♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Tuesday, November 15, 2011

Xin Jia Po

Impromptu vacation katanya jadi i memang terkezut. yelah, just a few weeks before nak pergi baru tau. mula-mula ingat nak naik flight. kitorang pun pergi sana bukan sebab nak jalan sangat. for the sake nak anta album kahwin kakak Dan dan tolong bawak balik barang2 dari aussie. tu je pun. tapi dah alang-alang sampai sana, dalam kepala i memang dah set nak pergi universal studio la kan. tak dapat pergi yang japang, americano, cappucino punya takpela dik non. janji merasa dapat pergi kan uols.

Okay2, balik pada cerita I yang bajet diva nak naik flight. sekali kena sound dengan bapak i, "banyak duit awak? boleh, tapi bayar sendiri okay?" sadiss. terus tak jadi. lepas tu siap interview zaki bagai camno nak naik train. nasib i tak tanya dia train tu apa dan lazat dimakan ke tidak. haha. yelah, i kelihatan agak sesak nak cari info. yelah mana nak tau pasal transport apa nak naik, nak tukar duit lagi. masalahnya i duit pun takde. nak tukau apa. duit gaji dah lesap. dulu kata nak simpan duit utk kawen. tak sempat kawen, dah lenyap.

Nasib bapak i simpati lantas menghulurkan bantuan kemanusiaan. thank you for the 500SD. hehehe. okay, berbalik pada transport tadi kami last2 cancel pasal train berhenti dekat woodland which is far far away dari rumah kak Miza. so the best thing is naik bus. okay, tak kisah la janji sampai dengan selamat.

Bus kami stated dalam tiket kul 11.59 malam. kira pukul 12 lebih la gerak. sebab ehehehe kami terlambat naik bus. kah2 nyaris kena tinggal. ingat macam bus sekolah ke dia nak tunggu. no way! sekali pukul 3.30 pagi dah sampai kastam johor. aiyooo dalam tiket kata sampai pukul 5.30 terganggu tidur myols tau. hancusss my booty beauty sleep. eh, dah pesal dari tadi aku cakap mcm pondan ni? err okay dasar sengalicious betul!

Eh before that i nak remind la kan. entry this time is gonna be long longer longest ever. pasal i malas nak buat singapore part 1, part 2, part 3, part 4 ke pat2 siku lipat. pasal i ni jenis buat sampai part 1 je. part 2, 3 4 tu mesti i kate later. sebab i penat la, busy la apetah lagi. last2 harem takde. jadi korang anggap jela i tengah jawab soalan peperiksaan akhir tahun karangan bergambar. *sila buat muka redha*


Near Kent Ville. Nasib ada kak Miza, dah jimat duit tempat penginapan. ewahh, suka kau eh zaty? ;P

Nasi lemak dekat Mustafa Centre terbaik!

Map MRT. semua tempat boleh pergi.
Masa ni nak pergi harbour front. tu haaa paling lama 6 minit je tunggu. paling pantas 2 minit. laju jugak MRT dia. kalau dekat Mesia, agak2 KTM muncul berapa minit sekali? kalau delay sebab ujan? lepas tu time petang esp jumaat? masa ni, semua org jd selfish. nampak org tua ke langsung tak nak bangun bg seat. siap tolak kakak yang pregnant tu lagi.

saya suka cruise itu!

USS dibuka pada jam 10 pagi. we no need to Q nak beli ticket pasal kak Miza dah tolong siap2 belikan online. thank you kak. kalau hari biasa harga dia 60 SD. kalau waktu peak, 72SD. weekend and school holidays adalah peak. jadi, utk elakkan long Q memang patut beli ticket awal2. takut korg beratur 30 minit, sekali ticket habis.

Ni dekat New York la ni kan. Hollywood street. bangunan2 dia memang cantek dan sesuai bagi cam whore macam i. hehe.

kat sini cakap je kat mana tak leh bergambor. sume boleh. korang masuk kedai pose dengan barang2 dorg walaupun akhirnya tak beli sebab mahal, takpe. dorg tak kesah. tapi serious, i suka gambar ni. kikiki.

pretty boys, anyone?

lights, camera, action. steven spielberg.

berdiri depan sekali, ade lah sikit2 kena water splash. suka sgt effect dia. nampak tak boat tergantung dekat atas tu, siap jatuh, tingkap tu semua tercabut dek ditiup angin, keluar la api2 konon2 terbakar. lepas tu platform yg kitorang berdiri tu pun gegau2. lastly muncul mcm satu kapal,mati2 ingat nak kena langgar dengan kapal. tapi takpon. hehe teringat pula kisah singapura dilanggar todak.

