♥ Assalamualaikum, Jemput Masuk! :)

Wednesday, November 10, 2010

Oh, No!

Semua orang..!!!sila nervous sekarang...result will be out..i'm dead..x_x

Gambar Rawak :P

Sementara tunggu exam result keluar, ni nk share gmbr2 zaman muda2 semasa masih menuntut di menara gading

Gambar sekadar hiasan: idea name blog twirlylollypop ni di ilhamkan dr gmbr mkn lolipop ni la..

semasa birthday Hana..da xpndg kamera da..tgk makanan je..effect dr makan ni, terus gemuk sampai la ni.. :P


cantik kan?

During my foundation...class usually started at 8.30..but most of the time I went around 8.00..serious!yg nie tak tipu. Tp tgk la towards nk habis belajar, 8.30 kelas..8.20 bru nk mandi =.="

dengan Bal. taken masa practice tarian. haha. dah name pn kelas tarian, wajib la pkai tshirt AF..tak gitu??

night club night class..mase ni ade test grammar. tp kelihatan mcm nk amek test kereta je :P

Muke i sungguh innocent. Antara minggu2 awal di unisel..tgk la kad matrik, maseh gune yg temporary lg..*notis pemberitahuan: mereka pakai heels, manakala sy pula tidak memakainya.jd jgn timbulkan sebarang issue ketinggian*

Theater. I jadik rapunzel yg menari lagu rihanna dgn Zombie kilang biskut Zorro..oh yes, my blonde hair made of tali rafia yg di carik2..tp mase ni da tanggal da :P

During our wedding cultural presentation. Our group did Indian Wedding. The baju belongs to me. But the selendang and the gelang belongs to Praba's sista(at the back there :p ) Naan unnai kadhalikiren!

Each of us were given a song and we need to turn it into other form creatively. I've got Eric Clapton, Tears In Heaven..this song is dedicated to his son, died at the age of 4.

Gadis dan bunga-lagu rahimah rahim..boleh klik kt sini utk lagu penuh

Okay, tu lagu penutup..lirik tak disediakan..bye semua..slm XD



Monday, November 8, 2010

Glee Toxic Official Music Video

Hari ni tak nak update blog. Lepas tu godek2 kt youtube. Niat di hati nk tgk video glee season 1 (mercy dan juga push it) Haha. suka both video :D

Lepas tu terjumpa this video. Terus sawan pasal Mr.Shue comel gila. Dah la comel, gila pulak tu. Sapa je tak suka. Terus sms dan. Tp dia tak lyn. Bls pn tak. Sebab dia mls nk lyn bila aku da sawan. Terus bg link kt ni kt nani. Lepas tu terus bersemangat tgk glee season 2 online.

Tp tak habis. Pasal da janji nk tgk dgn Dan esk selepas jogging. Tah jd tah tak. Janji lepas subuh nk joggingdan skipping. Tapi ada janji lg best. Sy janji lepas jog esk sy makan 2 pinggan nasi lemak kerang sotong sambal lebih.

Dah, tak nak komen byk. Tgk je. Sumpah Mr. Shue comel. Rasa mcm nk ...... jek. Tapi tak boleh nk ..... dia. Haha. Fill in the blanks with the correct verb. Lyn jela yeh lagu ni. Bye. Salam.

p/s: i jd follower blog i sendiri. klaka! kesian tak de org nk follow. Jadi, dah baca, sila follow. Hee


Sunday, November 7, 2010

Mengarut. Tak Digalakkan Membaca.

Seriously duduk rumah lame2 sgt cuti ni rasa blur je. Rasa bosan tu memang xpyh la nk bilang lagi. memang sgt bosan. kalau tak berfesbuk, main game. Skrg da rajin balik jd petani, turun ladang. Tanam2 pastu kutip2. Ulang benda yg sama setiap hari. Agak2 da bosan, p check restaurant plak. Hey, restaurant I dpt sijil jakim taw..okay, tak tipu jek.

Lepas tu skrg da mula main balik sims bustin out. Boringggg. Tp, what to do. I memang suka main sangat2 main game. Tapiiii, double cheese burger lg aku suka sangat2. Agak2 da muak, terus blog walking. Cuci2 mate window shopping secara online. Agak2 da leleh air liur, terus kesat dengan lengan baju. xpun sapu pada alas meja dapur.

