♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Monday, April 30, 2012

Bandung Part 1

As-salam sorry guys. selalu lambat update blog. ni kes pergi bandung nak dekat sebulan pun haremm jadu tak habis. okay2, from now on i berzanji akan habiskan semua pending post terbabit. are you ready? on your makkk, get settt and go!! to those yang blur, refer previous cerita kat sini meh.

Okay, flight kami dari singpore ke bandung memakan masa dalam arond 2 jam. kalau dari Mesia tak sure. and since naik air asia indon, semua nye harusla dalam bahasa indon. contohnya seperti di bawah~

kencangkan sabuk pengaman selama anda duduk. kalau tak kencangkan sabuk pengaman, nanti duduk enggak bisa aman ya pak. hehe. i ngantok gila time dlm flight ni. naik je flight, i terus kroh kroh zzzzzz.

Sedar2 je ewahhh dah sampai bandung. tu dah nampak kota bandung. kota bandung agak kelihatan padat.

See? masa nak flight nak landing tu, rase dekat je dengan rumah2 orang kat sini. tapi org2 kat sini dah biasa.
Alhamdulillah sampai jugak dekat bandara husein sastranegara bandung. airport dia kecik compare dgn langkawi. act, kalau korg nak landing dekat airport jakarta pun boleh. pastu naik la taxi ke atau call supir untuk ke bandung. pasal jakarta-bandung dalam sejam lebih dekat 2 jam cam tu je. dekat je actually.

Sampai2 dlm airport pergh lenguh kaki nak beratur dekat imigresen dorang. kalau tgk sebelah kiri untuk WNI (warga negara indon) means untuk indon nye local people. sebelah kanan WNA (warga negara asing) selain warga indon la kan. jgn salah lane. kat sini sistem nye manual. jadi, harus bersabar.

Lepas kat imigresen, ambek beg pastu terus keluar dari airport. depan airport ni ada tempat taxi. korang kena lintas. mostly taxi blue bird banyak kat sini. kitorg mintak pak cik tu anta ke hotel kami scarlet dago yg terletak kat jalan dago. oh yes, kat bandung kalau nak naik taxi pastikan taxi tu bermeter. kalau tak, korg mungkin kena tipu lebih2 lagi bila dia tahu kita bukan local people there.

gambar ihsan google. ni hotel scarlet dago. mmg strategik pasal dekat2 area factory outlet yang lain. selesa sgt2. cume dia betul2 tepi jalan. agak busy sket la. tapi tak susah nak dpt taxi/angkutan.

Gambar ihsan google. Contoh bilik. mmg best. besar. selesa. suke2 :P

Gambar ihsan google. Lagi satu i suka kerusi dia ni. ptg2 guling2 sambil tgk kereta lalu lalang pun syokk. hoho.

Lepas dah check in hotel, letak brg2 and rehat jap pastu kitorg gerak ke rumah mode. berpandukan guide dari staff hotel yang baik2 dan peramah itu, kitorg pilih naik angkutan kota. rase mcm naik van sekolah pun hado. 4 org naik dalam 8,000 rupiah. oh ye, kat sini i mule2 pening jugak dengan kadar tukaran wang. bapak pesan kalau nak beli pape2 sila bahagi dengan 2945. contoh harga baju tu 100,000 rupiah. divide dengan 2945, ade la dalam rm30++. so korg ingat mcm ni je, setiap 10,000 = RM3. kalau 100,000 = RM30. kalau 1,000 000 (1 juta) = RM300. hah, pergi indon korang rase jadi jutawan. kalau kat mesia ni, mmg harapan la kan :P

Ni i time dalam angkutan kota. murah mmg murah tambang dia. tapi dia bawak ganas gila. ni nasib baik angkutan kota kitorg naik ni tak ramai. kalau yang lain, berhimpit2 je tengok. setiap angkutan kota ni tak sama destinasi. mcm bus la jugak. ade nombor2 dorg. kalau nombor 1 pergi jalan dago je cth nye. kalau nak pergi jalan cihampelas, naik angkutan yang lain ;)