Uncle Rasdan with his yellow cab, wanted to bring the green aunty to the market.

Wall of fame; jack klugman. bukan kluang man!

Masa nak naik roller coaster dekat egypt ni i berlagak dan bongkak hokey. sebab dia indoor punya roller coaster so dlm ni memang gelap. duduk depan sekali. kau mampu? lepas tu jerit2 its gonna be fun. yeay2. sengaja nak buat org sebelah i annoying. sekali bila dah jalan tu ambek nyaris2 nak langgar dinding. lepas tu ditarik ke belakang laju2. nak gugur jantung. tapi towards the end memang rasa best la pulak. okay lepas turun je, i saw tears from Dan's eyes. homaigod, what the fish. nanges naik roller coaster. bukan type mak tau. haha. i siap ajak dia naik second round. i kata i tak takut langsung. sekali bila tgk gambar dekat screen, masyaallah muka i la yg paling nampak takut. pejam mata, pegang seat kuat2. kah3.

Lunch time. and Kak miza got 10SD free meal voucher. set nasi ayam ni memang each 10SD. nampak mcm murah kan? tapi kalau dipikir2 convert duit Mesia, terus nangis sedu sedan segan. pasal set nasi ayam dah almost rm24. tsk tsk

Hujan kemain lebat lepas kami keluar dari cafe. i memang dah standby bawak payung dalam beg. tapi payung cinonet mana muat nak share ramai2. end up dengan beli raincoat plastik yg each 2 SD. i syak next time ptt bwk plastik alas meja mak i jela.

ni dalam shrek 4D. ni set induksi dia la. lepas tu baru masuk 1 bilik besar. duduk and pakai spek 4D. curlass sgt2. suka bila kerusi semua bergerak. bila shrek naik kuda, u pun akan rasa gerak2 jugak. bila donkey tu bersin, hambek, basah la korg kena air liur dia.

far far away castle dia mmg dabel like la. i tunggu jugak kemunculan shrek, fiona, fairy god mother ke. tapi mungkin sebab hujan jadi kelibat mereka tidak kelihatan.

Annoying donkey show.

i like to move it move it. i suka Gloria. pasal bdn sejibik mcm i. keh3

Frankerstein ni kan, i dah suruh dia pergi main jauh2. asyik jalan ke hulu ke hilir je. i syak dia malas nak study untuk SPM la tuh. haish!

woodpecker punya keturunan. kalerful. yg ni gegurl. i wonder la kan yg kt dalam tu pompuan ke laki sebenarnya. teringin nak squeeze boobs dia tapi kang dituduh pervert la plop.

Kung Fu Panda! terasa diri sangat kurus dan kerdil. ahaks

mula2 i ingat bapok tau. tapi tak sebenarnya tak. tulen ni. sorry la kalau i kurang ajar sikit. cantek kan kaler baju dia? purple gitu. ingat nak sewa untuk i tunang nanti. tapi nanges pulak bakal mak mertua i. ke i patut kasi mak mertua i je yg pakai?

Marilyn Monroe. dia ni siap cakap hi handsome dekat Dan. sampai sekarang Dan dok asyik ungkit. agaknya first time kot org kata dia handsome seumur hidup dia ni.

