan, we went out every week untuk cari brg. yelah, kalau semua nak beli last minute mana ada duit. What to pack during winter nanti last entry I cerita okay.

                                                     See my baju bersepah all around.                                          

                  Finally dah siap kemas. This bagpack Rasdan hadiahkan masa 4th anniversary.        
     
 Kalau backpack td I bawak masuk cabin, luggage ni I campak dalam kargo.  see our food stock. Mak kata awak nak pergi sebulan ke? Bhaha I love food so much so how can I bring only little food to Seoul.

 Oh yes, a few days before we depart, Rasdan punya s3 kena lenyek dengan kereta. how cool it is. Bhaha. Tapi kesian dia. Mak suruh beli tepun baru untuk hilangkan kesedihan. Maka jeng3, now he has a white baby note 2. Dia takpela duit simpanan ado. I tak bole imagine kalau baby white s3 i pulak yang kena lenyek. Dah la nak dapat tu susah kan. I've told him next time please berhati2.

So back to the story, Rasdan and me bertolak dari Raub hari sabtu tu, 26th Jan dalam lepas zohor. Sampai KL, singgah mid ada small things lagi to buy. lepas tu terus gerak ke UM. Park kete dekat UM. Meeting Hana and Awa dekat UM jugak. They leave their car dekat UM car park. Lepas maghrib, weols terus ambek taxi pergi KL sentral. 1st taxi tu ambik Hana and Awa je. 4 org dia xmau ambik. Ok foine foine.

Rasdan and me waited for another taxi. Risau jugak taxi xde sbb kan skrg cuti sem. Taxi xmasuk banyak dekat kolej 12. Teringat pesan mak suruh baca selawat tafrijah dan bismillah 6 banyak2. Alhamdulillah kejap je dah sampai taxi. I dah la pgg winter coat dekat tgn sbb xmuat beg. Pak cik tu kata "Korg nak gi Cameron ke?" tsk tsk tsk. sampai hati. Haha.

Ok, sampai je KL sentral, terus naik sky bus utk ke LCCT. perjalanan dalam 1 jam mcm tu je. tiket bus pulak dalam RM10. sampai lcct terus turun, ambik troli terus mencekik dekat fav spot, old town.

 Bhaha Rasdan, Awa (tdg merah) and Hana. habis makang2 barulah weols check in dekat kiosk dan drop luggage dekat counter. I makan nasi lemak rendang. see, memalam buta pn sempat lagi kan.

 Dah setel semua, hoyeah dah naik flight. This is the first time naik flight jauh2. before this cuma pergi dekat2 je, Singopre-Bandung-Singapore-KL, Tganu dan Langkawi. this time 6jam 20 minit. night flight banyak turbulence. Oh yes, I duduk sebelah tingkap. next to me is rasdan. and sebelah rasdan ada Korean girl yang belajar dekat Taiwan. datang Malaysia sebab ikut kawan. now dah nak balik Korea semula. sempat la borak2 dgn dia. btw, Hana and Awa punya seat depan kami je.

masa pergi i payah benor nak lelap. family korean belakang ada babies. babies dia pulak demam. maka asyik nangis2. tu takpe lg, ni masa nak berlepas dan touch down dia boleh pulak letak anak dia yang demam atas meja. sampaikan stewardess Malaysia kena panggil stewardess Korea untuk cakap. before this warning2 xmakan saman. adoiyai, i thought i sorg je mcm ni tapi Dan, Hana and Awa pn sama. next time i nak choose quite zone.

Ok la, sampai sini ajelah dulu. Nanti i cerita day 1 kat sana mcm ne. I need to have my lunch. See ya. Assalammualaikum.



Monday, December 31, 2012

Happy New Year! :)

Salam and good day everyone.

Selamat Menyambut Tahun Baru, 2013! Semoga tahun 2013 ini lebih baik dari tahun yang sebelum2nya. Orang lain sibuk sambut new year dengan makan2 dengan family dekat luar, tengok tv same2 la apa bagai. Tapi iols? stuck buat proposal research. bukan 1, tapi 2 proposal. ngeh3. Org lain study time study week. Tapi iols masih ngadap kerje2 dan presentation. Tak sempat nak study lagi. Org lain paper jarak2. Iols nye paper less than 24 hours, ade 3 paper. ibarat exam pagi, ptg dan mlm. Mampukah? Tak sabar menunggu. Haha. Dah, abaikan post ini. *Stress to the max* Ok bai. Hahaha

p/s: tajuk konon2 happy new year. ucapan year new adalah 2-3 baris. yang lain cerita mende lain. Haha.

Tuesday, December 18, 2012

Life as a student...

Salam everyone. and good morning. ya lah, now its 1.18am kire wish good morning la kan. aha. Okay, lemme just straight to the point. Sem ni serious hectic dan penat. Yela yela i know bukan i sorg je student master kat sini. org lain kalau bukan budak master pun penat jugak.