Ni Kak Miza(rasdan's sister) dengan her husband, Abg Nan. dorg baru jugak kawen last October. tapi, now Abg Nan dah transfer keje kat Arab so kesian 2-2 dah start berjauhan. btw, before dorg kawen, dorg kapel tak lama. ade la dalam 11 tahun lebih since sekolah :P

Kalau plat kereta start dengan D tu daerah Bandung. kalau B tu daerah Jakarta. kalau C tu tak ingat tapi dia khas untuk org2 besar nye kenderaan. org biasa tak leh. ala same la mcm kat Mesia ni jugak. kalau C Pahang. kalau W KL. kalau B selangor. kalau Z khas untuk askar. same je :P

Kat sini jalan dia mmg congested. especially bila waktu libur/wiken. mmg selalu la caught in a massive traffic jam. tapiii, org2 kat sini mmg terer bawak kete. taxi dia cilok2 je. hon2 each other tu normal da. tapi dorg hon bukan maksud marah. tapi mcm eh tepi sket, nak lalu. kalau betul2 marah, dah turun dari kereta dah. kire hon tu satu cara utk dorg nak interact. contoh yang i dah alami mase dekat traffic light. jam ni. lampu merah. tapi taxi driver kitorg selamba je jalan jugak. bila ade kereta warna hitam ni dtg dr the other way, taxi driver tu hon kereta hitam tu. wpon sepatutnya kereta hitam tu jalan, tapi dia berhenti bagi taxi kami lalu dulu. wpon sepatutnya, time 2, traffic light sebelah kami ni merah. tapi xde la plak dorg eksiden ke hape i tgk. hebat2.

Kebetulan time ni angkutan kota ke rumah mode kami tu berhenti nak isi minyak. eh selain dr tu, jgn tak percaya kat Indon pun ada petronas tau. shell pun kalau xsalah hado jugak. tetibe i yang jakun ni kagum kan :P

Bila tengok anak2 kecil duduk tepi jalan tak sekolah mintak sedekah mmg kasihan. kalau kat bandung, org yang kaya, kaya betul. kalah org Mesia. tapi, kalau yang miskin, mmg miskin betul. mmg xde rumah. duduk dengan kain batik kat tepi jalan pun ada. jurang antara org yg senang dgn org yg susah mmg besar. korg turun je dari kereta cth nye kan, mmg ade la kanak2 kecik dtg nak jual key chain kat korg. kalau korg xnk beli, ckp baik2 xnk. tapi, kalau korg beli 1, nnt lagi 10 kanak2 lain yg ade kat area situ dtg nak jual keychain dorg. haaaa yg tu susah sket nak elak. even yg adult pun ade jugak. pastu dorg ikut je korg mane korg pergi. agak rimas la. tapi mcm i ckp, kalau tak nak, better tak payah buat2 tgk brg dorg pastu last2 xnk beli. kalau xnk, ckp xnk. tapi ckp baik2. dorg pun tak kasar. atau pun korg buat isyarat tgn xnk. dorg phm nye la.

Hah, sampai jugak ke rumah mode. please sebut as rumah moder.bukan rumah mok de or mak uda ye. opps dalam rumah mode, tak leh ambek gambar. so ambek gambar kat luar je la ye. oh, satu lagi org kata factory outlet rumah mode ni mahal. to me, takdela mahal melampau sgt. tapi design2 baju2 dia mmg cantek compare dengan factory outlet yang lain2.

