♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Thursday, September 1, 2011

:. 2 versi of Cerita Cinta..:

Cerita Cinta Versi 1

Bismillahirahmanirahim....

Many years ago.....

I never smile, i never talk and i never had a chance to get to know him at all. I noticed him as a budak junior pengawas yang bersongkok dan sedikit nerd. oh yes, i also noticed dia punya scattered pimples everywhere on his face. That's all i can remember about him during our school life.

Then, awal tahun 2008, dia baru habis SPM. and i pun dah last sem foundation. so terserempak dengan dia tengah jogging dekat Taman Bandar. waktu ni i dengan classmate dia, ruslina. since dorg kenal, dorg pun berbual2 la. tapi waktu ni i mcm blur. eh eh rasa mcm kenal je mamat ni. rasa mcm pernah 1 sekolah. tapi eh eh rasa mcm dengan bangla mana pulak si ruslina ni berbual. tapi sekali tengok, comel jugak budak ni. tapi dia pun tak tegur i. i anggap jela dia xkenal i. ada aku kesah kan?

Tapi, dlm pada 'ada aku kesah' tu, balik rumah je sekali tengok dia add dekat friendster. zaman ni kalau kau xde fs, kau outdated occay. so dah add, i mesti la kena tulis, 'thanks for the add'. haha. so lepas berkomen2 dekat fs, mesti la nak berYM pulak kannn.

masa berlalu begitu pantas. dia membilang hari nak masuk Uniten. meanwhile i dah start 1st sem degree. one day, i nak balik KL. bapak belikan i 2 tiket bus dari Raub-KL. walhal anak dia sorang je yg nak naik busnya. malam tu, i tengah feeling2 chatting dgn dia, sekali dia kata esk nak pergi KL. nak pergi rumah dia. tapi takde tiket bus. ewah2 kau mcm tau2 je haku ada tiket bus extra. so, i sedekahkan satu pada dia.

esoknya jumpa dekat bus stand raub. dia sempat tegur i bawak balik bekal nasi dengan sambal petai. yela, zaman duduk hostel. kena la jimat2. naik je bus adalah borak2 sepatah dua kata dgn dia. lepas tu i terus tidur dengkur2. i fedulik hape kalau dia lonely xde kwn nak borak. i ngantuk sgt. smlm tdo lmbt pun pasal chatting dengan dia.

so dipendekkan cerita, selepas tu we're becoming more closer from day to day. dia pun dah masuk blaja dekat Uniten. yang tak boleh lupa, mase dia kt Uniten, dia mesti nak chat 2 kali sehari dgn i. 1st lepas dia balik kelas. around kul 5 ptg. and sekali lagi waktu dia habis study b4 dia off to bed around kul 11 mcm tu. apa yang kami bualkan? antaranya dia mintak i bg tips dlm memilih kwn dekat universiti. kalau skrg dia tanya mcm ni lagi, mmg i bagi lempangan bertubi2 tau. eh nasib dia mintak tips plih kwn. kalau tips malam pertama? haha.

after a few months, dia menyatakan isi hatinya. bulan puasa waktu ni wehhh. ewahhhh. so dari situ, kami pun mula la berkawan rapat.

sebulan je berkawan, terus bawak balik jumpa family masing2. mase ni i baru 19 tahun uols. so, kedua-dua belah family pun memang mengetahui tentang kami berkawan. ke mana kami pergi memang kena report la kan. alhamdulillah mereka sangat memahami dan family i memang dah anggap dia macam anak dorang sendiri. sampai kadang2 i rasa jealous ok. begitu juga dengan family dia. bersyukur sangat bila dapat menerima diri ini yang kadang2 ada sawan vavinya.