Alhamdulillah syukur sangat2 di atas anugerah oscar best teacher ini. saya betul2 tak sangka saya akan menang malam ni. sebenarnya anugerah ni adalah untuk semua yang tercalon bagi kategori ni. kita semua pemenang, tiada pengalah. anyway, thank you to my mum, dad, apis, ira, asyraf, faiz, sepupu sepapat, nenek angkat, jiran sebelah yang bela ayam dan semua crew2 yang membantu menjayakan filem Ketupat-ketupat cinta. and kepada para peminat saya, terima kasih sangat2. tanpa anda, siapalah saya. terima kasih. *ayat cliche bila menang award. takde pulak yang kata saya memang dah agak dah sy akan menang. so what? lepas ni kalau nak ambek sy berlakon, bayaran jadi dabel*

Depan kedai subinier Betty Boop. I suka jugak character dia dari zaman muda2 dulu. hehe. i tunggu2 mascot dia haram tak nampak. so before keluar, sempat la singgah kedai2 subinier yang lain. sebab kak miza kata brg USS takkan dapat beli dekat luar jadi sempat jugak i shopping brg2 USS mcm cap, t shirt 2 3 helai, notebook, towel, beg and small2 things yg lain. lepas tu nanges pasal terover spent. dush3

Caramel and Cheesy Pop corn. mahal tapi sedap. nasib ada org belanja. sekali lagi, thank you kak. tapi kena beli yg small size je. pasal manis. beli yg besar tak macam 64 SD pulak regenya. lepas tu next week potong kaki.

dah sampai vico city semula. shopping mall yang terbesar dekat asia tenggara i guess. ni kalau dekat mesia, korg combine la mid valley, one utama, the mines, times square,alamanda and etc. jalan 1 hari takkan habis. so disebakan time constraint, i sempat grab sehelai baju comel Zara. i loike!

Muke bebudak jakun naik bus awam yang dabel decker. i sempat terlelap 2 saat dekat dalam bus ni. tup2 dah sampai orchard road. orchard road ni kalau dekat mesia sama dengan bukit bintang la.

Sekarang dekat singapore ada macam elephant parade festival la gitu. so kat mana2 pun ada banyak patung2 elephant. eh kejap, tapi dlm gmbr ni takde pun gambar elephant. haha. salah caption!

Beronggeng makan dekat ayam penyet ria. i order nasi + soto. lepas tu i konpius nak makan camno. dalam soto tu ade banyak gile mee suhun. sama ada i bubuh nasi dalam sup soto tu atau i bubuh mee suhun dan kuah kat atas nasi.

Okay, time to go back. sampai TBS pukul 4 pagi. konon2 nak tunggu subuh la baru nak call encik hafiz mustafar ambek kitorang tapi last2 call la jugak. pasal nak makan sume kedai tutup. dalam pukul 7 lebih baru i balik raub. i ngantok gila nak drive sorang2. siap terpejam2 mata lagi. i sedar2 i dah dekat lane hujung. last2 i stop jap and tidur dekat genting sempah. pastu tiba2 i terfikir best gak kalau nak genting highlands ni. ewahhh sedar diri sikit.

Okay overall trip pergi singapore ni memang best. esp USS. pasal dah lama sangat nak pergi. tapi 1 je, dekat USS takde surau and toilet ni certain takde air. tsk tsk. papepun, cuma i memang nak pergi singapore lagi sekali. i tak ambek gambar dengan merlion pun. tak pergi bugis street pun. tak habis jalan dekat vivo city and orchard road, tak sempat singgah tgk esplanade. tawaf mustafa centre and little india lagi la tak sempat that day. takpe, insyaallah mane tau one day nanti i'll be back *sambil buat tarian 2pm*

one thing i noticed dekat sini, orang dia jalan lelaju tau. macam orang dekat jepun nun. lepas tu suka nak cepat. semua dia nak dulu. and yg kerja dekat cafe ke mostly warga emas. kdg2 kasihan tgk tangan dah ketar2 nak angkat pinggan bagai. and kastam singapore pulak tak friendly langsung. muka ketat je. tensi je. haha.

To Kak Miza thanks a lot. terhutang budi rasanya. segan pulak dengan akak. hehe. both of us memang had fun. wahh i taip panjang2 ni kira dah siap 1 thesis la ni. hehe. okay bye -signing off-

Thursday, November 3, 2011

Ice Skate @ Sunway Pyramid

Bila tengok gambar orang pergi main ice skate rasa macam best je. Bila tengok orang main ice skate dekat ice rink tu rasa nak main jugak. kadang-kadang siap gelakkan orang yang jatuh. ala bukan susah pun nak main, kena ada skill dia.


Tapi.......