Tak, i bukan nak cakap i sorg je belajar yang penat, org lain tak! Kahkah. what I'm trying to say I nak habis cepat sem ni. this is the final week. next week dah start study week. tp i ade 1 replacement kelas on 29th. 4th morning anta asignment. 4th ptg tu start 1st paper. Then 5th submit final report subjek lain. lepas tu 11th malam pukul 8-10 i ade second paper. 12th pagi pukul 8-10 ade 3rd paper.

walaupun sem ni 3 subjek, tapi semua subjek research. 3-3 buat proposal. buat research. sem ni jugak byk kerja, assignment, presentation individual. dr week 1st dah struggle. now dah week 14. through out this 14weeks, i do feel my brain mcm dah exhausted. mcm dah penat.

haritu dah defend proposal, not the real one. utk subjek. alhamdulillah semua okay. now ada 2 final presentations are coming. preparation, insyaallah dah setel. tapi, utk subjek lain, transkrip interview tak siap lagi, tak analyze, tak buat coding lagi. due ptt hantar jumaat ni tapi lecturer postponed anta la bila2 as long before paper on 11th tu. alhamdulillah.

see, life as a student ni kdg2 tons of work are coming. nak elak, nak tepis tak mungkin. kena hadapi tanpa henti2. i yang full time student pun kdg2 miserable. apatah lagi yang part time dan working kan. But, mcm lecturer i always pesan, "belajar ni invesment. Nak senang masa tua, kena susah masa muda, masa sekarang ni." Mak pulak pesan, "Mereka yang berjaya adalah org biasa yang bekerja luar biasa."

At times kadang2 i rasa i tak nak smbg PHD. cukup la sampai sini. I dah tak larat. Masa zaman degree seriously it works kerja last minit walaupun kerja banyak. Tapi zaman ni, Ya Allah last minute work mmg tak jalan. Assignment tak banyak ade 1,2 and 3 utk setiap subjek. tapi bigger one. not the small2 one mcm mase degree. kalau buat keje awal pun, u still need a lot of reading. serious, no lie. Betul la org ckp, mmg kena kuat mental dan fizikal nak perabiskan belajar ni.

True, takde bende yang sng dlm dunia ni. Bila i rasa mcm nak gv up, i look back and think. I dah habiskan 4 years utk dptkan sarjana muda i. now i habiskan 1 tahun setengah utk dptkan sarjana. 4 years dah lepas. setahun master pun dah nak habis. I ade lagi setengah tahun je. sikit je lagi. Be strong! After this, i dah habiskan semua subjek which means I fokus buat dissertation i je. anta dissertation, insyaallah boleh la grad. One step further. Itu la yg i selalu fikir utk habiskan semua ni.

I'm telling you this sebab there are ppl said I'm having fun dekat UM. Ada yang kata belajar dekat UM ni senang. Nahhh, same je cabaran dia belajar kat mane2 pun. Ni mesti sebab u saw me in Mid, OU, jalan sana sini often. yes I do. I admit that. skrg ni i suka bg reward dekat diri sendiri. cth, yeay, i dah siapkan chapter 1. lets go and eat burger bakar. 2-3 hari later plak, yeay! i dah siapkan slides presentation. Jom pergi big bad wolf books sale. kalau kita tak hargai dengan achievement diri sendiri, siapa lagi? walaupun kecil but i do appreciate myself on every effort I'm putting into.  So, bila i tak post dekat fb I tension buat kerja, kerja banyak bla bla bla. tp u guys lebih nmpk i check in dekat mall lebih byk dari I chekc in dekat library doesn't mean I tak stress. doesn't mean i takde kerja nak buat.

I'm sorry for the long post. I cume tak sabar nak habiskan sem ni. Dan, paling penting tak sabar untuk "........." Insyallah, 1 bulan je lagi tinggal. Cop2 bukan tunang atau kahwin tau. Wheeee~ Wish me luck utk final exam. Insyallah.



Sunday, December 9, 2012

Meh Jawab Meh!

Assalamualaikum w.b.t

Haish ada 2 more weeks lagi before final exam start. Anyway, the individual proposal presentation dah habis. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Lantas terus bersuka ria pergi Mid la, OU la, Sogo la. Seakan-akan terlupa exam dah dekat pulak kan. Seriously, sem ni rasa gerun sangat2. Eh apa ni tak best la citer pasal ini semua. nak backspace malas sebab dah tertaip. Haha.

Korang2, I bet korang mesti penah terbaca teka teki ni. either in BM ke BI atau dalam bahasa apa sekali pun kan. i copy dr fesbuk but on google pun ade byk soalan pasal ini. I pernah terbaca dulu tapi tak pernah try nak solve pun. pasal malas. haha. and as for today I sangat rajin. Maka ini la soalannya. Apa kata u guys baca dan cuba dulu. jgn cari jwpn dekat gugel tau.