Alhamdulillah masih berkekalan sehingga hari ni. so, i will never forget this day. 1/9/2008. thank you for everything. i really love u with all my heart. happy 3rd anniversary, Rasdan :P

written by,
Izzati.Kit.Richie

******************************** ***********************************************

Cerita Cinta Versi 2

Al-kisah lepas SPM, punyer la nk jaga berat badan, duk berlari sekeliling padang kt taman Bandar@ taman maksiat..terserempak dgn si Z di sana. Itu la kali bertama kami berjumpa secara sedar..yela,pastilah waktu tu aku x tegur die.malu-malu kambing lagi.ibarat kate pujangga, bila mata bertentang mata,lidah kelu untuk berkata-kata.AMBOI!!!!.ok2,x nak jiwang2,t ramai masuk hospital kene penyakit terkujat.(rujuk kamus dewan klu x taw ap terkujat)

Dan: aku nk ke key-el weekend nie.

Si Z: yeke, sama lah.

Dan: yeke??? (My heart skipped a bit this moment)

Si Z: aku ada tiket lebey. Bapak aku silap beli. Die beli dua tiket. kau ambik la satu.

Memang pertemuan x drancang. Gi2 ler kami mula berkenalan,.

The proposal

Tarikh yg dpilih mmg lah amat mudah “ya amat” untuk diingati. Knapa? Sbb tarikh nya adalah 1.september atau 1.ramadhan. klu la aku nie masih x hingat ag tarikh nie, mmg la choooooyyyy..

1st year

Overall nyek hubungan kami okey di tahun pertama. Giteww. Yg lebih menambah kebahagian (blurgghh) adalah parents kami da “seakan-akan” merestui jek .ngee. bagi aku biarlah ibu bapa kita tau ttg hubungan kite ngan pompuan mane2 pown. Jgn bgi ibu bapa kite dengar drpd org laen. Suke or x suke i2 perkara ke-2. Yg penting bgi taw dulu. I2 sajalah pesanan drpd utz al-rasdani al-richity al-baghdatan.(calon imam x berapa muda)

2nd year

Pelbagai kisah tercoret di dalam lipatan sejarah sepanjang tahun ke-2 nie. Tidak dpt dinapikan mmg hubungan menjadi lebih akrab, rapat, ketat, sendat.

3rd year

Hah? Sumpah la rase mcm bru setahun jek kami bersama. X sedar pown da lame sebenarnya. Next time sedar plak bile anak kami da masok darjah satu da agaknya.ahakx..nk tulih lebey2 kang di tuduh kekwat plak an. X mau la cite lebey2. Kate artis khaannn…bubye. ap2 pun, happy anniversary yang ketiga. semoga hubungan kita ni kekal selamanya. insyallah 'hujung tahun' nanti. ahaks.

Ditaip oleh jejari tak runcing tapi langsing,
Rasdan.Kit.Richie


our very first picture.

p/s: sekadar ingin berkongsi. kadang2 dalam kita berkawan dan mengenal hati budi seseorang tu memang ada pasang surut. tipulah kalau kata tak pernah ada salah faham. ingin berpesan walau sebesar mana pun isu nya, jangan ikut hati dan rendahkanlah egois tu. benar, kalau tengah marah dan merajuk terus kata, dah sebab hal ni kita clash. jgn cari saya dah. atau paling2 langsung tak nak contact. diam seharian. bila sms langsung tak nak balas. bila call tak nak angkat. biarlah dia. dia yang salah. dia la pujuk. selagi dia tak cari balik, tak kan cari dia. lepas tu bila 2-2 diam, mula la buruk sangka. terus off hp.

jadi, mak kata gaduh is gaduh. tapi tak bererti kita kena abaikan partner kita tuh. walapun tengah hangin, baru lepas marah2 apa salahnya call tanya dia dah makan belum? tak kisahlah dia jawab "dah" atau "jap gi" atau pun kalau sms dia balas "k" je at least we need to show our concern like usual. jangan time baik je i love you. u love me. time gaduh pun apa salahnya ucapakn i love you. lepas tu nak sambung sepak terajang takde hal la. tak bermaksud kalau gaduh, dah tak perlu ambik tahu pasal dia. kesimpulannya gaduh tetap gaduh tapi masih ambil berat macam biasa. nanti lama-lama mesti okay semula. heeee. sekadar perkongsian dan peringatan pada diri sendiri jugak :P

Wednesday, August 31, 2011

Cameron!