Untuk golongan slow learner macam i nih sampai sudah tak pandai main. susah nak balance kan badan. penat je lebih. sebenarnya bukan tak boleh tapi mind set tu kalau takde orang tolong, mesti jatuh. sebab tu jadi susah. tapi percayalah, kalau first time datang main, kalau tak jatuh tak sah. dan, sebab kite jatuh tu la kita bangkit dan belajar sampai pandai. jadi, bila jatuh baru best. ewahh, ni ayat orang yang tak pandai main memang cenggitu.

Tiket masuk dia dalam rm15 je (pasal pergi hari Khamis). tapi kalau korang ada stokin dan glove bawak jela. that means korang tak perlu keluakan duit untuk beli stokin and glove dekat dalam ni. pasal stokin and glove tu wajib dipakai. kalau tak, glove rase nye kena beli RM8. stokin tak sure la. macam kitorang sempat bawak stokin je. glove memang beli la kan. dah la kecik. tapi takpe, boleh simpan untuk next2 time nak pergi. kalau nak pergi lagi la kan


ini bahagian skating academy. nak belajar kena bayar mahal. siap boleh pilih nak coach biasa atau foreigner. ;)

Ini Cik Iza dan Encik Hafiz. pasangan bahagia ni. 2-2 pun cikgu Math ;P

Besar itu ibarat gajah. dan gajah itu saya. *sila angguk*

Mase nak upload gambar dekat blog ni macam biasa sawan dia datang. most of the gambar mesti ada mutasi gen. mencikkk!! haha. btw, encik Budan sangat hebat bermain ice skating. sumpah tak tipu! ;))

Lepas penat jatuh bangun jatuh bangun, kami decided untuk lunch dekat The Street Cafe. ni ala-ala restoran korea yang halal la. seronok jugak. the first time i makan korean food dekat Seoul Garden, OU. Tapi kalau tak bawak student card memang malas nak pergi.

Rambut gulung-gulung depan. bila i suruh potong tak nak. bila i kutuk, marah i pulak.

Cik Iza had kimchi fried rice dalam lunch box. dia kate bagus bawak bekas ni pergi camping. haha.

Rasdan dan Hafiz dah macam sweet kapel la pulak. both of them order bbq chicken lunch box. konon-konon romantik la nak order benda sama. cis!

i order bibimbab bulgogi. famous jugak hidangan ni. makan macam dalam lesung batu. memang hott giteww. awww :P

Lagi 1 hidangan orang tamak macam I ini adalah chicken toboki (korean rice cake with chili sauce). lembut jek. sedap jugak. ni kes i terpengaruh dengan cerita running man la ni. bila dorang ada mission makan, kadang2 dorang makan toboki ni. tu yang nak tahu apa rase nya. ok lah, not bad. macam i, jenis yang telan je semua makanan. janji halal. macam Rasdan dia alergi dengan toboki ni. begitu juga dengan kimchi. nasib dengan i dia tak alergi okay. haha ;P


Mase on the way balik, Rasdan gelak-gelak dalam kereta tau. dia tanya sama ada i dah puas hati belum dapat jatuh dekat ice rink tu. i kata dekat dia, i dah tak nak pergi main ice skating. sebab i besar dan susah nak balance kan badan. bila i jatuh sekali, i nak bangun tu payah tau. tsk tsk. so konklusinya i buat keputusan untuk diet mulai dari saat ni. mesti kalian tak percaya kan? takpe, ok bye!

p/s: oh, i ucapakn selamat bertunang pada best friend i, Nana and Nizam. Orang kata mase bertunang ni darah tengah manis, satu tempoh yang sukar, pelbagai ujian yang mendatang. Apa-apa pun semoga kalian tabah menghadapi semuanya. cepat2 la kawin. happy to see both of u. and sorry tak dapat datang. Tapi i janji, mase u guys kahwin, insyaallah i datang Ipoh okay ;D

Pavlova atau Tiramisu Biscotti?

Monday, October 31, 2011

Kisah Goodie Bag

Semalam i date dengan gupren i, Ruslina. pasal i ada la nak kasi something dekat dia. tapi waktu ajak dia keluar tak leh la cakap nak bagi apa. nanti tak surprise. so i pendamkan je dulu hasrat hati. ewahhh, dah macam apa pulak kan. gedik tau!