Ni patung kat luar rumah mode tu. mcm rasdan kan? ehe

Bunny and me :)

Setelah penat bershopping, harus la ambek gmbr kat depan ni. as an evidence dah sampai rumah mode. oh, lupe nak cakap pasal rumah mode ni. kat sini korg jumpa ramai jugak org Mesia actually. sbb this is one of the most famous factory outlet. kalau nak cari brand zara, guess,burberry ke certain here mmg original. tapi kena pilih elok2. certain tu fake tapi look like 99% macam ori. kena tengok betul2. kalau rezeki, u can buy ori nye dengan harga yang superb murah. actually, bukan kat rumah mode punya factory outlet je, kat tempat lain factory out lain pun boleh dapat :P

Eh, i stop dulu. nnt i make a new entry tau. tunggu tau. :P

Saturday, April 21, 2012

Battleship

Assalamulaikum w.b.t...Hi guys! Boleh tak skip dulu part Bandung tapi nak update pasal benda lain. eh eh pasai pa blogger punya layout dah lain? rasa pelik pulak. haish, cukup la dengan timeline dekat fesbuk yang awesome dengan cover photo bagai. tak dapat jadi cover majalah mangga, URTV, kat fesbuk pun jadi lah khenn :P

Tak terfikir pun nak update blog pukul 4 pagi ni tapi sebab terkesima dengan blogger punya changes. tu yang update jugak. logik tak alasan ni? dah tak leh gostan pada yang lama ke?

Hah, ni nak cerita sket ni. anyone dah tengok battleship? tau tak, magnet boleh tarik sudu besi? eh salah2. maksud i, tau tak this is the first time i boleh sebut cerita battleship tu dengan betul. before this, i asyik cakap battlefield je. so jgn la korg tanya kenapa kang tetiba dalam blog ni, i tercacul sebut battlefielf. maaf maaf maaaf. hokeh guys, sejujurnya i bukan lah kaki wayang. so takdelah excited pun nak tengok cerita tu. just nampak review teman2 dekat fesbuk je yang cakap cerita ni best.

Tapiii, bagi i kelakar. jalan cerita dia agak funny sikit. dah la beli tiket super spontan tanpa nawaitu dekat MBO Space U8 mall. ni bukan nama space ship. ni tempat yang baru bukak yang ala2 save the environment nye mall. no air-cond i guess. dekat area2 politeknik shah alam. entah, i tak pernah pergi befote this. Dah si Nani and Hana ajak, layan jela. pasal si Nani 44 kali ajak tengok cerita ni. hambek, tiket pukul 12.30 mlm. Walhal i dah antara angan dan sedar je ni. tapi layan kan ajelah budak berdua tu.

Hah, berbalik pada jalan cerita dia yang kelakar tu kan, entah ni pendapat i jela. so jgn pulak ade peminat cerita ni marah ye. antaranya;

1. Orang lain semua lari tengok alien tapi kau mampu pergi dekat di. Belasah, tumbuk2 sampai patah beberapa batang gigi alien tu. Kau mampu?

2. Almost semua tentera laut yang muda mudi ni awal2 mati pasal kapal kena serang dengan alien. Last2, bila kekurangan anggota, boleh plak pakai tentera laut yang dah tua2, kira sebaya ayah/atuk2 kita jugak la. act, dorang ni tentera laut yang dah pencen tapi lebih byk peranan dalam movie ni.

3. Hah, bila semua kapal dah habis, jahanam. kate dah lawan2 dengan alien. dah takde kapal yang tinggal. acaneh ni? haaa, kapal yang dah dijadikan muzium bawak untuk perang. asal boleh je kan. last2 kapal muzium itu yang membantu kemenangan mereka ye. no need kapal canggih manggih tau!

4. Time dalam kapal muzium yang dorg bawak untuk lawan alien tu, angkat bullet/peluru secara berjemaah. angkat ramai2 secara manual. kata kapal muzium, means kapal lama yang zaman dulu2 digunakan untuk perang ke hape. tapi setelah berdekad tak hidup/belayar, eh eh semua boleh on macam biasa. kagum tak?

5. I ingatkan alien yang serang dorang tu rupa mcm robot/cybog gitu la. tapi sekali, boleh bukak helmet dorang tu. bila bukak dorang tak berapa nampak/detect or tak leh kesan musuh sgt. kira jadi rabun sikit. lawak kan?