Hmm tu lah, bila time ade kelas, bukan main nk cuti. Penat, stress, esaimen byk la ape la. segala ada alasan kan. Rasa tak sbr nk cuti. Tapi, bila da cuti mcm ni mula la. Bosan. Tak tahu nk buat ape. Ade kwn aku yg keje. Tp u all pn taw akak ni pemalas. Hah, ade jugak yg bg idea suh aku kuruskan bdn. Tapi, bru skipping 20 kali da semput2. terus nk minum abc longan 1. mcm mane tu.

Oh ye, bonda suruh belajar masak. Kalau suruh potong bawang tu, kena refer buku dlu. Potong dadu ke melintang ke kulit dlu ke. Kalo suruh masak air, tak tahu air tu da masak ke belum. pasal sebelum dan selepas air tu kaler same jek. kalo suruh rasa makanan, suma nya sedap. xde yg tawar ke manis. semua perfect.

Okay rasa cm da xde point nk cakap. kang mengarut. lebih baik pi solat isyak nuh. okay bye semua org lidi. :D

Friday, November 5, 2010

O' Love.

Salam semua. Hye. Sehat? Haha, tetibe sopan santun ni ape kes. Tak, ni nk share resepi badak kaki tiga masak stim. Eh tak!Resepi berkasih sayang ni hah. Amek pen, sila salin. Haih, meraban je keje aku ni. Okay, ni ade survey. pasal love life. lyn jela yeh... :D


When did you guys start dating?
2008 tahun babi emas ikut kalendar cina


How long have you been dating for?

2 years ++ ni kalo bayi ni da boleh timang2 mak bapak dia balik ni

How did you meet him/her for the very first time?
School. Tp, rapat betul2 bile Dan habis sekolah. Dah lame usha. tp sje je tggu habis spm, terus ngorat. Kang kate xcukop umur la, nk pokus pd spm dlu la..2 pasal habis sekolah bru akak anta rombongan. Shuwitt nye akak ni. Hahaha

How often do you meet him/her?
As for now, almost everyday. sometimes boleh jd twice/thrice a day. Pasangan meroyan memang mcm ni. Sila memahami.

Do you have pet names for each other?
Yes, but I can't tell u. Nnt muntah dengar panggilan kanda-dinda ni. Haha.

What do you like the most about your lover?
Almost everything. Termasuk lesung lalat di ats pipi blah mane tah..atau dlm bahasa saskrit nya tahi lalat..


Does he/she make you laugh and happy?

Yeap, bukan tu je. malahan, kadang2 sering menganggu emosi sy juga.


What did your family think about him/her?
So far, alhamdulillah. Everything is okay. My mum loves her 'new son' damn much.


What is the first gift he/she bought for you?
Masyaallah, I couldn't recall any of it. Err Big Mac Mc Value Lunch maybe. Oh wait! Can be considered as a gift?Emm sorry. Dah tak ingat langsung. *mintak2 la dia tak bukak blog ni.amin*


Have you ever done anything embarrassing in front of him/her?
Yes. Semasa sy sedang membebel sebab dia lambat, sy jatuh dan ter'sujud' kt atas jalan tar. and i cried. It wasn't hurt. But I feel extremely embarrassed.


Do you think arguing makes a relationship stronger?
It depends. Sometimes yes. positive arguing is good. But, sometimes arguing and fighting over stupid things doesn't count in. It might end up with something bad. Darah muda, biasa la kan. Haha. ape motif aku gelak2 kt sini?

If you were engaged, when would you want it to happen?

Around 5-6 more years to go. Insyaallah. tu pun kalo rasdan da habis belajar and keje, kalo tak kire cincai aku kawen jek dgn org len dlu. okay?


Do you want to spend the rest of your life with that person and raise a family?

Yes, insyaallah. doakan kami.