Okay2 proceed to the topic, disebabkan ada kedai baru bukak, so mesti la nak ziarah. baju-baju dia memang banyak la. gupren i nih kurus so senang la carik size. pejam mata pun boleh pilih. gupren i ni adala beberapa helai baju comel yang dia pilih. so dah pilih2, terus ke kaunter nak bayar.

Lepas bayar, dia mintak tengok resit. lepas tengok resit dia kata gupren i ni layak dipinang. eh? maksud i layak la cube try test permainan yang depa sediakan. kalau menang dapat hadiah. i berharap la kot2 ada acara 4x400 meter bawak balang muruku berganti2 ke. suka jugak kan. tapi takde la pulak. i cuma ingat dua jenis je. sama ada baling bola masuk dalam jaring. ala2 basketball la kan. lagi satu, suruh putar roda. ala-ala roda impian. tapi i nama kan dia wheel of penipu.

last2 gupren i ni pilih la nak putar wheel tu. putar2, sekali penunjuk tu berhenti dekat 'goodie bag'. dalam hati, tak menang baucer dapat goodie bag ok la kan. sekali time dia hulur, paper bag je! alahai, lain kali kan kalau setakat nak kasi paper bag jela kan baik kau tulis dekat wheel tu 'paper bag'. bukan tak bersyukur cuma lain kali jangan tulis goodie bag kalau kau nak bagi paper bag kosong je. goodie bag mesti la ada bag and goodies nye. kalau kau isi gula-gula daim sebijik pun takpe. choi, bukan bag saje2 je.

bila i mintak satu lagi paper bag, terus kata tak boleh. konon2 paper bag limited la kan. ewah2, i bukan la desperate sangat nak paper bag tu. sengaja jela i mintak. pasal kasihan dekat gupren i ni, dapat paper bag kosong. kot2 la boleh bagi dua kan. tapi sudah takde rezeki, so sabor jelah kan.

p/s: nak bagi hadiah kena la jugak beradab bukan? sudah2 lantok la, meh kita layan lagu nomel2. badan ketak-ketak tough, nampak garang dalam Running Man tapi, nyanyi lagu comel. suka part dia menari tu (ssat yang ke 44) . suka sparta Jong Kook sangat !


Wednesday, October 19, 2011

Graduation Day!

After 4 years memaksa diri bangun pagi, berlari-lari ke kelas pasal selalu lambat, bersengkang mata buat assignment, tidur dengan buku semata-mata untuk test esoknya, study last minute untuk exam. Alhamdulillah finally tamat jugak menuntut ilmu. muahaha. i rasa macam masih tiny tot masa masuk belajar dulu. and the best thing is masa tu kurus lagik. thank you Unisel for making me fat. eh?

some random pictures during our big day;

We have perarakan graduan in the early morning. so we need to line up.

my alumni card

everyone is trying to give the best sexiest pose ever~

all my sayang-ness. 1,2 3 sayang semuanya!

alhamdulillah. i'm glad, i'm grad!

once we were out from the hall, we started to baling our mortar board ke langit. ewahhh. one of my friend accidentally pronounce as mother board

ini lah hasilnya.

hoyeahhhhh!!!! dah macam gundik2 China yang baru tukar status jadi maharani. hak hak hak

semua orang sedang mempersiapkan bontot masing-masing. get ready for another lompatan.

aiyoo amma pudichideke. this pic kinda small. tapi, takpe. lompatan sarjana muda kah?

i was saying, 'Tidakkkkkkkkkkkkkkk"

Tak habis2 lagi. dah lompat. dah lompat nak baling. dah baling nak sambut balik. dah sambut balik, nak lompat semula.