6. Mahkluk2 /alien  serta robot2 yang serang kapal tentera laut US tu,tak leh kena cahaya matahari. amboi, nak kata vampire tak jugak. ke takut sun burn? mungkin jugak :P

7. Kalau korang perasan, Rihanna yang under my umbrella pun berlakon dalam cerita ni. last2 dia dapat anugerah hape ke mende tah. kira atas keberanian dorg utk selamatkan bumi. so, pasni dia dah tak payah menyanyi lagi dah. boleh kasi chance Rebecca Black pulak jual album kasi laku.

act, cerita battleship ni adalah game jugak kot (correct me if im wrong). teringin jugak kalau2 pasni ada cerita based on game Monopoly ke Saidina tak pun Lego ke kan? tapi effect/gambar cerita battlefield ni okay. boleh tahan. tapi i suka watak Alex Hopper dan abang dia(Stone Hopper). cop2, stone hopper juga ada nama melayu iatu batu loncatan. ahaks. anyway, abg Hopper merupakan tentera laut tapi mati dalam battle dgn alien tu. abang dia memang nampak sangat syg akan Hopper.

Cerita dia takdelah best sgt. again, this is from my point of view. kalau u guys rasa cerita ni awesome gila, fine, i tak kata salah. hehe. diff ppl, diff thinking kan adek2? so overall i nak kasi 5/10 la cerita ni. act, trailer mcm gempak, tapi beselah kita selalu tertipu oleh trailer itu. tapi, kalau korg rasa nak experience tengok cerita battleship ni sendiri, sila la ke cinema yang terdekat. pastikan anda ade 2 jam lebih sikit utk mase menonton. Okay babai.

Wednesday, April 11, 2012

KL-Singapore

Assalamualaikum w.b.t

Hah, nak update blog harini ke besok. harini ke besok. nak ke tak nak. nak ke tak nak. tapi dah taip beberapa ayat so update jela yeh. Just got back from Bandung. nak update terus semua sekali macam tak mampu. so i'll divide into several parts.

Last week i cuti seminggu pasal mid term break. Actually plan nak pergi Bandung ni dah lama since balik Singapore last November haritu lagi. Tapi supposedly we're going end of this month. Tapi tak jadi kena forward ke depan pasal Abg Nan (rasdan's brother in-law) nak kena kerja kat Arab dah lepas ni. Dia pergi sana end of this month jugak so tarikh tu dah overlapped. last2 tukar 6-9 April.

So, pasal i cuti sem maka i gerak dari Raub ke UM pada hari Jumaat tu (6/4). I gerak dalam pukul 4 ptg mcm tu la. rasdan kat shah alam so after work baru dia datang UM. lambat jugak pasal i nak tunggu Faiz demok balik dari asrama dulu. rindu giler dengan adik i tuh. i kalau pergi jenguk dia kat asrama mesti nak peluk2 cium2 dia. mesti dia malu pasal ramai je org tgk. arghh pedulikan org lain. kakakmu sgt syg padamu. eceh, kat rumah kalau tak sepak terajang each other tak sah. bila jauh gatai nak rindu rinduan.

Hah, mak i pulak pesan baca selawat tafrijah. doa naik kenderaan. Baik mak, along ikut cakap mak. u guys nak tau tak, i boleh sesat nak balik UM. dalam byk2 hari, hari tu la boleh sesat nak balik universiti sendiri. i dah ikut jalan yg betul sekali dek kerana dengar radio citer pasal aaron aziz, i tersalah lane. ini sume salah aaron aziz. muehaha. Cuak jap pasal i exit dekat plaza mont kiara. tapi alhamdulillah sekali pusing2 eh eh lalu OU. i dah bole tarik nafas lega. tapi ade hikmah, rupenya kalau i tak sesat and lalu jalan bese masuk UM ikut pintu KL mmg sah la i caught in a massive traffic jam. ptg tu mmg jam sgt2. nasib baik i sesat so keluar kat seksyen 16 terus masuk ikut pintu kolej 9 and tembus kat belakang fakulti bahasa dan linguistik. Terima kasih Ya Allah :D

Alhamdulillah selamat sampai kat UM. Tak lama lepas tu Rasdan pun sampai naik motor. makan2 kejap. i balik bilik and dia pergi surau. dalam pukul 8.00 mlm macam tu dah siap nak tahan taxi. lupe plak ni kan cuti sem taxi tak byk masuk kolej 12. tunggu punya tunggu alhamdulillah ade jugak taxi. terus gerak ke kl sentral nak naik ERL untuk ke tasik selatan


Hah, ni map dari ERL ke pintu masuk TBS.