Okay, the end. Harap semua terhibur atas persembahan yg berprestij itu. Ni da dekat pukul 10.30.. agak2 mc value lunch ade lg tak?tak yeh?okayyy fine!bye semua orang lidi. sentap ni.

p/s: miss u rasdan. cpt balik. :)

Wednesday, November 3, 2010

Kawaii.

rasdann_rashid: ap maksud kawii

Zatty Minashiro: kawi?
Zatty Minashiro: ape?
Zatty Minashiro: kawaii?
Zatty Minashiro: ohh maknya subur
Zatty Minashiro: bukan maknya..tp makna nya

rasdann_rashid: ?

Zatty Minashiro: kawaii=subur
Zatty Minashiro: ala slow learner la budak engineering ni
BUZZ!!!
Zatty Minashiro: apsal lmbt2 bls
Zatty Minashiro: betul xtipu
Zatty Minashiro: so xpyh la g kt goggle translate

rasdann_rashid: malas la
rasdann_rashid: kedekut
rasdann_rashid: benci
rasdann_rashid is typing...
rasdann_rashid: booo

Zatty Minashiro: ape pulak
Zatty Minashiro: subur = kawaii
Zatty Minashiro: kawaii= subur


Okay la rasdan, sebenarnya kawaii tu bermaksud cumel...more kawaii= sangat cumel...bukan sangat subur keyh...sori2...hee jgn mrh ye :D

Rumah Sewa?

Hari ni pergi bersiar2..ambik angin juga naik angin di sekitar kepong. To be specific, Taman Ehsan. Tak, sebenarnya berhasrat nak cari rumah sewa. I culik Rasdang untuk jadi driver i. I cakap I bg upah kasik free jeli yg kalerful utk besday party tuh, terus dia lompat2 bintang kegirangan. Tanda setuju la tuh.

Mula2 pusing memang takde nampak iklan rumah sewa langsung. Iklan lori untuk disewa, langgan Astro sekarang dengan RM50 untuk pemasangan dan tukang paip diperlukan segera memang banyak. Sepanjang tiang talipon, tiang lampu tnb juga kt tiang gol semua ada. Mcm berkempen pulak aku tgk.

Lepas tu, aku nampak ade 2 orang pak cik kacak sedang berbual2 depan surau. So, mcm biasalah kan. Apa guna bwk driver kalau tak manfaatkan. Driver pun turun la pergi tanya. Hah, nasib kami baik. Pak cik tu cakap, ikut dia balik. Ade surprise! Lalalala. Aku memang suka bab2 surprise ni, terus jadi follower pak cik kt blog. Eh tak! Maksud nya, follow dari belakang. I follow~Bukan iklan digi mahu pun bedak badan follow me

Setelah merentasi selang 1 lorong dari surau, akhirnya kami pun tiba kt rumah pak cik tu. Pak cik cakap rumah sebelah dia ni memang untuk disewa. Owner da beli rumah kt sg buloh. Ni la surprise yg pak cik maksudkan nya.

Tengok rumah tu nampak mcm okay. Owner dia parking motor kt dlm kawasan rumah. Xde tulis just for display ke ape. Maknanya sewa rumah sekali dengan motor tu. Elok jugak, sekolah aku nnt 2 3 langkah da sampai. Bwk kete bazir minyak. Bwk motor pun okay jugak. Memang hari2 pergi sekolah lumba2 la dengan pak cik jaga. Kalau dia lambat, i kunci pagar. I catat nama kt buku kedatangan. Amacam?

Okay, enuf. Kembali pada cerita td. Pak cik tu bg la num tepun owner rumah tuh. InsyaAllah esk bapak janji akan tlg call kan. Terima kasih pak cik. Rasa mcm da okay sebab sekolah dah dekat dengan rumah. Pak cik sebelah tuh ade family. Mcm best. Erk, tapi Rasdan cakap kena tgk kt dlm dulu. Sewa memang mahal. Tapi bab sewa tak kesah. Janji ade tempat.

Hurm tetiba bau semacam plak kt sini. Mcm hanyir. Busuk pun ade. Ooohh okay. Lupe, diri tak mandi lg. Ptt la hapak. Okay bye semua bayi2 cumel sekalian. Salam..

P/s: Btw, agenda cuti sem mesti la pergi mkn meatball kt ikea. Pastu karok kt wangsa walk. Erk lg? memang, dr dulu sampai skunk, asl cuti je pergi sane. Kenyang sampai skunk. Okay, terima kasih semua. Out dlu!