See. scattered everywhere ataih jalan. hang jgn lupa, hang pinjam ja tu semua. satgi jahanam, sapa nak pi bayaq? pi kutip balikkk!! rofl

so, we decided to wear it back. XD

Congratulations dearest Teslians. some of you ada yang dah kerja. ada yang dah sambung buat master. all the best in future. Remember our batch, B.Ed (Hons) TESL 3/2007/2008 are the best, forever and after. Insyaallah.

and finally;

Bersyukur sangat ada Mak, Abah, Faiz Moringe, Asyraf, Ira and Apeh. thank you for the love and support. love you all so much3. i promise ini bukan convo saya yang terakhir ;D

and to this person, i owe you so many things for the past 3 years. dia akan cuba usaha buat apa saja as long as i'm happy with it. once again, thank you so much. doakan kami. amin ;)

p/s: ewah, dah macam menang award apa dah. I've got a surprise gift from my parents. thank you. looking forward for a holiday after so longggg. sunday, please come faster! bye~

Friday, October 14, 2011

Five Sengal Things;

5 perkara-perkara sengal yang i pernah buat;

1. Marah
I kalau dah janji nak skype, i mesti akan tunggu. lepas tu yang buat i marah bila dah chat, orang tu diam je. tak reti2 nak balas. sapa tak marah kan? memang la marah. mule la hantar ayat2 sentap. tapi last2 i baru realize, i salah hantar chat. i tak hantar dekat orang yang sepatutnya. i anta dekat echo/sound test service. tapi sejak dari tu, kadang2 i suka hantar 'hi' dekat dia. walapun i tau cinta i bertepuk sebelah tangan je.

2. Tolak Tarik
I bengang dengan kakak farmasi. lantas nak blah cpt2 la. lepas tu i tolak pintu tu. eh apesal tak boleh pulak. tadi i tolak masuk ikut pintu sama takde hal pun. apesal nak keluar dah tak boleh. apa kakak farmasi tu dengki ke i cantek sangat sampai boleh lock pintu automatic ke. tapi rupa2 nya baru i perasan. dah trang tang tang tulis PUSH/tarik dekat pintu tu. i dok tolak2 pintu pun takde gune bila sepatutnye kena tarik. memang lepas tu i terus TARIK muka masam la kan. Walaupun push (tolak) dan pull (tarik) dah empat ploh lafan kali belajar dekat sekolah tapi masih lagi tersalah.

3. Colgate
Bila i terlambat bangun nak pergi kelas kadang2 i tak dapat beza colgate dengan pencuci muka. sesekali i tertaruk colgate dekat muka dan i gosok gigi gune pencuci muka i. janji muke putih gune colgate dan gigi rasa segar, tulus, mulus dan gebu sangat.

4. Terlalu banyak draft
I taip panjang2 dekat blog and lastly i save sebagai draft je. lepas tu esok i taip benda lain pulak. lepas tu i simpan dekat draft jugak. i tak tau kenapa i tak tekan publish post. kalau i tgk draft i skrg ni memang banyak entry2 yang i simpan. entah, mgkin i nak jadikan entry pusaka untuk diwariskan kepada cicit nombor empat i nanti.

5. Tak kisah
Kite selalu gune ayat ni kan bila tak tau nak decide. 'tak kisah, mana-mana je.' atau 'tak kisah, ikut je.' tapi dulu i pernah teman cousin i. sebab dia nak pergi wisma kfc. mase tu i sekolah lagi. mana la biasa jalan kl. selalu pergi dengan ayah. tak terfikir pun nak tengok and belajar hafal jalan. so, mase tu kami naik teksi. lepas tu, masa masuk je teksi, cousin i ni dok kalut jawab talipon. pastu masuk2 je, driver tu terus pandang i lantas bertanya nak pergi mana. i dengan selamba jawab,'Tak kisah la uncle. mana-mana pun boleh." And yes, teksi tu tak bergerak sampai la cousin i letak talipon.

Sebenarnya banyak lagi. tapi aku bagi 5 je dulu. kira mcm set tangan and cakap give me 5! ya, kalau dia nak set tangan balik. kalau dia give me 5 dekat pipi. u should say, another 5 please. lol. why not u guys pun bg 5 perkara sengal yg korg pernah buat dulu ke semalam ke. okay, i skrg kena off dulu. pasal nak turun dekat lobi hotel. rasdan dah tunggu. ewahhh jangan salah faham. i'm with my family in this room. and he's in another room. next door je pun. okay byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

mood; tak sabar nak convo besok~~ :D

Monday, October 10, 2011

Book Review

Currently I'm reading a book entitled 'Honk If You're Malaysian.'