Second day of raya tiba2 je Rasdan ajak pergi cameron. mmg unplanned. sebab dekat, so pepagi lagi terus shoot pergi sana. konon2 nak sambut raya-merdeka-early anniversary la sangat. sekali hambek, orang ramai. nasib badan i besau, boleh tolak2 orang dalam kedai. see, raya2 pun nak busuk hati. tapi, mula2 tu kereta memang bersusun nak naik. macam susun silang kata. so, sementara jam ala2 dekat jalan tar tu, kitorang mmg berdikir barat la dalam kereta.

Guru Kelas 3 Gigih. eh, motip?

Ini ketua sektor perladangan bahagian tanam semula

I pesan dekat Dan, buat la muka comel. masa tangkap pastu tengok dalam hp, Ya Allah comelnya budak ni. tapi bila dah upload dekat sini, tibe2 rasa Ya Allah, ngerinya tengok dia ni lol

Tolak ketupat, bak mai bluerberi tart!

Sibuk nak beli sayur. walhal masak bukan pandai pung :P

.......

Haaaa adik manessss!!!mari beli!!! 3 sepuluh. 3 sepuluh. *tibe2 bersimpati dengan muka beliau dlm gmbar ni*

Nah, i mempersembahkan strawberi with cream bersama lidi. jgn drooling ataupun berguling dekat sini.

Nahhh makan! makan la sekali dengan lidi2! :P

Choii mak bunting 3 bulan uols.

najwaa latiff in the house la sangat XP

Akak ni mula2 duduk dekat belakang. time i nak ambik gambar je, tiba2 muncul bagaikan naga pastu dan2 je buat2 sibuk. candid la ni. igt nak crop kan dah tadi tapi ambik la! ambik la!


Lelepas lenat lelah leli luah layur, lami lun lulang la lumah. lasal lakap lacam lini loiii.lempang kang nak? :P

seee, dan cakap after 3 years baru dia sedar yang i ni retarded sebenarnya. sentap makk~

p/s: masa dekat strawberry farm, i terserempak dengan kak wani. cikgu smk taman ehsan. boleh pulak jumpa dekat situ. a few months tak jumpa sekali eh eh dah pregnant. comel la pulak tengok dia. boleh lawan2 perut ni. ngee~ selamat hari raya. maaf zahir batin semua :P

Friday, August 12, 2011

Day 1 in Primary School

I'm back teaching in school. But this time a bit difference sikit sebab teaching in primary school. and to be specific, I'm teaching Year 1,2 and 3. Luckily all girls sebab MGS kan. and it was my former primary school.

Sebab dah biasa dengan secondary school, so dah sedikit hilang ingatan nak buat lesson plan untuk primary school. Dah kena tengok dan study semula. =.="

As for day 1, it was "fun". seriously memang fun. i entered Year 1 Gigih tadi. yeay, semua budak kecik, pendek dari cikgu. suka sangat. comel je. kalau yang pakai tudung tu, kejap pakai lepas tu simpan dalam beg. tapi biasalah kan, tengah nakal. mcm2 hal tadi. antaranya;

"Cikgu, dia kata saya bodoh"

"Cikgu, dia tak nak kawan dengan saya" (takpe, meh kawan dengan cikgu meh)

"Cikgu, saya jatuh" *sambil tunjuk lutut luka lalu menangis*

"Cikgu tau tak Izzah kan. Dia kan love Adam. Adam tu pakwe dia cikgu. Tapi sekolah lain"

"Cikgu, pencil colour saya hantu ambik" (muka sedih gila. mata dah berair)