Yeay! dah sampai. Bus kami dr TBS-Singapore (beach road) pukul 11 pm. kami naik bus Trans Star. RM70 per person. btw ticket dah beli in advanced last 2 weeks kot.

Gmbr ade mutasi gen. i dah mls nak upload byk2 kali. gasak la. ni budak gemok ni naik je bus terus nak main game.

tapi pastu bentang2 selimut as if dah nak tido. lantak la rasdan, buat la ikut suka. ehe.

last2 layan game. byk game lawan2. game pompuan2 mcm strawberry shortcake ke, dress up model takde. ah tak best la. i kan 5 tahun mesti nak main game budak2. tgk jela rasdan main game.

I dah warn dia awal2. i nak tdo so jgn ganggu atau nak kena siku. haha. Rasdan tanya nak tgk movie tak. dia nak tlg pasangkan. pasal dia pun ngah lyn movie. last2 i langsung tak leh tido sampai kastam johor.pastu smbg tgk citer ni.

Kad ni dorang bg dalam bus. kena isi siap2.jgn hilangkan! act kalau naik other transport mcm flight pun dia bagi. satu tips kalau nak travel, sila bawak pen dalam beg. amat berguna. pastu nombor pasport, tarikh keluar pasport, tarikh expired pasport and place of issue korg tulis save siap2 dalam hp. so takdelah mase ni korg terkial2 nak cari pasport dlm beg bagai.


Masa kat kastam singapore tu Dan cuak kejap. pasal before naik bus tadi dia ade terbeli chewing gum. kan chewing gum tak leh bawak masuk singapore. tapi ade 3 keping je pun. so takpe, lepas dan selamat. lain la kalau bawak sebalang mmg sah la kena rampas. kalau sikit takpe.

Dalam pukul 3.45pg mcm tu la kami sampai singapore. Kak Miza and Abg Nan dah stand by tunggu dekat Beach Road. Turun je bus, angkat beg terus naik cab pergi Rangoon Road. At first nak terus gerak pergi airport tapi memandangkan masih awal kami decided balik rumah Kak Miza dulu. plus Abg Nan pun dah tolong web/online check in kan utk kami semua. so no need nak pergi airport awal sgt.

At first ingat nak rehat2 tido2 dulu kat rumah Kak Miza tapi i langsung tak leh nak lelap. last2 tengok tv, main game, main facebook. lepas subuh kitorang siap2 nak gerak dah.

Depan rumah Kak Miza. act, Kak Miza dah nak move out dah dari rumah ni. so maybe this is the last time kot singgah rumah dia ni. T.T

Tarik beg masing2 turun bawah. looking for a cab. tak susah nak cari cab kat singapore. driver cab tu punya la terlebih peramah sampai dia meluahkan rasa kuciwa tentang masalah pada taxi dia tuh. pastu dia complaint pasal tiger airways punya service. tiger tu mcm air asia la jugak. tambang murah nye. pastu tah hape dia bising2. layan kan je. apa sajelah uncle oii.

Sampai airport suda~ Breakfast dekat Texas Chicken. tak hengat bape dollar set breakfast dia. tapi no worries, yg ni ade logo halal :)

Haish gambar rosak lagi. i xtau la apa mslh blog i nih. upload gmbr selalu gini. nak post komen kat org pun fail kekadang. btw, ini bukan la caption untuk gmbr ni. ehe. ni rasdan apa kes tah tersadai mcm singapura di langgar todak. rest2 jap dekat terminal 2.