I really love reading the book. what can i say about the author is i think she is a great observer. she observes many things that mostly happened around us. that inspired her to write this book. though sometimes its a little bit sacarstic but its trueeeeee what she said.

It has 57 stories. short stories. not a long and too wordy. bukan kisah sang kancil dan buaya ataupun kisah2 politik. its more like what really happen in our society but we do not realize it. each story adelah dalam around 1-3 pages. its a good starts for me yang malas nak membaca buku yang tebal.
one of my fav part is how to be savy shoppers. i akan re-tell with my own words. i think what Lydia Teh said is so trueee.

Do you love to shop? Are you one of those savy shoppers? Take note here. Either you gonna say, "Its okay, i can wait for mega sale if i wanna buy make ups/clothing items at lower prices." or "I don't really shops when i go to mall. i prefer window shopping." Alright, you can wear make up, read favourite books, listen to good music, showing off branded clothing items, have varities of food for lunch and try real good massage. yes you can. you can have all these wonderful things without using your money at all. so here it goes;


Wear make-up;
Cosmetic store adalah the first place you need to go. every cosmetic store mesti ada tester. start dari lipstick, eye shadow, compact power sampailah ke pemerah pipi. you can test by putting all of these on you face. in a minute, you will look like a celebrity. Instead of putting on make up je, if you pass by the perfume shop, you pun boleh jadi wongi2. even you dah almost 2 days tak mandi.

Read favourite books;
Thicker book with hardcover memang expensive. the costs can reach up to hundreds over. so grab your fav book, choose the most comfortable place, sit and enjoy reading. unless it stated there, "No free reading." But most big bookstores even provide u with tiny stools. so membaca itu jambatan ilmu kan kawan-kawan?

Listen to good music;
Your fav singer baru je released new album. so lets off to music store. kadang-kadang mereka akan mainkan lagu-lagu dari album baru daripada artis fav u tu. tak payah beli album bukan?so, just relax and enjoy your great time there. perhaps you can even sing along. show your great voice. no need to book a place for you to karaoke,no more. bukan itu sahaja sometimes, they are playing movies instead of songs. so again, why waste money to but movie ticket when you can watch the movie for free?

Showing off branded clothing items;
ZARA, MNG, GUESS, BURBERRY, KATE SPADE, FENDI, VICTORIA SECRET. all of them are very expensive. clothing items doesn't mean baju seluar dress, baju dalam, g-string je. handbag, kasut, sunglass semua pun consider sebagai clothing items. grab 3 pieces of any clothing items into the fitting room. cube try test pakai. if this look good on you, snap2 the picture. kalau baju you ade tulisan like 'MNG" or I love GUESS besar2 dan bling2 lagi bagus. so that people can see you're wearing an expensive shirt kot. kau hado? the last step is.........post it on facebook/twitter/blog. post 2-3 gambaq pun takpe. kalau dekat fesbuk mesti dengan caption ini, "Should i buy this ZARA's Harem Pants?" and another post with, "Among these GUESS dresses, which one you would buy if you were me?Reply asap"

Have varieties of food for lunch;
Yes, its so true. For free lagi. some mall ade carrefour, jusco, cold storage, giant ke sizuka ke apa. tak kisahlah. so you just enter the food/grocery section. jangan lupe ambik bakul sekali. as if you are going to spend all the money in your imitation Bonia's handbag tu dekat sini. normally dorang akan ada small booth. contoh, jenama Megi Kerinting baru je released new perasa. Its megi kerinting perisa itik. dia akan bagi you rasa for free. this is your great chance. you can say like, " Why are you giving me so little? Then how to taste? You'll get dabel and as if its your main course of the day!

Then jalan lagi to the biscuit/cereal section. another booth or the person is asking u to try new biscuit. try all the flavours. To satisy your rumbling stomach you can say like this, "I do not know to choose either chocolate or stawberry flavour. can you give me another try please?" and lepas tu bagi pujian yang melampau2 bahawa biskut tu terlalu sedap sehingga certain people can inzal. and you take 10 bungkus/tin biskut. put in ur basket. when you turn to another section, return it. yes, amalkan take and return. Then as for drink don't worry, if ade free trial of food, there should be free trial of drinks. Lastly, put back your empty shopping basket to its original place. or just leave it on the floor. walk straight and keluar dari situ.