"Cikgu, boleh tak saya nak asah pensel?" (asah la. janji jgn buang atas lantai sudah ye)

"Cikgu, tengok saya ni. Merdeka cikgu. (sambil balut badan dengan bendera Malaysia)

"Cikgu harini saya tak puasa. Gosok gigi pun tak, cikgu"

Haha kadang-kadang memang rasa alahai apa saja la budak2 ni. kadang-kadang rasa comel. tapi comel sangat sampai nak gigit boleh? :P

Tuesday, August 9, 2011

Mary Had A Little Lamb

Heyyo everyone...!!!!


ceh, bajet cool la nak tegur mcm gitu?haha


last week punya last week just say 2 weeks ago jela kan i pergi beronggeng with my little ducks dekat Marry Brown. tak related dengan marry had a little lamb atau mariam jaga kambing pun~

3 daripada yang lain. excluding pak cik dekat belakang tu. dia bukan student i =P

Eh, pak cik pun enterprem sama ke?pak cik, ni kira gambar candid pak cik tengah makan set bubur ayam la ni kan? heee~

Haha. kesian pak cik tu langsung tak berniat nak terlibat dalam kes ni~

The class monitor, Azizul memang la hot guy. 2-2 admire him. 2-2 rebut nak duduk sebelah him. its like killing two birds with one stone. or, buy 1 free 1. eh? tak related langsung! pffft~

seee? i dah kata dah. rabiatul dengan ashiraf memang ada glue. so that they can always stick to azizul.



dah2, jom ambik gambar lagi..


.....




1,2,3...



Aku tumbuk kau Jah! haha pasal aku tak ready lagi la Jah =P

haaaa cun2. thank u so much for that day ;)

Aiyokkk main baling2 bola. lepas tu kena halau dengan mak cik Saadah. hebat betul kuasa mak cik Saadah ni.

Lastly, i pergi karok dengan Madi. mula2 nak setengah jam je. lepas tu dah gian berdangdut, rock, pop semua la last2 tambah another setengah jam lagi. semua genre lagu terlibat.



Tapi uols nak tengok tak cover depan majalah mangga edisi bumper raya ni?


are you ready kids? ai ai ai captain!



......



ini kira poster khas ni tau. not for sale~



Uols rasa i tengah nyanyi lagu apa? "Sekebun cinta nan berbunga...teguh berdiri nan berduri..." salah2. in bukan lagu ziana zain. sebenarnya i tengah nyanyi lagu Isteri Solehah occay. "Isteri cerdik yang solehah...penyejuk mata..penawar hati..penajam fikiran"....lalalalala~


amaran keras: di larang meniru gaya memegang microphone tersebut. khas untuk orang gewdick jurrr tawwww? =P

Wokeh, wa cabut dulu. wa nak tengok running man dekat isubs squad. wa nak gomol boipren wa, Sparta Jong Kook. dan lastly wa nak lu lempang wa! eh? *gila*

footnote: i thought clarinese would be good for my selsema. but then it doesn't work for me. dan my tahi hidung seriously lagi kuat dan melekat dari gam UHU :P

Friday, August 5, 2011

Worst clinical service..!!

As-salam semua :)

Lately 2-3 hari ni i memang kurang sihat sikit. ada tonsil. tonsil adalah penyakit yang i selalu kena dahulu tapi tidak lagi sekarang. selain tonsil, ulser dalam mulut dan heartburn/pedih ulu hati la yang i paling kerap alami. boleh dikatakan bekalan untuk oral aid dan gaviscon mesti kena simpan dekat hostel dulu. tapi alhamdulillah sekarang ni semua tu dah semakin takde.