Gate C14.

Ni mule2 je posing. lepas flight dah berlepas i tidoq dengkur2. siap ade air liur basi leleh2. euwww. sedar2 la dah dekat 2 jam i tido. dah nak sampai bandung pun.

dah naik air asia indonesia kan, haruslah semuanya dalam bahasa dorang. this is the first time i naik air asia. i suka mase nak landing. sgt smooth je. i rasa kalau compare mase naik mas dan jetstar, ya allah bpk la ganas time dorg nak landing. time landing jela. the rest i rasa mas lagi besar sket kot seat dia. arghh tak kesah la mcm ne pun, janji selamat sampai.

Are you sleeping? Are you sleeping? brader john, brader john. moring bells are ringing. ding dong bell. eh motif nak nyanyi? kau mampu tido dalam senyum?

Okay la geng, i nak out dulu. nak hujan dah ni. kata nak balik UM. tak bebalik lagi. rasa nak konvoi 2 kete dengan rasdan tapi dia tu bawak kereta lomentik2 je. slow je. org naik beskal pun boleh potong dia. tapi kalau i potong kete kang dia marah. dia suruh jugak i ikut bontot kete dia. cis kek betul la. nnt i sambung part 2 kalau i ada masa ye. selamat bercuti semua :D

eh cop2 korang. sat la. tak habis lagi. ni nak share dgn korg ni...

dah lama tak baking2 ni. nahhh, ni dia red velvet cake. i guna loyang besar pasal tu dia nipis. maka takut nak potong tengah. kek ni lembut sgt2. kang pecah kang i nangis plak. next time nak buat i tak mau gune cream cheese. nak try gune mende lain plak. okay bye.

Sunday, March 25, 2012

Food Hunting @ Cafe Ayob 52!

Hi everyone! How are you doing? Tetiba i rasa lama pulak tak update pasal makan2 kan. so, apa lagi. Terms yang related dengan entry ni adalah seperti perkataan makan. makanan. makan makanan. Hahaha.

Partner i untuk food hunting mestilah Dan Kicap kan. So, at first kami tak tahu nak makan kat mana. mula-mula ingat nak makan megi dekat 711. pasal dah lama tak makan megi kan. tapi last last tak jadi. since dah dekat area Damansara, i cadangkan untuk pergi makan kat Cafe Ayob 52. ni kes one of my friend, Nani pernah mentioned cafe ni dekat i not long time ago. Cafe yang berkonsepkan ala-ala Melayu Klasik. No joke most of the things dalam cafe ni adalah ancient and retro.


The interior. Nak masuk duduk kat dalam ni kena bukak selipar/kasut/terompah dulu ya.

Awesome!

This fan is the same as the one dekat rumah arwah nenek i dulu. bukak kipas kuat-kuat sambil jerit or at least nyanyi2 depan kipas. feeling2 jadi Zaiton Sameon kejap.

Is that a bus sign? :P

Mana tayar belakang basikal ni? Pastu cer tengok rantai beskal dia kat depan tuh. Hoho.

I cakap dekat Dan, please senyum dan jangan tutup mata bila ambek gambar. So, u can see dalam picture ni he's trying hard nak senyum tanpa tutup mata. But then, i realize, this guy similar to this one *sila lihat ke bawah*

Tadaaaaa!!! Sangat macam Dan kicap. and rambut gulung2 depan like him. This picture was taken dekat IKEA. the first moment i looked at this doll, i terus ingat Dan. Tapi dia tak nak mengaku kan. Haha. ok, no hard feeling, Dan. just nak tease u je :P

While waiting for our food to be served, dorang bagi starter. roti bakar dan butter! its free i think. but frankly speaking, dorang memang patut bagi starter since they lack of workers. We need to be extremely patient nak tunggu hidangan timbul di meja.