"Teka-teki ini tidak mengandung trick, hanya logik dan memiliki jawapan yang pasti. Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza. Setiap rumah dihuni satu orang lelaki dengan kewarganegaraan yang berbeza. Setiap penghuni menyukai sejenis minuman tertentu, merokok satu jenis rokok tertentu, dan memelihara satu jenis haiwan tertentu. Tak satu pun dari kelima orang itu yang minum minuman
yang sama, merokok satu jenis rokok yang sama, dan memelihara hewan yang sama seperti penghuni yang lain.

Pertanyaan: orang manakah yang memelihara IKAN?
Petunjuk :

Orang Inggris tinggal di dalam rumah bewarna merah.

Orang Swedia memelihara Anjing.

Orang Denmark senang minum teh.

Rumah bewarna putih terletak tepat di sebelah kiri rumah bewarna coklat.

Penghuni rumah bewarna putih senang minum kopi.

Orang yang merokok Pall Mall memelihara Burung.

Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah senang minum susu.

Penghuni rumah bewarna kuning merokok Dunhill.

Orang Norwegia tinggal di rumah paling pertama.

Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara Kucing.

Orang yang memelihara Kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill.

Orang yang merokok Wintfield senang minum Bir.

Disebelah rumah bewarna biru tinggal orang Norwegia.

Orang Jerman merokok Rothmans.

Orang yang merokok Marlboro bertetangga dengan orang yg minum air.

Albert Einstein menyusun teka-teki pada abad lalu. Dia menyatakan 98% penduduk dunia tidak mampu memecahkan teka-teki ini.

Apakah anda termasuk yang 2%???"
Okay, cube try test dulu. Bahahaha. I pun ambil masa 30 minutes to figure out this thing. 

 1st draft. very comot.

 2nd one. still messy. all over the place.
 the 3rd. i tak pandai lukis cantek2. the final one.

Alhamdulillah, I managed to find the answer! Bukan nak poyo alaaaa budak tadika pun can asnwer this one la. u guys pun boleh answer correctly. tapi, apa yang i cuba tekankan disini adalah bila kita berusaha dan fokus utk dapatkan jawapan, sebenarnya kita memang boleh. same goes dengan buat assignment. I feel like very hard nak siapkan. Tapi kalau tak cuba, xde usaha dan tak fokus memang apa pun tak siap. Wahhh kata2 semangat utk diri sendiri ni :)

jadi, jawapan utk teka-teki ini adalah....








Hahaha.Are you ready?









Make sure korang cuba ye before scroll ke bawah.







Salah takpe, janji cuba!











Jengjengjeng













Okay...jawapan dia orang Jerman. Rumah putih. whee~






same tak same tak?




okay bai




Saturday, November 17, 2012

random talk

Assalamualaikum w.b.t 

Jam 3.17 am. I baru sibuk nak update blog. Sekarang cuti mid term. I memang bercuti sangat2. Bercuti daripada membuat assignment. Duduk rumah memang heaven. Taip 2 baris ayat je mesti nak makan nasi dengan sambal petai. Lepas tu taip lagi 2 baris rase nak tengok cerita kum kum dekat astro. Last2 padam jela 2 baris ayat td. sebab rase ayat mcm tak best. Tunggu bila boleh taip ayat yang best baru nak buat.

Tapi, bila mood nak start je buat kerja ni betul2 sampai...tetibe "Kak Long, pergi kfc beli burger." "Kak Long, tolong pergi bank, keluarkan duit mak." "Kak Long, tlg anta pergi kedai." "Kak Long, tolong taip surat abah."

Lepas tu kengkawan msg dan call."Zaty, ada mana? jom kuar minum." "Zaty jemput datang rumah. ade makan2 sikit." "Zaty, jom dating. Gi karok jom." Ehh tu pun 2-3 harini wassap i dah jahanam. xtau kenapa sume msg xdpt. selama harini baik je budi pekertinya. sekali masa kenduri tahlil dekat rumah asze td jatuh terburai. habis bateri tercabut. saje je buat drama khenn. hahaha. sekali bila on semula, sume sms, wassap terus masuk tak henti2. apakah? nak kena baling dulu baru okay kot. tau la i pakai henpon chokia je. yg dah 2 tahun pakai. hohoho.

Then si Rasdan balik. Lagi best. "Meh la dtg rumah." "Jom pergi isi minyak." "Jom teman pergi kuar duit." "Sy nak makan spaghetti carbonara, masak la." Nasib dia tak cakap "Jom kahwin." Muehahaha.

Nampak  tak i busy dekat rumah? Busy bercuti dari buat kerja. Bila nak insaf ni.Eh jap2. rase2 tadi kan, I tengah taip soklan interview. acaneh I boleh TERtaip entry blog plak ni. Hahahaha. Eishhh long way to go lagi ni. Okai bai.