Dah, back to the story. sebenarnya i tak pasti tonsil ke tak. tapi i suspect jela. pasal bila nak telan air liur, makan minum mmg sakit. even kalau tekan2 dekat area leher mmg terasa la sakitnya. i pun dapat rasa mcm panas dekat dalam. rasa mcm merah2 je dekat tekak. tapi dalam pada sakit2 tu, makan minum masih mcm biasa. still gelojoh dan buruk lantak. cuma sedikit tak selesa. xpe, ujian namanya. i pun dah kurang bercakap sikit. bak kata kwn i, kurang berckp, kurang dosa kita :)

so lepas buat facial tadi (ceh nak jugak mention~koser tau :P) i nak pergi clinic. normally i biasa pergi 1 klinik ni dekat raub. kalau apa2 mmg biasa pergi situ. cuma ade certain org ckp agak mahal. bagi i, mahal sikit xpe, janji cepat ubat berkesan dan kita pun cepat sembuh. mahal tu pun xde la mahal melampau sangat.

tapi, dek kerana rasdan ni cakap ade clinic yang lagi bagus dari clinic yang i selalu pergi tu. rasdan cakap clinic tu panel TNB. okay, tak habis2 dgn TNB. haha. fine2. i kan gepren dan merangkap kwn baik rasdan. maka i pn ikut la cakap dia. sekali sekala tukau angin.

so masa i sampai dekat clinic tu, xramai pun patient. ade la 3 4 orang before i. so lepas bg ic n daftar, i pun duduk. mase tu i realize something, setiap patient yang masuk kt dalam bilik doctor, mesti dalam seminit dua akan keluar. mula-mula mungkin uncle cina tu sakit sikit je kot. lepas tu akak yg ada baby kecik masuk. pun sama. 1-2 minit dah keluar. i dengan kwn i sumpah dah rasa pelik gila. cepatnya. bukan sepatutnya ade consultation hours ke? and kita byr utk semua tu.

so xpe. bila sampai turn i, i pun masuk la. doktor tu serius tak best. tak friendly. tak approachable langsung. dah la tak greet i. lepas tu masam je muka. nak kata pms dia ni lelaki. mungkin jugak. pasal lelaki pn ada ala-ala pms gitu. lantas i fikir mungkin doctor ni tua dan serious orangnya.

lepas i duduk and i cakap dalam tekak ni mcm sakit sikit. nak telan air liur sakit and bla bla bla. tapi belum sempat i nak cakap yang i ni mungkin la ada tonsil, dia terus suruh i bukak mulut. jerit aaaaa. pasal dia nak check tekak i pakai yang guna batang ice-cream tuh. mase tu i mcm terkejut, so dengan tak sengaja i terkeraskan lidah i. so dia mcm marah i. okay fine xpe. mmg salah i. redha je.

then i asked the doctor again, "Doctor, saya ade tonsil ke?" and dia tak jawab pun. and dia busy menulis and keep on menulis lagi. sakit betul hati. lepas tu dia just kata dia akan bg 3 ubat. and i'm done. dah boleh keluar dari bilik dia. sangat cepat bukan proses nya?i tak puas hati. i suruh dia check pernafasan i guna stereoscope. and he did. after that only, i went out from his room.

member i, si Tikah dah gelak2 dekat i. dia pun student medic jugak dekat moscow. dia kata doctor tu bapak malas weh. lepas tu i cerita la what happened dekat dia. and she said sebenarnya dalam beg dia tu pun ada stereoscope. apsal i tak cakap dekat dia tadi. cehh T.T. erm tau la pulak i dlm beg dia ada apa. dah tu, kalau tukang masak dlm beg dia harusla ada kuali dengan senduk? :P

so nak dipendekkan cerita, i amek ubat. byr rm35. terus blah balik rumah. lepas bukak puasa, i kena makan ubat. mmg dia bg 3 ubat. 1 kumur. tapi bila i kumur sumpah rasa dia mcm listerine. i rasa lebih baik i ambik bapak i punya listerine kt dlm toilet tu je. lepas tu ubat pil tu sbnrnya panadol. dah lagi bg banyak. sampai doblas biji. dah la kena makan 1 biji sekali lepas makan. lets say ade 12 biji, tak kan i nak makan panadol sampai doblas hari. i rasa i xptt habiskan panadol tu. lain la kalau antibiotic. memang kena habiskan pasal nanti second time ambik antibiotik tu dah tak effective kalau tak habiskan. kurang dos pengambilan maka, badan pun tak boleh nak lawan dah. ngee~