Rotiiiii di tangan kanan ku...Sodaaaaa di tangan kiri ku. * please nyanyi ikut rentak lagu madu dan racun*

Dan order air orange. and i order soda. RM1.50 per bottle. i rasa botol dia cool gila. tapi bila minum ala rasa dia sama je mcm orange gas F&N yang biasa kita minum tu. mungkin gak dorang tuang air tin ke dalam botol ni so that nampak lagi cool. tapi nampak tak yang i dah tertipu di situ? :P

Baby sulung. Chicken chop that costs u RM10.00...rasa dia okay, boleh la. sedap jugak. tapi takdelah sesedap chicken chop dekat cafe ala-ala koboi yang tepi jalan tu. kalau tak salah nama cafe tu Ayeem Burger kot, dekat area Sg. Buloh. whatever it is, baby sulung ni telah pun selamat dalam perut i. alhamdulillah, licin jugak. tamatlah riwayat 'aku secebis chicken chop.'

Second baby for that night. Dan order fish and chips. but then, presentation food dia takde beza. semua nampak sama. chicken chop ke fish and chip atau chicken chip or fish and cop ke hape memang luaran nampak sama. termasuk harga sekali. RM10.00 jugak.

Masa makan-makan baru realize ade tortoise dekat dalam kolam ni. itu pun pasal ade budak jerit dekat ayah dia nak bagitau ada tortoise. kalau tak, i pun tak tahu.

^.^

Haaaaa set pinggan mangkuk antik dan klasik ni memang buat i rasa tertarik. Confirm dekat Sogo takde jual sume ni!

Teringat zaman i baby face dulu kat kampung. kalau nak main masak2, mesti guna perkakas dapur arwah nenek. perkakas yang lebih kurang sama dengan cafe ni. cis, berada di cafe ni memang terasa macam ada dekat rumah orang. i dah nyaris2 nak pergi dapur tanya ada i nak tolong apa-apa tak?

It may look quite old, but each of them has thousand of stories behind it. Either owner dia kumpul sendiri or beli dari tok penghulu ke tak kisah la. tapi semua ni valueable kot.

Okay, time to go home. Kalau nak datang sini, datang awal around 8pm mcm tu. sebab susah sikit nak park kereta. kan dalam kawasan perumahan. parking lot limited. takkan korang nak park dekat garaj rumah jiran sebelah cafe ni pulak. kecuali jiran dia tu, mak mertua korang kan and one more thing i rasa cafe ni bukak malam je. kecuali Ahad pasal tutup.

Overall i suka konsep cafe ni. cuma food choice dia tak banyak. western food sahaja rasanya. harga i rasa okay, murah la compared korang makan dekat Tony Roma's ke khennn. Sini lagi best. Dahla kat sini korang boleh pilih nak duduk atas kerusi ke or duduk bersila makan kat bawah.

Oh ya, kalau nak search dekat GPS/Gamin taip ON CINTA. eh tak, maksud i, taip je Ayob 52. Pastu sila baca doa naik kenderaan dannnnnn jangan cilok mencilokkk. Insyaallah sampai la ke sini. Rasa rindu nak balik kampung? Singgah la kat sini. You can have the retro, kampung feel tau kat sini. Nah alamat cafe ni;

AYOB's cafe
52, Jalan Nuri 7/22,
Sek 7, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.

p/s: Oh, yang pasal i accident kereta tu terima kasih pada kawan2 yang concern tanya2 keadaan i. alhamdulillah i okay je. kereta jela yang teruk sikit. i pun tak tau kenapa kereta boleh terundur ke belakang dengan laju. but after all pun, it was my fault. walaupun depan rumah sendiri, pintu kereta wajib ditutup ye kawan2.

Ada yang tanya mcm ne berlaku. hard to explain. it happened so fast. but according to my brother, Asyraf kan he said that rakaman i accident tu ada dalam cctv. he said dalam 5 saat macam tu je. i haven't get the chance to go back home untuk tengok rakaman tu. only him and my parents je. so Insyaallah 31 March ni mid term break akan bermula. really looking forward untuk cuti, seriously.