Try real good massage;
After a long hours walking around at the mall, its time for you to rest. certain stores they are promoting their massage chair. they'll invite/ask you to try out how good and effective their product is. so why not? at least you can sit back and day dream for a few minutes before you going back home.

Saving tak? saving kan? tak guna duit bila you dekat mall. don't be afraid. you are not doing anything wrong. you tak curi apa2 kan. if you have at least one of this simpton, you are a savy shopper. don't worry i pun pernah terbuat salah satu dari ni. lol.

So ada banyak lagi interesting stories. but i can't reveal everything here. i'm, just sharing my fav part of the book so far. jadi u guys beli la jugak. its worth to buy seriously. eh eh blog i dah jadi blog review buku. lepas ni i nak review buku, Malam Pertama. ehhhh Malam Pertama Di Alam Kubur.

Monday, October 3, 2011

Family Outing

Maaf ku tak pernah berterus terang
Bukan ku tak mempercayaimu
Namun sebelum ku berganti rupa
Ingin aku menemuimu

Ku kan bermandikan cahaya bulan
Yang cemerlang di malam yang cerah
Memang telah lama ku nantikan
Ingin menolong yang lemah

Ewahhh sakan dok melalak lagu sailormoon. ni kira set induksi ni. takde sapa mandi cahaya bulan. mandi air pulau ada. lepas tu incident menolong golongan yang lemah akibat kaki tersepit dekat celah batu. nasib tersepit celah batu. kalau celah ****kang? tettttt..*maaf siaran tergendala sebentar*

Firstly i nak ucap selamat pengantin baru buat Abg Nan and Kak Miza (Rasdan's sister). Semoga kekal bahagia dan diberkati dunia akhirat. Buat anak ramai2. eceh, ni ucapan orang yang gatal nak kawin ni. Gambar2 kahwin later i upload. one thing i adore about this newly wed couple ni, dorang dah bercinta sejak zaman sekolah. kalau tolak tambah, masuk ni alhamdulillah dah 13 tahun 3 bulan dorang kenal hati budi masing2. okay2, dah straight to the point~

So last Sunday, anak saudara Rasdan request ajak pi mandi sungai. tapi takdak sapa nak layan. lepas tu sekali Abg Nan and Kak Miza gian la pulak nak join sama. yela, dekat singapore mana ada sungai nak mandi2. longkang ada la. so, last2 semua pun setuju. everyone set off to pulau chekas. name je pulau chekas tapi sungai je pun. ahaks.

We wish we were at the sunway lagoon. splashing water happily sambil membuat peace sign secara berjemaah. by the way, look at rasdan's butt. rase nak geget je boleh? =P

Syokk habis dok rendam badan dlm air. lepas tu tibe2 kaki i tersangkut dekat celah batu. i dah cemas. lantas tertarik baju abg nan. maaf kak miza. tak sengaja. haha. rasdan buat apa je bila kaki i tersepit? dia relaks je menyelam lepas tu seraya berkata tula, kaki besar macam gajah. gajah mana boleh mandi celah batu. grrrrr~~

ikan duyung with pelampung?

Kak Miza and Fea. Fea takut air mule2. tu yang pelampung tak nak lepas tu. tapiiii bila dah towards the end dia boleh kata, "Fea tak nak pakai (refers to the pelampung). Fea tak nak. " Ewahhh budak ni, eksen uols. campak dlm air nak? hehe.

Love this picture. i was trying so hard nak kumpul pasir nak timbun dekat badan Rasdan. u know la him. badan besar. tak cukup pasir. so i kena angkut dari one place to another. sekali time nak ambik gambar, Kak Ani muncul dengan daun pokok apa tah lantas bubuh dekat celah2 tutttt Dan. tgk muka tak bersalah Kak Ani ;D

We had so much fun. paling syokk kakak ipar Dan, Kak Ain(yg baju merah). teruja ambek gambaq ataih batu2. posing maut uols. i tak boleh tayang dekat blog pasai kang ada yang maut. LMAO. okay enough said. time to signing off. goodbye~ as-salam