And the last ubat is ubat hisap. bila i tgk, i can get this from the farmasi. and that is for cough dan sakit tekak also i think. dia mcm gula2 yang mint. rasa manis dan berangin je. i rasa lebih baik i makan gula2 hacks atau pun strepsils. sama jugak kan?

dengan rasa tak puas hati, i pun refer dekat Tikah balik. and she said, supposedly the doctor tak boleh bagi ubat mcm tu. tu semua boleh beli sendiri. and if i ada tonsilitis, dia kena bg antibiotik sebab infection kuman. ha'ah baru i teringat previously masa i selalu kena tonsil dulu, mmg normally dia akan bg antibiotik. kalau teruk sangat kadang2 dia inject dekat bontot yang i handsome tu.

so as for now, i minum air cap badak banyak2. untuk sejukkan tekak. tapi now mcm dah recover sikit. i nak tengok dulu sampai esok. if masih tak recover dan makin pedih, i akan pergi refer dekat doctor lain. Semoga ujian ini akan ada hikmahnya. amin~~doakan i cepat sembuh ye :D

p/s: i still remember masa i buat dressing dekat clinic yg biasa i pergi tu. i bising gila sebab takut. doctor bius sampai 2 kali. tapi dalam pada bising tu, the doctor memang friendly. dia byk berbual2 sampai i pun xsedar pencil led yang masuk dalam jari i dah terkeluar. memang tak rasa. dia tak marah i pun sebab bising. in fact, dia cuba cool down kan i utk buat i tukar mind set i bahawa ianya tak sakit. Heee. jujur i cakap, i lebih suka service dekat clinic tu compared yang i pergi tadi. memang worst and i rasa mcm tertipu dengan ubat yang dia bagi. So now, can you see the difference?

Wednesday, August 3, 2011

Pengalaman Berpuasa

I nak share pengalaman pertama i berpuasa. ni kira mase kecik2 la ni. baru nak belajar berpuasa.

I belajar bangun sahur masa umur i 6 tahun. mase ni tadika lagi. tapi waktu dulu family i bangun sahur awal gila. around 2.30 pagi. i pun tak pasti kenapa. so, bila mak bapak atuk nenek i bangun nak bersahur, i pun makan la sekali. arwah nenek i pesan puasa ni menahan lapar dan dahaga. maka i pun akan byk sebanyak mungkin. lepas tu sambung tidur semula. tapi bila i bangun pagi esoknya, perkara pertama yang i buat adalah hisap puting. tettt ni bukan dabel meaning. haha. sejujurnya i hisap puting dari i bayi sampai awal darjah 1. memang kalah bayi yang lain. tapi walau hisap puting pun, masih tak batal puasa bagi i. pasal i yakin yang i tak makan dan tak minum. haha.

Tapi waktu i berusia 6 tahun tu, i puasa half day je. so bila i masuk darjah 1. awal2 je masih hisap puting. pasal dekat sekolah cikgu Rohani tanya siapa yang masih hisap puting dan minum susu lagi? i diam. mati2 tak nak ngaku. tak nak angkat tgn. tapi dah terasa dah. balik rumah terus nangis dekat mak. cakap dah tak nak hisap puting dgn minum susu. pasal cikgu Rohani tu hebat sangat. nanti dia boleh dapat tahu. tsk tsk. *sebenarnya cikgu Rohani tu adalah kawan mak*

Masa i darjah 1, ingat lagi. i memang pandai berlakon. kalau tanya, "Izzati, awak kan awak puasa tak hari ni? and of course la i replied, " Mesti la. Kite kan orang Islam. mesti kena puasa." wahh kagum tak dengan i waktu ni? haha. waktu tu time rehat. yang budak Islam duduk jela dalam kelas mana yang konon2 nya puasa tu. lepas tu ade la sorg budak india ni. i lupa la pulak nama dia. dia makan aiskrim kacang merah yang harga nya dulu 20 sen je. bapak la menggiurkan. lepas tu kawan meja sebelah i ni dia kata dia puasa. lepas tengok budak india tu makan eksrim yang lazat maka, dia pun tertelan air liur. i ternampak. lepas tu i kata dekat dia yang puasa dia dah batal. yelah, kira mcm minum jugak la kan. wpon air liur je. lepas tu tau apa jadi? dia menangis kuat gila. rupa nya mak dia janji kalau puasa penuh sehari dapat RM1. zaman ni RM 1 da kire banyak la ni. tapi pasal dia tertelan air liur tadi dan i telah menuduh puasa dia batal maka dia tak dapat la RM 1 tu. sampai sekarang i rasa bersalah pada dia.

Dan ade jugak kisah bila i pergi masuk tandas, i ternampak sorang kawan i ni minum air. i pun apa lagi cepat2 la sergah dai belakang. muka dia dah lain. mcm nak nangis. tapi buat rileks dulu. konon2 ajak i subahat sama. ajak i minum sekali air paip. mase ni i innocent. i tolak occay. i kata tak baik. menipu diri sendiri. Tuhan marah. kira i bertindak sebagai ustazah la kejap. masa ni i sekolah petang. tapi kan bila i balik je sekolah pukul 6 i terus pergi dapur. kebetulan arwah atuk i dia akan pergi pasar ramadhan beli makanan. secara sengaja ustazah tadi curi2 makan kuih donat sebijik. kira nya i hipokrit la kejap masa tegur kawan i. walhal i lagi worst :P

Sama jugak bila i dah darjah tiga. masih curi2 makan tembikai dalam peti ais. juga waktu darjah 5. i menangis sekuat hati. lantas air mata pun bukan sekadar membasahi pipi, malah tekak jugak. pasal i sengaja telan. bila difikirkan balik, rasa mcm kelakar. tapi itu antara pengalaman berpuasa i mase kecik2. apa kata u guys pulak share pengalaman uols. mungkin lebih menarik kalau kita berkongsi :P

p/s: i tengah belajar buat doodle sendiri. wpun i cari je tutorial dekat blog namun i masih noob2 lagi. nahh ini la hasil kerja orang noob2. dengan ini, saya Nur Izzati Bt Mohd Idrus akan mempersembahkan......*drum roll*



........




.....

Haha. buruk gila kan? sengaja buat baju kurung polka dot. tribute pada baju kurung polka dot i tahun lepas yang tak boleh pakai tahun ni. phm kan maksud dia :P

Tuesday, August 2, 2011

All About Food.

Hi semua. masih tak terlambat nak ucap selamat berpuasa kepada semua ye. Hee. sorry lama gila tak update blog. i terlalu busy selamatkan bumi dari raksasa jahat. :P

Nak dengar kisah orang yang buruk lantak tak? meh sini meh. al kisahnya sabtu lepas pergi seksyen 7 dekat shah alam. mcm biasa, dengan rasdan n my family. sebelum puasa that day, rasa nak makan mcm2. orang gedik mmg mcm ni. lepas bergembira dekat pearl haya, bapak terus ajak pergi lunch dekat JM Bariani House. Mcm biasa, i tak kan pernah menolak.

So are you ready? here we go~

Nampak je hina. tapi rasa dia mmg terbaik. I suka nasi ni. sebab ada daging kambing. mana daging kambing nya? ade, kt dalam timbunan nasi berkenaan. mula2 i bising pasal banyak gila nasi dia. dah mcm nasi arab. rosak diet. tapi selang beberapa minit kemudian, i rasa tak cukup pulak. see?*maaf kedudukan fork n spoon telah terbalik*

Keluar je dari JM Bariani House, i ternampak tutti frutti. I cakap dengan rasdan i nak break dgn dia. pasal i nak kapel dengan dia ni. wheeee. mula2 je handsome eskrim ni. lepas tu....

hebat bukan monster ini?i kena la makan mcm ni laju2 pasal nanti kang rasdan mintak2 pulak. mana boleh kongsi2 :P

Lepas tu, my mum and dad ajak pergi jalan tar. so dorang gerak dulu. i dengan rasdan lambat sikit pasal masa ni kami pergi singgah subway lepas makan tutti frutti. maaf, gambar dekat subway takde. lapar sangat, biasa la bro. *okay, skrg i rasa i dah mula rindu dekat chicken terriyaki. kalau mintak time2 skrg sah2 la kena maki*

Sekali mase otw pergi jalan tar bapak call. dia habaq jalan jam. toksah masuk kl la. kalau nak park pun park la dekat maju junction atau pertama kompleks. fikir2 balik mcm malas nak redah jam. so i dengan rasdan pun patah balik. pergi wangsa walk. untuk apa? mesti la untuk makan lagi :P

Kami singgah dekat octopus. sushi dia mahal dari sushi king. sepinggan rm2.80. rasdan pesan dekat i amik pinggan kaler kuning atau ceklat je. kalau tak, i balik kena jalan kaki. T.T

Jemput makan semua. eh, pose eh? :P

Lepas tu dekat octopus i melantak nasi goreng belacan. irony nya, langsung tak pedas. walaupun kita boleh notice kehadiran cili potong di dalam rajah di atas namun, i tetap tak puas hati. pasal i tak rasa belacan langsung occay.

Rasdan had nasi with yellow fish curry. serious sedap. tlg jgn drooling dekat sini :P

Hi, saya dolphin yang gempal dan masih bujang. selamat berkenalan.

Dan pada malam berkenaan i pergi makan pizza hut dengan family i. Sumpah rasa nak pecah perut. namun, masih lagi mampu menelan mango puding dengan pasta.

Okay2, last kopek. esoknya i pergi singgah viva home dekat jalan loke yew. mak beria2 nak pergi sana. i pun menggeletis sama la kan nak pergi sana. pasal i tau dekat sana ade The Gardens. wheee~jadi, selamat mencuci mata semua ;)

2-2 wajah kesayangan hamba. 2-2 pemain catur yang hebat. 2-2 gemuk. eh?*tampar diri sendiri ulang2 kali*

Mak, why so serious? Mak fikir apa mak? lalu mak pun menjawab,"Tak, mak tengah pikir colour tudung apa yang match dengan baju raya mak tahun ni." lol :P

Adiks beradiks gediks. peaceee yawww *muntah*

I suka chandelier dia. rasa nak curik lepas tu gantung dekat telinga. jd anting2. errr boleh ke?

I geram je dengan bunga-bungaan di sini. tiba2 teringat lagu rahimah rahim; gadis dan bunga.

i had apple soda. ok la, not bad :P

I suruh Faiz posing pasal nak ambik gambar. Tapi, I tak tau apa motif Faiz memegang kacang panjang mcm tu sekali. mungkin dia clueless tak tau nak pose dengan apa lantas menjadikan kacang panjang sebagai prop yang berguna dan hebat :P

Naaaahhh sengaja carik pasal..!!

okay nanti ada masa i update lagi. tu pun kalau takde raksasa jahat yg serang. bye semua -signing off-

p/s: lupe nak cakap dekat atas tadi. i dah resign jadi guru ganti. skrg duduk rumah susun 300 pieces puzzle yg tak sudah2. haha. oh ya, cerita di atas adalah benar belaka. i sekadar berkongsi cerita makan2 i je. i bersyukur sangat i boleh makan mcm2 selagi i masih sihat. :)

next update: pengalaman pertama i berpuasa~